Apakah Forex ?



Dagangan tukaran mata wang asing adalah satu pasaran antara bank yang terbentuk dalam sekitar tahun 1971 apabila perdagangan global dipindahkan daripada kadar pertukaran tetap atau 'fixed exchange rates' ke satu kadar yg boleh mengambang-ambang atau 'floating exchange rates'.

Pasaran Dibuka 24 Jam

Anda tidak perlu tunggu untuk loceng pembukaan pasaran. Dari isnin sehingga jumaat, pasaran dibuka dan tidak pernah tidur. Ini adalah sangat bagus untuk anda yang hanya menjadikan kerjaya sebagai forex platform ini secara part-time.
Anda boleh pilih masa yang sesuai untuk anda menjalankan transaksi tanpa perlu mengikut masa yang ditetapkan. Hal ini kerana perdagangan forex tidak mempunyai sebarang waktu batasan untuk melakukan perniagaan.

Tiada Sesiapa Boleh Memanipulasi Pasaran

Pasaran perdagangan forex adalah sangat besar dan terdapat banyak ahli-ahli sehinggakan tiada satu entiti yang mampu mengawal harga di pasaran untuk satu-satu masa.

Leverage

Di dalam perdagangan forex, deposit yang kecil dapat mengawal julat saiz kontrak yang besar. Leverage memberikan kelebihan kepada trader untuk membuat keuntungan yang baik dan pada masa yang sama meminimumkan risiko kepada modal anda.
Sebagai contoh, jika sebuah forex broker menawarkan 50 ke 1 leverage, ini bermaksud RM 50 margin deposit anda akan mampu untuk Buy atau Sell RM 2500 nilai mata wang.
Sama seperti RM 500 dimana trader akan menjalankan transaksi dengan RM 25000 dan seumpamanya. Walaubagaimanapun, leverage merupakan satu kelebihan kepada forex trading.
Anda juga perlu diingat juga bahawa leverage juga akan menjadi musuh dalam selimut anda. Tanpa pengurusan risiko yang betul, kelebihan leverage mungkin menjadi lubuk kepada untuk menanggung kerugian.

Kadar Kecairan Tinggi

Seterusnya, kadar kecairan forex juga dianggap tinggi kerana pasaran forex adalah besar. Namun, ini juga merupakan peluang untuk anda membuat Buy atau Sell secara terus.
Jangan risau kerana anda tidak akan disekat dalam trade anda. Anda juga bole menetapkan platform atas talian secara automatik untuk menutupkan posisi anda apabila mencapai keuntungan yang diingini atau menutup trade anda.

Kebebasan Masa

Kebebasan dari segi masa adalah impian setiap dari manusia di muka bumi ini. Menjadi forex trader bukanlah sebagai satu tiket kepada anda tanpa perlu melakukan apa-apa.
Namun, masa yang perlu diperlukan untuk melakukan adalah fleksibel dan tidak terikat dengan mana-mana peraturan. Oleh itu, anda perlu bijak dalam merencana aktiviti trading anda tersendiri.


PASTIKAN ANDA MENDAPAT PIP HIJAU SENTIASA.

UNTUK BELAJAR LEBIH ADVANCE SILA KE :
FOREX PIPHIJAU

Post a Comment

0 Comments

Cari info FX di Blog ini :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...