Pengalaman Rugi Forex 1

Belajar dari kesilapan dan kegagalan orang lain,mudah-mudahan beroleh maklumat berguna. Pengalaman Pahit Dalam Urusniaga Forex



Saya hanya mengenali dunia pertukaran matawang asing, atau foreign currency exhange, forex atau fx sejak tahun 2006. Tetapi tidak begitu ambil berat mengenai perniagaan ini kerana beban tugas yang tidak mengizinkan saya terlibat secara langsung. Saya juga takut untuk melibatkan diri kerana kekurangan modal dan pengetahuan yang terhad. Bagaimanapun, tahun 2007, saya mula bertugas di kawasan bandar dan mempunyai sedikit masa terluang pada sebelah malam dan cuti hujung minggu. Saya juga telah membeli beberapa ebook terbitan tempatan dan luar negara. Antara ebook dan sistem yang memberikan kesan kepada saya dalam dalam dunia forex adalah Kuasa Forex karya Saudara Nasir Ibrahim dan Winning Solution System (WSS) karya Bapak Ashar Hanif dari Indonesia.


Ramai juga yang tidak begitu menggemari  Saudara Nasir Ibrahim atas dasar indicator yang beliau gunakan bukanlah indikator ciptaan beliau sendiri? Saya tidak pasti tentang itu, tetapi secara positifnya, beliau telah berjaya membuka minda orang kita untuk terlibat dalam perniagaan forex dan beliau juga seorang jurujual ebook yang berjaya. Sejak dari itu banyak kita jumpa ebook mengenai forex dalam bahasa Malaysia di internet.


Bagi WSS, ramai juga mereka yang tidak menyukai sistem ini kerana ianya hanya digunakan untuk trade GBPUSD sahaja dengan sistem ‘follow the trend’ tetapi seringkali berlaku reversal yang menyebabkan kita kerugian. Walaupun begitu, ramai juga ahli yang berjaya kerana ‘Money Management’ yang betul dan mungkin juga mereka mengadunkannya dengan sistem lain. Secara ikhlas, walaupun saya telah menjadi ahli seumur hidup WSS sejak tahun 2008, saya belum lagi meletakkan EA ini dalam akaun sebenar di VPS. Ini berikutan kelemahan saya yang kurang sabar dengan sistem ini. Sekiranya mempunyai lebih wang, saya tidak akan ragu untuk bertrading dengan WSS di Virtual Private Server (VPS).


Saya mula membuka akaun sebenar forex di LiteForex melalui Introducer Broker (IB) mereka di Kota Bharu. Sekejap sahaja mini akaun saya hangus, begitu juga dengan akaun kedua saya. walaupun ada pihak yang menyatakan spread mereka agak tinggi berbanding broker lain. Saya sama sekali tidak menyalahkan mereka, itu semua adalah kesilapan saya sendiri. Kesilapan pertama, saya tidak sabar dan berharap agar memperolehi beratus-ratus pips sehari, memandangkan micro dan mini akaun cuma memberikan kita 10 sen atau i dollar bagi satu pip atas setiap lot yang didagangkan. Tetapi sebaliknya yang berlaku, saya rugi beratus-ratus pip dan untung berberapa pips sahaja. Kesilapan kedua, saya tidak berdisiplin dan mengingkari sistem yang saya gunakan, ini berlaku kerana kesukaran saya mengatasi emosi takut, tamak atau berani membabi buta. Secara makro, kita dapat lihat arah pergerakan pasaran dengan agak mudah, masalahnya, trend ini bergerak secara gelombang bukannya pada garis lurus, akhirnya semua akaun mini saya di LiteForex musnah.


Mulai tahun 2008, saya bertugas di kawasan hutan yang tidak mempunyai sebarang kemudahan telekomunikasi! Hancur luluh perasaan saya kerana tidak lagi dapat bertrading forex! Ada juga kebaikannya, selain dari tidak mengalami lebih banyak kerugian, saya mempunyai lebih masa untuk menilai kembali sistem dan pendekatan saya dalam bisnes ini. Walaupun rugi, saya tidak pernah putus asa dengan perniagaan forex, saya masih bertrading secara manual pada waktu cuti semasa berada di rumah. Walaubagaimanapun, part time trading secara manual sukar mendatangkan pulangan, macamana kuatpun tenaga dalam yang saya kerahkan, masih sukar untuk saya mengawal emosi. Forex robot atau Expert Advisor (EA) mula menarik perhatian, tambahan pula internet marketeer memang bijak mempengaruhi saya dengan angka dan graf yang sentiasa menaik di sebelah kanan! Antara sistem dan EA terkenal yang dibeli adalah Forex Auto Pilot FAPs, Forex Megadroid, EA dari Forex Robot Worldcup, Forex Killer, Magic Bullet, Forex Nitty Gritty dan pelbagai lagi yang hanya saya perolehi untuk dicuba dalam demo dan mini akaun di FXCM.  


Saya telah mendownload kalau tak beratus, berpuluh jenis sistem manual dan EA percuma, juga pernah mencuba untuk menjadi beta tester yang akhirnya tidak mampu saya ikuti kerana tidak sabar untuk beralih dan mencuba dari satu sistem ke sistem yang lain. Mungkin juga tidak cukup masa untuk sentiasa berada di depan PC. Ada juga orang perseorangan dan syarikat yang cuba menipu dengan menjanjikan kita pulangan yang banyak. Cuba selidik di forum-forum seperti noGold dan sebagainya untuk mengelakkan kita tertipu hidup-hidup. Orang jenis ni bijak bergaya, beraksi dan bercakap untuk mempengaruhi kita, agaknya mereka terlupa yang kita hidup di dunia tak sampai pun 100 tahun dan perlu beralih ke dunia lain bila sampai masa nanti!


Mengikut pengalaman saya, semua EA yang saya beli ini mempunyai beberapa kelemahan, contohnya FAPs melakukan trading dengan agak kerap bagi mendapatkan keuntungan sehingga 20 pips sekali trade, tetapi kerugian atau drawdown sekali akan menyebabkan keuntungan saya tadi habis begitu sahaja. Nisbah risk:reward yang tidak begitu baik! Begitu juga dengan Megadroid, tambahan pula Megadroid hanya trade beberapa kali seminggu untuk 1 ke 10 pips atau rugi sehingga hampir 100 pips! Selain FAP Turbo, kedua-dua EA ini adalah antara yang paling terkenal di dunia dan banyak digunakan. Benar, keuntungan yang sedikit tetapi diperolehi secara kerap dapat membiayai kerugian yang berlaku sekali-sekala. Sistem begini mungkin sesuai bagi sesetengah orang tetapi bukan untuk saya. Sesetengah EA pula mempunyai kecenderungan untuk membuka double lot setiap kali kalah dalam trade yang sebelumnya, ini hanya akan menyebabkan akaun kita lebih cepat punah. Sekali lagi saya memunahkan akaun standard saya di FXCM pula. 


Forex Robot World Cup (FRWC) memberikan pandangan baru saya kepada trading menggunakan robot di platform MetaTrader 4 (MT4). Ini kerana kita boleh melihat prestasi robot yang dipertandingkan dalam real account / akaun sebenar secara live, pemenang tempat pertama berjaya menggandakan akaun sehingga hampir 200 % dalam masa dua bulan! Fuh, tanpa melengahkan masa, saya ambil cuti untuk memastikan saya antara orang pertama yang dapat membeli robot tersebut dengan harga USD999. Walaubagaimanapun, apa yang berlaku pada masa lepas tidak menjamin keputusan yang sama pada masa hadapan! Semua robot tersebut mendatangkan kerugian kepada saya walaupun hanya menggunakan 0.01 lot setiap kali bertrading!  Walaubagaimanapun ada dua robot yang sedikit menarik perhatian, LMD Multi-Currency dan HiRider Modified. Walaubagaimanapun ia mungkin tidak sesuai sekiranya kita kurang sabar, LMD Multi Currency walaupun tidak menggunakan lagging indicator, masih perlu di ubahsuai mengikut keadaan pasaran semasa dan mungkin tidak sesuai dengan semua jenis matawang yang dicadangkan. Ini berikutan perubahan pasaran yang sangat tak menentu. HiRider Modified pula trade dengan kerap dan secara purata boleh memberikan kita sehingga 25 USD sehari, Tetapi jangan terkejut sekiranya anda hilang sehingga lebih 210 USD sehari. Kedua-dua robot terbaik di FRWC masih belum memuaskan hati saya!


Akhirnya saya bertemu dengan Forex Portfolio, sRs Vladimir’s Trend Rider, Forex Magic Breakout dan Forex Super Launcher. Indicator dan sistem yang menghidupkan kembali harapan saya dalam perniagaan forex. Forex Kagi dan Forex Samurai juga adalah antara robot atau EA yang mempunyai nisbah risk:reward yang agak baik. Saya terhutang budi dengan Felix Hemongutus dan rakan-rakan dari Forex Peace Army yang memberikan saya pandangan kepada perniagaan forex dari sudut yang berbeza dan lebih luas. Mark Larsen juga antara individu yang sentiasa percaya trading forex menggunakan EA bukanlah sesuatu yang mustahil.


Sekiranya kita serius dalam perniagaan forex, Forex Portfolio adalah antara ebook yang harus dibeli. Penerangan yang diberikan adalah jelas dan praktikal dari asas hinggalah ke pengurusan portfolio forex yang dilakukan oleh mereka yang telah berjaya dalam dunia perniagaan forex dan institusi kewangan. Walaupun begitu, disiplin dan kebolehan mengawal emosi masih lagi faktor utama yang perlu diambil berat.


sRs Vladimir’s Trend Rider adalah sistem trading secara semi-automatic. Kita mempunyai pilihan untuk memasuki trade dengan isyarat yang diberi atau mengabaikan isyarat tersebut sekiranya tidak memenuhi kriteria terakhir, atau isyarat yang diberikan sudah terlalu hampir dengan support atau resistant level. Target profit diberikan secara automatik bergantung kepada stop loss yang kita tetapkan. Kita juga boleh membiarkan trade dibuka dan dikawal secara automatik bagi mendapat keuntungan maksimum.


Forex Magic Breakout juga adalah sistem semi-automatic, bezanya ia mempunyai cara keluar trade yang perlu diawasi secara manual untuk medapat keuntungan yang lebih baik. Secara peribadi, saya dapati sistem ini boleh memberikan lebih nilai pips tetapi memerlukan lebih banyak masa untuk berada berhampiran PC. Sistem pengurusan kewangan yang dibekalkan juga sangat menarik dan praktikal. Kedua-dua sistem ini membolehkan kita tidak sentiasa melekat depan skrin komputer, Cuma pasang speaker dan dengar isyarat untuk memasuki pasaran. Walaubagaimanapun, ia tidak sesuai di FXCM sekiranya menggunakan platform MT4 kerana mereka tidak membenarkan partial close. 


Forex Super Launcher Indicator pula selain dari memberikan isyarat untuk trade secara automatik, ia dapat memberikan pandangan jelas level support dan resistant serta volume pada setiap time frame yang kita buka. Expert Advisor Forex Kagi dan Forex Samurai adalah EA untuk platform MT4 yang dikeluarkan oleh developer yang sama. Nisbah risk:reward adalah lebih baik dari EA terkenal yang lain. Sekiranya anda mempunyai banyak masa dan sentiasa memperolehi ekses internet, forex signal dengan bayaran bulanan dari TheForexSignal.com juga mungkin sesuai, kita tak perlu pening memproses data untuk trade, cuma tunggu signal dan masuk market mengikut isyarat yang diberi melalui email, member area di webpage atau sms.


Pengetahuan bukan lagi halangan untuk kita terlibat perniagaan forex. Tetapi, walaupun beratus ebook atau sistem yang kita perolehi, itu semua tidak bermakna sekiranya kita tidak berdisiplin dan mengikuti dengan tanpa berbelah bagi setiap saranan yang diberikan. Ramai orang yang boleh bertrading forex asalkan mereka memahami bahasa Inggeris. Lebih ramai lagi yang gagal kerana tidak dapat menangani emosi. Pada saya, sekiranya kita berdisiplin dan boleh mengawal emosi sendiri, tidak mustahil kita juga boleh memperolehi keuntungan dari perniagaan ini. Kalau ada orang yang berjaya, kenapa tidak kita? Walaupun kini saya hanya mempunyai akaun live yang tak seberapa di FXCM dan Alpari, Alhamdulillah, saya belum lagi dikenakan margin call. 


Pendapat saya, jangan kita mudah percaya dengan status akaun yang dipaparkan oleh jurujual EA atau sistem. Perniagaan matawang asing tidak sesuai untuk semua orang, dan bukan perniagaan yang menjanjikan keuntungan segera atau skim cepat kaya. Sekiranya ia bisnes yang mudah, sudah tentu ramai yang menjadi kaya raya. Perlu diingat, dalam perniagaan ini, sekiranya kita rugi, ada pihak yang untung dan begitulah sebaliknya. Leverage dalam perniagaan forex boleh merugikan kita dan mungkin mendatangkan keuntungan yang besar kepada kita. Walaupun kadar kecairan perniagaan mata wang asing berjumlah sehingga 4 trillion sehari, ada ketikanya institusi kewangan yang besar, berita ekonomi atau politik yang boleh menyebabkan perubahan arah pergerakan pasaran secara mendadak. Rujuk Forex Factory, Forex Robot Reveiw, Forex Peace Army dan lain-lain ruangan forum untuk mendapatkan pengetahuan lebih mendalam dan pandangan neutral terhadap EA atau sistem yang dijual oleh pihak tertentu. 


Akhir kata, segala yang baik adalah dari Allah Taala, yang buruk adalah dari saya sendiri dan mohon maaf sekiranya terkasar bahasa atau ada yang tersentuh dengan penulisan saya. 

Kredit to forexfail.blogspot.com

1 comment:

  1. Adakah anda memerlukan pinjaman untuk memulakan perniagaan? Ia mengambil
    pinjaman untuk membayar bil-bil anda? Pada masa ini kami tawarkan
    pinjaman pendidikan, pinjaman perniagaan, pinjaman rumah, pinjaman pertanian,
    pinjaman peribadi, pinjaman kereta, dan lain-lain Jika anda perlu
    menyatakan minat anda ke atas pinjaman, supaya kita boleh
    menghantar maklumat lanjut kepada anda.
    Hubungi kami melalui e-mel: sandradonaldloancompany@gmail.com.
    Terima kasih
    +1 951 703 6414

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cari info FX di Blog ini :