Pages

Rahsia amalan Kesogehan

Bismillahirrahmanirrahim..

Jangan tertinggal pun salah satu ayat atau video seperti yang saya jelaskan di sini.Mudah-mudahan Allah bantu anda semua buka pintu rezeki.

Amalan kesogehan ini sebenarnya ada banyak.Sogeh bermaksud "Kaya".
Along berikan dari 3 orang guru.

 GURU 1:
 Walau pun saya tidak pernah bertemu dengannya..saya baca dan fahamkan semua  karyanya dan semua videonya..Sheikh Ahmad Deedat walaupun sudah meninggal dunia..saya sebagai penggila ilmu sangat mengagumi beliau atas ilmu dan kelantangannya memberi hujah dan nasihat ., saya kagum akan pengetahuan yang dimilikinya., semoga Allah Ta’ala menciptakan lagi orang-orang soleh yang berpengetahuan luas sepertinya dan semoga Allah Ta’ala memberikan syurga firdaus buat sheikh dan kita semua aminn...

Video di bawah in sya Allah akan membuka Adrenalin positif dan sogeh anda pada tahap maksimum.
Bismillah
Alhamdulillah Aura beliau diteruskan di Malaysia oleh Ustaz Azhar Idrus (Gigil kepala lutut along bila beliau buat ceramah di Kemaman)Mesti pergi walau duduk tepi kolah Masjid dengar ceramah.. Korang perasan tak gaya bahasa mereka sama "cakap lepas tapi benar" dan cara berkopiah juga sama..Allahu Rabbi
 



GURU 2:
Along berkesempatan bertemu dengannya(Dato" Dr Hj. Rusly Abdullah) pada tahun 2010 di Kelantan.Seminar Amal Sogeh.
Amalan kesogehan sebenarnya diketahui umum oleh rakyat Malaysia melalui pembacaan buku guru saya Chef Li (Malaysia) yang along beli kesemuanya sejak 2007 yang menjadi inspirasi sehingga sekarang:


UNTUK LEBIH LANJUT MENGENAI ILMU BELIAU SAYA CADANGKAN KLIK SINI
 


Beliau Juga Baru menulis  e-book percuma "strategi Jihad Ekonomi Nusantara dalam Era Maya" dan along sentiasa menanti tulisan Emas beliau.

Petikan kata-kata Amal sogeh dari beliau:

Jika engkau seorang guru maka hendaklah engkau jaga adab-adab ini:
  1. Ihtimal iaitu banyak bersabar dalam menanggung kesusahan.
  2. Boleh mengawal kemarahan.
  3. Berwibawa, istiqamah, tetap pendirian serta menundukkan kepala.
  4. Tidak takabbur atas sekelian hamba Allah, keras terhadap orang yang zalim kerana menegah kezalimannya.
  5. Memilih tawadhuk yakni merendahkan diri di majlis orang ramai.
  6. Kurang bergurau-senda dan bermain-main.
  7. Kasih sayang dengan murid dan lemah lembut dengan yang kurang cerdas.
  8. Sabar membimbing murid yang degil lagi  bebal.
  9. Tidak memarahi murid yang bodoh.
  10. Tidak malu untuk berkata ‘yang ini saya tidak tahu’
  11. Memberikan perhatian kepada murid yang bertanya dan cuba memahami soalannya dengan baik.
  12. Menerima hujah atau dalil yang dihadapkan kepadanya.Tunduk kepada kebenaran bersedia membuat pembetulan andainya ia tersalah.Melarang murid daripada ilmu yang boleh memudaratkan.
  13. Melarang murid daripada menghendaki yang lain daripada Allah dengan ilmunya.
  14. Melarang murid daripada menuntut ilmu yang fardhu kifayah sebelum selesai daripada menuntut ilmu yang fardhu ain dan ilmu yang fardhu ain itu ialah ilmu yang berkenaan dengan membaikkan zahir dan batinnya dengan taqwa.
  15. Memperbaiki diri sendiri dengan taqwa sebelum ia menyuruh orang lain, supaya muridnya dapat mencontohi amalannya dan mengambil manfaat daripada percakapannya (ilmunya).





Jika engkau seorang penuntut hendaklah engkau punya adab penuntut ilmu. Adab orang yang belajar ilmu, disebutkan pula oleh Imam Al-Ghazaly (رحمه الله تعالى) di dalam Bidayatul Hidayah (sebanyak) sebelas perkara.
  1. Apabila bertemu dengan gurunya, maka hendaklah (dia) mendahulukan memberi salam.
  2. Jangan banyak berkata-kata di hadapan gurunya itu (terutama perkataan yang tiada kaitan dengan pelajaran).
  3. Jangan ia berkata dengan barang yang tiada diizinkan dahulu oleh gurunya.
  4. Jangan ia bertanya akan gurunya melainkan meminta izin terlebih dahulu daripadanya.
  5. Jangan menyangkal akan perkataan gurunya itu misalnya dengan berkata, “saya dengar ustaz lain berkata …… ( lain daripada apa yang engkau kata itu), atau sebagainya.
  6. Jangan ia menyalahkan akan bicara gurunya, lalu (murid itu) merasa bahawa (dia) terlebih benar daripada (apa yang dikatakan) gurunya; atau terlebih tahu ia daripada gurunya. Maka yang demikian itu kurang adab kepada gurunya lagi kurang berkat.
  7. Jangan ia berbisik-bisik dengan orang yang sama duduk (iaitu duduk bersamanya) di hadapan gurunya itu.
  8. Jangan ia berpaling ke kiri dan ke kanan pada hadapan gurunya itu, (bahkan sebaliknya) hendaklah ia duduk tunduk lagi beradab seolah-olah ia di dalam sembahyang.
  9. Jangan terlalu banyak pertanyaan kepada gurunya itu tatkala segan gurunya itu daripada berkata-kata (yakni kurang suka memperkatakan atau membicarakannya), atau tatkala ia lelah (yakni letih atau penat).
  10. Apabila berdiri gurunya atau baharu datang gurunya itu, maka hendaklah ia berdiri pula kerana menta’dzimkan akan gurunya itu, dan jangan diikuti pada ketika bangkitnya itu dengan pertanyaan atau soalan. Dan jangan bertanya masalah pada ketika ia berjalan hingga sampai kepada tempat duduknya itu, melainkan kerana dharurat (yakni terpaksa) maka iaitu (yakni yang mana) tiada tertegah bertanya di dalamnya (yakni pada ketika itu).
  11. Jangan buruk sangka akan gurunya itu pada segala perbuatannya yang dzahir menyalahi i’tiqadnya, atau bersalahan perbuatan gurunya itu (yakni melakukan sesuatu yang lain daripada) pengetahuannya, atau dengan adatnya (yakni kebiasaannya); kerana gurunya itu terlebih tahu dengan segala hukum syara’ dan segala rahsia syariat, seperti hikayat Nabi Musa (عليه السلام) dan Nabi Khidir (عليه السلام).

Ringkasan mudah amal sogeh.

 1. Taatilah perintah dan larangan Allah dan Rasul,serta dahulukanlah kedua ibu bapamu.Lailahaillallah Muhammadurrasulullah adalah kunci pintu langit dan bumi.Syurga itu kiasannya di bawah kaki ibu dan bapa adalah kuncinya.

2. Fokus pada setiap urusniaga yang kita lakukan.

3. Tulis segala ilmu yang kita nak belajar samada ilmu dunia apalagi ilmu akhirat yang ustaz ajar semasa kuliah di surau atau masjid.

4.Solat tepat pada waktu dan jika tertinggal..wajib qada serta biasakan diri dengan dhuha.

5. Orang yang banyak berfikir dan ikhlas sudah semestinya berzikir ingat Allah

6. Bersedekahlah ketika kita kedekut.

7. Islam mengajar umatnya membantu dalam ilmu apatah lagi urusan perniagaan.Mudahkan urusan rakan-rakan kita dikala mereka memerlukan.Buat baik berpada.Buat jahat jangan sekali.

8. Elakkan daripada bergaul dengan penggemar maksiat, pemalas dan peniaga yang tidak suka mengamalkan amalan bisnes murni

9. Dekatkan diri dengan hamba Allah yang soleh.

10. Jangan tinggalkan zakat.

11. Anggap setiap kali solat itu rehat..biar ibadah kita kecil tetapi berterusan.

12. Cuba hindarkan amalan buruk yang kita buat setiap hari dengan bertaubat dan istighfar.

13. Biar kecil asal berhasil,tetapi mempunyai jiwa dan doa yang besar hanya kepada Allah.

14. Banyakkan amal dan faham dan amal doa2 yang kita sebut setiap hari.Contoh doa ashabul Kahfi

(Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa:“Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami”.
Al-
Kahfi(Surah Ke-18)ayat 10

15. Bersyukur dengan rahmat dan rezeki Allah setiap hari dengan bersangka baik.

16. Banyak senyum dan bertenang.

17. Jadikan Nabi Muhammad S.A.W sebagai contoh.Bukan orang lain.

18. Ayat seribu dinar bukan untuk ditampal dinding.Amalkan setiap kali lepas solat.
 Sebenarnya ada rahsia rezeki Allah yang tidak kita sangka...buka Surah 65(At-Talaq) ayat 2 pertengahan...hingga ayat 3.



19. Percakapan kita adalah doa dan perbuatan kita adalah amal.

20.Hindari 2 golongan ini:
1.Ahli ibadah-tetapi sombong dengan ilmunya.
2.Ahli maksiat-tetapi berputus asa bongkak dengan perbuatannya setelah dinasihati

Telah berkata Ath-Thiby ra., “Seorang ayah yang materialis (cinta kepada harta-benda duniawi) bimbang jika anaknya ditimpa kemiskinan. Sedangkan ayah yang utamakan pendidikan moral dan agamanya bimbang kalau-kalau anaknya miskin ilmu-ilmu agama dan akhlak.”
Sebagaimana hadits Nabi SAW yang diriwayatkan dari Abi Hurairah ra. :
“Celakalah penyembah dinar dan dirham serta penyembah permaidani dan selimut. Jika  ia diberi, rasa suka dan senang, dan jika tidak ia tidak dapat, rasa marah dan benci.”
Telah berkata seorang ulama besar di zamannya Hamdun Al-Qoshshor,
“Jika berkumpul iblis dan bala tentaranya, mereka tidak akan cukup gembira seperti kegembiraan mereka dalam tiga perkara berikut :
  • Orang mukmin membunuh seorang mukmin.
  • Orang yang mati diatas kekafiran.
  • Orang yang hatinya ada rasa takut kepada kemiskinan harta.
وبالله التوفيق، ولاحول ولاقوة إلا بالله العلى العظيم
Dari hamba yang fakir lagi banyak dosa;
Dato’  Hj Rusly Abdullah Bajury
Pengerusi, Maktab Al Idrisiah

Guru 3:
Along pernah ke Pondok Pesantren Daarul Quran Bulak Santri, Cipondoh, Tangerang,Indonesia (2011)bersama keluarga


untuk bertemu dan menimba ilmu dengan beliau.Tetapi atas sebab yang Allah izin beliau ada urusan lain.Cuma sempat bertemu dan melihat anak didik dan aktiviti di sana .
Saudara Yusuf Mansor (Indonesia)
Sehingga kini along sering membaca setiap nukilan beliau.Alhamdulillah. 

 Berikut Cara amal sogeh cara Ustaz Yusuf Mansur
Amalan 40 hari ala Yusuf Mansur:
  • Selama 40 hari selalu Solat berjamaah di masjid, tanpa ketinggalan takbir pertama imam, lengkap dengan qabliyah dan ba'diyahnya. Juga Sunnah Tahiyyatul Masjid, sebagai tanda kita datang sebelum waktunya azan. Jika Anda  perempuan, minta izin dahulu pada suami, atau berteman sesama muhrim, jika tidak cukuplah solat di rumah sahaja tapi tetap stanby sebelum Azan.
  • Selama 40 hari selalu melaksanakan shalat Dhuha minimal 6 rakaat, jika mampu 12 rakaat.
  • Selama 40 hari Shalat Tahajjud 8 Rakaat + Witir 3 Rakaat.
  • Selama 40 hari selalu baca surah Al-Waqi’ah sesudah subuh atau sesudah asar(boleh pilih). 
  • Baca zikir selepas solat, ditambah yaa fattaah yaa rozzaaq 11x, ditambah ayat kursi, ditambah qulhu 3x. Ini setiap selepas solat. Khusus selepasi solat shubuh dan ashar, ditambah 4 ayat terakhir surah al Hasyr.
  •  40 hari baca laa hawla walaa quwwata illaa billaah 300x, yang penting 300x. Istighfar harian 100x, shalawat 100x.
  • Jaga setiap hari baca subhaanallaahi wabihamdihi subhaanallaahil 'adzhiem 100x pagi dan 100x sore. (Boleh habis dhuha dan habis asar/sementara menunggu maghrib).
  • Menjaga setiap hari baca Istighfar 100x.
  • Selama 40 hari selalu baca surah yaasiin (bebas waktunya bila-bila masa saja, yang penting 1hari 1x).
  • Awali dengan sedekah yang besar, yang bernilai, yang sebelumnya susah untuk dikeluarkan. Atau yang berbeza dengan yang pernah disedekahin.
  • Tetap kerja macam biasa, tetap berurusniaga, tetap belajar, tetap buat aktiviti harian seperti biasa. Hanya jadikan ibadah, dengan awal baca bismillah dan selesainya baca alhamdulillah.
  •  Setiap selesai solat, baik yang wajib dan sunnah, berdoa. Doa masing-masing. Boleh bahasa Melayu. 
Amalan di atas sebaik-baiknya diamalkan terus dan bukan hanya 40 hari..cuma sebagai anak murid yang memohon diberkati ilmu dan rezeki..along hanya berkongsi ilmu dan amalan kesogehan yang  di amalkan oleh orang soleh dan para wali Allah.
Semoga secebis ilmu Allah ini memberi manfaat yang bermakna buat semua..
Aminn..doakan along ya..
in sya Allah jika ada kelapangan kita berjumpa.
:)
Wassalam.
Rahsia Amalan Kesogehan 2..sila Klik Bisnes Gaya Abdul Rahman Auf


Mohd Zubir Amry Bin Ghazali

Team Penulis Piphijau 2008-2017