Bisnes Gaya Abdul Rahman B Auf

Salam semua,pagi Jumaat ini saya nak berkongsi tentang Sahabat Nabi Muhammad S.a.w yang paling kaya dan bertaqwa.Semoga bermanfaat.


Sungguh, kulihat diriku, seandainya aku mengangkat batu, nescaya kutemukan di bawahnya emas dan perak.”

Abdul Rahman Bin Auf adalah ikon usahawan dan tokoh jutawan Islam. Apakah model bisnes dan rahsia kejayaan beliau? Blog ini akan mengupas rahsia bisnes Abdul Rahman Bin Auf bagi tatapan kita, usahawan moden dan umat akhir zaman.In sya Allah ilmu rezeki ini kalau cerita 3 hari 3 malam tak akan habis.Blog menjadi medium ilmu ini disebarkan secara berterusan.Mana tahu akan datang, in sya Allah,blog yang kecil ini akan beri motivasi buat semua rakyat Malaysia,dan tidak mustahil nanti pandangan secebis ilmu Allah dalam blog ini akan menentukan kekuatan ekonomi sesebuah negara hanya dengan berkongsi ilmu.Aminn..

Saya teruskan tentang tajuk utama iaitu Bisnes Gaya Abdul Rahman B Auf


- Jutawan Terkaya Pada Zaman Nabi
Abdul Rahman ditawarkan dengan harta kekayaan dan seorang isteri, tetapi beliau menolaknya dan hanya mahu tahu jalan menuju ke pasar. Beliau memulakan bisnes, memecahkan monopoli bisnes Yahudi, dan menjadi jutawan terkaya di Madinah. Nilai kekayaannya mencecah RM107 juta.

- Erti Hidup Pada Memberi
Untuk Perang Tabuk, Abdul Rahman menderma lebih daripada RM25 juta (200 dinar, 500 ekor kuda, dan 1500 ekor unta). Kekayaannya langsung tidak berkurangan bahkan Allah melipatgandakan lagi harta kekayaannya.

- Jual Pada Harga Modal Dan Tetap Untung
Abdul Rahman menjual 1000 ekor unta pada harga modal tanpa margin keuntungan. Keuntungan beliau ialah pada tali pengikat unta yang dijual sekali dengan unta sebagai nilai tambah. Beliau menjual tali itu dengan harga 1 dirham. Dalam satu hari beliau menjana keuntungan 100 dirham.  

- Bisnes Diberkati Allah
Jika ada yang bertanya tentang rahsia bisnesnya, Abdul Rahman bin Auf menjawab,
Aku tidak menjual barang-barang yang rosak. Aku merasa cukup dengan untung yang sedikit tetapi diberkati oleh Allah.”
Berbisnes di dunia, untung sampai ke syurga.


3 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf
Abdul Rahman bin Auf adalah merupakan salah seorang sahabat nabi yang dijanjikan syurga. Beliau juga adalah merupakan salah seorang saudagar yang paling kaya ketika di zaman nabi.

Abdul Rahman B Auf pernah ditanya: 

"Apakah strategi perniagaannya sehinggakan menjadi hartawan yang terkemuka pada zaman itu?"

Jawabnya:

1. Aku tidak pernah menolak keuntungan walaupun sedikit...

2. Aku tidak pernah melambatkan penjualan barangan daripada yang meminta...

3. Aku tidak menjual secara tangguhan bayaran... 

Apa yang boleh dihuraikan dari nasihat beliau ini ialah:

1. Jangan menolak rezeki walaupun sedikit. Kadangkala, ada di kalangan pelanggan kita yang ingin membeli produk kita dengan kuantiti atau harga yang sedikit. Jangan sesekali mengabaikan mereka. Layanlah mereka sebaik mungkin sepertimana kita melayan pelanggan yang membeli "banyak" dari kita. Insyallah, bermula dari pembelian yang sedikit dari pelanggan tersebut, apabila dia menerima layanan yang terbaik, pelanggan itu akan datang semula dan membeli lagi berulang-ulang kali. Lebih menakjubkan lagi, si pelanggan tadi, mungkin akan menjadi si tukang promosi bagi perniagaan kita apabila dia merekemenkan kita kepada rakan-rakannya yang lain.

2. Percepatkan segala urusan jual beli. Percepatkan segala layanan pelanggan. Terbukti dari zaman dulu sehingga zaman kini, kelajuan dan kepantasan menangani perniagaan akan memberi pulangan yang tinggi.

3. Penjualan hanya secara tunai..
Sememangnya itulah yang terbaik apabila kita menjual produk kita kepada pelanggan. Elakkan menjual secara hutang. Menjual produk secara hutang sebenarnya boleh menimbulkan pelbagai risiko yang akhirnya akan mengugat perjalanan perniagaan kita. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cari info FX di Blog ini :