Skip to main content

Kebangkitan Islam Nusantara

Salam semua,
Bismillahirrahmanirrahim.

Along berdoa pada Allah.
Nusantara(Malaysia,Indonesia dan sekeliling) adalah kekuatan ke-2 terbesar Islam setelah jazirah arab.
Benar kata Nabi s.a.w, Islam ini kembali Dagang dan umat Islam umpama buih di lautan.

Rasulullah SAW bersabda: "Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang makan dengan rakus. "Sahabat bertanya," Apakah ketika itu umat Islam lemah dan musuh sangat kuat? "Sabda Rasulullah," Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka ibarat buih di laut. "Sahabat bertanya lagi," Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut? "Jawab Rasulullah," Kerana ada dua penyakit iaitu mereka ditimpa penyakit Al Wahan. "Sahabat bertanya lagi," Apakah itu Al Wahan? "Rasulullah bersabda, "Cinta dunia dan takut mati".


Kenapa Jazirah Arab dan ulamak Membisu tentang apa yang berlaku di bumi syam,Mesir dan sekitarnya-Mereka kebanyakannya terkena Fitnah Dajjal.
Kenapa barat dan Israel takut kepada kebangkitan Islam di Nusantara.Tetapi bagaimana masyarakat nusantara bangkit.

Sebenarnya mudah.Dengan perkongsian ilmu.
Mudah-mudahan han team kami Wake Up Resources dapat membangkitkan panglima2 Islam yang akan muncul dengan ber saf-saf satu hari nanti.Aminnn.


Kenapa saya berani berkata Keluraga Saud di Arab Saudi adalah tentera Dajjal..Saud =Yahud...lebih kurang..dan saya buat kenyataan PADAT bahawa puak syiah kebanyakan lebih bahaya daripada orang kafir dan munafiq..
lihat sini..semoga bermanfaat http://www.facebook.com/photo.php?v=464337413665635



Bagaimana pun kerosakan di dunia, Tuhan telah berjanji melalui Rasulullah SAW, Islam pasti akan kembali bangkit untuk kedua kalinya.

Di hadis lain disebutkan bahawa:

Dan telah mengeluarkan Ibni Abi Syaibah dan Nu'aim bin Hammad dalam Al Fitan dan Ibnu Majah dan Abu Nu'aim dari Ibnu Mas'ud, katanya: "Ketika kami berada di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba datang sekumpulan anak-anak muda dari kalangan Bani Hasyim. Apabila terlihat akan mereka, maka kedua mata Rasulullah berlinang air mata dan wajah beliau berubah. Akupun bertanya: "Mengapakah kami melihat pada wajahmu, sesuatu yang kami tidak sukai?". Beliau menjawab: "Kami Ahlul bait telah Allah pilih untuk kami akhirat lebih dari dunia, kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran sepeninggalanku kelak, sampai datangnya suatu kaum dari sebelah Timur yang membawa bersama mereka panji-panji berwarna hitam. Mereka meminta kebaikan, tetapi tidak diberikannya. Maka mereka pun berjuang dan memperoleh kemenangan. Lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu, tetepi mereka tidak menerimanya hingga mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana bumi dipenuhi dengan kedurjanaan. Siapa diantara kamu yang sempat menemuinya, maka datangilah mereka walalupun merangkak di atas salji. Sesungguhnya dialah Al Mahdi. "Telah mengeluarkan Tabrani dalam Al Ausat, dari Ibnu Umar bahawa Nabi SAW telah mengambil tangan Ali dan bersabda:

"Akan keluar dari sulbi ini pemuda yang memenuhi dunia dengan keadilan (Imam Mahdi). Bilamana kamu melihat yang demikian itu, maka wajib kamu mencari Pemuda dari Bani Tamim, dia datang dari sebelah Timur dan dia adalah pemegang panji-panji Al Mahdi ". (Dari kitab Al Hawi lil Fatawa oleh Imam Sayuti)


Dari Tsauban RA, dia berkata, telah bersabda Rasulullah SAW, akan datang Panji Panji Hitam dari sebelah Timur, seolah olah hati mereka kepingan kepingan besi. Sesiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada mereka sekalipun merangkak di atas salji. (Dikeluarkan dari Al Hasan bin Sofyan dari Al hafiz Abu Nuaim) (dari kitab Al Hawi lil fatawa oleh Imam Sayuti)

Dari hadis-hadis diatas, kebangkitan Islam kedua ternyata akan bermula dari Timur. Tetapi pertanyaanya Timur sebelah mana? Jika kita melihat pola penyebaran Islam ketimur oleh para sahabat dan para tabiin, tabiut tabiin dan para pejuang-pejuang dahulu, kita akan melihat bahawa mereka bergerak kearah Timur hingga berhenti ke wilayah Asia Tenggara ini. Telah kita ketahui menurut sejarah bahawa PengIslaman Indonesia banyak dilakukan oleh saudagar-saudagar dari hujurat. Tapi sebenarnya peniaga-peniaga dari hujurat itulah utusan-utusan dari khalifah-khalifah Islam zaman itu untuk mengislamkan timur. Rasulullah memang tidak menyebutkan Timur sebelah mana. Tetapi jika kita kaji, kita lihat sejarah dengan teliti, maka kita akan dapat melihat suatu pola yang cukup memberi alasan logik mengapa Asia Tenggara adalah Timur yang dimaksudkan.

Wallahu aklam.


--------------------------------------------------------


Penjelasan along:
Apa yang kita impikan, Allah pasti akan makbulkan."Kun Fayakun"

Kalau kita ingin bersama orang soleh dan diberi kekuatan melawan fitnah dajjal.Yakinlah sepenuh hati pada Allah,Tuhan sekalian Alam.Lailahaillallah (yang membawa berjuta maksud)



Terdapat prinsip dalaman kita gunakan untuk membuat apa sahaja yang kita mahu buat. Anda perlu terlebih dahulu kenali diri anda sendiri ; kenyataan jujur ​​kepada diri sendiri dan kepada Tuhan sekalian Alam. Anda tidak boleh kaya dan bertaqwa(sufi) jika anda tidak selari dengan itu.

Anda sememangnya mempunyai keinginan untuk menjadi bebas dari segi kewangan , tetapi ada bahagian lain yang berkata, ' Ia akan membuat hidup saya lebih rumit, ' atau ' saya tidak layak untuk menjadi kaya .'(Negatif Thinking)

' Allah tidak sayang saya. '

' Mama tidak mahu saya. '

' Kerajaan tidak kenal saya. '

Yang tidak pernah berakhir ,gangguan -ganguan sisi negatif sehingga anda menukar apa yang anda rancang dan impikan . Anda perlu membuat keputusan mengenai sesuatu yang anda akan lakukan. Dapatkan ilmu mengenainya dan pergilah berguru atas bidang yang anda minat.  
Sebagaimana firman Allah SWT dalam Al-Qur’an 

Surah An Nahl(16) ayat 43 yang berbunyi : “Fas Alu Ahla dzikri in kuntum laata’lamun” (Bertanyalah kepada Ahli Dzikir(Orang yang pakar dalam sesuatu bidang) kalau kamu belum tahu).


Mengambil tindakan ke atasnya.


Dalam Surat Al-Kahfi(18) ayat (17) Allah Swt berfirman : “Man Yahdillaahu fahuwal muhtad wa man yudhlil falan tajida lahuu Waliyyan Mursyiida”. 
(Barang siapa diberi petunjuk maka ia akan mendapat Hidayah, dan barangsiapa disesatkan maka tidak akan dipertemukan dengan Wali Mursyid.)
 
Ini bermakna anda mungkin mahu melakukan sesuatu perkara yang betul atau salah.Dapatkan guru yang benar-benar mursyid(alim dan berkata benar), anda akan berjaya , anda boleh menulisnya sebagai matlamat , anda boleh berkata kepada diri sendiri ' Itulah apa yang saya mahu lakukan .
Selalu ada harapan di tengah Kesulitan.Dan jangan berputus asa.

Bahagian-bahagian yang paling dalam anda tahu apa yang sesuai untuk anda. Itulah gerak hati .  Gerak hati biasanya berkata, "Jangan lakukan itu." Anda perlu tahu dan mengesahkan bahawa ia adalah sesuai untuk anda. Ia adalah diri anda. Anda perlu bijak mengawal emosi .

Ketakutan adalah tabiat yang paling mahal yang kita ada. Berapakah harga ketakutan anda?  
Cuba bayangkan hidup anda lima tahun lalu,apakah anda buta bahawaAllah telah banyak makbulkan segala permintaan anda dan mengubah hidup anda,itu menunjukkan kita sebagai manusia(khalifah) sangat kuat bertahan dengan cubaan dan ujian selama 5 tahun.Bersediakah kita di mahsyar yang berganda tahap kesabarannya di sana. Jangan risau.
Perbanyakkan minta keampunan pada Allah.

Along kongsikan kan 10 ayat Al-Quran yang menyentuh Allah Maha Pengampun.


1  
Surah AnNuur. Ayat 022.
Dan janganlah orang-orang yang berharta serta lapang hidupnya dari kalangan kamu, bersumpah tidak mahu lagi memberi bantuan kepada kaum kerabat dan orang-orang miskin serta orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah dan (sebaliknya) hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

2  
Surah AnNisaa'. Ayat 106.
Dan hendaklah engkau memohon ampun kepada Allah; kerana sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

3  
Surah Ali'Imran. Ayat 031.
Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

4  
Surah AlBuruj. Ayat 014.
Dan Dialah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Pengasih.

5  
Surah Ali'Imran. Ayat 129.
Dan bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Dia mengampunkan sesiapa yang dikehendakiNya dan Dia menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

6  
Surah Al Hadid. Ayat 028.
Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan tetaplah beriman kepada RasulNya (Muhammad), supaya Allah memberi kepada kamu dua bahagian dari rahmatNya dan menjadikan bagi kamu cahaya untuk kamu berjalan dengannya (pada hari kiamat kelak), serta diampunkannya dosa kamu dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

7  
Surah Al Anfaal. Ayat 069.
Maka makanlah dari apa yang kamu telah dapat (dalam peperangan) itu, sebagai benda yang halal lagi baik, serta bertakwalah kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

8  
Surah AnNisaa'. Ayat 099.
Maka mereka (yang demikian sifatnya), mudah-mudahan Allah maafkan mereka dan (ingatlah), Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun.

9  
Surah Al Maa’idah. Ayat 074.
Oleh itu tidakkah mereka mahu bertaubat kepada Allah dan memohon keampunannya (sesudah mereka mendengar keterangan-keterangan tentang kepercayaan mereka yang salah dan balasan seksanya)? Padahal Allah Maha pengampun, lagi Maha Mengasihani.

10  
Surah AnNuur. Ayat 005.
Kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah itu (dari kesalahannya yang tersebut) serta memperbaiki amalannya, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Semoga bermanfaat
-Along-


Comments

Popular posts from this blog

Top 100 Team & Individu Forex Malaysia

Salam semua trader,



Hari ini penulis ingin berkongsi senarai list nama pengelola,laman web atau personel yang aktif dalam memberi nilai ilmu forex khasnya sesama trader di Malaysia.Betapa meriahnya dan banyaknya ilmu yang dikurniakan Allah kepada kita trader,namun yang sedihnya kita sering salah menyalah terutamanya satu bangsa yang dikenali sebagai "Melayu".Namun ilmu ini tidak terbanding dengan ilmu Tuhan sekalian Alam.Biar kita profit dan withdraw sama-sama.

Trader Malaysia bagus-bagus sebenarnya di bandingkan dengan trader luar.Jika kita bersatu,anak-beranak Soros pun boleh datang Malaysia belajar.In sya Allah.

Artikel ini ditulis sebagai rujukan trader untuk menimba ilmu.Ranking bukan bermaksud yang atas mengatasi di bawah atau mengatasi setiap satu,ianya hanya senarai terpilih hasil pemerhatian telus pihak kami.

Senarai di bawah telah ditapis,dan menepati syarat utama iaitu:


Tidak ScamBukan individu mengelola Skim Cepat Kaya.
Penulis berharap,ianya telus dan pihak kami tidak…

Kisah Penipuan Aeon dan Sen Heng

Salam Ramadhan buat semua, Hari ini penulis ingin share betapa kayanya syarikat yang sudah banyak kali menipu mangsa-mangsa tanpa disedari pihak berkuasa dan modus operandi mereka sangat licik hingga mengaut keuntungan beratus juta RM.
Sehinggalah luahan sahabat FB menceritakan kisah "Untold" story penipuan Aeon Credit  dan "Seng Heng"  (Senheng) dimana kedua-duanya "sam SENG" .



AEON 2016 ANNUAL REPORT
(Baru sahaja di padam dari laman Google)
Admin sempat download buat tatapan dan bukti keuntungan "RIBA'" Syarikat AEON buat tatapan pembaca pembaca.



































Kisah hari ini, balik kampung jumpa parents. Abah mengeluh bila akaun BSN miliknya, hasil menjadi guru kafa bertahun-tahun tiba-tiba saja kosong. Padahal, dia tidak pernah mengeluarkan duit dari akaun tersebut. Kerana itulah simpanannya untuk pergi haji dan umrah. 
Bila ditanya pada BSN, rupa-rupanya dipotong oleh Aeon Credit secara auto debit. 
Kisahnya bermula bila abah membeli motosi

Senarai 100 forex trader dan broker dalam Pemantauan Bank negara Malaysia

Salam,

Seperti biasa,tugas kami memberikan artikel yang straight to the point.
Tak pandai nak karang cerita macam thevocket.com.
Artikel ini membuatkan penulis hilang 100 rakan scam,namun demi menjaga maslahat orang awam,kaedah begini menjadi keutamaan.
Kita ni orang kampung , yang hidup lebih gemar berterus terang mempertahankan hak yang teraniaya dan menolak kebatilan.

Pihak Piphijau tidak menyentuh dosa pahala peribadi individu atau owner broker di bawah.
Sekadar nasihat sesama supaya berhati-hati dalam dunia penipuan "online".
Sedangkan Pengetua Maahad Tahfiz kena auta pelaburan Forex.Inikan pula kita.



*Dalam Pemantauan BNM tidak semestinya broker atau laman web tersenarai bersalah. Mana-mana individu yang terlibat dengan bidang forex ,100% risiko ditanggung sendiri.Melainkan aduan "Terbukti" kes-kes penipuan berimpak tinggi,turun naik mahkamah yang disenarai BNM disini .

Tugas team kami Piphijau membantu konsultansi & menasihati anda bidang pelaburan Teknikal Anali…