Skip to main content

Pengalaman Trading Forex Bro Rum Zeg

Salam semua..hari ini saya nak kongsikan pengalaman rakan forex along di fb..beliau izinkan saya share di blog buat tatapan umum , perkongsian ikhlas dan nasihat seorang Trader Forex yang amat saya segani.


 

Selamat ulangtahun ketiga saya dalam forex.

Sept 2013 genaplah tiga tahun saya berada dlm dunia forex.Pada akhir tahun 2008 saya berhenti kerja manager firefly kerteh. setahun takda kerja.bermula dengan sebuah buku tentang tafsiran nama,buku terbitan Dr azizan.dengan sekadar tujuan utk suka2..cuba2 tafsir kerja apakah yg sesuai utk saya.bila dikira2 huruf nama saya..keluarlah dua jawapan kerja yg sesuai utk saya adalah ahli farmasi atau penganalisis saham.(saya termenung.dua2 kerja melibatkan analisis,analisis penyakit dan analisis saham).Lalu saya tanya diri saya adakah saya sesuai menceburi bidang forex.
Sebenarnya saya sudahpun punya seorg adik yg mmg telah lama menceburi forex(sejak 2006) dan dia pernah dapat johan pertandingan ikofx(anugerah di langkawi). Dari awal lagi dia pernah syor supaya saya cebur bidang forex,tetapi pada masa tu saya berpandangan forex sangat susah.
Tetapi kerana bermula dr buku tafsiran nama, menyatakan kerja yg sesuai bagi saya adalah penganalisis saham,maka saya mula berubah fikiran. sejak dr itu saya mula mengkaji..korek2 dgn pakcik google..dan dgr celoteh makcik youtube..dan tekad saya pada masa itu adalah..saya hendak mencari kelemahan di dlm forex.
saya membaca berbagai2 tip dr profesional.saya juga mengkaji berbagai kesalahan yg selalu dilakukan oleh trader. Dari banyak2 advise dr profesional..ada satu yg sangat terkesan dihati saya..iaitu "carilah satu sistem atau satu teknik atau satu taktik,yg boleh buat kita bertahan lama dalam dunia forex,yg mengatasi semua keadaan market,yg melangkau semua updated platform,yg tidak terkesan dgn perubahan 'program' pergerakan candle.
Sejak dr itu saya mula mencari jln utk mengenal tentang 'kerugian',saya tidak mencari jln tentang keuntungan.kerana pada saya,jika kita cuba mengatasi kerugian maka selebihnya adalah keuntungan.
umur 3 tahun dlm dunia forex bukannya sesuatu yg boleh dibanggakan sgt,mcm budak baru berumur tiga tahun,baru sedang cuba2 mengukuh utk berjalan.kalau berlari laju2 pun jadi rebah.terlalu banyak yg perlu dipelajari.masih sangat banyak yg perlu dihayati.
saya sentiasa jatuh,tetapi jatuh sebagai seorang budak berumur 3 tahun adalah jatuh sebagai org yg belajar berjalan...yg tujuannya utk mengukuhkan langkah.
Dalam pencarian saya,banyak juga yg dpt saya rumuskan..dan apa yg saya rumuskan itu bolehlah ditafsirkan sebagai "breaking the system",contohnya mengubah level fibo kepada 188.6, 288.6, 388.6 dan ada lagi dua tiga benda yg dpt mengubah persepsi trader memandang cara lain terhadap forex.. Tetapi Oleh kerana pada masa skrg saya masih lagi tunggang langgang..kata org buah belum masak....jadi belum masanya utk berkongsi dgn para sahabat.
perjalanan saya masih jauh utk berjaya..tetapi saya cuba supaya tidak gopoh dan cuba hindari apa yg org tua larang "belum duduk sudah belunjur"

Sejarah mula swing

bila rasa seronok dgn forex.saya mula menjadi gila dan addicted.setiap saat chart bergerak di dlm kepala saya.kalau tido,tido tak lena sbb terasa market sedang naik turun.ini memberi kesan kepada kesihatan saya. siang hari berjalan rasa mcm atas kapal..berombak2.kesan sgt ketara.hingga saya sedar bahawa ini sangat bahaya dan saya boleh mati awal(sahabat rapat saya yg juga sama seperti tu,mmg telah meninggal dunia). Saya cepat tersedar bahawa keadaan kegilaan mcm tu sangat bahya. Lalu saya tekad cuba berhenti dan lupa forex buat seketika. Saya jual semua pc dan hpone yg segalanya berkaitan forex. Supaya fikiran dpt lupa pada forex. Ketika saat2 bertenang tersebut..saya mula bertanya pada diri sendiri..,.boleh ke buat analisis,masuk pos kemudian tinggal,tiga empat hari baru tgk. Saya cuba buat. pergi ke cybercafe,,buat analisis,masuk pos kemudian 3 4 hari selepas tu baru saya tgk balik.terkejut tgk rupa2nya untung. Sejak dr tu barulah pandangan saya mula berubah...dan mula beralih kepada swing dan hold position lebih lama.pada testing yg pertama saya masuk 24 pair dgn lot saiz 0.01 dan biarkan selama 2 minggu.terkejut saya tgk ada satu2 pair yg pergi kepada 900pips.lagilah berubah saya memandang apa perlunya letih2 ngadap kalau benda leh biar je.

saya sejak hari tu juga saya mula mencari nama2 popular dlm dunia forex atau hedgefund...mustafa belkhayate,allesio rastani,jamie seattle,soros,warren buffet,dan zanger,baca tentang Carl Icahn,Ray dalio,James Simon,john Paulson,Steve Cohen,David Tepper,Goldman Sachs,William Ackman,Gotham Partners,Andreas Halvorsen,Julian Robertson,Stazione, mereka semua adalah nama2 yg berlainan tetapi ada satu persamaan di antara mereka iaitu mereka 'bukan intraday dan mereka bukan scalper'.
Ada rumusan disitu..jln mana yg patut dilalui...walaupun kejayaan masih jauh utk saya tempuh, sekurang2nya saya sedar saya berada dilorong yg betul dlm dunia forex.

 Kredit asal di FB En Rum Zeg

 

Comments

  1. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

    pengkhususan Syarikat.
    1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
    2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Top 100 Team & Individu Forex Malaysia

Salam semua trader,



Hari ini penulis ingin berkongsi senarai list nama pengelola,laman web atau personel yang aktif dalam memberi nilai ilmu forex khasnya sesama trader di Malaysia.Betapa meriahnya dan banyaknya ilmu yang dikurniakan Allah kepada kita trader,namun yang sedihnya kita sering salah menyalah terutamanya satu bangsa yang dikenali sebagai "Melayu".Namun ilmu ini tidak terbanding dengan ilmu Tuhan sekalian Alam.Biar kita profit dan withdraw sama-sama.

Trader Malaysia bagus-bagus sebenarnya di bandingkan dengan trader luar.Jika kita bersatu,anak-beranak Soros pun boleh datang Malaysia belajar.In sya Allah.

Artikel ini ditulis sebagai rujukan trader untuk menimba ilmu.Ranking bukan bermaksud yang atas mengatasi di bawah atau mengatasi setiap satu,ianya hanya senarai terpilih hasil pemerhatian telus pihak kami.

Senarai di bawah telah ditapis,dan menepati syarat utama iaitu:


Tidak ScamBukan individu mengelola Skim Cepat Kaya.
Penulis berharap,ianya telus dan pihak kami tidak…

Kisah Penipuan Aeon dan Sen Heng

Salam Ramadhan buat semua, Hari ini penulis ingin share betapa kayanya syarikat yang sudah banyak kali menipu mangsa-mangsa tanpa disedari pihak berkuasa dan modus operandi mereka sangat licik hingga mengaut keuntungan beratus juta RM.
Sehinggalah luahan sahabat FB menceritakan kisah "Untold" story penipuan Aeon Credit  dan "Seng Heng"  (Senheng) dimana kedua-duanya "sam SENG" .



AEON 2016 ANNUAL REPORT
(Baru sahaja di padam dari laman Google)
Admin sempat download buat tatapan dan bukti keuntungan "RIBA'" Syarikat AEON buat tatapan pembaca pembaca.



































Kisah hari ini, balik kampung jumpa parents. Abah mengeluh bila akaun BSN miliknya, hasil menjadi guru kafa bertahun-tahun tiba-tiba saja kosong. Padahal, dia tidak pernah mengeluarkan duit dari akaun tersebut. Kerana itulah simpanannya untuk pergi haji dan umrah. 
Bila ditanya pada BSN, rupa-rupanya dipotong oleh Aeon Credit secara auto debit. 
Kisahnya bermula bila abah membeli motosi

Senarai 100 forex trader dan broker dalam Pemantauan Bank negara Malaysia

Salam,

Seperti biasa,tugas kami memberikan artikel yang straight to the point.
Tak pandai nak karang cerita macam thevocket.com.
Artikel ini membuatkan penulis hilang 100 rakan scam,namun demi menjaga maslahat orang awam,kaedah begini menjadi keutamaan.
Kita ni orang kampung , yang hidup lebih gemar berterus terang mempertahankan hak yang teraniaya dan menolak kebatilan.

Pihak Piphijau tidak menyentuh dosa pahala peribadi individu atau owner broker di bawah.
Sekadar nasihat sesama supaya berhati-hati dalam dunia penipuan "online".
Sedangkan Pengetua Maahad Tahfiz kena auta pelaburan Forex.Inikan pula kita.



*Dalam Pemantauan BNM tidak semestinya broker atau laman web tersenarai bersalah. Mana-mana individu yang terlibat dengan bidang forex ,100% risiko ditanggung sendiri.Melainkan aduan "Terbukti" kes-kes penipuan berimpak tinggi,turun naik mahkamah yang disenarai BNM disini .

Tugas team kami Piphijau membantu konsultansi & menasihati anda bidang pelaburan Teknikal Anali…