Inspirasi buat forex trader

Salam,

Hari ini along nak share ayat puitis dalam forex.
Semoga ilmu dan nasihat ini menjadi pahala yang besar buat penulis.



Orang Nampak Macam Senang Nak Senang Dalam Forex...

Tapi Orang Tak Nampak Dan Tak Mahu Nampak Sisi Susah Di Dalam Forex...

Lalu Timbul La Parasit-Parasit Yang Memberi Mereka Harapan Yang Kosong....

Serta Janji Tinggi Melangit...

Mereka Lah Yang Dipuja....

Mereka Lah Yang Di Bangga...

Minoriti Yang Berkata Benar Serta Tanpa Berselindung...

Mereka Lah Yang Dikata Si Luncai...

Mereka Lah Yang Dikata Sang Langau...

Itu Lah Pemikiran Orang Kita....

Takut Kepada Kebenaran...

Lebih Selesa Disogok Dengan Cerita Khayalan....

Serta Berimpian Jauh Melangkaui Realiti...

Di Hari Minggu Ni...

Sama2 Kita Muhasabah Diri....

Forex Adalah Perniagaan...

Bukan Mesin Perjudian...

http://www.facebook.com/mohd.izzatullah

Di sini Ammonia 2012
gambar2 kenangan ketika along dan Izzatullah bekerja bersama.
Waktu ini kami susah senang sama-sama.

Alhamdulillah beliau dah jadi Full Time Trader yang berjaya.Add friend di fb beliau.
In sya Allah,ilmu forex beliau akan kongsikan sebaiknya.

Wassalam

Hudud di Brunei

Salam semua,

Hari ini penuh dengan perkara yang membahagiakan,

Yang paling Bahagia Bila Mendengar Ucapan Sultan Brunei,Hasanal Bolkiah melaksanakan ketetapan dan hukum Allah sejak azali iaitu Hukuman Hudud.





Sultan Brunei semalam memperkenalkan hukuman hudud, termasuk merejam sampai mati mereka yang didapati bersalah kerana berzina.

Mengumumkan keputusan itu, beliau merujuk langkah berkenaaan sebagai yang bersejarah pelaksanaan undang-undang Islam sebenar di negara itu.

Sultan Hassanal Bolkiah, 67, antara lelaki terkaya di dunia, berkata, akta baru undang-undang syariah yang dikaji selama bertahun-tahun itu diperkenalkan secara rasmi semalam di negara yang kaya dengan minyak itu mengikut tempoh percubaan selama enam bulan.

Berdasarkan kes terhadap individu, undang-undang itu meliputi hukuman termasuk merejam hingga mati kerana berzina, memotong tangan kerana mencuri dan sebat kerana pelbagai kesalahan seperti pengguguran kandungan hingga kepada meminum arak.

Akta itu bagaimanapun hanya tertakluk kepada umat Islam.

“Dengan izin Allah, dengan menguatkuasakan undang-undang ini, tanggungjawab kami terhadap Tuhan sudah ditunaikan,” katanya.

Sebagai pemimpin negara yang keluarganya menguasai negara yang kaya dengan minyak itu selama enam abad, beliau pertama kali menggesa hukuman hudud dilaksanakan pada 1996.

Brunei sebelum ini mengamalkan pemerintahan lebih konservatif berbanding negara jiran Islamnya di Asia Tenggara iaitu Malaysia dan Indonesia, seperti mengharamkan penjualan dan kegiatan minum arak secara terbuka. -AFP



Seminar Sogeh Profit kali ke 3

Bismillahirrahmanirrahim

Seminar Advance yang bakal merubah
Sejarah Tanah dan Bangsa Melayu.In sya Allah.



SOGEH PROFIT
-Amalan Kekayaan Yang Diabaikan-


8/11/2013 (Jumaat)
8:30 pagi hingga 5:30 petang
LOKASI:
Persiaran Apec, 
Cyber 8, 
63000 Cyberjaya, 
Selangor ‎

KLIK SINI UNTUK PETA LOKASI



Mohd Zubir Amry dan Karkersz Zulhakim
akan buat perkongsian ilmu Allah seperti di bawah:

Amalan Kesogehan 
(Amalan Kekayaaan Yang Diabaikan)

+

Budak Kampung Ke Super Trader:


1.Kaedah forex yang harus pada syarak dimana ramai pakar forex abaikan.

 
2.Teknik Kiraan Karkersz.

 
3.Kaedah shadow,pin bar dan tail. 

 
4.Entry yangg betul.Take profit yang konsisten dan stop loss yg munasabah.

 
5.Kaedah jadual tadika.

 
6.Psykologi forex.Betapa sombongnya bangsa melayu dengan ilmu ini. 

 
7.100 trader melayu Islam yang trade forex,99 pendapatan mereka ada syubhah dan haram.

 
8.Cara gunakan indikator simple dengan kaedah yang betul,profit konsisten dan minimise loss dgn sl dan tp yang betul.

 
9.Teknik entry pending order dengan timing yang betul. 

 
10.Teknik filter fundamental news.

 

Berminat:

Whats App atau SMS

Kod : "Sogehprofit Cyberjaya"

0132377387 atau 0149201697

Yang whats app ikut tarikh di bawah sahaja saya bagi yuran RM100
(21,22, 23 Oktober 2013 dan 1 November 2013 )


Selepas tarikh ini,harganya:

Normal:
RM450

Promosi Sebelum 5/11/2013:
RM300

Student IPTA/IPTS:
RM250

Walk In :
RM500


Terima Kasih

Peserta dan Seminar Sebelum ini di PKNS Biz Point ,Shah Alam
4/10/2013 (Jumaat)

Gambar Disini:
SOGEH PROFIT #2

 

Cara Deposit XM secara Tunai guna kad Debit

Salam semua,

Berkenaan pertanyaan ramai mengenai cara deposit XM guna kad kredit atau kad debit.
Along galakkan Public Bank ,Al-Rajhi atau RHB .Urusan Lebih Cepat berbanding Maybank atau CIMB yang ada sedikit masalah bila withdraw nanti)



Kepada yang masih belum mendaftar XM Islamic Account.Sila ke page Daftar XM
Dapat Bonus 100%.Tarikh Tutup Hingga 27/12/2013.

Hari ini along nak kongsikan cara-caranya melalui penerangan bergambar.


Tiada sebarang cas di kenakan samada Deposit danWithdraw. Rate mengikut rate semasa @ rate bank terkini.

Kebiasaannya deposit dan withdraw XM paling cepat dalam tempoh 5 minit mengikut pengalaman along.
 

Paling lama dalam tempoh 24 jam,ianya mengikut kelajuan pengurusan bank kad debit masing-masing.

Panduannya begini(Contoh deposit XM):


1) TEKAN DEPOSIT. LEPAS TU PILIH CREDIT/DEBIT CARD

 
2) AKAN NAMPAK PAGES SEPERTI DI BAWAH. CHECK NOMBOR AKAUN TRADING DAN NAMA. MASUKKAN AMOUNT UTK DEPOSIT. KEMUDIAN TEKAN DEPOSIT.
   
3) AKAN NAMPAK PAGES SEPERTI DI BAWAH. KALAU NOMBOR AKAUN TRADING DAN AMOUNT DEPOSIT BETUL, SILA TEKAN CONFIRM

 

 1) PILIH PAYMENT METHOD SAMADA DEBIT ATAU KREDIT KAD
2) LETAK NAMA PADA KAD ( pastikan jgn guna nama lain selain nama pada akaun trading )
3) LETAK NO 16 DIGIT KAD
4) BULAN dan TAHUN
5) CVV2 PADA BELAKANG KAD 3 ANGKA
6) KLIK DEPOSIT
 


5) AKAN NAMPAK PAGES SEPERTI DI BAWAH.
ANDA TELAH BERJAYA DEPOSIT GUNA CARA CREDIT/DEBIT KAD
SEMOGA PROFIT SELALU DENGAN XM


 

Sekian,wassalam

Jumpa lagi di perkongsian seterusnya.

Mudahnya Support dan Resistance

Salam semua,

Hari ini along nak share mengenai Support dan Resistance,along hurai dalam bahasa melayu yang lebih mudah,terjemahan daripada laman web mat saleh dan artikel pakar forex dari Indonesia:

Apa itu Support.Bahasa kampungnya LANTAI atau TANAH.
Apa Itu Resistance.Bahasa kampungnya SILING atau LANGIT.

Support dan Resistance adalah elemen wajib dan penting kepada pada trader forex untuk menganalisa pergerakan harga secara teknikal.


Saya pasti semua trader forex mengenal istilah Support dan Resistance, biasa diringkaskan dengan simbol S&R, SnR, atau S/R.

Hampir semua bank-bank, institusi keuangan besar, para banker serta trader pakar di seluruh dunia menggunakan S&R ini untuk bertransaksi jual beli dalam Forex.

Jadi, mengapa kita tidak menggunakannya juga? Pendapat along, S&R adalah komponen wajib yang harus digunakan untuk trading dalam forex.

Apakah itu level Support dan Resistance?

Level Support adalah suatu level atau harga tertentu yang membuat chart memantul ketika menyentuhnya dan mengakibatkan chart tidak mampu menembus level atau harga yang lebih rendah.
Level resistance adalah suatu level atau harga tertentu yang membuat chart memantul ketika menyentuhnya dan mengakibatkan chart tidak mampu menembus level atau harga yang lebih tinggi.
Keterangan saya cukup simpel kan? Harap perhatikan gambar simpel dibawah ini agar kita semakin memahami pengertian dari S&R ini.





Bagaimana cara melukis level Support dan Resistance?

Pada pendapat peribadi along(dan tentunya dari guru forex saya), ada 3 aturan yang harus digunakan untuk menggambar S and R:

1) Chart harus mengalami pemantulan ketika menyentuh level Support atau Resistance tersebut MINIMUM 2 KALI, bukan 1 kali.

2) Semakin kerap chart mengalami pemantulan atau gagal menembus level tersebut, bererti level Support dan Resistance tersebut semakin penting dan lebih sulit untuk ditembus.

3) Level Support atau Resistance yang BARU WUJUD lebih penting DARIPADA level Support atau Resistance yang lama.

Harap perhatikan gambar dibawah ini untuk lebih memahami tentang 3 aturan menggambar level S and R yang saya jelaskan.



Level atau garis resistance adalah garis berwarna biru di bagian atap chart. Resistance tersebut adalah resistance yang penting, karena chart mengalami pemantulan sebanyak 3 kali ketika menyentuhnya, gagal untuk membuat harga lebih tinggi.

Level atau garis support adalah garis berwarna hijau di bagian bawah chart. Ada 2 garis support disana, iaitu Support A dan Support B, kedua garis support tersebut sama-sama memantulkan harga sebanyak 3 kali ketika chart hendak turun kebawah. Jadi, support A dan support B sama-sama penting.

Tetapi, mana yang lebih penting?  Support B lebih penting kerana support B lebih “baru” daripada support A.

Ini pendapat peribadi along. Untuk menggambar garis S&R, Anda tidak perlu pening kepala:
Harus meletakkan garisnya dimana, tidak perlu risau untuk meletakkan garisnya (horizontal line)di High atau Low dari candle, dan lain-lain.

Yang perlu Anda lakukan hanyalah “Just Draw It”, letakkan saja garisnya dimana pemantulan chart terjadi. Kerana menurut along, Support dan Resistance lebih mengarah pada “Zon” atau area, bukan level atau titik tertentu .

Dan garisan ini dipanggil “area support atau area resistance”.
Apa kelebihan mengetahui area support dan area resistance?
Along selalu melukis garis support dan resistance ini untuk menentukan arah atau trend pergerakan market.

1) Jika Tembus resistance, maka bullish.
2) Jika Tembus support, maka bearish.
3) Jika memantul dari resistance, maka akan bearish dan market akan cenderung turun untuk mengejar support
4) Jika memantul dari support, maka akan bullish dan market akan cenderung naik untuk mengejar resistance

Along juga sering menggunakan support dan resistance untuk menentukan entry ketika trading forex setiap hari dan waktu trade yang sesuai.(Yang masuk kelas faham)

1) Buy ketika market sudah Tembus atau valid breakout terhadap resistance
2) Sell ketika market sudah Tembus atau valid breakout terhadap support
3) Buy ketika market gagal menembus support dan menunjukkan signal untuk berganti arah menjadi bullish
4) Sell ketika market gagal Tembus resistance dan menunjukkan signal untuk berganti arah menjadi bearish

Nampak mudah gila kan?

Ya.Forex ini sangat mudah.Ianya ibarat 1 + 1= 2

Kebanyakan trader kita di Malaysia menganggap forex ini

1+1=(x=y=v=3=&/2*x t)3 =2

Jalan kerja di atas saya gambarkan sebagai indicator yang menyerabutkan pc anda.

Guna satu dua indicator mudah yang kita mahir.Dan latih selalu.Anda pasti Berjaya dalam forex.
Forex ini mudah,meskipun tetap harus membuat latihan dan lukis chart, , psikologi yang kuat, dan semangat untuk terus belajar, agar mudah mencapai semuanya itu.
Yakinlah bahawa segala rezeki kita Allah sudah atur sejak kita dalam air ketuban ibu.

Wassalam.Jumpa Lagi.

Bil TNB baru

Salam Aidil Adha buat semua,

Hari ini along dalam mood menulis modul dan disamping cuti dan berehat di rumah.

Sedang menulis,tiba-tiba ada brother TNB hantar notis seperti biasa

"Rakyat didahulukan atau kena dahulu :)"

sebagai tugasan biasa rakyat Malaysia setiap bulan iaitu menjelaskan bil-bil kegunaan harian,yang didoakan orang yang rakyat beri amanah (Kerajaan) menggunakan duit rakyat untuk tujuan yang betul.Bukan masuk kocek sendiri.Ingatlah Allah akan tanya satu persatu di Mahsyar nanti.

Sebenarnya ada sesuatu yang ingin saya kongsikan iaitu bil tnb yang baru.

Along,ini pun kau nak share ke.

Ya,walaupun seremeh bil tnb.

Nabi pernah bersabda,"sampaikanlah ilmu walaupun satu ayat"

Along nak ubah cara berfikir orang Islam kita terutama sekali bangsa melayu.Mereka hidup dalam ketakutan sebenarnya jika apa yang mereka tahu(sedikit ilmu) orang lain tahu juga.

Ini namanya kedekut ilmu.

Along ulang buat kali yang berapa puluh ratus.

"Sejak kita dalam perut ibu(dalam air ketuban ibu),Allah dah atur segala rezeki dan aturan hidup kita.Cuma cara kita mengambil jalan,sama ada cara benar atau salah,Yang baik atau yang buruk Allah beri kita akal untuk berfikir dan mengubah hidup"

Nah..ini bil contoh perbezaan bil TNB yang lama dan yang baru
Sekian,

jumpa lagi next posting di tulisan perkongsian ilmu Allah yang tiada penghujung yang lain.



Belajar Mengenal Pin Bar Forex

Salam semua,

Hari ini , along berkongsi ilmu pin bar,salah satu ilmu dari forex.Salah satu teknik yang along belajar melalui berguru,pembacaan internet dan buku-buku karangan mat saleh.Namun along mudahkan dengan gaya bahasa dan gambar yang in sya Allah anda semua mudah faham.
Dalam pelajaran perdagangan Forex, saya akan berkongsi dengan anda tiga daripada  strategi perdagangan kegemaran saya iaitu; 
  1. Mengenal Bar pin, 
  2. Pin Bar Trik
  3. Pin Bar Dalam
Dalam analisis forex,pin bar adalah mudah dikenalpasti tetapi sangat menguji minda, dan jika anda belajar dengan disiplin dan sabar, anda akan mempunyai kelebihan trade Forex untuk mana-mana pair dengan profit yang banyak secara konsisten dan meminimumkan loss.
Walaupun ketiga-tiganya adalah teknik trade 'asas' saya, terdapat banyak versi yang lain dan variasi ilmu pin bar dari mereka yang pakar dan para guru forex yang lebih handal di luar sana.
Walau bagaimanapun, anda boleh belajar beberapa asas-asas yang baik dalam artikel ini untuk meletakkan keyakinan untuk pembelajaran dan trading pelaburan ilmu masa depan. Jadi, tanpa berlengah-lengah lagi, mari kita mulakan dengan  Bismillahirrahmanirrahim
Mengenal Pin Bar

(Shadow atau ekor panjang kebiasaannya 2 kali ganda panjang candle body):

Bar pin adalah pokok daripada cara saya berdagang pasaran Forex. Ia mempunyai kadar ketepatan yang sangat tinggi di pasaran trend dan terutama apabila berlaku pada tahap berakhirnya news.  
Bar Pin berlaku pada sokongan yang penting dan tahap rintangan umumnya setup sangat tepat.
Bar Pin boleh diambil ketika trend semasa juga, ia agak menonjol dengan ketara dari bar harga sekitar, menunjukkan penolakan yang kuat telah berlaku, dan sebaik-baiknya hanya pada jangka masa carta harian(D1). 
Dalam contoh carta berikut, kita akan lihat di bar pin yang berlaku dalam konteks pasaran tren; Cara kegemaran saya untuk confirm entry yang sesuai.
Juga, perhatikan bahawa trend ini bermula di belakang dua bar pin bullish yang membawa pengakhiran kepada trend menurun yang sedia ada. 

Pin Bar Trik:
 

Strategi perdagangan trik adalah lebih advanced dari pin bar biasa . 
Ia menunjukkan penolakan tahap penting dalam pasaran. 
Sering kali pasaran akan kelihatan menuju satu arah dan kemudian berbalik, membuat trader newbie dan "ayam lama" dihatui lembaga Mummy Marginah iaitu"Margin Call" 
Dan  sebagai profesional,sl yang munasabah adalah sangat perlu.
Pin Bar Trik menolak harga kembali ke arah yang bertentangan. Persediaan trik boleh mencetuskan beberapa langkah cukup besar dalam pasaran Forex.

Seperti yang kita dapat lihat dalam gambar kecil di atas, corak trik pada dasarnya terdiri daripada dalam bar.
Diikuti dengan rehat yang palsu bahawa bar di dalam dan kemudian kembali rapat dalam rangkaian ranging. 
Kemasukan pin bar trik dicetuskan kerana harga bergerak kembali masa lalu yang tinggi di dalam bar (atau rendah dalam kes pin bar trik lemah). 
 
Dalam carta di bawah ini kita dapat melihat pasaran baru-baru ini bergerak lebih tinggi sebelum trik terbentuk. Nota ditulis pada ekor trik persediaan bar dalam yang berlaku kerana kebanyakan trader amatur cuba untuk mengambil bahagian atas pasaran, disinilah tempatnya mereka mula kenal MC @ margin call. :)
 

Pin Bar Dalam:

 

Bar di dalam adalah satu trend yang besar dalam isyarat kesinambungan , tetapi ia juga boleh digunakan sebagai isyarat titik perubahan. 
Walau bagaimanapun, cara pertama untuk belajar bagaimana untuk berdagang strategi bar di dalam adalah sebagai isyarat kesinambungan ,  kita akan memberi tumpuan di sini, maklumat lanjut mengenai bar di dalam dan semua cara untuk berdagang ia boleh didapati.
Seperti yang kita dapat lihat dalam gambar kecil di atas , satu bar di dalam benar-benar terkandung dalam julat  bar sebelumnya
Ia menunjukkan penyatuan ringkas dan kemudian keluar ke arah trend yang dominan.
Di dalam bar yang terbaik dimainkan pada carta (D1) dan (Weekly).
Risiko yang sangat kecil dan  ganjaran yang sangat besar. Strategi bar dalam digabungkan dengan trend pasaran yang sangat kuat adalah salah teknik kegemaran saya(along) yang menghasilkan ribuan pip hijau secara konsisten setiap bulan.

Dalam contoh di bawah ,  EURUSD dalam bar persediaan perdagangan yang terkeluar kepada penurunan itu dengan momentum pasaran yang lemah yang sedia ada. Kita boleh melihat di dalam  persediaan bar dibentuk hanya selepas pasaran membuat TRIK di bawah paras sokongan utama, dan akan menuju ke arah sokongan(support) seterusnya .

Seperti yang anda boleh lihat dari tiga contoh di atas, perdagangan Forex sebenarnya tidak  rumit atau melibatkan indikator (gila khinzir) yang tujuannya mengelirukan seluruh carta anda. 
Apabila anda menguasai beberapa teknik mudah dan price action(harga beraksi turbo) yang kukuh, anda akan berada dalam perjalanan anda untuk menjadi seorang trader forex yang lebih yakin dan menguntungkan, hanya ingat, menguasai setup ini memerlukan kesabaran, dedikasi dan disiplin.
In sya Allah,dalam kelas seminar akan datang ,along  akan berkongsi ilmu-ilmu forex yang sangat mudah namun yang paling utama harus pada syarak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cari info FX di Blog ini :