Bil TNB baru

Salam Aidil Adha buat semua,

Hari ini along dalam mood menulis modul dan disamping cuti dan berehat di rumah.

Sedang menulis,tiba-tiba ada brother TNB hantar notis seperti biasa

"Rakyat didahulukan atau kena dahulu :)"

sebagai tugasan biasa rakyat Malaysia setiap bulan iaitu menjelaskan bil-bil kegunaan harian,yang didoakan orang yang rakyat beri amanah (Kerajaan) menggunakan duit rakyat untuk tujuan yang betul.Bukan masuk kocek sendiri.Ingatlah Allah akan tanya satu persatu di Mahsyar nanti.

Sebenarnya ada sesuatu yang ingin saya kongsikan iaitu bil tnb yang baru.

Along,ini pun kau nak share ke.

Ya,walaupun seremeh bil tnb.

Nabi pernah bersabda,"sampaikanlah ilmu walaupun satu ayat"

Along nak ubah cara berfikir orang Islam kita terutama sekali bangsa melayu.Mereka hidup dalam ketakutan sebenarnya jika apa yang mereka tahu(sedikit ilmu) orang lain tahu juga.

Ini namanya kedekut ilmu.

Along ulang buat kali yang berapa puluh ratus.

"Sejak kita dalam perut ibu(dalam air ketuban ibu),Allah dah atur segala rezeki dan aturan hidup kita.Cuma cara kita mengambil jalan,sama ada cara benar atau salah,Yang baik atau yang buruk Allah beri kita akal untuk berfikir dan mengubah hidup"

Nah..ini bil contoh perbezaan bil TNB yang lama dan yang baru
Sekian,

jumpa lagi next posting di tulisan perkongsian ilmu Allah yang tiada penghujung yang lain.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cari info FX di Blog ini :