Skip to main content

Hudud di Brunei

Salam semua,

Hari ini penuh dengan perkara yang membahagiakan,

Yang paling Bahagia Bila Mendengar Ucapan Sultan Brunei,Hasanal Bolkiah melaksanakan ketetapan dan hukum Allah sejak azali iaitu Hukuman Hudud.





Sultan Brunei semalam memperkenalkan hukuman hudud, termasuk merejam sampai mati mereka yang didapati bersalah kerana berzina.

Mengumumkan keputusan itu, beliau merujuk langkah berkenaaan sebagai yang bersejarah pelaksanaan undang-undang Islam sebenar di negara itu.

Sultan Hassanal Bolkiah, 67, antara lelaki terkaya di dunia, berkata, akta baru undang-undang syariah yang dikaji selama bertahun-tahun itu diperkenalkan secara rasmi semalam di negara yang kaya dengan minyak itu mengikut tempoh percubaan selama enam bulan.

Berdasarkan kes terhadap individu, undang-undang itu meliputi hukuman termasuk merejam hingga mati kerana berzina, memotong tangan kerana mencuri dan sebat kerana pelbagai kesalahan seperti pengguguran kandungan hingga kepada meminum arak.

Akta itu bagaimanapun hanya tertakluk kepada umat Islam.

“Dengan izin Allah, dengan menguatkuasakan undang-undang ini, tanggungjawab kami terhadap Tuhan sudah ditunaikan,” katanya.

Sebagai pemimpin negara yang keluarganya menguasai negara yang kaya dengan minyak itu selama enam abad, beliau pertama kali menggesa hukuman hudud dilaksanakan pada 1996.

Brunei sebelum ini mengamalkan pemerintahan lebih konservatif berbanding negara jiran Islamnya di Asia Tenggara iaitu Malaysia dan Indonesia, seperti mengharamkan penjualan dan kegiatan minum arak secara terbuka. -AFP



Comments

Popular posts from this blog

Top 100 Team & Individu Forex Malaysia

Salam semua trader,



Hari ini penulis ingin berkongsi senarai list nama pengelola,laman web atau personel yang aktif dalam memberi nilai ilmu forex khasnya sesama trader di Malaysia.Betapa meriahnya dan banyaknya ilmu yang dikurniakan Allah kepada kita trader,namun yang sedihnya kita sering salah menyalah terutamanya satu bangsa yang dikenali sebagai "Melayu".Namun ilmu ini tidak terbanding dengan ilmu Tuhan sekalian Alam.Biar kita profit dan withdraw sama-sama.

Trader Malaysia bagus-bagus sebenarnya di bandingkan dengan trader luar.Jika kita bersatu,anak-beranak Soros pun boleh datang Malaysia belajar.In sya Allah.

Artikel ini ditulis sebagai rujukan trader untuk menimba ilmu.Ranking bukan bermaksud yang atas mengatasi di bawah atau mengatasi setiap satu,ianya hanya senarai terpilih hasil pemerhatian telus pihak kami.

Senarai di bawah telah ditapis,dan menepati syarat utama iaitu:


Tidak ScamBukan individu mengelola Skim Cepat Kaya.
Penulis berharap,ianya telus dan pihak kami tidak…

Kisah Penipuan Aeon dan Sen Heng

Salam Ramadhan buat semua, Hari ini penulis ingin share betapa kayanya syarikat yang sudah banyak kali menipu mangsa-mangsa tanpa disedari pihak berkuasa dan modus operandi mereka sangat licik hingga mengaut keuntungan beratus juta RM.
Sehinggalah luahan sahabat FB menceritakan kisah "Untold" story penipuan Aeon Credit  dan "Seng Heng"  (Senheng) dimana kedua-duanya "sam SENG" .



AEON 2016 ANNUAL REPORT
(Baru sahaja di padam dari laman Google)
Admin sempat download buat tatapan dan bukti keuntungan "RIBA'" Syarikat AEON buat tatapan pembaca pembaca.



































Kisah hari ini, balik kampung jumpa parents. Abah mengeluh bila akaun BSN miliknya, hasil menjadi guru kafa bertahun-tahun tiba-tiba saja kosong. Padahal, dia tidak pernah mengeluarkan duit dari akaun tersebut. Kerana itulah simpanannya untuk pergi haji dan umrah. 
Bila ditanya pada BSN, rupa-rupanya dipotong oleh Aeon Credit secara auto debit. 
Kisahnya bermula bila abah membeli motosi

Senarai 100 forex trader dan broker dalam Pemantauan Bank negara Malaysia

Salam,

Seperti biasa,tugas kami memberikan artikel yang straight to the point.
Tak pandai nak karang cerita macam thevocket.com.
Artikel ini membuatkan penulis hilang 100 rakan scam,namun demi menjaga maslahat orang awam,kaedah begini menjadi keutamaan.
Kita ni orang kampung , yang hidup lebih gemar berterus terang mempertahankan hak yang teraniaya dan menolak kebatilan.

Pihak Piphijau tidak menyentuh dosa pahala peribadi individu atau owner broker di bawah.
Sekadar nasihat sesama supaya berhati-hati dalam dunia penipuan "online".
Sedangkan Pengetua Maahad Tahfiz kena auta pelaburan Forex.Inikan pula kita.



*Dalam Pemantauan BNM tidak semestinya broker atau laman web tersenarai bersalah. Mana-mana individu yang terlibat dengan bidang forex ,100% risiko ditanggung sendiri.Melainkan aduan "Terbukti" kes-kes penipuan berimpak tinggi,turun naik mahkamah yang disenarai BNM disini .

Tugas team kami Piphijau membantu konsultansi & menasihati anda bidang pelaburan Teknikal Anali…