Skip to main content

Mudahnya Support dan Resistance

Salam semua,

Hari ini along nak share mengenai Support dan Resistance,along hurai dalam bahasa melayu yang lebih mudah,terjemahan daripada laman web mat saleh dan artikel pakar forex dari Indonesia:

Apa itu Support.Bahasa kampungnya LANTAI atau TANAH.
Apa Itu Resistance.Bahasa kampungnya SILING atau LANGIT.

Support dan Resistance adalah elemen wajib dan penting kepada pada trader forex untuk menganalisa pergerakan harga secara teknikal.


Saya pasti semua trader forex mengenal istilah Support dan Resistance, biasa diringkaskan dengan simbol S&R, SnR, atau S/R.

Hampir semua bank-bank, institusi keuangan besar, para banker serta trader pakar di seluruh dunia menggunakan S&R ini untuk bertransaksi jual beli dalam Forex.

Jadi, mengapa kita tidak menggunakannya juga? Pendapat along, S&R adalah komponen wajib yang harus digunakan untuk trading dalam forex.

Apakah itu level Support dan Resistance?

Level Support adalah suatu level atau harga tertentu yang membuat chart memantul ketika menyentuhnya dan mengakibatkan chart tidak mampu menembus level atau harga yang lebih rendah.
Level resistance adalah suatu level atau harga tertentu yang membuat chart memantul ketika menyentuhnya dan mengakibatkan chart tidak mampu menembus level atau harga yang lebih tinggi.
Keterangan saya cukup simpel kan? Harap perhatikan gambar simpel dibawah ini agar kita semakin memahami pengertian dari S&R ini.





Bagaimana cara melukis level Support dan Resistance?

Pada pendapat peribadi along(dan tentunya dari guru forex saya), ada 3 aturan yang harus digunakan untuk menggambar S and R:

1) Chart harus mengalami pemantulan ketika menyentuh level Support atau Resistance tersebut MINIMUM 2 KALI, bukan 1 kali.

2) Semakin kerap chart mengalami pemantulan atau gagal menembus level tersebut, bererti level Support dan Resistance tersebut semakin penting dan lebih sulit untuk ditembus.

3) Level Support atau Resistance yang BARU WUJUD lebih penting DARIPADA level Support atau Resistance yang lama.

Harap perhatikan gambar dibawah ini untuk lebih memahami tentang 3 aturan menggambar level S and R yang saya jelaskan.



Level atau garis resistance adalah garis berwarna biru di bagian atap chart. Resistance tersebut adalah resistance yang penting, karena chart mengalami pemantulan sebanyak 3 kali ketika menyentuhnya, gagal untuk membuat harga lebih tinggi.

Level atau garis support adalah garis berwarna hijau di bagian bawah chart. Ada 2 garis support disana, iaitu Support A dan Support B, kedua garis support tersebut sama-sama memantulkan harga sebanyak 3 kali ketika chart hendak turun kebawah. Jadi, support A dan support B sama-sama penting.

Tetapi, mana yang lebih penting?  Support B lebih penting kerana support B lebih “baru” daripada support A.

Ini pendapat peribadi along. Untuk menggambar garis S&R, Anda tidak perlu pening kepala:
Harus meletakkan garisnya dimana, tidak perlu risau untuk meletakkan garisnya (horizontal line)di High atau Low dari candle, dan lain-lain.

Yang perlu Anda lakukan hanyalah “Just Draw It”, letakkan saja garisnya dimana pemantulan chart terjadi. Kerana menurut along, Support dan Resistance lebih mengarah pada “Zon” atau area, bukan level atau titik tertentu .

Dan garisan ini dipanggil “area support atau area resistance”.
Apa kelebihan mengetahui area support dan area resistance?
Along selalu melukis garis support dan resistance ini untuk menentukan arah atau trend pergerakan market.

1) Jika Tembus resistance, maka bullish.
2) Jika Tembus support, maka bearish.
3) Jika memantul dari resistance, maka akan bearish dan market akan cenderung turun untuk mengejar support
4) Jika memantul dari support, maka akan bullish dan market akan cenderung naik untuk mengejar resistance

Along juga sering menggunakan support dan resistance untuk menentukan entry ketika trading forex setiap hari dan waktu trade yang sesuai.(Yang masuk kelas faham)

1) Buy ketika market sudah Tembus atau valid breakout terhadap resistance
2) Sell ketika market sudah Tembus atau valid breakout terhadap support
3) Buy ketika market gagal menembus support dan menunjukkan signal untuk berganti arah menjadi bullish
4) Sell ketika market gagal Tembus resistance dan menunjukkan signal untuk berganti arah menjadi bearish

Nampak mudah gila kan?

Ya.Forex ini sangat mudah.Ianya ibarat 1 + 1= 2

Kebanyakan trader kita di Malaysia menganggap forex ini

1+1=(x=y=v=3=&/2*x t)3 =2

Jalan kerja di atas saya gambarkan sebagai indicator yang menyerabutkan pc anda.

Guna satu dua indicator mudah yang kita mahir.Dan latih selalu.Anda pasti Berjaya dalam forex.
Forex ini mudah,meskipun tetap harus membuat latihan dan lukis chart, , psikologi yang kuat, dan semangat untuk terus belajar, agar mudah mencapai semuanya itu.
Yakinlah bahawa segala rezeki kita Allah sudah atur sejak kita dalam air ketuban ibu.

Wassalam.Jumpa Lagi.

Comments

  1. Saya rasa ada cara lebih mudah nak cari support dan resistance, kalau yang suka guna sma, tak kisah lah berapa, saya suka guna sma 13 close dan sma 21 close, nanti di mana tempat- tempat berlekuk tu selalunya ada snr. logikanya ialah, moving average ambil kira purata close price, manakala snr selalu berada di kawasan berkumpul open dan close price pada satu- satu session....jgn pening2 mikir benda ni, just cuba tandakan kawasan lekuk tu dengan horizontal line, nanti nampak sesuatu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul dan saya sokong.
      Ilmu yang baik jgn dipersia2kan.

      Delete
    2. sma tu mende?

      Delete
    3. Kundasangfx mohon bagi contoh chartnya..agar mudah difahami..sy mmg blurr bab nie hehe

      Delete
  2. tapi yang paling penting, kena ikut trend semasa, bagi saya trend semasa mengambil kira trend dalam lingkungan 3 hari lepas hingga sekarang.

    ReplyDelete
  3. saya cuba nak upload contoh chart kat sini, tapi tak tahu camana nak buat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih bang zam..
      email pada along@nego.my
      nanti saya share dalam blog ini.
      Perkongsian yang bagus.

      Delete
  4. Salam semua

    maaf kepada semua, saya tak faham pasal saya newbie baru sebulan lebih...

    Mohon pencerahan pasal SnR..

    Terima Kasih..

    ReplyDelete
  5. tf brapa yg nak masukkan sma tu tuan?

    ReplyDelete
  6. thread yang sangat bermanfaat dan bisa diaplikasikan dengan baik dalam trading, karena dalam trading di octafx juga menggunakan SR untuk bisa menentukan pergerakan harga selanjutnya apakah akan bertahan atau menembus garis yang ada, yang penting spread yang diperoleh tetap rendah sehingga bisa dengan nyaman untuk tetap melakukan trading

    ReplyDelete
  7. Ade yg lepas dr resisrance dlm stu candle kmudian memantul balik.jd apakah cara untuk memastikan signal tersebut valid

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila ini berlaku, biasanya ketika inilah SL diperlukan..haha

      Delete
  8. SR memg penting .. lebih falitnya di tanday ada pola candel di tf h1 / h 4. + Akurasi fibo

    ReplyDelete
  9. Replies
    1. BG sy tf Besar spt D1 lebih sesuai utk cari snr...kemudian h4 utk entry

      Delete
  10. guna tf 4 cari snr, trade kt tf1 pn cari snr gak

    ReplyDelete
  11. guna tf 4 cari snr, trade kt tf1 pn cari snr gak

    ReplyDelete
  12. penjelasan yang mudah di mengerti...
    terima kasih cikgu...

    ReplyDelete
  13. kalau nak trader pasaran saham, cara nak tengok harga, lebih kurang sma bukan..?

    ReplyDelete
  14. Zoom in chart Daily, tandakan d mana price buat retrecment,itulah snr....jika price tembus garis support mana kt carilah peluang sell...masuk h4, pasang pending order sell limit d garis support yg d tembusi kerana garis tersebut telah berubah role kepada resistance pula...kmudian setkan take profit d gar is support terdekat

    ReplyDelete
  15. Zoom in chart Daily, tandakan d mana price buat retrecment,itulah snr....jika price tembus garis support mana kt carilah peluang sell...masuk h4, pasang pending order sell limit d garis support yg d tembusi kerana garis tersebut telah berubah role kepada resistance pula...kmudian setkan take profit d gar is support terdekat

    ReplyDelete
  16. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

    pengkhususan Syarikat.
    1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
    2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.

    ReplyDelete
  17. hai,

    saya nak tnya,bilakah waktu yang sesuai untuk entry if price berjaya break SnR ?dan sekiranya price berjaya break SnR even 20 pips, possible x chart reflect semula.?
    hmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. pada pendapat sy sekiranya price berjaya menembusi snr, waktu yang sesuai utk entry ialah apabila price menyentuh snr tersebut sekurang kurangnya dua kali untuk di anggap valid..

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Top 100 Team & Individu Forex Malaysia

Salam semua trader,



Hari ini penulis ingin berkongsi senarai list nama pengelola,laman web atau personel yang aktif dalam memberi nilai ilmu forex khasnya sesama trader di Malaysia.Betapa meriahnya dan banyaknya ilmu yang dikurniakan Allah kepada kita trader,namun yang sedihnya kita sering salah menyalah terutamanya satu bangsa yang dikenali sebagai "Melayu".Namun ilmu ini tidak terbanding dengan ilmu Tuhan sekalian Alam.Biar kita profit dan withdraw sama-sama.

Trader Malaysia bagus-bagus sebenarnya di bandingkan dengan trader luar.Jika kita bersatu,anak-beranak Soros pun boleh datang Malaysia belajar.In sya Allah.

Artikel ini ditulis sebagai rujukan trader untuk menimba ilmu.Ranking bukan bermaksud yang atas mengatasi di bawah atau mengatasi setiap satu,ianya hanya senarai terpilih hasil pemerhatian telus pihak kami.

Senarai di bawah telah ditapis,dan menepati syarat utama iaitu:


Tidak ScamBukan individu mengelola Skim Cepat Kaya.
Penulis berharap,ianya telus dan pihak kami tidak…

Kisah Penipuan Aeon dan Sen Heng

Salam Ramadhan buat semua, Hari ini penulis ingin share betapa kayanya syarikat yang sudah banyak kali menipu mangsa-mangsa tanpa disedari pihak berkuasa dan modus operandi mereka sangat licik hingga mengaut keuntungan beratus juta RM.
Sehinggalah luahan sahabat FB menceritakan kisah "Untold" story penipuan Aeon Credit  dan "Seng Heng"  (Senheng) dimana kedua-duanya "sam SENG" .



AEON 2016 ANNUAL REPORT
(Baru sahaja di padam dari laman Google)
Admin sempat download buat tatapan dan bukti keuntungan "RIBA'" Syarikat AEON buat tatapan pembaca pembaca.



































Kisah hari ini, balik kampung jumpa parents. Abah mengeluh bila akaun BSN miliknya, hasil menjadi guru kafa bertahun-tahun tiba-tiba saja kosong. Padahal, dia tidak pernah mengeluarkan duit dari akaun tersebut. Kerana itulah simpanannya untuk pergi haji dan umrah. 
Bila ditanya pada BSN, rupa-rupanya dipotong oleh Aeon Credit secara auto debit. 
Kisahnya bermula bila abah membeli motosi

Senarai 100 forex trader dan broker dalam Pemantauan Bank negara Malaysia

Salam,

Seperti biasa,tugas kami memberikan artikel yang straight to the point.
Tak pandai nak karang cerita macam thevocket.com.
Artikel ini membuatkan penulis hilang 100 rakan scam,namun demi menjaga maslahat orang awam,kaedah begini menjadi keutamaan.
Kita ni orang kampung , yang hidup lebih gemar berterus terang mempertahankan hak yang teraniaya dan menolak kebatilan.

Pihak Piphijau tidak menyentuh dosa pahala peribadi individu atau owner broker di bawah.
Sekadar nasihat sesama supaya berhati-hati dalam dunia penipuan "online".
Sedangkan Pengetua Maahad Tahfiz kena auta pelaburan Forex.Inikan pula kita.



*Dalam Pemantauan BNM tidak semestinya broker atau laman web tersenarai bersalah. Mana-mana individu yang terlibat dengan bidang forex ,100% risiko ditanggung sendiri.Melainkan aduan "Terbukti" kes-kes penipuan berimpak tinggi,turun naik mahkamah yang disenarai BNM disini .

Tugas team kami Piphijau membantu konsultansi & menasihati anda bidang pelaburan Teknikal Anali…