Islam mengajar umatnya berkata benar

Salam,

Along belajar daripada talaqi seorang guru bahawa Al-Quran adalah Mukjizat yang mengugah jiwa.Setiap kelas yang dihadiri bukan Islam,along akan berikan senaskhah Al-Quran terjemahan peribadi hadiah buat mereka.

Bahawa orang yang paling dekat kecintaan kepada umat Melayu Islam di Malaysia ialah yang berbangsa Cina dan India tidak kira(Nasrani,Buddha,Hindu dan lain-lain)



Jika tidak kerana membaca dan berguru dengan ulamak mengenai Peribadi Saidina Umar Al-Khattab r.a, along tidak berani buka mulut mengenai Islam dan Al-Quran kepada bukan Islam.

Namun segalanya menjadi Ketentuan Allah.Nabi Muhammad s.a.w mengajar umatnya dengan "berkata benar".

Kisah Saidina Umar r.a begini:

Salah seorang pembantu Umar yang beragama Nasrani dan berbangsa Rom bercerita.
"Aku ialah hamba dimiliki Umar bin Khattab.

Dia berkata kepadaku "Masuklah Islam.Jika engkau masuk Islam,aku akan meminta tolong kepadamu untuk menjaga amanah umat Islam."

Lelaki Rom berkata "Aku Tidak Mahu"

Lalu Umar tersenyum menjawab "Tidak ada paksaan dalam beragama"

Lelaki Rom menjawab "Terima kasih,walaupun aku begini wahai Umar,engkau tetap memeliharaku dan menghormati keluargaku"


Di Bawah adalah gambar sekitar seminar Sogeh Profit , di Renaissance Hotel, Kota Bharu pada 1 Februari 2014.








Tafsir Al Quran Yang Along Berikan ialah milik peribadi yang paling along sayang T_T

Tafsir disarikan dari Kitab Al-Munir karya Imam Nawawi Al Bantany. Kitab ini mengandungi ayat-ayat al-Quran berserta dengan terjemahan setiap perkataan. Juga disertakan dengan hukum Tajwid menggunakan nombor untuk menunjukkan hukum tajwid yang digunakan.

Terima kasih kerana hadir kelas.Ilmu forex dan sogeh saya cerita berterus terang tanpa selindung dan sama seperti kelas-kelas sebelum ini

Tahniah kepada,

OOI HAN MING
ERIC OH
PAUL LIM

Semoga Allah berikan Hidayah.Aminn

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cari info FX di Blog ini :