Matlamat Trader Forex

Salam,

Penetapan Matlamat dalam menjadi Trader Forex berjaya.

Ambil sekeping pen dan kertas A4, draft matlamat anda secara kasar sebelum anda print out dan tampal di dinding bilik tidur.

Sebagai Contoh di bawah:

Saya akan menetapkan matlamat saya untuk "withdraw" minimum USD 500 setiap bulan.

Apakah matlamat anda? Tetapkan sekarang.Jangan Berlengah.

Untuk memstikan USD 500 setiap bulan terhasil dari forex trading sepenuh masa atau separuh masa ,kita sebenarnya perlu membuat lebih daripada hanya USD 500.

USD 500 adalah jumlah keperluan minimum yang perlu di "set" kan setiap bulan untuk melangsaikan hutang piutang.In sya Allah,ia ibarat DOA yang disertakan dengan ikhtiar atas ilmu,dan tidak perlu khuatir jika matlamat anda itu tidak tercapai,kerana setiap apa yang berlaku akan menjadi hikmah dan ketetapan rezeki dari Allah s.w.t.
Bagi Allah, ianya "Kun Fayakun"

Berbalik kepada tajuk asal,bagi
memastikan ianya lebih "idealistik" apa kata kita menetapkan matlamat bulanan anda lebih tinggi sedikit , katakan $ 1000.Namun ianya perlukan sedikit tambahan DOA iaitu niat infaq dan sedekah disemat dalam hati.

Seperti perancangan , matlamat PIP  setiap dagangan bagi setiap akaun adalah seperti berikut:

    
Matlamat PIP harian adalah 20 pips
   
Matlamat PIP mingguan adalah 100 (= 20 x 5)
    
Matlamat PIP bulanan ialah 400 pips ( = 20 x 5 x 4)
Anda boleh Rujuk jadual forex terbaik.


Langkah-langkah meminimumkan risiko

Ingat dari pelan kenaikan ekuiti , kita hanya risikokan ke atas jumlah Bonus BROKER forex dan tidak kepada pelaburan utama awal atau wang modal.Bonus Broker itulah SL maksimum kita.Ianya lebih baik dari MC.


Pelan Dagangan

Pada kadar 20 pip setiap hari untuk setiap perdagangan, kita perlu membuat USD 50 setiap hari untuk memenuhi matlamat bulanan saya sebanyak USD 1000, iaitu
    $ 50 setiap hari x 20 hari dalam sebulan
    $ 1000.00 dalam sebulan
   Kita menganggap 5 hari dagangan dalam seminggu ( Isnin-Jumaat)
    20 hari perdagangan dalam sebulan (5 hari dalam seminggu x 4 minggu dalam sebulan)

Namun cara begini kita tidak akan berjaya jika kita tidak mengasingkan akaun pelaburan forex dan akaun forex "gatal tangan".Jika anda trade teknik melabur dan scalping dalam satu akaun ,anda akan dapat 2 keputusan akhir iaitu "PENAT" dan "MARGIN CALL"

Along sangat nasihatkan anda mendaftar lagi satu akaun forex dari mana-mana broker..Anggap macam pelaburan ASB atau Tabung Haji,di mana kita keluarkan hasil pelaburan tersebut setahun sekali.

Cadangan Along ialah daftar Akaun XM Islamic untuk teknik 20 pip sehari.



Dengan cara begini,anda lebih yakin dalam trading anda, in sya Allah.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cari info FX di Blog ini :