Skip to main content

Forex dan Fobia masyarakat

Salam,

Pelajaran #9

Pelajaran kali ini adalah bersifat penerangan melalui kisah hidup dan pengalaman penulis(along) memerhati tabiat,emosi dan gerak geri kehidupan trader biasa mahupun vip dalam urusniaga yang paling berisiko untuk diajarkan dalam segala bidang ilmu iaitu "forex".



Orang yang paling rugi dan bodoh ialah orang yang tidak tahu duitnya diambil orang lain ketika mereka kurang ilmu.Jika untung kawan,jika rugi dimaki sampai ke lubang kubur.



Tahun 2003 adalah saat pertama along mengenali dunia online forex ketika ketagihan main games "counter strike" di cyber cafe sejak zaman sekolah menegah lagi.


Ketika itu along menutut di Politeknik Dungun, Terengganu , kini dikenali sebagai PSMZA (Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin ,Terengganu) dalam bidang Sijil Kejuruteraan Awam.

Maka bermulalah kisah hidup seorang budak mentah dari kampung Solok Tangkak,Johor menjadikan North Finance, broker forex ketika itu sebuah mesin judi yang sangat mengujakan.

Walaupun sebelum itu secara umumnya kita mengenai "Money Changer" sebagai forex konvensional , adrenalin nak cepat kaya menjadikan along ketagihan melihat "candle stick".

Mulai saat ini, berbekalkan pengalaman 11 tahun untung rugi dalam arena "ikhtiar hidup" iaitu forex ,tugas along mendidik masyarakat awam khususnya umat Islam berfikir secara mentaliti "pakar".Sebut sahaja forex ada 1001 andaian pelbagai pihak termasuk khilaf dikalangan alim ulamak.

Tahukah anda khilaf itu membawa rahmat,supaya kita berfikir tentang fitnah paling besar dalam umat manusia iaitu fitnah dajjal dan penyakit "Wahn" iaitu cintakan dunia dan takut mati.

Maka, sejak 2008 blog piphijau.com ini menjadi medan luahan perasaan along dan mendidik rakan-rakan seangkatan yang menjadikan forex ini sebagai hobi yang sukar dilupakan.Manalah tahu satu hari nanti ada orang besar ,vip , menteri dalam syarikat korporat kewangan dan industri bank meng"usha" line blog kerdil ini.

Masalahnya sekarang terlalu ramai trader melayu khususnya melakukan transaksi umpama berjudi dan mengabaikan swap,interest dan rollover kredit yang terang-terang haram hukumnya.

Di tambah lagi dalam 100 orang trader Melayu, 97 daripanyanya hilang dan menggadai harta ditambah lagi kebanyakan mereka mengalami masalah mental dan emosi yang serius.

Maka tugas along menjadi fardu kifayah dalam bidang ini, menerangkan ilmu forex satu persatu,ibarat menarik rambut dalam tepung.Rambut tak putus dan tepung tak masuk hidung (berselerak).

In sya Allah,ianya perkongsian yang berterusan dalam ilmu ini melalui medium penulisan "corporate sufi"

Berbalik kepada pertanyaan masyarakat,di bawah ini adalah persoalan biasa yang diajukan kepada along, dan saya berikan jawapan yang sedikit detail:

Apakah Itu Forex?



  1. Forex adalah singkatan dari Foreign Exchange yang bermaksud Tukaran Asing. Forex juga biasanya dikenali sebagai FX. 
  2. Forex merupakan entity kewangan yang terbesar didunia dengan transaksi melebihi $5.7 trillion sehari(Data setakat April 2014). 
  3. Transaksi Forex adalah 2 hala contohnya matawang GBP/USD; apabila kita membeli matawang GBP bermakna kita menjual matawang USD dan begitu juga sebaliknya. 
  4. Tukaran Asing berlaku apabila satu matawang ditukarkan kepada matawang asing transaksi ini berjalan 24 jam sehari secara berterusan selama 5 hari dalam seminggu. 
  5. Dari transaksi ini, kita mendapat manfaat keuntungan apabila nilai matawang utama yang kita beli meningkat dan begitu juga apabila nilai matawang utama yang kita jual menurun. 
  6. Pelaburan Forex amat popular kerana keuntungannya amat lumayan dan boleh mencapai keuntungan 100% dalam masa beberapa hari. 
  7. Akan tetapi, ianya juga berisiko tinggi untuk rugi dalam sekelip mata apabila tidak mempunyai pengetahuan yang cukup semasa berdagang. 

Adakah Individu/pelabur-pelabur kecil dibenarkan berdagang FOREX?

Sebelum ini, hanya bank dan individu vip yang mempunyai pendapatan bersih berbilion ringgit dibenarkan berdagang forex. Pelabur-pelabur mula dibenarkan berdagang FOREX semenjak 1996 setelah ianya mendapat kelulusan dari Bill Clinton, Presiden Amerika Syarikat pada masa itu.Manakala online forex ialah pada hujung tahun 2000.Tahukah anda tahun 2001 WTC(World Trade Centre) sengaja dimusnahkan sebagai fitnah umat akhir zaman.Maka bermulalah era penghabisan wang ringgit secara pukal dan perjudian melalui urusniaga forex oleh umat manusia.


FOREX dan Hukum Islam?







  • Dagangan FOREX adalah halal di sisi Islam asalkan kita mempunyai ilmu dalam urusan dagangan, tidak menimbulkan kemudaratan, transaksi dan urusniaga on the spot
    (market , stop , limit )dan disertakan juga dengan akad jual beli.

    HUKUM ISLAM dalam TRANSAKSI MATAWANG ASING:
  • Ada Ijab-Qobul:  Ada perjanjian untuk memberi dan menerima (Spreads)
  • Penjual menyerahkan barang dan pembeli membayar tunai.
  • Ijab-Qobulnya dilakukan dengan lisan, tulisan dan utusan.(Bahasa forex ialah quotes)
  • Pembeli dan penjual mempunyai kebenaran penuh melaksanakan dan melakukan tindakan-tindakan hukum (dewasa dan berfikiran sihat)-waras dan tidak mabuk atau dipaksa-
    Memenuhi syarat menjadi objek transaksi jual-beli iaitu:

    1. Suci barangnya (bukan najis)
    2. Dapat dimanfaatkan
    3. Dapat diserahterimakanJelas barang dan harganya
    4. Dijual (dibeli) oleh pemiliknya sendiri atau kuasanya atas izin pemiliknya
    5. Barang sudah berada ditangannya jika barangnya diperoleh dengan imbalan.

      Di Link Ini ada kaedah pendaftaran akaun forex berdasarkan islamik akaun melalui akad urusniaga jual beli bersama IB

      FOREX dan undang-undang Malaysia?

  • Akta Tukaran Asing 1953 menyatakan bahawa adalah salah jika individu DIMALAYSIA menjalankan urusniaga tukaran matwang jika bukan dengan institusi yang berdaftar dan mana-mana individu tidak dibenarkan memberikan wang kepada mana-mana individu dan syarikat yang tidak mendapat kebenaran / lesen tukaran asing dari BNM. Mana- mana syarikat/ Individu tidak dibenarkan membuka platform urusniaga tukaran asing di Malaysia tanpa kebenaran BNM.
  • Pada 24 Mac 2005, BNM telah mengisytiharkan bahawa rakyat Malaysia yang bebas hutang boleh menghantar wang mereka ke luar Negara untuk tujuan pelaburan. Maka kesimpulannya, tidak menjadi kesalahan untuk kita menjalankan urusniaga FOREX menggunakan broker di luar Negara dan yang penting broker yang digunakan adalah broker yang berlesen. Pada masa yang sama, pedagang akan tertakluk dengan akta tukaran asing di Negara tersebut. Kita tidak boleh memberikan wang kita kepada sesiapapun di Malaysia untuk berdagang bagi pihak kita apatah lagi jika mereka tidak mendapat lesen dari BNM.
    Adakah FOREX satu penipuan?

  • FOREX adalah urusniaga tukaran matawang yang sah dan merupakan entiti kewangan yang terbesar di dunia. Mungkin ramai yang menganggap FOREX adalah satu penipuan kerana mereka mengalami kerugian dalam dagangan FOREX kerana berdagang tanpa ilmu dan tanpa bimbingan dari orang yang lebih pakar. Ramai juga yang terjebak dengan skim-skim pelaburan yang menawarkan servis pelaburan forex dengan pulangan yang lumayan seperti HYIP, SwissCash dan banyak lagi. Walaupun penganjur-penganjur ini mendapat keuntungan dari dagangan FOREX mereka tidak mahu berkongsi keuntungan yang diperolehi lalu mereka melarikan diri. Anda perlu tahu bahawa diMalaysia modus operandi seperti menawarkan peluang pelaburan FOREX menggunakan akaun dagangan penganjur adalah salah disisi undang-undang dan memberikan wang kepada individu lain untuk berdagang bagi pihak anda menggunakan akaun mereka juga salah. Tindakan ini adalah salah merujuk kepada Akta Tukaran Asing 1953.  
    Along juga ada bertanyakan kepada BNM sebelum ini dan jawapan mereka ialah :

    Jika seseorang individu itu terlibat dengan forex market, maka risiko kerugian adalah tangungjawab sendiri.High Risk ,High Return.

    Sebenarnya bukan soal kena tipu tetapi kerana kita tak tahu macam mana endak menjadi seorang Pelabur yang selamat dari sebarang penipuan. Jika kita membenarkan orang lain baik individu atau syarikat menjalankan urusniaga untuk kita tetapi wang yang dilaburkan itu di luar kawalan kita, memang lah kita terdedah kepada risiko penipuan.

    Sebab itu sejak mula bergiat dalam bidang ini,menjadi kesalahan along tidak mengambil tunai atau aset untuk dilaburkan dalam forex walaupun ditawar ratusan ribu ringgit.Along lebih selesa menjadi "coach" mengajar masyarakat menimba ilmu ini dengan ilmu pakar seluruh dunia yang dipanggil "teknikal analisis".Bahasa pasarnya ialah persedian atau tektikal yang ketat umpama sebelum memasuki medan peperangan.

  • Terdapat banyak Broker Forex yang berlesen yang menyediakkan platform yang betul untuk kita menjadi seorang Investor/ Pelabur didalam Forex. Cuma masyarakat kita aja yang malas nak belajar ilmu dagangan atau ambil tahu bahasanya Bank Islam Malaysia,Kemboja,China,Us dan seluruh dunia melakukan urusniaga forex dan PAMM-Sytem sebagai salah satu pelaburan segera mereka selain deposit orang awam.
  • PAMM-System adalah salah satu cara kita untuk menjadi seorang Pelabur Forex dan Terjamin dari sebarang penipuan kecuali seseorang Trader itu mengalami kerugian di dalam urusniaganya.

    Bersambung di pelajaran seterusnya.

    Sekian, terima kasih.

    Wassalam.

    Mohd Zubir Amry Bin Ghazali. (Along)
    My expertise is to help Muslim trader's to be "Specialist in Technical Analysis"  with true "corporate sufi" knowledge.
    Fb : synergyrush

    Forex Profit (Ilmu Forex Berterusan)


    -Pelajaran #1 (Teknik Asas Trendline)
    -Pelajaran#2 (Teknik Pivot Basic)
    -Pelajaran#3 (Teknik Pivot Advance)
    -Pelajaran#4 (Teknik Divergence) 
    -Pelajaran#5 (Teknik Chart Pattern Basic#1)
    -Pelajaran#6 (Teknik Scalping)
    -Pelajaran#7 (Teknik Chart Pattern 2)
    -Pelajaran#8 (Teknik Pivot Advance 2)
  • Comments

    Popular posts from this blog

    Top 100 Team & Individu Forex Malaysia

    Salam semua trader,



    Hari ini penulis ingin berkongsi senarai list nama pengelola,laman web atau personel yang aktif dalam memberi nilai ilmu forex khasnya sesama trader di Malaysia.Betapa meriahnya dan banyaknya ilmu yang dikurniakan Allah kepada kita trader,namun yang sedihnya kita sering salah menyalah terutamanya satu bangsa yang dikenali sebagai "Melayu".Namun ilmu ini tidak terbanding dengan ilmu Tuhan sekalian Alam.Biar kita profit dan withdraw sama-sama.

    Trader Malaysia bagus-bagus sebenarnya di bandingkan dengan trader luar.Jika kita bersatu,anak-beranak Soros pun boleh datang Malaysia belajar.In sya Allah.

    Artikel ini ditulis sebagai rujukan trader untuk menimba ilmu.Ranking bukan bermaksud yang atas mengatasi di bawah atau mengatasi setiap satu,ianya hanya senarai terpilih hasil pemerhatian telus pihak kami.

    Senarai di bawah telah ditapis,dan menepati syarat utama iaitu:


    Tidak ScamBukan individu mengelola Skim Cepat Kaya.
    Penulis berharap,ianya telus dan pihak kami tidak…

    Kisah Penipuan Aeon dan Sen Heng

    Salam Ramadhan buat semua, Hari ini penulis ingin share betapa kayanya syarikat yang sudah banyak kali menipu mangsa-mangsa tanpa disedari pihak berkuasa dan modus operandi mereka sangat licik hingga mengaut keuntungan beratus juta RM.
    Sehinggalah luahan sahabat FB menceritakan kisah "Untold" story penipuan Aeon Credit  dan "Seng Heng"  (Senheng) dimana kedua-duanya "sam SENG" .



    AEON 2016 ANNUAL REPORT
    (Baru sahaja di padam dari laman Google)
    Admin sempat download buat tatapan dan bukti keuntungan "RIBA'" Syarikat AEON buat tatapan pembaca pembaca.



































    Kisah hari ini, balik kampung jumpa parents. Abah mengeluh bila akaun BSN miliknya, hasil menjadi guru kafa bertahun-tahun tiba-tiba saja kosong. Padahal, dia tidak pernah mengeluarkan duit dari akaun tersebut. Kerana itulah simpanannya untuk pergi haji dan umrah. 
    Bila ditanya pada BSN, rupa-rupanya dipotong oleh Aeon Credit secara auto debit. 
    Kisahnya bermula bila abah membeli motosi

    Senarai 100 forex trader dan broker dalam Pemantauan Bank negara Malaysia

    Salam,

    Seperti biasa,tugas kami memberikan artikel yang straight to the point.
    Tak pandai nak karang cerita macam thevocket.com.
    Artikel ini membuatkan penulis hilang 100 rakan scam,namun demi menjaga maslahat orang awam,kaedah begini menjadi keutamaan.
    Kita ni orang kampung , yang hidup lebih gemar berterus terang mempertahankan hak yang teraniaya dan menolak kebatilan.

    Pihak Piphijau tidak menyentuh dosa pahala peribadi individu atau owner broker di bawah.
    Sekadar nasihat sesama supaya berhati-hati dalam dunia penipuan "online".
    Sedangkan Pengetua Maahad Tahfiz kena auta pelaburan Forex.Inikan pula kita.



    *Dalam Pemantauan BNM tidak semestinya broker atau laman web tersenarai bersalah. Mana-mana individu yang terlibat dengan bidang forex ,100% risiko ditanggung sendiri.Melainkan aduan "Terbukti" kes-kes penipuan berimpak tinggi,turun naik mahkamah yang disenarai BNM disini .

    Tugas team kami Piphijau membantu konsultansi & menasihati anda bidang pelaburan Teknikal Anali…