Skip to main content

Teknik MACD untuk menentukan sell atau buy

Salam,

Pelajaran #10

Hari ini along teruskan pelajaran "MACD" melalui gambarajah,supaya anda semua mudah faham.Sambungan ilmu teknik forex yang perlu trader tahu.

Apa kejadahnya MACD?

Mac Donalds ke :) ,

MACD adalah singkatan dari Moving Average Convergence Divergence. Indikator ini digunakan untuk melihat gerakan normal candle stick dan chart serta melihat perubahan trend yang terjadi.
MACD dicipta oleh Gerald  Appel pada tahun 1960–an dengan kiraann dua korelasi antara dua EMA (Exponential Moving Average) yang berbeza waktunya.
Indikator MACD terdiri dari dua bahagian,iaitu:
  1. MACD Histogram,
  2. Garis MACD.

Secara umum MACD dikenali menjadi tiga bahagian iaitu:
  1. Triger Line,
  2. Center Line,
  3. MACD line.

Keutamaan penggunaan MACD, iaitu:
  1. Sangat peka terhadap data yang baru masuk sehingga setiap perubahan sangat mudah untuk trader mengenalpasti arah mana candle stick akan pergi.
  2. Lebih mudah dalam membaca indikasi pergerakan.
  3. Lebih tepat dalam analisis perubahan trend.
  4. Mudah untuk di Analisis untuk mendapatkan keuntungan yang lebih besar.
  5. Mewakili 4 (empat) Indikator lain.
Cara penggunaan MACD, iaitu:
  1. MACD line memotong triger line dari bawah menunjukkan peralihan trend menuju Bullish.
  2. MACD line memotong triger line atas, menunjukkan peralihan trend menuju beariish.
  3. MACD line berada di  atas centerline (area positif) menunjukkan akan terjadinya long bullish  trend.
  4. MACD line berada dibawah centerline (area postif) menunjukkan akan terjadinya long bearish trend
  5. Histogram positif/negatif menunjukkan kondisi overbought / over sould.

Convergen
Keadaan trend dapat dikatakan sebagai convergen keadaan grafik semakin rendah namun berbalik dengan indikator sokongan semakin jelas.Gambar menunjukkan convergen, biasanya trend akan berbalik bullish.
Entry point dapat terbentuk ketika batang histagram lebih tinggi dari batang sebelumnya setelah terjadi konvergen.
Contoh entry point "konvergen".Perhatikan Bar MACD secara tiba-tiba lebih tinggi dari sebelumnya,menandakan convergen.


Divergen
Dapat dikatakan Divergen apabila, keadaan suatu gambar pada trend terlihat semakin meninggi, namun indikator sokongan  semakin menurun.Biasanya, setelah terjadi divergen market akan berbalik arah dan akan terjadi trend turun.

Contoh entry point "Divergen".




Di bawah ini along berikan video penerangan MACD kredit tradingtips.com
Semoga ilmu trading forex anda bertambah hari ini.






Bersambung di pelajaran seterusnya.Along akan detailkan sedikit panduan MACD dan setting MA yang sesuai.

Sekian, terima kasih.

Wassalam.
Mohd Zubir Amry Bin Ghazali. (Along)
My expertise is to help Muslim trader's to be "Specialist in Technical Analysis"  with true "corporate sufi" knowledge.

Fb : synergyrush

Forex Profit
 
(Ilmu Forex Berterusan)

-Pelajaran #1 (Teknik Asas Trendline)
-Pelajaran#2 (Teknik Pivot Basic)
-Pelajaran#3 (Teknik Pivot Advance)
-Pelajaran#4 (Teknik Divergence)
-Pelajaran#5 (Teknik Chart Pattern Basic#1)
-Pelajaran#6 (Teknik Scalping)
-Pelajaran#7 (Teknik Chart Pattern 2)
-Pelajaran#8 (Teknik Pivot Advance 2)
-Pelajaran#9 (Forex dan Fobia Masyarakat)

Comments

  1. cuba letak MA50 dan MA 25 ...MACD pula Fast EMA 25,Slow EMA 50, Signal SMA 2 ...setting yg sama..apabila crossover berlaku di MA50 dan MA 25 ..akan juga dapat dilihat di MACD tadi.. bezanye ..MACD adalah oscillator indicator

    ReplyDelete
  2. MACD dan Moving average adalah sama..cuma olahan dari oscillator susunan pergerakan +1 , -1 ..mathematical formula untuk MACD adalah olahan daripada data Moving Average

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Top 100 Team & Individu Forex Malaysia

Salam semua trader,



Hari ini penulis ingin berkongsi senarai list nama pengelola,laman web atau personel yang aktif dalam memberi nilai ilmu forex khasnya sesama trader di Malaysia.Betapa meriahnya dan banyaknya ilmu yang dikurniakan Allah kepada kita trader,namun yang sedihnya kita sering salah menyalah terutamanya satu bangsa yang dikenali sebagai "Melayu".Namun ilmu ini tidak terbanding dengan ilmu Tuhan sekalian Alam.Biar kita profit dan withdraw sama-sama.

Trader Malaysia bagus-bagus sebenarnya di bandingkan dengan trader luar.Jika kita bersatu,anak-beranak Soros pun boleh datang Malaysia belajar.In sya Allah.

Artikel ini ditulis sebagai rujukan trader untuk menimba ilmu.Ranking bukan bermaksud yang atas mengatasi di bawah atau mengatasi setiap satu,ianya hanya senarai terpilih hasil pemerhatian telus pihak kami.

Senarai di bawah telah ditapis,dan menepati syarat utama iaitu:


Tidak ScamBukan individu mengelola Skim Cepat Kaya.
Penulis berharap,ianya telus dan pihak kami tidak…

Kisah Penipuan Aeon dan Sen Heng

Salam Ramadhan buat semua, Hari ini penulis ingin share betapa kayanya syarikat yang sudah banyak kali menipu mangsa-mangsa tanpa disedari pihak berkuasa dan modus operandi mereka sangat licik hingga mengaut keuntungan beratus juta RM.
Sehinggalah luahan sahabat FB menceritakan kisah "Untold" story penipuan Aeon Credit  dan "Seng Heng"  (Senheng) dimana kedua-duanya "sam SENG" .



AEON 2016 ANNUAL REPORT
(Baru sahaja di padam dari laman Google)
Admin sempat download buat tatapan dan bukti keuntungan "RIBA'" Syarikat AEON buat tatapan pembaca pembaca.



































Kisah hari ini, balik kampung jumpa parents. Abah mengeluh bila akaun BSN miliknya, hasil menjadi guru kafa bertahun-tahun tiba-tiba saja kosong. Padahal, dia tidak pernah mengeluarkan duit dari akaun tersebut. Kerana itulah simpanannya untuk pergi haji dan umrah. 
Bila ditanya pada BSN, rupa-rupanya dipotong oleh Aeon Credit secara auto debit. 
Kisahnya bermula bila abah membeli motosi

Senarai 100 forex trader dan broker dalam Pemantauan Bank negara Malaysia

Salam,

Seperti biasa,tugas kami memberikan artikel yang straight to the point.
Tak pandai nak karang cerita macam thevocket.com.
Artikel ini membuatkan penulis hilang 100 rakan scam,namun demi menjaga maslahat orang awam,kaedah begini menjadi keutamaan.
Kita ni orang kampung , yang hidup lebih gemar berterus terang mempertahankan hak yang teraniaya dan menolak kebatilan.

Pihak Piphijau tidak menyentuh dosa pahala peribadi individu atau owner broker di bawah.
Sekadar nasihat sesama supaya berhati-hati dalam dunia penipuan "online".
Sedangkan Pengetua Maahad Tahfiz kena auta pelaburan Forex.Inikan pula kita.



*Dalam Pemantauan BNM tidak semestinya broker atau laman web tersenarai bersalah. Mana-mana individu yang terlibat dengan bidang forex ,100% risiko ditanggung sendiri.Melainkan aduan "Terbukti" kes-kes penipuan berimpak tinggi,turun naik mahkamah yang disenarai BNM disini .

Tugas team kami Piphijau membantu konsultansi & menasihati anda bidang pelaburan Teknikal Anali…