Forex dan LHDN


Salam Ramadhan buat semua,

Penulisan kali ini, mengajak anda supaya berfikir di luar kotak dan keluar dari kepompong kebiasaan sangkaan kita sebagai orang awam.

Maafkan penulis sebab mensensasikan tajuk yang agak panas iaitu Forex (Tukaran matawang asing) dan LHDN (Lembaga hasil dalam negeri) di mana tugas mereka mengenakan TAX atau Cukai atas mana-mana sumber pendapatan mana-mana rakyat Malaysia yang layak dan cukup syarat untuk membayar cukai.



Pendapatan Diremit Dari Luar Malaysia

"Mulai tahun taksiran 2004, pendapatan yang diperoleh dari luar Malaysia dan diterima di Malaysia oleh seseorang individu yang bermastautin dan diremitkan ke Malaysia dikecualikan daripada cukai pendapatan."


Tahukah anda Pelaburan Forex,saham,komoditi dan stock market setakat ini dilindungi daripada dikenakan cukai sejak 2004 di Malaysia.Namun begitu saranan penulis(along),kepada yang layak dan cukup syarat keuntungan,berzakatlah dan infaqlah harta keuntungan anda.
Dengan berzakat juga kita dikecualikan daripada cukai.


Cukai Adalah tanggungjawab setiap rakyat Malaysia kepada pemerintah.Tahukah anda bahawa cukai di Malaysia antara yang terendah didunia.

Tahun taksiran 2013 dan 2014
Nilai Pendapatan Bercukai
Pengiraan (RM)
Kadar %
Cukai(RM)
0-2500
2,500 pertama
0
0
2,501-5,000
2,500 berikutnya
0
0
5,001-10,000
5,000 pertama
5,000 berikutnya

2
0
100
10,001-20,000
10,000 pertama
10,000 berikutnya

2
100
200
20,001-35,000
20,000 pertama
15,000 berikutnya

6
300
900
35,001-50,000
35,000 pertama
15,000 berikunya

11
1,200
1,650
50,001-70,000
50,000 pertama
20,000 berikutnya

19
2,850
3,800
70,001-100,000
70,000 pertama
30,000 berikutnya

24
6,650
7,200
Lebih 100,000
100,000 pertama
Setiap ringgit berikutnya

26
13,850
..........

tax germany 

Dari Segi Islam pula perlukan Ilmu yang betul,(Penulis)along jelaskan disini :

Adakah pengutip cukai berdosa?

Ada pihak yang mempersoalkan tanggungjawab membayar cukai dengan alasan Islam tidak mewajibkan apa-apa bayaran selain zakat. Mereka juga berhujah dengan sebuah hadith nabi SAW:

لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ صَاحِبُ مَكْسٍ

Pengutip cukai tidak akan masuk syurga (Sunan Abu Dawud & Musnad Ahmad).

Hadith tersebut seolah-olah menggambarkan tindakan LHDN yang mengutip cukai bagi pihak kerajaan menjadi haram dan zalim. Ia juga membayangkan bahawa semua kakitangan LHDN turut sama bersekongkol dengan pekerjaan haram yang bakal menghalang mereka ke syurga. Sebenarnya hadith di atas perlu dianalisis secara lebih adil dan saksama bagi mengelakkan kekeliruan yang bakal timbul.

Pada asalnya Islam hanya mensyariatkan zakat untuk tujuan mewujudkan keadilan ekonomi dan sosial dalam masyarakat. Zakat berfungsi untuk mengimbangi jurang ekonomi di antara orang miskin dan orang kaya. Namun begitu, agihan zakat adalah hak Allah yang hanya terbatas kepada 8 kumpulan (asnaf) sahaja dan ia sama sekali tidak boleh disalurkan kepada golongan selain yang telah ditetapkan oleh al-Quran (al-Tawbah[6:60]).


Secara logiknya, pihak pemerintah perlu memiliki dana lain (selain zakat) bagi tujuan urus tadbir negara yang lain seperti pendidikan, kesihatan, kemudahan asas, keselamatan dan sebagainya.

Berbeza perihalnya dengan zaman awal Islam, dana untuk tadbir urus Negara Islam Madinah banyak ditampung oleh sumber lain seperti:

Jizyah: cukai kepala kepada golongan bukan Islam (al-Tawbah[9:29]), 




Ghanimah: harta rampasan perang (al-Anfal[8:1]),


Khumus: 1/5 daripada keseluruhan ghanimah yang diperuntukkan kepada Allah & Rasul (al-Anfal[8:41])

Fi’ : harta rampasan perang Islam tanpa berlakunya pertempuran (al-Hasyr[59:6-7]).

Rasulullah SAW pula bersikap zuhud dengan menyerahkan kembali bahagiannya daripada Khumus kepada pengurusan Negara Islam. Namun begitu, pergantungan kepada sumber-sumber di atas semakin mengecil dengan berkurangnya Futuhat atau pembukaan wilayah baru Islam.

Sayyidina Umar al-Khattab RA semasa era pemerintahannya telah mengenakan cukai perniagaan sebanyak:

10% yang dipanggil ‘Usyur kepada peniaga kafir harbi (bukan Islam dari Negara musuh)
5 % kepada peniaga kafir dhimmi (bukan Islam yang bernaung di bawah Negara Islam)
2.5% kepada peniaga muslim (Muwatta’ Malik & Sunan al-Bayhaqi). Pengurangan cukai diberikan kepada peniaga Islam kerana mereka sudah mempunyai tanggungjawab membayar zakat perniagaan pada kadar tertentu.

Mekanisme cukai yang dibuat oleh Sayyidina Umar RA ini tidak lain adalah untuk menampung perbelanjaan Negara Islam yang semakin mendesak. Berpegang kepada zahir hadith yang menyatakan “pengutip cukai tidak akan masuk syurga” tanpa analisis mendalam, seolah-olah menyifatkan sayyidina Umar RA masih lagi jahil sunnah nabi dan tidak akan ke syurga. Kenyataan ini ternyata bercanggah dengan sebuah hadith yang menyatakan beliau adalah salah seorang daripada 10 sahabat yang sudah dijamin syurga (Musnad Ahmad). Juga bercanggah dengan arahan Rasulullah SAW yang menyuruh kita mengikut sunnah Khulafa’ al-Rashidin selepasnya (Sunan Abu Dawud, al-Tirmidhi, Ibn Majah & Musnad Ahmad).

Islam menegaskan bahawa para pemerintah wajib ditaati selagi mana mereka tidak menyuruh kepada maksiat

Sabda nabi SAW: Menjadi tanggungjawab setiap individu Muslim untuk mendengar dan mematuhi arahan pemimpin sama ada yang disukai atau dibenci (akan arahan itu) selagimana mereka tidak menyuruh melakukan maksiat, apabila mereka menyuruh melakukan maksiat, maka tiada boleh lagi mendengar dan taat (Sahih al-Bukhari & Muslim). 

Kepatuhan kepada pemimpin dijelaskan lagi oleh al-Quran : Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu (al-Nisa’[4.59]).

Semoga penjelasan di atas membuka mata kita kepada asbab sesuatu ilmu yang kita bukan ahlinya.Dan kenyataan di atas juga sebagai penulis berlapang dada dari cenderung kepada parti politik tertentu.Semoga Ramdahan yang mulia ini kita diberi petunjuk dan Rahmat oleh Allah s.w.t yang memberikan pinjaman ilmu supaya memberi kebaikan kepada semua pihak.


Cadangan penulis bagi mereka yang tidak menyukai pendapatan mereka dikenakan cukai oleh kerajaan yang memerintah,perbanyakkanlah zakat,sudah pasti pegawai LHDN faham,mudah-mudahan satu hari nanti sistem percukaian negara kita akan datang lebih "Islamic" :)-Clear Card-


Di bawah ini penulis senaraikan pendapatan yang dikecualikan cukai oleh LHDN:

Tambang Perjalanan

Tambang percutian dalam Malaysia yang tidak melebihi tiga kali dalam satu tahun kalendar, atau

Tambang percutian ke luar Malaysia yang tidak melebihi sekali dalam mana-mana tahun kalendar, terhad kepada amaun maksimum RM3,000.

Harap maklum bahawa tambang percutian yang dimaksudkan adalah kos tambang sahaja. Kos-kos lain tidak dianggap sebagai kos tambang.(Rujuk Ketetapan Umum 1/2003) 


Manfaat Perubatan & Pergigian
Mulai tahun taksiran 2008, manfaat perubatan yang dikecualikan cukai diperluaskan untuk meliputi perbelanjaan materniti dan perubatan tradisional seperti ayurvedic dan akupuntur. Pengecualian cukai bagi manfaat ini tiada had limit. 
http://1.bp.blogspot.com/-PTQLLL5D3vY/T47rd2KYvvI/AAAAAAAABlg/aIrOR-l7hMU/s1600/dentist.jpg

Ganjaran Persaraan

  1. Ganjaran Persaraan
    Bayaran ganjaran persaraan yang diterima oleh pekerja pada masa persaraan dikecualikan sepenuhnya daripada cukai jika:
    1. Ketua Pengarah berpuas hati bahawa persaraan daripada penggajian adalah disebabkan oleh keuzuran.
    2. Persaraan itu berlaku pada atau selepas seseorang itu mencapai umur 55 tahun atau mencapai umur wajib bersara dari penggajian dan telah berkhidmat berturutan selama 10 tahun dengan majikan yang sama atau dengan syarikat di dalam kumpulan yang sama.
    3. Persaraan itu berlaku apabila mencapai umur wajib bersara di bawah satu kontrak penggajian atau perjanjian kolektif pada umur 50 tahun tetapi sebelum 55 tahun dan telah berkhidmat selama 10 tahun dengan majikan yang sama atau dengan syarikat dalam kumpulan yang sama.
       
  2. Ganjaran yang dibayar kepada pekerja dari kumpulan wang awam
    Ganjaran yang dibayar kepada pekerja dari kumpulan wang awam apabila bersara daripada penggajian di bawah mana-mana undang-undang bertulis.

  3. Ganjaran yang dibayar kepada pegawai kontrak
    Ganjaran yang dibayar daripada kumpulan wang awam kepada pegawai kontrak apabila perkhidmatan kontraknya tamat (walaupun kontraknya diperbaharui).


Pendapatan Pampasan

Pampasan adalah bayaran yang diterima oleh seseorang pekerja daripada majikannya akibat diberhentikan kerja dan bayaran ini mungkin dibayar sebelum atau selepas pekerja diberhentikan.

Pampasan yang dikecualikan :

  1. Pampasan yang diterima kerana keuzuran atau gangguan kesihatan dikecualikan sepenuhnya.
  2. Pampasan yang diterima kerana sebab-sebab lain:
    1. Pemberhentian kerja sebelum 1 Julai 2008. Pengecualian RM6,000 diberikan bagi setiap tahun lengkap perkhidmatan dengan majikan yang sama atau syarikat-syarikat dalam kumpulan sama.
    2. Pemberhentian kerja pada atau selepas 1 Julai 2008. Pengecualian RM10,000 diberikan bagi setiap tahun lengkap perkhidmatan dengan majikan yang sama atau syarikat-syarikat dalam kumpulan yang sama.
       

Pampasan yang dikenakan cukai sepenuhnya:

Pampasan yang diterima oleh pengarah (bukan pengarah urusan) sebuah syarikat terkawal.



Pencen (persaraan wajib umur atau atas sebab kesihatan)

Pencen yang diterima dari Malaysia oleh seseorang itu dikecualikan daripada cukai pendapatan dengan syarat:

  1. Orang yang berkenaan bersara pada umur 55 tahun atau pada umur wajib untuk bersara daripada penggajian seperti yang ditetapkan oleh mana-mana undang-undang bertulis,
  2. Orang yang bersara kerana keuzuran dan pencen tersebut diterima daripada kerajaan atau skim pencen yang diluluskan.
  3. Bagi pekerja sektor awam yang memilih persaraan pilihan, bayaran pencen yang diterima akan ditaksir dan dikenakan cukai sehingga mencapai umur 55 tahun atau umur wajib bersara di bawah mana-mana undang-undang bertulis.
  4. Bagi individu yang menerima lebih daripada satu pencen, hanya bayaran pencen yang tertinggi akan dikecualikan daripada cukai.


Ganjaran Kematian
Wang yang diterima sebagai ganjaran kematian adalah dikecualikan daripada cukai pendapatan.


Biasiswa
Apa-apa jumlah wang yang dibayar dengan cara biasiswa kepada seseorang individu, sama ada atau tidak berkaitan dengan suatu pekerjaan individu tersebut, adalah dikecualikan dari cukai pendapatan. 


Pendapatan Individu Yang Bermastautin di Malaysia Berhubung Dengan Penampilan Dalam Persembahan Kebudayaan Yang Diluluskan Oleh Menteri
Wang yang diterima di bawah kategori ini adalah dikecualikan cukai sepenuhnya dengan syarat ianya adalah diluluskan oleh Menteri. 


Faedah

Pendapatan faedah yang diterima oleh individu bermastautin daripada wang yang didepositkan dalam institusi berikut dikecualikan cukai mulai 30 Ogos 2008.

  1. Bank atau syarikat kewangan yang dilesenkan atau disifatkan dilesenkan dibawah Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989.
  2. Bank yang dilesenkan di bawah Akta Perbankan Islam 1983.
  3. Institusi kewangan pembangunan yang ditetapkan di bawah Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002.
  4. Lembaga Tabung Haji yang ditubuhkan di bawah Akta Tabung Haji 1995.
  5. Malaysia Building Society Berhad yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965.
  6. Borneo Housing Finance Berhad yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965.

Dividen

Antara bayaran dividen yang diterima yang dikecualikan daripada cukai pendapatan termasuklah:

  1. Dividen yang diterima daripada syarikat yang mengagihkan dividen daripada pendapatan syarikat yang dikecualikan daripada cukai.
  2. Dividen yang diterima daripada syarikat kerjasama (koperasi).
  3. Dividen yang diterima daripada amanah saham yang diluluskan oleh Menteri Kewangan, seperti dividen Amanah Saham Bumiputera.
  4. Dividen yang diterima daripada unit amanah yang diluluskan oleh Menteri Kewangan yang melaburkan 90% atau lebih daripada unit amanah tersebut dalam sekuriti kerajaan

Royalti
Individu yang bermastautin di Malaysia dikecualikan daripada cukai atas pendapatan royaltinya seperti berikut :

No.
Jenis khidmat/hasil kerja yang dibayar setahun

Amaun dikecualikan (RM)
1
Penerimaan dari penerbitan hasil seni/rakaman pita/cakera
10,000
2
Penerimaan hasil penterjemahan buku/karya kesusasteraan
12,000
3
Penerimaan hasil penerbitan karya kesusasteraan /lukisan asli/penggubahan muzik
20,000

Walau bagaimanapun, pengecualian di atas tidak terpakai jika bayaran yang diterima menjadi sebahagian daripada gaji yang diterima oleh individu itu dalam menjalankan tugas rasmi. 


Pendapatan Diremit Dari Luar Malaysia (Forex salah satu daripadanya)

Mulai tahun taksiran 2004, pendapatan yang diperoleh dari luar Malaysia dan diterima di Malaysia oleh seseorang individu yang bermastautin dan diremitkan ke Malaysia dikecualikan daripada cukai pendapatan.



Yuran Atau Honorarium Khidmat Pakar

Mulai Tahun Taksiran 2004, yuran atau honorarium yang diterima oleh seseorang berkaitan dengan perkhidmatan yang diberikannya untuk tujuan validasi, moderasi atau akreditasi program pendidikan francais di institusi pengajian tinggi diberi pengecualian cukai pendapatan.

Perkhidmatan yang diberikan oleh individu tersebut hendaklah ditentu sahkan atau diperaku oleh Agensi Kelayakan Malaysia (AKM). Walau bagaimanapun, pengecualian cukai pendapatan ini tidak akan dibenarkan jika bayaran yang diterima menjadi sebahagian daripada gaji yang timbul dalam menjalankan tugas rasmi.



Pendapatan Daripada Hasil Penyelidikan

Mulai Tahun Taksiran 2004, pendapatan yang diterima oleh seseorang individu daripada hasil penyelidikan saintifik yang dikomersialkan, diberi pengecualian cukai sebanyak 50% daripada pendapatan statutori dalam tahun asas bagi tahun taksiran, untuk tempoh lima (5) tahun dari tarikh bayaran pertama.

Saintis yang menerima bayaran tersebut hendaklah warganegara dan bermastautin di Malaysia. Manakala hasil penyelidikan yang dikomersialkan itu hendaklah ditentu sahkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar.

Sekian,
Terima kasih.

Semoga Anda beroleh manfaat.
Wassalam.

Mohd Zubir Amry Bin Ghazali. (Along)
Facebook.com/synergyrush

My expertise is to help Muslim trader's to be "Specialist in Technical Analysis"
with true "Corporate Sufi" knowledge.
CEO
Wake Up Resources.


Client Since 2003-2014:(Corporate Market Analysis)

  1. Petronas.
  2. Commercial Bank.
  3. PUNB.
  4. IMM (Institut Material Malaysia)



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cari info FX di Blog ini :