Seminar Forex 25 Oktober 2014

[Knowledge What They Don't Tell You at any Business School]

Seminar Advance "Forex Analysis Consultant"
mengajak anda untuk mempelajari ilmu forex "naked chart"dimana tugas kami mendidik anda diluar sana menjadi "pakar" dalam bidang ilmu yang jarang sekali diceritakan secara terperinci atau kadang-kadang ada guru yang menyembunyikan rahsia analisa yang semudah A-B-C.

In sya Allah seminar kali ini pihak kami akan memberikan naskhah PDF ilmu Teknik forex "Stress free"
(25 muka surat) secara percuma buat yang hadir menuntut ilmu






Ilmu yang terbaik dipelajari rakyat Malaysia sebelum wawasan 2020 ialah "Ilmu Analisa Teknikal"

kerana men"jangka"kan masa hadapan pasaran dengan men"jejaki" masa lalu.

Rakyat kita ketinggalan hampir 20 tahun atas ilmu ini.

100 orang trader kita,95% daripadanya membakar tunai berbillion USD setiap hari.Manakala bertrillion Usd likuiditi dalam urusniaga ini mencari mangsa baru.


Hari ini angka yang miskin pendidikan kewangan ibarat cendawan selepas hujan,sebabnya mereka tidak diajar cara akses yang betul atau mereka tersilap jumpa "guru" atau "sifu",yang mereka temui hanya "dukun" yang sememangnya tugas mereka "menilik nasib" atas ilmu unik ini.

Kebanyakan orang hanya berdiri di sebelah lautan ilmu yang luas ini dengan "sangkaan" takut untuk terjun kerana mereka langsung tidak pernah men "cecah" kaki atau belajar bagaimana untuk berenang.

-Mohd Zubir Amry-
facebook.com/synergyrush
Instagram = synergyrush

Coach dan penulis blog
www.piphijau.com

Dua soalan dan Dua jawapan perbankan Islam


Salam Aidiladha buat semua,






Gambar 1- Majlis Pengawasan Syariah Bank Islam



Gambar 2 - Lembaga Pengarah Bank Islam

Hari ini penulis mengemukakan dua soalan dan keluhan dari rakyat dan 2 jawapan dari pihak perbankan Islam dimana mereka ini "ahli" dalam bidang muamalat dan syariah.

Soalan dan jawapan di bawah,penulis tidak "edit" dan mereka menggunakan bahasa dan ejaan tulisan yang mereka anggap mudah difahami semua.

Semoga kisah dibawah ini menjadi tauladan dan ingatan buat kita hari ini dan anak cucu akan datang.

Soalan Rakyat 1:

Saya merupakan peminjam pembiayaan kenderaan Bank Islam sejak tahun 2010. Saya tertarik dengan promosi 0 downpayment bawah promosi Gradhitz ketika itu dan setiap bulan saya membayar RM775.

Kini setelah 4 tahun pembiayaan, timbul pula masalah apabila pihak Bank Islam tanpa memaklumkan pada peminjam telah tag C dalam laporan Bank Negara Malaysia.
Hal ini disedari bila saya cuba untuk buat pinjaman peribadi dengan Bank Rakyat. Pegawai dari Bank Rakyat memaklumkan tag C ini adalah penjadualan semula pinjaman yang biasanya dibuat oleh peminjam untuk mengurangkan pembiayaan dan memanjangkan tempoh pinjaman.
Saya telah pergi ke Bank Islam cawangan terdekat untuk mendapatkan perjelasan mengenai hal ini sebab saya tidak pernah memohon untuk penjadualan semula pinjaman.
Masalah saya kemudian dipanjangkan ke bahagian pembiayaan automobil Bank Islam di Butterworth. Pegawai pusat pembiayaan automobil bernama Puan Su memaklumkan yang pembiayaan saya telah tertunggak 2 bulan.
Saya memaklumkan sebagai kakitangan awam saya hanya boleh bayar selepas 25 haribulan jadi tunggakan yang sebenarnya cuma sebulan.
Tapi yang paling mengejutkan beliau mengatakan tag C dibuat sejak Ogos 2013 tanpa memaklumkan pada peminjam dan Bank Islam dengan ‘baik hati’ telah membayar sebulan pembiayaan saya sedangkan setiap bulan saya membayar jumlah yang sama cuma tertunggak sebulan.
Saya bertanyakan apa jalan penyelesaian untuk untag C dalam laporan BNM, pegawai berkenaan mengesyorkan saya membuat surat rasmi kepada Bank Islam serta membayar RM2348.14.
Saya terkejut dengan jumlah yang disebut sedangkan sms yang saya terima mengatakan jumlah yang tertunggak adalah dua bulan yakni rm1458.00, jadi mana datangnya lagi sebulan? Pegawai berkenaan mengatakan jumlah yang sebulan tu adalah pada bulan 8 yakni bila Bank Islam dengan ‘baik hati’ membayarnya.
Inilah kali pertama saya mendengar sebuah bank yang baik hati tolong bayar ansuran peminjam. Bagaimana sebuah bank yang ada tertera ISLAM tanpa merujuk dengan peminjam membuat keputusan dengan sukahati? Bukankah pihak bank perlu mendapatkan perjelasan dari peminjam atau sekurang-kurangnya memaklumkan pada peminjam tindakan yang diambil oleh pihak bank?
Saya amat kecewa dengan perkhidmatan Bank Islam dan rasa menyesal kerana mengambil pembiayaan dari Bank Islam. Kini baru saya tahu kenapa ramai ahli keluarga saya dan rakan-rakan lebih selesa dengan bank-bank konvensional yang lain.
Bank Islam hanya menggunakan Islam pada nama sahaja tapi amalan tidak mencerminkan Islam langsung.

By: Kama Kamarul

Soalan Rakyat 2:



Assalamualaikum. Bank2 yang dilabel Islamic di malaysia memang orang ramai dah tahu - produk haram di'laras'kan menjadi produk halal. Sebahagiannya menjadi benar2 halal tetapi ada beberapa produk yg dilabel Islamic masih syubhah dan memang terang2 haram.

Contohnya:
1. urusan jual beli spt rumah, kereta apa2 je berkaitan 'jual beli' rata2 memang ikut lunas syariah. Apa yg berlaku ialah bank membeli bagi pihak pembeli dan menjualnya kembali kpd pembeli dgn harga baru termasuk kadar untung. Itu ok...
2. produk pinjaman peribadi dll yg berteraskan pinjaman semata-mata. Mulanya saya ingat semua level dah ok tapi bilamana saya semak modus operandi sehingga ke tahap tuntutan hutang kembali, di situlah bermulanya permainan & pelarasan terma syariah. Saya sendiri sekarang ni menjadi mangsa riba Bank CIMB Islamic bank. bank2 yg mengaku 'Islamic' ini biasanya akan mengenakan cas kewangan (finance charge) dan cas lewat bayaran (late charge service) dan dinyatakan dlm penyata2 yg dihantar kpd penghutang. Inilah sumber rezeki haram mereka - ya terus terang saya katakan haram sebabnya Yahudi mengamalkan 'cas' lewat dan pelbagai 'cas'yg memungkinkan jumlah pokok perlu meningkat apabila sampai kembali ke tangan mereka. Kalau pinjam melalui kredit card di ATM, pasntinya RM50 dicas juga tak kira berapa yg dikeluarkan. Pokoknya semua transaksi kemudian dilabelkan cas. So bila nak tahu semua itu ialah RIBA? Bila mana kita dapat surat lawyer konvensional.... Laywar akan maklumkan kelewatan bayaran pokok bersama2 INTEREST akan disusuli tindakan undang2. Surat pun dah BI, memang terang2 itu dipanggil interest. Bank CIMB Islamic amal interest? Ya. Saya ada bukti kukuh di tangan. Dah la mengaku Islamic bank, ambil pula peguam konvensional yg terang2an amalkan riba (tanyalah peguam2 syarie), maka mereka bank Islamic ini sendiri upah peguam yg amal riba... Islamic la konon... Kesimpulannya, tak perlu saya panjang2kan isu ini yg sudah pun saya jumpa 'semut hitam di atas batu hitam di malam hari' spt yg Nabi ingatkan tentang fitnah2 yg akan muncul kpd umat islam. Memang bank yg melabel diri mereka Islamic ini, PENIPU! PEMAKAN RIBA! dan PEMBAYAR RIBA! Semoga Allah jahanamkan mereka semua!!!
By: Adi Nur Aidil Ali




Kedua-dua jawapan di bawah mudah-mudahan menyelesaikan soalan yang masih tidak berjawab di atas.Along sebagai penulis blog hanya mengemukakan pandangan dari bidang ilmu "sangka baik" ,manakala bidang syariah dan hukum perlu dirujuk kepada yang lebih "ahli".

Jawapan 1 :

Haji Mohd Nazri Chik - Ketua bahagian Syariah Bank Islam Malaysia Berhad


Jawapan 2 :

Ustaz Zaharuddin Abd Rahman


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cari info FX di Blog ini :