Don’t judge a Trader by its Lambo

Salam semua, agak lama penulis tidak berkongsi ilmu buat pembaca tegar blog piphijau.


(Gambar Ini jika trader lihat,pasti tiada siapa yang nak datang belajar dengan penulis)


Kisah dibawah ini,memberi kiasan terhadap sikap dan perangai masyarakat kita ,khususnya melayu Islam yang sangat mudah terpengaruh dengan apa yang mereka "nampak" kemewahan di depan mata ,namun mereka tidak me"lihat" dengan mata hati benda yang mereka akan buat dan kesannya akan datang.

Ikuti kisah seorang makcik yang dilayan sombong oleh kerani bank:
Seorang wanita telah pergi ke kaunter bank bagi mengeluarkan wang sebanyak RM 500. 

Akan tetapi kerani di kaunter bank itu telah melontarkan kad dengan kurang ajar kepada mak cik itu sambil berkata 

“Makcik...Kalau nak keluarkan duit kurang daripada RM5000 sila keluarkan di ATM. Kami tiada masa untuk keluarkan wang yang sedikit.”
Kemudian, mak cik itu mengambil kad itu semula dan menyerahkannya kepada kerani tersebut dan berkata

 “Nak...Kalau macam tu keluarkan sahaja semua yang ada di dalam akaun ini.”
Kerani bank yang berlagak itu sangat terkejut apabila mendapati di dalam akaun mak cik itu terdapat sejumlah RM 20 juta!
Dengan lemah lembut dan penuh sopan santun, kerani bank menyatakan mereka tidak dapat menyediakan wang sebanyak itu.
Jika mahu pengeluaran sebanyak itu, perlulah membuat temujanji. 
Makcik itu kemudiannya bertanya tentang jumlah maksima yang boleh dikeluarkan secara serta merta pada hari tersebut.
Lalu kerani bank menjawab dengan amat sopan.
Jumlah yang boleh dikeluarkan ialah 
RM 300, 000 sahaja. Mak cik itu menjawab 

“Jika begitu saya mahu keluarkan RM300,000 SEKARANG!!”
Dengan susah payah kerani bank mengira dan menyerahkan kepada mak cik itu. 
Setelah mengambil duit itu, mak cik menyerahkan semula duit sebanyak RM299, 500 kepada kerani tersebut dan berkata,

“Makcik hanya memerlukan RM500 sahaja. Sila simpan semula semua duit saya ke dalam akaun saya.

Mentaliti orang kita yang selalu memandang rendah kepada orang yang kelihatan selekeh dan tidak berpakaian kemas adalah satu masalah yang sering berlaku di mana-mana.
Masalah ini juga sering berlaku di kedai barangan dan pakaian yang berjenama di ibu kota.

Menurut pengalaman seorang Doktor, beliau pernah masuk ke kedai jam berjenama terkenal dengan pakaian selekeh dan berselipar jepun dan apa yang membuatkan beliau kecewa adalah pekerja di kedai itu langsung tidak melayannya dan hanya memandang sebelah mata.

Lain pula layanan yang diterima apabila Doktor itu masuk ke kedai itu dengan berpakaian kemas dan bergaya, beliau disambut mesra oleh pekerja kedai jam itu.

Disini kita dapat simpulkan bahawa masih ramai rakyat Malaysia yang hanya menilai orang dari segi luaran sahaja. Seperti kata-kata orang putih “don’t judge a book by its cover”. 
Mungkin orang yang selekeh itu lebih kaya dari orang yang berpakaian kemas dan berkereta Lamboghini latest Edition.

Kami di Pip Hijau akan meraikan semua pihak tidak kira vvip atau orang yang tiada apa-apa dengan adil,kos minimum dengan ilmu "speechless dan priceless".In sya Allah.

Doakan kami istiqamah dalam membantu trader-trader kita yang memerlukan.

Setakat hari ini,trainer anda a.k.a penulis ,menolak dengan cara baik banyak tawaran "funder" individu,bank ternama  dan institusi korporat yang ingin menawarkan amaun trading yang nilainya jika diambil komisyen 1% sebulan boleh mencecah 7 angka.

Alhamdulillah,rekod bersih penulis juga setakat hari ini,belum pernah mengambil deposit mana-mana individu yang offer account real untuk di tradekan.Kami sekadar mengambil yuran minimum sekadar upah crew,bayaran dewan kuliah dan komitmen anda sebagai anak didik yang ingin berguru.


(Trader sejati ialah yang memberi manfaat ilmu dengan upah yang dipersetujui kedua belah pihak sebagai mahar komitmen berguru,dan tidak men"jual" ilmu lebih-lebih lagi kepada bangsa sendiri yang rela bergolok gadai demi mendapat secebis ilmu pinjaman dari yang Allah yang Maha Memiliki Segala Kekayaan Langit dan Bumi)

Nasihat orang alim:
"Jika ada ilmu atau khidmat yang upahnya melampau,untungnya juga melampau,namun ruginya lebih melampau,namun tiada ada akan berkat dan doa baik-baik dari pemberi upah,melainkan sumpah seranah berketurunan"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cari info FX di Blog ini :