Minyak Naik Lagi !

Salam Ramadhan,dan tahniah rakyat Malaysia kerana masih bersabar walaupun segala benda naik,harga barang tak turun,gaji tak naik-naik,kena pula gst,dah nasib badan dan hari ini minyak pula naik seposen bagi ron95.

Di bawah ini penulis siarkan artikel penuh,buah fikiran dari YB Pandan ,Rafizi Ramli.

Semoga kita dapat manfaat fakta dan ilmu.

Harga minyak dinaikkan sedangkan harga minyak mentah dunia sedang menurun.‪#‎terimakasihBN‬  


HARGA MINYAK SEPATUTNYA TURUN, KADAR MATAWANG YANG RENDAH MEMBEBANKAN RAKYAT

Keputusan pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak untuk menaikkan harga minyak sebanyak 10 sen bagi RON95 dan 20 sen bagi RON97 menunjukkan jemaah menteri yang ada sudah terpisah sepenuhnya dari suara hati rakyat di bawah. Kenaikan harga minyak ini berlaku pada kala rakyat sudah pun terbeban dengan kenaikan harga barang terutamanya akibat GST.

Semakan harga minyak mentah dunia bagi sepanjang bulan Jun 2015 menunjukkan penurunan dari harga sekitar USD66 setong pada awal Jun kepada harga sekitar USD62 setong di akhir Jun. Semakan harga RON95 yang dipadankan kepada harga minyak mentah juga menunjukkan bahawa harga RON95 ditetapkan pada RM1.70 seliter bagi Februari 2015 pada kala harga minyak mentah dunia sekitar USD60 setong.

Ini bermakna apabila harga minyak mentah dunia menurun ke arah paras USD60 setong seperti yang berlaku di akhir Jun, harga RON95 sepatutnya diturunkan ke arah paras RM1.70 seliter. Sebaliknya, pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak menaikkan harga RON95 yang bertentangan dengan paras harga minyak mentah dunia.

Saya telah berulang-ulang kali menegaskan bahawa Dato’ Seri Najib Tun Razak mesti menangani masalah kejatuhan nilai matawang ringgit berbanding dollar Amerika Syarikat dengan segera dan berkesan kerana kejatuhan itu membebankan rakyat melalui 2 cara iaitu:

1) Harga barang import akan meningkat terutamanya makanan mentah kerana negata masih banyak bergantung kepada import


2) Rakyat tidak akan dapat menikmati harga minyak yang murah hasil dari paras harga minyak mentah yang rendah di pasaran dunia kerana nilai matawang ringgit yang rendah

Walaupun bukan faktor yang paling dominan, kejatuhan nilai matawang ringgit menyebabkan rakyat Malaysia menjadi mangsa menanggung harga petrol dan diesel pada harga yang lebih tinggi. Kegagalan menangani kejatuhan nilai matawang ringgit ini adalah tanggungjawab Dato’ Seri Najib Tun Razak sebagai Menteri Kewangan.

Sebagai Menteri Kewangan, Dato’ Seri Najib Tun Razak juga telah membuat beberapa keputusan percukaian yang menambah beban kepada rakyat. Saya telah dedahkan di awal tahun 2015 bagaimana pentadbiran beliau mengenakan cukai tersembunyi ke atas petrol dan diesel sehingga mengutip anggaran RM2 bilion dalam tempoh 3 bulan. Sejak 1 April 2015 pula, beliau mengenakan cukai GST ke atas setiap rakyat dan sebanyak RM6 bilion telah dikutip dalam tempoh 2 bulan. Ini bermakna cukai-cukai yang dikutip dari setiap rakyat bagi pembelian petrol, diesel dan barang keperluan bagi tempoh 6 bulan pertama tahun ini telah melebihi RM10 bilion.

Oleh sebab itu saya mengulangi gesaan saya sebelum ini bahawa kerajaan perlu mengekalkan subsidi minyak, kalau pun dalam bentuk yang berbeza dari amalan sebelum ini. Saya telah mencadangkan sebelum ini bahawa kerajaan perlu memberi subsidi sekurang-kurangnya 30 sen seliter bagi mengambil kira perubahan kadar matawang dan faktor-faktor lain. Anggaran saya jika subsidi 30 sen seliter bagi setiap pembelian petrol atau diesel ini diperkenalkan, Kerajaan Persekutuan menanggung sekitar RM7 bilion subsidi setahun. Jika ia diperkenalkan bermula Ogos 2015 ini, jumlah tanggungan Kerajaan Persekutuan bagi tahun ini hanyalah RM3 bilion berbanding lebih RM10 bilion yang telah dikutip dalam bentuk cukai petrol dan GST yang telah dikutip dalam tempoh 6 bulan pertama tahun ini.

Ini bermakna Kerajaan Persekutuan ada kemampuan kewangan untuk menampung subsidi 30 sen seliter ini dan rakyat berhak mendapatkannya kerana rakyat telah membayar cukai tambahan yang tinggi sejak awal tahun ini.

Saya juga akan memfailkan rang undang-undang persendirian untuk mewujudkan satu Tabung Penstabilan Harga Minyak di Parlimen dalam sesi akan datang. Mekanisme tabung seperti ini sudah menjadi keperluan mendesak kerana keengganan Dato’ Seri Najib Tun Razak mengekalkan subsidi minyak. Saya menyeru supaya rakan-rakan Ahli Parlimen dari Barisan Nasional juga menyokong rang undang-undang persendirian ini kerana ia menyentuh kebajikan rakyat terbanyak.

Saya juga akan duduk dengan pelbagai kumpulan termasuk NGO untuk menggerakkan satu kempen mendesak agar subsidi minyak dikembalikan. Saya yakin Dato’ Seri Najib Tun Razak hanya takut dengan gelombang bantahan rakyat dan jika bantahan itu jelas, beliau akan terpaksa mengembalikan subsidi minyak untuk meringankan beban rakyat.



RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG 
AHLI PARLIMEN PANDAN

Kereta besar,poket kosong

Salam Ramadhan buat semua,
hari ini penulis berkongsi satu luahan facebook mengenai "kereta" yang kita gunakan setiap hari bagi urusan tertentu.
Kredit buat Noorul Wafiyya.



Kekayaan ‘Bocor’ Kerana Kereta.

Biasa dengar org gaji 5k, tapi pandu kereta yg installment 1.3k-1.5k ?? biasa dengar kan....? gaji baru 4k dah berani beli kereta 1k per month. pun biasa dengar kan?? biasalah darah muda. darah muda akan cari kereta yg downpayment paling rendah, loan yg paling pjg. janji kereta best, harga diri seakan meningkat sama. dlm fikiran graduan yg baru dpt kerja ni cepat jer ternampak kereta2 spt honda civic, elantra, forte, cerato, golf, accord, sonata, jetta dll kereta yg nampak ada 'standard' supaya imej bertambah di mata org sekeliling. tapi apa yg ramai tak nampak bhw 1.5k instalment tu tak abis di situ saja. angka yg sebenar dia akan spent tiap bulan ialah 2k ++ per month. iaitu separuh dari gaji dia jadi habuan utk kereta, eksesori keta & pakej2 lain yg dtg dgn kereta tu.

Instalment mmg la 1.3k. tapi petrol? katalah petrol 400 sebulan (melainkan dia pakai keta hebat tapi most of the time keta tersadai kat parking keta, jarang2 drive tak cukup duit utk petrol.. he he he). keta mahal dah tentu minyak injin pakai fully sentetik, brand elok ...takkan nak pakai minyak injin hak murah ye tak? sayang la injin keta tu.

Ada yg beli kereta cuma tekan calculator utk kira installment. terlupa nak masukkan spending on insurance & road tax. lupa nak kira kos insurans utk kereta berharga 90k-150k? tak tau menahu kos roadtax utk kereta 2.0 liter? ada yg lupa nak masukkan semua tu dlm kira2. kesudahannya tertunggu2 bonus utk setel semua. kad kredit swipe dulu. bila takda bonus dia paling kuat mengata majikan & gomen. payment kad kredit postpone lagi. hehe ..


Keta hebat takkan nak pakai tayar murah right? keta injin laju ni bahaya pakai tayar brand murah. gamak ke nak pakai brand tayar yg teksi pakai. jatuh la stendet. or takkan drive Camry tp pakai tayar seken hand? malu la kat budak2 kedai tayar. hehehe.... kereta2 hebat ni biasanya tayar rim 17 or 18. satu tayar jer dah rm350-400 ikut brand. So byklah 'kebocoran' sana sini angkara kereta nak hebat & nak maintain pakej yg datang bersamanya.

Kebocoran tanpa sedar. kerana bila motokar hebat, takkan gamak bagi duit raya 3 ringgit letak dlm sampul ye tak. malu la kaum. malu la kat kwn2 yg pakai kereta perodua bg duit raya sama mcm yg memandu Civic/Accord. so bila dah berkereta 'hebat' ni, secara otomatik mcm2 lagi tekanan sekeliling yg meminta supaya keluar duit lebih utk sustain gaya mutu keunggulan. keta mahal kena hantar car wash selalu, keta dah ler mahal takkan nak biar comot. kena hantar polish kasi kilat. service keta mesti kat designated service centre keta tu, mana blh service kedai sebarangan. so caj pun mesti la mahal sikit dari kedai biasa. bila keluar dgn kwn2 or ipar duai takkan yg pakai proton nak kena belanja makan ye tak. malu la sikit. hehe... maka byk la benda yg menyebabkan kekayaan 'bocor' angkara kereta... sbb nak jaga gaya mutu & keunggulan.

Ramai org suka kereta. sbb utamanya ialah keperluan utk bw dari point A ke point B. sbb2 yg lain ialah kereta represent tahap ekonomi seseorg, imej, hobi. namun utk keadaan hari ini, jenis kereta blh mengelakkan dari dipandang rendah oleh org sekeliling, terutama masa balik raya & masa nak attend reunion dgn kwn2 sekolah & kwn2 uni. walau mcmn sekali pun kita nafi, kereta tetap 1st impression nak bagi org tengok kita sampai naik apa. bila attend reunion sekolah cthnya, amatlah berbeza penampilan bila seseorg tu sampai dgn brand new Accord berbanding sampai dgn Pesona. cash byk, saham byk, emas byk, rmh byk, properties byk org tak nampak. cerita pun org tak caya. dan sikap segelintir masyarakat... ada rasa hormat bila sembang dgn org2 berkereta besar bbanding dgn mamat berkereta saga BLM.

Normally klu dah pakai kereta D segment tu tpaksa la jaga penampilan yg lain tu... which is very costly. hehe.

Cuba tanya mana2 org muda, majoritinya target nak pakai keta hebat bila grad, bila dpt kerja krjn or swasta. buat hutang 9 thn sudah pasti, so terperangkaplah for the next 9 yrs. kereta tu selepas 9 thn akan jd besi buruk, susut nilai 90%. hilanglah potensi investment sepanjang 9 tahun tu krn cashflow habis ke instalment kereta & 'pakejnya'. byklah investment opportunity lost for the nx 9 yrs. lepas 7/9thn mesti nak tukar kereta lg. sbb keta lama dah hilang gempaknya. berhutang lagi 9 tahun. klu dulu mula2 beli kereta umur 28, lepas dah pakai dua buah kereta umur pun dah cecah 46 tahun. masa tu baru terpikir berapa lama lg nak kena kerja, umur patut pencen tapi saving ciput, simpanan tak cukup utk tanggung family, tak cukup utk sustain life style yg ada. org lain dah boleh pikir utk relax di umur 50-an, kita masih pikir tpaksa kerja utk tanggung hutang.

Dan yg paling malang..................................... byk kes berkereta hebat tapi hujung bulan pinjam kwn2 opis. yg tu tak pulak rasa malu. pakai Pesona seken hand malu, pinjam duit merata tak malu. sanggup skip duit yg sepatutnya bagi org tua tiap2 bulan. malah pinjam pulak duit org tua. pinjaman yg liat byr balik. selalunya buat lupa nak byr balik.

Ramai sanggup spend beribu sebulan utk kereta, tapi tak sanggup bagi org tua hatta rm500 sebulan. rupanya kereta hebat lagi penting.

Menurut statistik yg dikeluarkan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia, 25% orang yang bankrap adalah disebabkan hutang kereta iaitu tertinggi dari semua jenis hutang yg lain. Manakala yang masih belum bankrap pula sebahagiannya terpaksa catu makan pakai & keperluan anak isteri serta mak ayah demi kereta.

Sejarah Kegagalan wang kertas yang berulang.

Salam semua,hari ini penulis ingin berkongsi satu nukilan facebook seorang sahabat bernama Anuar A. Rahman,kredit buat beliau.

Sejarah telah membuktikan sistem wang kertas akan gagal. Terdapat banyak bukti kegagalan wang kertas di dalam sejarah tamadun manusia.

Di antara kisah kegagalan wang kertas yang pernah berlaku adalah:

Kerajaan Perancis –tahun 1715
Republik Weimer Jerman - 1922-1923
Hungary 1945-1946
Chile 1971-1981
Peru 1988-1991
Angola 1991 – 1999
Yugoslavia 1992-1995
Belarus 1994-2002
Kerajaan Mexico – pada tahun 1994
Kerajaan Argentina – pada tahun 2001
Zimbabwe 2000-2009
Kini Greece....Next Negara Mana yang bakal menjadi mangsa ???

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir dalam ucapan Hari Raya Aidilfitri 18/1/1999 telah mengakui bahawa wang kertas sebenarnya tidak berharga.

Ini adalah petikan daripada ucapan Tun Dr. Mahathir
“Sebenarnya matawang tidak berharga melainkan jika Kerajaan memberi nilai kepadanya. 

Wang kertas RM1.00 bukan bernilai RM1.00 daripada segi harga kertasnya. Ia bernilai RM1.00 kerana itulah nilai yang ditetapkan oleh Kerajaan. Jika Kerajaan mencetak angka lima atau sepuluh maka nilai kertasnya tidak naik kepada RM5.00 atau RM10.00. 

Hanya pengakuan dan jaminan Kerajaan yang menjadikannya bernilai sebanyak mana yang ditentukan”
Wang kertas adalah penyimpan nilai yang lemah.

Satu fungsi utama wang yang gagal dimainkan oleh wang kertas adalah penyimpan nilai yang baik. Dengan kata lain, nilai wang kertas akan menyusut dalam jangka masa yang panjang. 

Inflasi akan memakan nilai wang anda, menyebabkan nilai wang kertas ditangan anda sekarang tidak akan sama dengan nilainya pada masa hadapan.
Contohnya amat mudah:
Tahun 2005 dengan RM1 anda boleh beli 5 Biji Kuih
Tahun 2010 dengan RM1 and boleh beli 3 Biji Kuih Sahaja
Tahun 2015 ??? 4 Biji = RM2 dimana kemorosatan nilai matawang hampir 50%.

Sejarah telah membuktikan bahawa emas adalah wang yang terunggul dan tiada bandingannya. Dulu..kini dan selamanya..

Wang kertas gagal berfungsi sebagai wang. Ia mempunyai kelemahan yang sangat besar kerana tidak mempunyai nilai intrinsik yang tersendiri. 

Ia gagal menyimpan nilai untuk jangkamasa panjang dan akan merugikan penyimpannya. Musuh utama wang kertas ialah inflasi yang menghakis nilai wang kertas ini.
Menyimpan kekayaan di dalam bentuk emas akan memberikan ketenangan jiwa kepada penyimpannya.

Kita tidak perlu takut kehilangan nilai dalam jangka masa panjang dan juga kita tidak perlu bergantung kepada pengakuan dan jaminan kerajaan mengenai nilai wang kita.

Jadi mulai hari ini, saya berharap anda semua belajar suatu perkara yang sangat penting
Wang = Emas
Simpan wang = Simpan emas

Greece Bankrupt

Salam semua,
artikel bahasa melayu di bawah ini menunjukkan ekonomi Greece dalam keadaan seperti "telur di hujung tanduk"

Demokrasi adalah mengelirukan dan sukar untuk berurusan dengannya. Orang-orang Greek yang mencipta dasar konsep tersebut mengetahui tentang ini lebih baik berbanding orang lain. Tetapi tidak disangka dengan undian awam yang dibuat mengenai cadangan terbaru untuk membantu ekonomi Greek daripada runtuh. Di atas nama demokrasi, kerajaan Greek telah mencetuskan urutan peristiwa yang sukar untuk ditangani. Terbaru, tindakan mengikuti dasar berbahaya telah menyebabkan rakyat Greek mengosongkan akaun bank mereka di hujung minggu yang lalu kerana takut akan ketidakstabilan negara dalam pengurusan sistem kewangan.
Untuk membendung keadaan daripada menjadi lebih teruk, bank tidak beroperasi pada hari Isnin (29 Jun 2015) dan pengeluaran wang tunai di mesin ATM dihadkan kepada €60 sehari sahaja. Sekatan drastik ini perlu dilakukan bagi memastikan bank masih relevan dan mengekalkan Greece dalam zon euro. Nilai matawang euro pula terpukul dalam dagangan awal Asia baru-baru ini.
Kegawatan terserlah apabila dilihat ramai orang beratur panjang di mesin-mesin wang tunai di seluruh negara ini boleh mengancam negara dalam usaha untuk menyelamatkan Greece sejak lima tahun yang lalu. Dalam kemurungan mendalam yang sedia ada ini, Greece boleh menjadi lebih teruk. Malah, seorang ahli politik Greek menyatakan amaran tentang referendum (undian):
“Jika Perdana Menteri sendiri cuba untuk mempunyai rakyat-rakyat yang menghadapi dilema seperti itu… bank-bank Greek dan ekonomi Greek akan runtuh sebelum kita tiba ke pos mengundi… kerana kemungkinan rakyat-rakyat yang mengalami dilema sedemikian mungkin akan mengundi “tidak”.”
Ahli politik itu ialah Perdana Menteri sekarang, Alexis Tsipras, yang pernah mengkritik perdana menteri sebelumnya pada tahun 2011 tentang perbuatan melulu memanggil referendum pada perjanjian bailout (undian itu dibatalkan dan menyebabkan pemimpin itu kehilangan pekerjaannya). Kini, Tsipras yang mempunyai kuasa sebagai Perdana Menteri sedang berkempen; yang ternyata bertentangan dengan nasihatnya dulu. Maka tidak hairan hasil daripada episod terbaru drama bailout Greece ini sukar dijangkakan.
Apakah Yang Telah Berlaku?
Tsipras blindsided semua orang dengan mengadakan referendum sama ada kerajaan perlu menerima atau menolak cadangan terkini pemiutangnya bagi memanjangkan bailout negara.
Alexis Tsipras, Perdana Menteri Greek.
Tsipras telah mengumumkan referendum di televisyen pada Sabtu lalu (27 Jun 2015). Dia menyatakan undian akan diadakan pada 5 Julai 2015, dimana ia memerlukan tambahan pendek kepada perjanjian terkini bailout yang tamat pada hujung Jun ini. Tetapi selepas itu, menteri kewangan zon euro telah menolak permintaan tambahan itu. Perunding muncul bagi menghormati tarikh akhir.
Walaupun logik referendum kerajaan Greek ini difahami pada dasarnya, ia seperti membenarkan orang ramai memilih racun mereka – perlaksanaannya yang janggal. Ada kemungkinan pada 5 Julai ini Greek akan mengundi untuk cadangan yang tidak lagi ditawarkan kepada mereka.
Dan Sekarang?
Kita boleh setuju menyatakan bahawa Greek kini sudah tiada duit, miskin. Pada tarikh perjanjian bailout Greece tamat (30 Jun 2015), negara tersebut berhutang dengan IMF sebanyak €1.5 billion ($1.7 billion) dalam pembiayaan semula. Sudah hampir pasti Greek tidak mampu membayarnya balik tanpa bantuan tambahan kewangan. Ia kini seolah-olah tidak dapat dielakkan.
Walaupun tidak dialu-alukan, stiffing IMF tidak dianggap default oleh agensi penarafan kredit utama, yang memberi tumpuan fokus kepada hutang-hutang yang dipegang oleh peminjam sektor swasta. IMF juga memberikan amaran kepada pembayar yang lewat membayar hutang dan sedikit masa untuk membersihkan tunggakan mereka sebelum notis rasmi dikeluarkan.
Klausa di dalam hutang Greece kepada dana bantuan zon euro dan ECB termasuk provisions to call in loans sekiranya negara gagal membayar kepada pemiutang lain, tetapi pegawai-pegawai mencadangkan mereka tidak akan cepat menggubal klausa ini selagi ada harapan untuk mencapai perjanjian yang boleh menyelamatkan Athens buat sementara waktu.
Bank?
Semua ini kelihatan seperti sangat mengelirukan. Dan sumber terbesar kekeliruan adalah tentang sama ada sistem kewangan Greek boleh berfungsi jika perjanjian bailout negara berakhir.
Jika ia tidak boleh berfungsi, dan tiada bantuan dari institusi zon euro, satu cara sahaja untuk menghadapi keadaan ini iaitu kemungkinan mencetak lebih banyak wang sehingga boleh mengancam nilai matawang euro. Ini menunjukkan euro bergantung keseluruhan di bawah kawalan keadaan Greek.
Dipinggirkan oleh pasaran, hanya satu sumber wang tunai bank-bank Greek adalah daripada European Central Bank, yang dipanggil “emergency liquidity assistance”. Tetapi hari ini ECB akan membekukan sokongan pada paras semasa berikutan kegagalan rundingan bailout.
Ini bermakna satu cara sahaja untuk mengekang aliran wang tunai dari bank-bank adalah untuk mengenakan kawalan modal yang baru.
Apakah Yang Akan Berlaku Seterusnya?
Pemiutang Greece menyalahkan Greece kerana melanggar perundingan dan bantuan tidak akan datang tanpa perubahan drastik dari kerajaan Greek. Sementara itu, bantuan kecemasan ESB is capped, but not withdrawn, ensuring a low level of life support for banks that are clinging to cash by closing their doors and restricting transfers. This is the backdrop for the run-up to the referendum.
Penganalisa di kumpulan penyelidikan Teneo Intelligence, Wolfango Piccoli menyatakan Tsipras didesak untuk undi “tidak” melalui “kempen berbau nasionalis-populis dan berdasarkan mesej alasan, rintangan terhadap ‘campur tangan asing,’ penindasan oleh [pemiutang] serta memberi kata dua kepada pengundi”.
Tetapi undian menunjukkan majoriti orang Greek mahu berada di dalam zon euro. Menteri kewangan Greek, Yanis Varoufakis mengakui kepada wartawan bahawa ada kemungkinan yang sangat tinggi bahawa orang Greek akan undi “ya”, ia bermakna menentang kehendak kerajaan.
Ini membuatkan kerajaan di dalam kedudukan yang sukar, dan hampir pasti memerlukan pengaturan semula kepimpinan atau pilihan raya baru. Pihak pembangkang pasti menyatakan poin barisan panjang yang panik di mesin wang tunai dan penutupan cawangan-cawangan bank sebagai satu tanda yang menunjukkan kerajaan sedang keluar dari euro ke arah kawasan yang tidak pasti.
Penganalisa turut menjangkakan turun naik (volatility) merentasi pasaran Eropah, dengan pelabur mengurangkan perbelanjaan bagi menyimpan aset dan lambakan euro. Dan sejarah menunjukkan bahawa kawalan modal cenderung untuk kekal dalam satu masa yang lama tanpa tindakan drastik.
Dan maka itu orang-orang Greek terlempar jauh ke dalam, masa depan kewangan mereka tidak menentu. Dalam masa seminggu ini, mereka akan ditanya untuk membuat pilihan yang akan menentukan hala tuju perjalanan ekonomi negara mereka, dengan kedua-dua pilihan membawa penyelesaian yang berbeza itu memberikan kesakitan yang mendalam kepada orang-orang Greek yang sudah terseksa.
Tindakan key players kedua-dua belah pihak – rasa ada improvisasi yang terbaik, tidak cekap yang paling teruk dan secara keseluruhannya ia incoherent.


Sumber:
 Quartz
Kredit terjemahan : thevocket.com


Greek banks shut until July 6, ATM withdrawal limit 60 euros a day


ATHENS: Greek banks will remain closed until July 6 -- the day after a referendum on bailout proposals -- and ATM withdrawals will be limited to 60 euros ($65) a day in the same period, according to an official decree published early Monday.



The decree on capital controls, published in the official government gazette and entitled "Bank Holiday break", lists the measures imposed on financial institutions lasting from June 28 to July 6 and was signed by President Prokopis Pavlopoulos and Prime Minister Alexis Tsipras.

It cited "the extremely urgent and unforeseen need to protect the Greek financial system and the Greek economy due to the lack of liquidity caused by the Eurogroup's decision on June 27 to refuse the extension of the loan agreement with Greece".

Banks will reopen Tuesday, July 7, a government statement said, while cash machines, many of which are dry after massive withdrawals this weekend, will "operate normally again by Monday noon at the latest". The 60-euro ATM withdrawal limit is per bank card.

Pension payments will be exempt from the bank transaction restrictions, while there will be "no problem for wages paid electronically into bank accounts", the statement said.

Internet banking transactions inside Greece will work normally, as will card payments in shops, but transfers abroad will require approval from a Ministry of Finance commission, it said.

Earlier Athens sought to reassure thousands of tourists currently staying in Greece, saying that people with a credit card issued in a foreign country will not be affected by the limits on ATM withdrawals.

The radical measures have been imposed to protect the banking system against the threat of mass panic at the prospect of a possible default by Greece, and the impact of the referendum announcement on negotiations with creditors.


Kredit : Astro Awani






Some Greek banks were beginning to limit cash transactions as hundreds of people lined up outside branches and drained cash machines after Prime Minister Alexis Tsipras called the referendum.
Two senior Greek retail bank executives said as many as 500 of the country's more than 7,000 ATMs had run out of cash as of Saturday morning, and that some lenders may not be able to open on Monday unless there was an emergency liquidity injection from the Bank of Greece. A central bank spokesman said it was making efforts to supply money to the system.
Some banks were placing limits in daily bank note and ATM transactions. Yota Kardogianni, a manager at a branch of Piraeus Bank SA, said cash withdrawals were limited at 3000 euros ($3350) daily and ATM withdrawals at 600 euros. Alpha Bank AE had set a daily limit of 5000 euros for most of its branches since last week.
"I'm here to take my mother's pension out before the machine runs out of cash," said Erato Spyropoulou, who was standing in a line of about eight people at one of National Bank of Greece SA's ATMs. "It's very worrying what's happening because people don't know what they're being asked to vote for. It's the last nail in Greece's coffin."
After withdrawing more than 30 billion euros as the anti-austerity Coalition of the Radical Left, or Syriza, took power, depositors are now reacting to the latest twist in the five-month stand-off with European leaders and creditors. One banker said 110 million euros had been withdrawn from his institution as of 11.30am on Saturday.
The European Central Bank has been reviewing liquidity conditions at Greek banks daily in the past week. Banking officials in Athens said they were expecting a shortage of euro notes by Sunday morning. They asked not to be named because of the sensitivity of the matter.

CLOSING BANKS A REAL WORRY

Greek bank deposits by businesses and households fell to 129.9 billion euros in May from 133.7 billion euros the month before, according to data released by Bank of Greece on its website on Thursday.
The Bank of Greece is making every possible effort to supply the financial system with liquidity, a central bank official said on condition of anonymity because he wasn't authorised to speak on the matter publicly. Officials from National Bank of Greece, Alpha, Piraeus and Eurobank Ergasias SA, the nation's four biggest banks, all declined to comment.
"Greek legislation allows either the Bank of Greece governor or the finance ministry to impose capital restrictions," George Saravelos, foreign exchange strategist at Deutsche Bank AG, wrote in a note to clients. "The extent to which this materialises will depend on the ECB decision over the next 48 hours as well as depositor behaviour."
Some branches of Alpha Bank in central Athens that normally open for business on Saturdays remained shut and one carried a sign that it wouldn't open.
About 100 people had lined up at a Piraeus Bank branch at a central Athens street before it opened. Some said they had waited for about three hours. Once word got out that the bank wouldn't open, one elderly woman fainted.
As an ambulance pulled by to take her away, others spewed vitriol at everyone from the Greek Prime Minister to Germany.
"Tsipras said he would turn things around, but things are only going to get worse," said Stavros, a 61-year-old retired sailor, who was lining up to withdraw his pension. He said he was initially planning to go to the bank on Monday but decided to line up on Saturday when he heard about the government's referendum plans.
He said he won't be able to pay his mortgage if the banking system doesn't open on Monday.


Kredit : Bloomberg



Fakta Bergambar Telus Mengenai GST

Salam Ramadhan buat semua,

Hari ini penulis ingin berkongsi 10 keping gambar berfakta yang menyangkal GST tidak membebankan rakyat.

GST sehingga hari ini membebankan rakyat yang berpendapatan sederhana ke bawah.Ini adalah fakta yang perlu diambil berat buat pemimpin yang memegang amanah.

The GST is a regressive tax and it is not the right time to implement it. Not when corruption & wastages are sky-high and there is no transparency in the way the Government implements any national policy.

MAKANAN SEMAKIN MENGECIL,DULU 3 KUIH RM1,SEKARANG SUDAH BERKURANG.


 GST SEBENARNYA LEBIH TINGGI DARI CUKAI SST DAHULU DISEBABKAN PENIAGA MENAIKKAN KEUNTUNGAN MELEBIHI HARGA LAMA,

SARDIN KENA GST.LOBSTER TIDAK ADA GST.ORANG KAMPUNGG MANA MAKAN LOBSTER HARI-HARI.


GST BEBANKAN RAKYAT BERPENDAPATAN RM10 RIBU KE BAWAH,GAJI TAK NAIK-NAIK,HARGA BARANG TETAP NAIK.

HUTANG NEGARA YANG BANYAK AKIBAT TATA SELIA YANG KURANG BIJAK MENYEBABKAN GST TERPAKSA DILAKSANAKAN DENGAN SEGERA KEPADA RAKYAT.KERAJAAN BUAT HUTANG,RAKYAT TANGGUNG TOLONG BAYAR.

SEMASA HARGA MINYAK NAIK,NEGARA KITA UNTUNG,NAMUN YANG MEMERINTAH NEGARA KETIKA ITU BUAT BISNES YANG BODOH DAN TIDAK MENGUNTUNGKAN RAKYAT,KECUALI BEBERAPA KERAT KRONI.

AMBIL WANG 30 JUTA RAKYAT MELALUI GST,NAMUN TABUR BRIM KEPADA 7 JUTA PENERIMA YANG LAYAK.
LAGI 27 JUTA RAKYAT MALAYSIA INI "TUNGGUL"KAH.KAMI TIDAK MEMERLUKAN BR1M,APA YANG KAMI PERLU IALAH PEMIMPIN YANG AMANAH.

ANAK YATIM PUN BELI BARANG KENA GST.INI ADALAH CUKAI YANG TIDAK ADIL BUAT RAKYAT.

BENAR GST MENGUKUHKAN KEWANGAN NEGARA.NAMUN PERKARA SEBENARNYA IALAH "MEMBANTU MEMBAYAR HUTANG NEGARA YANG DIBUAT OLEH PEMIMPIN YANG TERSILAP BUAT BISNES".NEGARA INI TAK PERLUKAN PEMIMPIN BISNESMAN.YANG KAMI PERLUKAN IALAH PEMIMPIN YANG BIJAK.

RAKYAT TIDAK PERLU MEMILIKI PHD UNTUK BERSETUJU "GST" ADALAH PERKARA YANG BAIK BUAT NEGARA KECUALI BEBERAPA PEMIMPIN YANG CGPA MELEBIHI 3.85 KE ATAS DAN PROFESSOR KANGKUNG.

Sekian,
Semoga bermanfaat.


Misteri Gambaran Note Kertas RM (Ringgit Malaysia)

Salam semua, entah kenapa penulis hari ini ingin berkongsi secara detail beserta gambarajah tentang duit kertas kita seperti yang sedang viral di facebook waktu ini:


Bencana Malaysia Sudah Tercatat Dalam Wang Kertas | Seorang pengguna Facebook telah membuat satu status mengenai bencana yang berlaku di Malaysia berlandaskan gambar-gambar mercu tanda Malaysia yang terdapat dalam wang kertas RM1, RM10 dan RM50. “Mercu tanda kebanggaan Malaysia yang tercatat dalam wang kertas telah ditarik satu demi satu. Sedarlah, Allah menegur wahai pemimpin dan semua rakyat Malaysia,” katanya.

 


Namun penulis akan ulas dengan fakta sejarah yang sudah berlaku depan mata kita satu persatu ,adakah ianya Suratan atau Kebetulan?

Allah jua yang menyimpan rahsianya,

Penulis mulai dengan note kertas RM1 hingga RM100 dengan penulisan "kiasan" tentang hikmah realiti sosio politik negara dengan pandangan telus yang memerlukan pandangan fikiran yang diluar kotak, yang sudah tertulis di luh mahfuz dan semuanya ini dengan izin dariNya.Wallahualam :



Wau bulan dan kanak-kanak bermain,

6,000 pekerja MAS diberhentikan.



Gunung KinabaluGunung Mulu dan wau bulan.

Gempa di Gunung Kinabalu,Sabah

Krisis MAS yang berlanjutan.


Menara Kuala Lumpur dan satelit MEASAT.

Telekomunikasi-Rakyat hanya bersosial di gadjet.





Tren Putra LRT, pesawat Boeing 777 Malaysia Airlines dan kapal MISC.


Kehilangan MH370,MH17 ditembak,QZ8501 terhempas. Kehilangan Kapal.




Perdana Menteri pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Pokok kelapa sawit

Felda Global Venture -FGV Tenat dan dikeluarkan dari Bursa.



Perlombongan, pelantar minyak Petronas

Harga Minyak Naik.


Barisan pemasangan kereta dan enjin kereta Proton

Krisis Proton.


Gunung Kinabalu dan formasi batu lembah Gunung Api

Gempa di Sabah.



Semoga kita sentiasa dekat kepada yang Maha Mengetahui.

Bacaan lanjut tentang fitnah Illuminati.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cari info FX di Blog ini :