Skip to main content

Hati-hati dengan Scammer dalam Forex

Salam Raya ke 7.Seminggu sudah kita beraya .Hari ini penulis ingin mengabadikan tulisan facebook Atuk Pemalu,yang ramai dikalangan trader mengenali dan menghormati beliau,tidak kurang juga,yang kurang senang dengan cakap direct beliau.Its normal in Forex.
Politik Forex boleh mengatasi skandal 1MDB dan GST.tikam sana,tikam sini,aib sana,buka pekong orang lain,batu api dan scammer.

"Gambar Ini Sekadar Hiasan"
Kepada yang berminat ,bolehlah buat wallpaper di HP masing-masing,agar trade dengan tenang dan  tidak MC lagi :)

Namun,kami di PipHijau menyokong segala usaha beliau bersama broker GaFx dengan rakan sifu  Superb Trader dan Andy Pipskiller,semoga usaha kalian berkekalan dan diberkati membantu trader.

Artikel di bawah diabadikan disini,sebagai pengajaran buat penulis dan anda semua.Berhati hatilah kepada scammer walaupun mereka adik beradik jiran sebelah,kawan tidur sebantal,apabila ada sesuatu yang kita nasihat dan melanggar batasan fitrah manusia.Kami tetap menggelar ianya scammer dan perlu dijauhi.


KENALI SCAMMER DI DALAM FOREX
By-Atuk Pemalu Ftt FXs

Bila aku menyentuh perkataan scammer sebenarnya ia satu perkara yg amat membimbangkan kerana pasti bila ada scammer mesti ada mangsanya. Di dalam forex, penyamun ada dimana2 tidak kira bentuk, rupa atau pun karektor. Pelbagai modus operandi yang dijalankan agar apa yg dilakukan membuahkan hasil demi mengisi tengkolok mereka. Jangan terpengaruh dgn serban atau ketayap dikepala… jgn terpengaruh dgn soft spoken… tetapi anda perlu kena ada persediaan knowledge2 tertentu supaya bukan diri anda ‘mangsa’nya itu
Aku akan berckp perkara yg general dan nampak lebih adil supaya tidak semua yg dilakukan oleh individu2 terbabit boleh dikategorikan sbg scammer. Sejak aku berkecimpung di dalam dunia forex ini pada tahun 2006, aku berkenalan dgn individu yg boleh dikategorikan sbg scammer… tanpa ada apa2 knowledge, segala apa yg diberitahu semua aku telan bulat2.. endingnya aku bersama team aku mengalami kerugian yg besar. Itu kisah dulu… realitinya scammer2 ini masih wujud sehingga ke hari ini.. patah tumbuh hilang berganti itu yg pasti. Setiap cabang2 dlm forex disitu pasti ada scammer. Adakala terdpt individu yg akan mengambil kesempatan kepada individu lain kalau x kena gaya boleh tergolong juga sbg scammer. Aku akan cuba kupas setiap sudut supaya ia sama2 dpt menjadi sbg panduan kpd kita semua…

1) Broker atau Syarikat Forex
Bila diceritakan tentang ilmu brokerage, ini merupakan satu kelemahan yg ketara bagi trader2 di tanahair kerana majority tidak mempunyai knowledge walaupun sudah bertahun2 dlm dunia ini. Faktor utama kerana majority trader mengambil mudah pengetahuan tentang brokerage. Xpe aku xnk bercerita secara terperinci pasal brokerage sekadar aku kaitkan dgn topic arkitel berkenaan ini. Broker atau syarikat forex boleh dikategorikan kpd 3 bahagian iaitu:

- Broker STP
- Broker Market Maker
- Bucket Shop

Broker STP adalah merupakan broker yg sebetulnya utk kita berurusan… didalam trading order yg kita buat deposit akan melalui broker ini dan dihantar ke LP dan terus diniagakan dibank2… aku x perlu nk bercerita panjang lebar pasal broker STP tetapi sekadar perkara yg perlu anda tau deposit yg kita lakukan adalah selamat… Broker tersebut tidak mengambil deposit kita tetapi ia hanya sbg perantaraan sahaja… kalau broker tersebut bankrap sekalipun, deposit kita tidak hilang dan pasti ada third party yg akan berperanan utk menguruskan pengeluaran deposit kita itu. Satu perkara yg patut korg tau, tiada satu broker forex dlm dunia ini yg tidak mengaku ia bukan STP. Bagaimana kita ingin mengenalpasti dan dpt membezakan? Ada banyak broker yg STP tetapi anda juga kena tau apa yg dimaksudkan broker STP dgn fully STP. Broker STP kebiasaan mereka akan ada A book (hantar ke LP) dan B Book (market maker) dan fully STP mereka hanya ada A book sahaja…

Broker market maker, ada yg mengatakan ia sbg scam… aku tidak bersetuju dgn tuduhan tersebut tetapi aku akui broker market maker pun boleh menjadi sbg scam jugak kalau pihak berkenaan tidak bertanggungjwb… Istilah market maker ini sbnrnya broker tersebut tidak menghantar deposit dikalangan trader ke LP. Mereka hold duit tersebut dan pastikan trader yg loss at least 70% dari yg withdraw… Kalau yg withdraw melebihi loss, broker ini akan bankrap. Anda kena fhm, apa yg dimaksudkan dgn broker? Bukan dlm forex saja ada broker.. kita biasa dgr broker tanah, broker kereta, broker rumah dan yg pasti broker adalah org tgh dan incomenya semata2 makan komisen sahaja… Cuba translate blk dlm forex. Bagi memastikan statistic loser tu jauh lebih tinggi dari winner, broker tersebut akan sentiasa menganggu trading anda dpt2 akaun yg dah byk membuat profit. Setiap function didlm MT4 boleh di plug in dan pelbagai cara mereka boleh buat utk memastikan sesuatu akaun tersebut kerugian… yg lebih tidak bertanggungjwb lagi, adakala withdrawal tidak dibayar… atau dibayar lebih rendah dari rate semasa… off quote.. disable… profit ditarik blk… history profit dipadamkan… yg lebih teruk lagi akaun didelete terus… Ada broker yg market maker yg bertanggungjwb dan tidak dinafikan ada yg lebih 5 tahun beroperasi di Negara kita dan membyr setiap withdrawal…. Bagi anda yg modal kecil mungkin setakat puluh2 usd atau ratus2 usd atau beberapa ribu usd mungkin anda tidak akan terasa perkara ini… tetapi yg sgt merbahaya jika capital anda melibatkan puluh2 ribu, ratus2 ribu atau jutaan usd.. sepatut di dalam apa2 pelaburan kita kena pastikan capital yg kita letakkan ditempat yg betul dan selamat… andaikata broker tersebut tidak membayar withdrawal, lebih2 pun anda hanya mampu banned sahaja… kalau broker tersebut tutup dan membuat dajal kpd akaun anda, TIADA SATU PIHAK DALAM DUNIA INI yg mampu membela nasib anda utk dptkan kembali capital tersebut… sekali lagi harus diingat, pastikan keselamatan capital kita… kalau akaun MC kita puas hati tp kalau broker yg melesapkan capital kita ia satu perkara yg pasti sgt pedih dan perit utk ditelan…

Antara ketiga2 berkenaan yg pasti utk mengenali ianya mmg 100% scam adalah bucket shop. Kebiasaan forex dijadikan sbg instrumen perniagaan mereka walhal itu hanyalah sbg dummy semata2. Ia lebih sesuai disebut sbg money game. Syarikat @ yg konon dikatakan broker ini akan mengambil deposit dan sampai satu tahap bila bakul tersebut sudah penuh mereka akan hilang dgn cara website shut down, tiada lagi ROI. Modus operandi yg sering dilakukan hanya menunjukkan kekayaan mereka termasuk leader2 supaya dpt mengaburi mata org ramai. Dengan system pembayaran bonus yg efisyen dan ontime, melantik org luar sbg CEO itu semua biasa kita lihat. Income broker adalah komisen yg dipanggil sbg Spread @ brokerage fees… Kalau ada investor depo 1 juta sekalipun, selagi tiada trading lot yg diorder pada akaun tersebut selagi itulah broker tiada ada apa income lagi… Sebab itulah dalam forex tiada istilah Referral bonus yg dibyr on the spot, ROI, fix return, guarantee capital, pairing, capital tidak dibenarkan di withdraw… Itu semua bidaah semata2… Jadi utk mengelak kita menjadi mangsa dan terpedaya dgn company @ broker yg berperanan sbg bucketshop ini, pastikan anda lihat apa yg sy dah senaraikan dahulu… apakah ciri2 itu ada? Kalau ada jgn sesekali mencari nahas!!!

2) Fund Manager
Maksud fund manager ini yg lebih tepat individu yg menguruskan akaun trading individu lain (investor). Fund manager begitu banyak dari kecil2an hingga kpd menubuhkan syarikat2 besar @ hedge fund. Apakah kelayakan bagi seorg Fund Manager? Xperlu fikir besar2.. kita ambil factor yg underground jer… Sepatutnya yg dikehendaki adalah seseorg yg sudah konsisten didlm trading sekurang2nya 1 tahun dan ke atas… utk mendptkan konsistensi pula, pasti kita memerlukan penjagaan risk pada tahap yg minima… Konsisten adalah perkara yg sgt sukar utk dicapai tidak kira apa jua bidang sekalipun termasuk player2 sukan… aku xnk sentuh perkara yg besar yg melibatkan syarikat2 fund manager pada level professional.. Memadai kpd satu2 individu yg berani menguruskan capital org lain dan merisikokan di dalam forex… cara mereka menambat hati investor dgn show SS profit yg gila2… mungkin SS profit itu setakat rekod trader utk satu skrin computer atau gadget… adakah ia sudah mencukupi? Cara utk mengaburi mata pelabur dgn menunjukkan lot2 trading yg besar2 (high risk) dan mencapai gain yg sgt luar biasa… satu perkara anda kena fikir, kalau pihak tersebut begitu hebat kenapa mereka ingin menggunakan modal org lain dlm trading lagi? Aku fhm, ada yg mula konsisten ttp capital utk own account tidak besar. Ini satu cara utk mereka mendpt income yg lebih dan membesarkan akaun trading sendiri dimasa akan dtg… ttp anda harus ingat, 95% loser dlm forex… kebarangkalian utk anda rugi adalah jauh lebih tinggi dari untung… 

Kesilapan besar kpd fund manager sebegini ialah MEREKA MERISIKOKAN 100% CAPITAL INVESTOR DALAM TRADING. Biasa yg berlaku loss, akan total loss… sehelai sepinggang… SEPATUTNYA FUND MANAGER HANYA BERHAK MENGGUNAKAN 30% CAPITAL INVESTOR sahaja bukannya 100%... jika berlaku kerugian maksimum 30% dari modal, pihak fund manager ini wajib surrender semula akaun investor mereka… anda kena akui anda telah gagal… xdela investor tu terkulat2 modal habis licin… lebih baik dpt blk 70% dari x dpt langsung… tetapi byk yg kita lihat disini, ramai yg konon2 fund manager tidak bertauliah ini akan melicinkan modal investor mereka… kalau mereka terus mencari investor lain dan berterusan mencari investor lain, tetapi hasilnya tetap habis licin…. Ini sudah boleh dikategorikan sbg scammer…. Yg tidak bertanggungjwb ada yg terus menghilangkan diri… menukar no phone… golongan ini sbrnya mereka tiada lagi modal sendiri utk dimanagekan dan terpaksa mencari modal org lain… ada juga yg memakan affiliate dan melakukan trading hanya semata2 mengejar komisen affiliate sahaja tanpa mengambil kira risiko akaun investor tersebut… Sangat ramai yg menjadi mangsa disini…. 

Kpd yg membaca, hati2 tentang perkara ini… nasihat aku pergilah belajar forex… dptkan kefahaman yg tinggi dlm trading dan seterusnya mampu membuahkan hasil…. Kalau kita tgk diluar sana, majority trader2 yg konsisten dlm trading, mereka tidak berminat utk mengambil mana2 capital utk diuruskan… walau dipujuk sekalipun, pihak berkenaan tidak berminat… tentu sekali alasannya, “aku dah cukup modal buat apa nk ambil modal org lain lagi?” mungkin jua ada yg akan berkata “aku lebih selesa trader akaun sendiri dari trade akaun org lain, xkan sama”…. Sebenarnya anda sbg trader x perlu pening2 kepala mengambil akaun org utk dimanagekan…. Byk broker2 forex menawarkan Sistem Pamm dan Copy Trade…. Terbuka sapa2 boleh jadi manager… kalau anda perform, pasti ramai yg akan follow akaun mereka pada trading anda… kalau anda sbg seorg investor, cari mana2 pamm akaun atau copy trade dan pilih yg terbaik utk anda ikuti trading mereka… ttp kesilapan kebanyakan follower disini mereka suka memilih yg high gain.. sesungguhnya high gain itu pasti ia high risk dan saya boleh katakan 100% mustahil utk ia konsisten…. 

Carilah manager Pamm atau Copy Trade yg mengambil low risk… walau gain x tinggi tp yg anda dpt itu adalah keuntungan di dalam keadaan capital anda terjaga dan tidak pernah goyah dgn drawdown yg tinggi secara berterusan…. Kalau berlaku loss pun pasti ia akan dlm keadaan terkawal…


3) Class Forex
Ini adalah perkara yg sensitive… aku nk kena huraikan dgn cermat supaya tidak ada pihak yg akan salah anggap apa yg aku ingin sampaikan dapat2 diri aku sendiri juga sbg seorg pengajar. Sebenarnya peranan pengajar2 sangat penting dlm industry ini… golongan ini sebenarnya telah membuat satu kerja yg mulia dgn menyampaikan ilmu2 yg bermanfaat kpd pelajar2nya.. mmg byk terdpt isu dan adakala perasaan kesian kpd golongan pengajar ini pun ada juga dgn pelbagai tuduhan dan tohmahan…. Aku cuba mendalami, apakah tujuan si pengajar ini mengadakan kelas2 forex tidak kira samada face to face atau secara online? Anda perlu tahu, setiap kali pengajar mengadakan sesi kelas pasti ia melibatkan costing, masa, tenaga dan yg pasti nilai ilmu yg ingin disampaikan oleh pengajar….
Ada pertikaian dikalangan trader2 mempersoalkan kelas berbayar dan sepatutnya perlu diberi percuma… ini sebenarnya menampakkan ketidakmatangan trader tersebut… berbayar atau tidak sbnrnya atas diri si pengajar tersebut…. Kalau ada seorg yg benar2 ingin membantu dan membuat amal jariah, itu atas diri individu tersebut… bagi pengajar yg tidak mampu membuat sedemikian jgn dipersoalkan….

Pengajar @ Cikgu2 forex ini aku boleh pecahkan kpd 3 kategori…..

a. Memang ingin membantu trader dan mengajar dgn ikhlas tanpa mengharapkan apa2 balasan… pengajar ini adakalanya memberi servis percuma tanpa mengambil sbg yuran dari pelajar mereka.. dan ada juga yg mengenakan yuran ttp ala kadar @ rendah utk menampung kos atau boleh dikategorikan sbg komitmen fee. Itu adalah perkara yg sgt positif tetapi yg negatifnya, ada segelintir pelajar yg hanya seperti melepas batuk ditangga dgn kelas2 percuma atau sgt murah ini… nk cari yg berkualiti dikalangan student disegi komitmennya percentage adalah rendah.

b. Mengkomersialkan dan menjadikan Kelas Forex sbg business… kebiasaan golongan ini yg sering disalah anggap… anda semua perlu tau, dlm forex utk berniaga utk dpt untung bukan pada trading saja… ada pelbagai cara dan salah satunya hasil dari kelas forex ini… mungkin golongan ini akan mengenakan yuran sehingga angka ribu dan marketing adalah perkara yg utama perlu dilaksanakan bagi memastikan sambutan yg baik dari penyertaan trader2. Kebiasaan golongan ini akan mengkomersialkan satu satu teknik yg dikira terbaik dgn menunjukkan hasil dlm bentuk SS dari penggunaan teknik beliau sendiri… Itu mmg perkara biasa dan nama pun marketing… dalam hal ini kedua2 belah pihak harus bersifat terbuka… kalau ada kalangan trader mempersoalkan dan meminta investor password, pihak pengajar jgn rasa marah pula yer… lagipun kelas yg anda kendalikan harga sampai beribu2 dan anda sendiri telah perkenalkan satu teknik yg hebat dan ini lah risiko anda perlu ambil… ttp hak anda juga utk melayan karenah trader sedemikian atau ignorekan saja… secara peribadi, pendapat aku semua pihak tidak perlu perlekehkan pengajar sebegini.. pertama anda kena understanding sbb mereka business… kedua, aku yakin mereka ikhlas mengajar dan ada juga yg terus memberi bimbingan berterusan…. Ketiga, x perlu sibuk2 persoalkan performance trading mereka sbb pengajar ini ibarat coach… dalam arena bolasepak kenapa coach sendiri tidak turun padang bermain bola… kenapa anak2 buah dia yg bermain? Point disini, pengajar ada kebolehan mengajar dan pasti dlm ramai2 ada yg telah Berjaya… belum tentu seseorg trader yg mempunyai byk knowledge sampaikan ilmu candlestick yg dia hafal 500 mukasurat dia sudah pandai trading… jawapannya belum tentu tidak yer… kalau individu ini caj harga lamb chop sehingga RM100 sepinggan ttp rasanya mmg sgt sedap sampai terkesan ke anak tekak berhari2… pasti customernya akan bertambah dan perniaagaannya makin maju dalam skala yg besar… ttp kalau rasanya tawar, kelat, dagingnya liat atau biasa2 saja…. Pasti tidak lama mana pun perniagaan mereka… silap2 jual harga RM10 pun belum tentu boleh maju lagi…

c. Menjalankan perniagaan dan mengambil kesempatan… biasanya mengambil kesempatan yg berkaitan dgn yuran penyertaan yg terlalu tinggi dan adakala langsung tidak munasabah… golongan sebegini hanya focus pada marketing…. Marketing kena betul2 power… apa yg boleh mengaburi mata org ramai? Kelas sebegini mungkin mencecah 5 angka sudah diibaratkan satu pelaburan yg besar dikalangan peserta yg menyertainya… adakah ia berbaloi? Bila aku katakan mengambil kesempatan, selalunya golongan ini akan memasang umpan dgn show off kekayaan dan kejayaan semata2… ilmu yg diajar adalah biasa2… tiada apa2 kelayakan atau sijil pengiktirafan dari mana2 badan tertentu pun tiada utk mereka mengenakan caj yg terlalu tinggi… pendapat aku, yuran kelas di atas rm5000 adalah sudah dikategorikan tinggi… lebih rm10k adalah kejam… mmg benar trader ada hak memilih.. kenapa perlu ambil yg mahal kalau tidak mampu.. senangkan kedai makan ada disediakan gerai dan ada juga disediakan coffee house… ttp jika hari2 dipasang umpan… dan terus memasang umpan, golongan2 baru ini pasti akan cepat terpedaya dan termakan umpan tersebut… mmgla marketing tp kalau marketing dah nmpk mcm memasang perangkap, itu bukan marketing lagi namanya… itu nk menyekem… jadi anda semua kena hati2… elakkan golongan sebegini… sampaikan kpd rakan2 anda… xperlu membuang duit utk byr kelas terlalu mahal dan lgsg tidak munasabah… lebih baik gunakan modal itu utk depo saja… masa saya taip artikel ini, ada sorg trader bercerita dgn saya beliau pernah membayar yuran kelas RM7000 utk 2 org dan kelas itu hanya utk 4 jam sahaja… yg diajar mt4,fx signal,fx calendar..dan ajar indicator stoch dan cci… bila ditanya soalan lebih2 beliau diminta join kelas berharga RM8000 seorg… mmg rasa kesian… adakah ini dinamakan ambil kesempatan? Nama pengajar tu pun aku lgsg x kenal… ntah dari planet mana dtgnya…

Untuk bahagian Class forex, rumusan keseluruhan aku sebenarnya simple sahaja… yg sibuk2 mencari teknik pelbagai, ketahuilah tiada satu teknik yg sempurna dalam dunia ni… semua ada kelemahan… kelas2 yg diajar dgn yuran melampau2.. silap2 boleh dpt free dari google saja… bagi trader forex dpt2 yg masih baru, guru itu penting.. kena ada…. Carilah guru yg lebih mementingkan risk management dan byk mengajar berkaitan psychology bukan hanya ingin menunjukkan teknik dia yg paling power dan paling hebat…. Selalunya guru sebegini adalah seorg yg high risk kerana gila dan taksub pada teknik semata2… bukan apa… ada juga segelintir pengajar ini akan mengajar ajaran2 sesat dlm forex demi kepentingan peribadi…. Itu yg paling dirisaukan… dan pesanan aku juga kpd trader2, anda pun kena ubah sikap anda.. berusaha… dptkan kefahaman dlm forex dan bertrading dgn cara yg betul.. jgn nk sesuatu semua nk disuap saja… nk manja sgt pulak… baik xyah jadi trader… diharap penulisan ini dpt dijadikan panduan supaya anda semua tidak di scam atau menjadi pihak yg diambil kesempatan oleh pihak lain….
Okla, aku hanya huraikan 3 perkara saja kerana inilah perkara yg byk dtgnya si scammer… mungkin ia boleh dijadikan sbg panduan pada anda semua selepas ini utk lebih berhati2 lagi… elakkan diri dari menjadi mangsa scammer!!!
by: atukpemalu superman

Comments

Popular posts from this blog

Top 100 Team & Individu Forex Malaysia

Salam semua trader,



Hari ini penulis ingin berkongsi senarai list nama pengelola,laman web atau personel yang aktif dalam memberi nilai ilmu forex khasnya sesama trader di Malaysia.Betapa meriahnya dan banyaknya ilmu yang dikurniakan Allah kepada kita trader,namun yang sedihnya kita sering salah menyalah terutamanya satu bangsa yang dikenali sebagai "Melayu".Namun ilmu ini tidak terbanding dengan ilmu Tuhan sekalian Alam.Biar kita profit dan withdraw sama-sama.

Trader Malaysia bagus-bagus sebenarnya di bandingkan dengan trader luar.Jika kita bersatu,anak-beranak Soros pun boleh datang Malaysia belajar.In sya Allah.

Artikel ini ditulis sebagai rujukan trader untuk menimba ilmu.Ranking bukan bermaksud yang atas mengatasi di bawah atau mengatasi setiap satu,ianya hanya senarai terpilih hasil pemerhatian telus pihak kami.

Senarai di bawah telah ditapis,dan menepati syarat utama iaitu:


Tidak ScamBukan individu mengelola Skim Cepat Kaya.
Penulis berharap,ianya telus dan pihak kami tidak…

Kisah Penipuan Aeon dan Sen Heng

Salam Ramadhan buat semua, Hari ini penulis ingin share betapa kayanya syarikat yang sudah banyak kali menipu mangsa-mangsa tanpa disedari pihak berkuasa dan modus operandi mereka sangat licik hingga mengaut keuntungan beratus juta RM.
Sehinggalah luahan sahabat FB menceritakan kisah "Untold" story penipuan Aeon Credit  dan "Seng Heng"  (Senheng) dimana kedua-duanya "sam SENG" .



AEON 2016 ANNUAL REPORT
(Baru sahaja di padam dari laman Google)
Admin sempat download buat tatapan dan bukti keuntungan "RIBA'" Syarikat AEON buat tatapan pembaca pembaca.



































Kisah hari ini, balik kampung jumpa parents. Abah mengeluh bila akaun BSN miliknya, hasil menjadi guru kafa bertahun-tahun tiba-tiba saja kosong. Padahal, dia tidak pernah mengeluarkan duit dari akaun tersebut. Kerana itulah simpanannya untuk pergi haji dan umrah. 
Bila ditanya pada BSN, rupa-rupanya dipotong oleh Aeon Credit secara auto debit. 
Kisahnya bermula bila abah membeli motosi

Senarai 100 forex trader dan broker dalam Pemantauan Bank negara Malaysia

Salam,

Seperti biasa,tugas kami memberikan artikel yang straight to the point.
Tak pandai nak karang cerita macam thevocket.com.
Artikel ini membuatkan penulis hilang 100 rakan scam,namun demi menjaga maslahat orang awam,kaedah begini menjadi keutamaan.
Kita ni orang kampung , yang hidup lebih gemar berterus terang mempertahankan hak yang teraniaya dan menolak kebatilan.

Pihak Piphijau tidak menyentuh dosa pahala peribadi individu atau owner broker di bawah.
Sekadar nasihat sesama supaya berhati-hati dalam dunia penipuan "online".
Sedangkan Pengetua Maahad Tahfiz kena auta pelaburan Forex.Inikan pula kita.



*Dalam Pemantauan BNM tidak semestinya broker atau laman web tersenarai bersalah. Mana-mana individu yang terlibat dengan bidang forex ,100% risiko ditanggung sendiri.Melainkan aduan "Terbukti" kes-kes penipuan berimpak tinggi,turun naik mahkamah yang disenarai BNM disini .

Tugas team kami Piphijau membantu konsultansi & menasihati anda bidang pelaburan Teknikal Anali…