Skip to main content

PM Najib cuci duit,betul ke bohong?

Salam Ramadhan semua,dah beli baju raya belum.Hari ini penulis berkongsi satu lagi artikel dari rakan facebook Wan Ahmad Fayhsal .Semoga bermanfaat.



DI MANA BANK NEGARA?

Golongan yang telah menafikan tuduhan WSJ.com dan Sarawak Report:

Perdana Menteri: checked.
1MDB: checked.
Ihsan Perdana Sdn. Bhd: checked.

Tapi ada satu entiti yang lebih "credible" dan berupaya untuk mengesahkan kesemuanya (walaupun belum tentu sahih sepenuhnya) yang masih tidak keluarkan penafian atau penjelasan:
Bank Negara Malaysia.

Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, mempunyai "sterling record" sebagai governor dan amat dihormati di seantero dunia.


LAPISAN-LAPISAN PENIPUAN

Nampaknya ramai yang tak baca habis laporan Wall Street Journal berhubung tuduhan terbaru yang memalit Perdana Menteri DS Najib Tun Razak. 

Ramai yang persoalkan, bodoh benar masuk duit dalam akaun sendiri. 


Berdasarkan kajian-kajian kes skandal korporat yang lepas-lepas, kalau kita tengok dan cantumkan siri-siri siasatan, ini adalah satu bentuk biasa "typical" apa yang disebut dalam jenayah sebagai "money laundering" iaitu "membasuh duit kotor ". Berdasarkan laporan WSJ.cm tampak ada dua mekanisme yang telah digunakan:

(1) PLACEMENT (SIMPANAN WANG KOTOR)

Sebenarnya ianya dibuat secara teratur juga. Ramai tidak baca habis dan faham "wire transfer" duit itu bermula daripada bank yang dimiliki IPIC (yang tolong bayar hutang 1MDB dan dapatkan aset kita sebagai gadaian) iaitu satu bank peribadi di Switzerland "Falcon Private Bank". 

Di situ punca "money trail" dan memang kita semua tahu kalau biasa baca kes-kes skandal kewangan dan cukai yang dilarikan, nak kesan jejak aliran wang kotor susah nak dapat kerana "opacity" (kekelaman) institusi yang membaluti penyimpanan dan pengaliran jejak wang kotor tersebut. Sebab itu bank-bank peribadi di Swiss sangat terkenal dan digunakan oleh semua jenis orang kaya yang baik mahupun jahat.

(2) LAYERING (MELAPIS-LAPISKAN ALIRAN WANG KOTOR)

Ilustrasi daripada Wall Street Journal lebih kemas daripada Sarawak Report berhubung pengaliran wang daripada Falco Private Bank milik IPIC. 

Proses "layering" memerlukan beberapa "nominee" (penama mewakili pemilik asal) dan juga "sub-stations" (stesen-stesen duit itu disimpan sebelum dialirkan) yang kebiasaan dilakukan dan digunakan oleh syarikat Multinasional dan orang kaya yang nak lari dari tax (melalui contoh "transfer pricing") dengan menyimpan di "offshore financial centre" seperti Cayman, Seychelles. Sebab itu kita tak hairan dengan akaun 1MDB yang diaudit. Kita nak tahu akaun Brazen Sky.

Skandal MARA yang terbaru berhubung juga gunakan modus operandi ini. Pendek kata ini bukan hal yang baru atau "rocket science". 

Kenapa perlu "layering"? Ini untuk mengukuhkan "opacity" (kekelaman) jalur aliran wang kotor agar ianya dapat mengelak daripada dikesan oleh "regulators". 

Proses terakhir baru (3) INTEGRATION iaitu dengan membelanjakan wang kotor membeli aset-aset bernilai tinggi (appreciating assets) atau seperti laporan siasatan WSJ.com digunakan untuk pilihan raya 2013. 

Adakah semua ini satu fantasi? Siapa mungkin perolehi maklumat-maklumat yang sensitif ini? 

You see people, as I've written earlier, only those who possessed the authority over the financial system has them. Siapa lagi kalau bukan Amerika Syarikat dan juga Singapura. 

Belajar daripada kes mereka tangkap rasuah FIFA baru-baru ini.

-Wan-


Di bawah ini,adalah penafian bergambar dari Dato Seri Najib Tun Razak.Sumber RTM "Nasional 1" 4 Julai 2015









Laporan di bawah adalah terjemahan dari laman web WSJ.

Wall Street Journal (WSJ) hari ini mempertahankan laporan siasatannya berhubung dakwaan penyelewengan dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Malah agensi berita itu juga berkata, artikel  berkenaan dibuat berdasarkan siasatan oleh pegawai kerajaan dan laporan tersebut telah dilihat oleh Najib.

Dalam laporannya semalam WSJ mendedahkan bahawa hampir AS$700 juta dana dalam 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah didepositkan ke dalam akaun bank perseorangan atas nama "Dato' Seri Mohd Najib Bin Hj Abd Razak" melalui proksi.

"Ia adalah satu siasatan yang serius. Dokumen yang kami lihat telah diberi juga kepada Peguam Negara Malaysia dan pihak lain di dalam kerajaan.

"Mereka sudah melihatnya dan ia juga telah dilihat oleh perdana menteri," kata Ketua Biro WSJ Hong Kong, Ken Brown dalam wawancara bersama CNBC.

Selain itu, Najib melalui setiausaha politiknya semalam telah mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap WSJ.

Sehubungan itu, Brown berkata WSJ tetap mempertahankan laporan mereka.

"Kami amat berhati-hati dan kami percaya siasatan dan dokumen yang kami perolehi adalah benar dan datang dari siasatan yang boleh dipercayai dan bukan siasatan politik.

"Ia adalah satu berita yang penting dan kami mengambil perkara ini dengan serius.

"Setiap kali anda melihat pemimpin negara yang telah [...] sekurang-kurangnya bukti itu menunjukkan aliran wang ke akaun peribadi beliau dan ia melibatkan urusan kerajaan, ia sangat dramatik," katanya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

Top 100 Team & Individu Forex Malaysia

Salam semua trader,



Hari ini penulis ingin berkongsi senarai list nama pengelola,laman web atau personel yang aktif dalam memberi nilai ilmu forex khasnya sesama trader di Malaysia.Betapa meriahnya dan banyaknya ilmu yang dikurniakan Allah kepada kita trader,namun yang sedihnya kita sering salah menyalah terutamanya satu bangsa yang dikenali sebagai "Melayu".Namun ilmu ini tidak terbanding dengan ilmu Tuhan sekalian Alam.Biar kita profit dan withdraw sama-sama.

Trader Malaysia bagus-bagus sebenarnya di bandingkan dengan trader luar.Jika kita bersatu,anak-beranak Soros pun boleh datang Malaysia belajar.In sya Allah.

Artikel ini ditulis sebagai rujukan trader untuk menimba ilmu.Ranking bukan bermaksud yang atas mengatasi di bawah atau mengatasi setiap satu,ianya hanya senarai terpilih hasil pemerhatian telus pihak kami.

Senarai di bawah telah ditapis,dan menepati syarat utama iaitu:


Tidak ScamBukan individu mengelola Skim Cepat Kaya.
Penulis berharap,ianya telus dan pihak kami tidak…

Kisah Penipuan Aeon dan Sen Heng

Salam Ramadhan buat semua, Hari ini penulis ingin share betapa kayanya syarikat yang sudah banyak kali menipu mangsa-mangsa tanpa disedari pihak berkuasa dan modus operandi mereka sangat licik hingga mengaut keuntungan beratus juta RM.
Sehinggalah luahan sahabat FB menceritakan kisah "Untold" story penipuan Aeon Credit  dan "Seng Heng"  (Senheng) dimana kedua-duanya "sam SENG" .



AEON 2016 ANNUAL REPORT
(Baru sahaja di padam dari laman Google)
Admin sempat download buat tatapan dan bukti keuntungan "RIBA'" Syarikat AEON buat tatapan pembaca pembaca.



































Kisah hari ini, balik kampung jumpa parents. Abah mengeluh bila akaun BSN miliknya, hasil menjadi guru kafa bertahun-tahun tiba-tiba saja kosong. Padahal, dia tidak pernah mengeluarkan duit dari akaun tersebut. Kerana itulah simpanannya untuk pergi haji dan umrah. 
Bila ditanya pada BSN, rupa-rupanya dipotong oleh Aeon Credit secara auto debit. 
Kisahnya bermula bila abah membeli motosi

Senarai 100 forex trader dan broker dalam Pemantauan Bank negara Malaysia

Salam,

Seperti biasa,tugas kami memberikan artikel yang straight to the point.
Tak pandai nak karang cerita macam thevocket.com.
Artikel ini membuatkan penulis hilang 100 rakan scam,namun demi menjaga maslahat orang awam,kaedah begini menjadi keutamaan.
Kita ni orang kampung , yang hidup lebih gemar berterus terang mempertahankan hak yang teraniaya dan menolak kebatilan.

Pihak Piphijau tidak menyentuh dosa pahala peribadi individu atau owner broker di bawah.
Sekadar nasihat sesama supaya berhati-hati dalam dunia penipuan "online".
Sedangkan Pengetua Maahad Tahfiz kena auta pelaburan Forex.Inikan pula kita.



*Dalam Pemantauan BNM tidak semestinya broker atau laman web tersenarai bersalah. Mana-mana individu yang terlibat dengan bidang forex ,100% risiko ditanggung sendiri.Melainkan aduan "Terbukti" kes-kes penipuan berimpak tinggi,turun naik mahkamah yang disenarai BNM disini .

Tugas team kami Piphijau membantu konsultansi & menasihati anda bidang pelaburan Teknikal Anali…