Trader biasa MC bila tidur lepas jam 12 malam.

Salam Ramadhan,hari ini penulis ingin berkongsi tips "tidur".

Tajuk di atas adalah cerita sebenar,dan kiasan "direct" kepada trader kita yang biasanya tidur lewat,memerhati chart ataupun melayan floating posisi entry mereka kerana ingin memastikan entry mereka close profit sebelum mereka tidur.(seperti biasa tetap tetap float merah)

Namun biasanya,hingga jam 4 - 5 pagi baru mereka terlelap,maka subuh mereka akan menjadi subuh "gajah",kalau bangun tengahari menjadi subuh "cadbury".Kepada yang bekerja pula,mulalah punch card lambat,alasan nenek sakit "bersalin",tipu sunat,macam mana rezeki nak berkat buat isi perut anak bini.

Kisah-kisah sebegini akan menyebabkan mereka yang tidur lewat mudah terkena dan terpedaya ditipu skim cepat kaya,memberi akaun trade untuk guru "scammer" tradekan akibat termakan pujuk rayu bulan bintang,trade secara membabi buta,dan percayalah disitu kita boleh lihat diri kita sendiri,adakah rezeki kita ini dapat dari jalan yang betul atau dari jalan yang penuh shubahat dan istidraj akibat dari perbuatan kita sebenarnya.Allah s.w.t sebenarnya tidak melengahlan rezeki kita walau sedetik,namun Allah jua memberi kita pilihan samada duit tersebut digunakan untuk menderma atau tikam nombor ekor berjudi.

Namun ramai dikalangan kita mengungkit dan mengeluh duit hilang,hangus akibat ditipu seseorang,tersontot dengan skim e.t.a emas,skim cepat kaya forex broker scam,baru buat loan rm200k bank rakyat minggu lepas,semalam bagi broker scam secara tunai,hari ini broker tersebut bermasalah dan leader-leader,atau ib broker tersebut block acc facebook,block whats app dan sebagainya.Maka menanggunglah si peminjam bank rakyat tersebut membayar loan sebanyak bayaran bulanan bmw 5 siries selama 9-10 tahun,sambil setiap hari berzikir "memaki hamun mak kau hijau"tiap masa,sambil mengeluh mengadu domba sana sini membuka segala aib diri dan si "penipu".

Inilah rutin harian cerita-cerita sensasi setiap hari di facebook dalam pelaburan "high risk,high return" ini yang trader-trader newbie ramai terpalit najis,belum pun mereka masuk ke dalam tong najis yang penuh lendir dan ulat,bergelumang dalam bisnes yang fatwa jakim "haramkan" ini.

Samada keluar bersih wangi diri dan tong najis tersebut,ataupun keluar tertelan najis sambil tong najis tersebut dimaki hamun semahu mahunya akibat tiada yang tegur .
"Jangan masuk tong najis tu,nanti kau keluar hina,dihina dan menghina"

Bagaimana mungkin rezeki mereka banyak jika tidur begitu,sedangkan nabi s.a.w pesan,jangan tidur selepas subuh,rezeki berat.Memang benar apa yang dipesan junjungan mulia,kita boleh perhatikan hasil kajian secara rawak 60% trader forex memiliki tidur yang tidak normal.Semoga fakta di bawah ini membuka mata kita supaya trade dan tidur sebelum jam 12 malam.



Jangan tidur lewat nanti dah tua menyesal jom cuba amalkan.

TIDUR.

Tulisan facebook Shahriah Besah dan kredit buat beliau.

Bila Dr Noorhisam dari Tahfiz Medic menukilkan dapatannya bahawa dalam sehari, kita hanya memerlukan tidur selama 3jam, saya cuba...saya tidur sekitar jam 11-12 malam dan cuma bangun semula pukul 3pagi tetapi saya bangun dengan rasa mengantuk dan letih. Kekadang saya tertidur semula dan bangun jam 4.30 pagi.

Saya syak, mungkin sistem badan saya yang tidak berfungsi dengan baik..menyebabkan saya tidak dapat bangun dengan cergas seperti yang dirancang.

Tetapi saya pelik, bilamana ada hari-hari tertentu, tika saya "tanpa rela" sering tertidur pada pukul 9malam.....seterusnya secara otomatik, sekitar jam 2pagi saya pasti akan terjaga. Biji mata saya segar....lalu saya pun bangun untuk melakukan aktiviti2 rutin saya....tanpa mengantuk! Saya pelik!
Rupa-rupanya apa yang berlaku pada saya bukan suatu yang abnormal....saya menemui artikel karya Dr Hamza Al-Hamzawi.

Menurut kajian beliau, untuk bangun dengan cergas, kita tak perlu tidur selama 8jam seperti kajian barat. Tetapi cukup dengan tidur selama 3jam sahaja. Tetapi waktu tidur itu mestilah dari pukul 9 malam hingga 12 malam (tapi kita di zaman skrg ni kalau kita dapat tidur tepat pukul 10 dàn bangun jam 2pagi...itu dah lebih dari baik).
Berdasarkan sunnah, Rasulullah saw sememangnya tidur di awal malam kerana tidur pada waktu ini adalah waktu tidur yang paling bermanfaat. Seseorang itu boleh dapat 80% daripada tidur yang nyenyak pada waktu ini. Waktu ini juga terdapat 'Baraka' di dalamnya iaitu sejam waktu tidur bersamaan dengan tiga (3) jam waktu tidur.

Pada masa ini kelenjar pineal mengeluarkan hormon melatonin iaitu membantu kita untuk tidur.
Tidur dari pukul 12 pagi hingga 2 pagi
Waktu ini terdapat 20% waktu tidur nyenyak dan selebihnya iaitu 80% adalah 'dream sleeping' yang tidak berguna. Pada masa ini tidur sejam bersamaan dengan sejam waktu tidur.

Dari dari pukul 2 Pagi hingga 5 Pagi sebelum Subuh (Fajr)
Ini sebenarnya bukan lagi waktu tidur tetapi adalah waktu yang paling sesuai untuk menghafal, mengingati Allah, berzikir, Istighfar dan penumpuan mental.

Tidur pada waktu siang (selepas Fajr)
Tidur pada waktu ini adalah waktu tidur yang tidak bermanfaat kerana tiga (3) jam tidur bersamaan dengan sejam waktu tidur, ditambah dengan kelesuan, kekeliruan, dan hilangnya fokus.

Tidur dari Fajr hingga terbitnya matahari
Kelenjar pineal mengeluarkan hormon lain iaitu 'serotonin' iaitu dari Fajr sehingga terbitnya matahari dengan syarat seseorang itu mestilah sudah bangun.

Bagi mereka yang solat Subuh dengan 'Jamat' dan duduk mengingati Allah.

Pada waktu ini adalah sangat sesuai untuk berzikir dan melakukan aktiviti harian.

Pembebasan 'melatonin' oleh kelenjar pineal berkurangan selepas 40 tahun dan berhenti selepas 50 tahun. Kemudian seseorang itu harus memanfaatkan apa yang telah tersimpan dalam badan sehingga sepanjang hayatnya.

Jadi, jika seseorang mendapat 'Alzheimer' dan permulaan 'Dementia', bermakna dia telah tidur lewat sepanjang hidupnya.
Wallahualam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cari info FX di Blog ini :