Perbankan Islam part 2

Pembongkaran Riba' disebalik kocek Umat Islam. (Part 2)
Salam semua,tahun 2016,perkongsian ilmu lebih segar,lebih terbuka,yang baik jadikan tauladan,yang buruk jauhkan.
Team PipHijau akan memberikan artikel yang lebih bermanfaat,luar kotak,perbincangan,jujur,straight to the point menerangkan yang Hak,walaupun kadangkala artikel ini tidak dipersetujui pakar2 kewangan dan ahli agama terutamanya panel2 syariah yang makan gaji di Bank mereka kerja, kesemua info yang ditulis ini dengan harapan memberi manfaat yang banyak buat anak cucu kita,kesemuanya dengan izin dariNya.


Gambar fakta di atas ,penulis snap dari caption sebuah filem 2016 "The Big Short".Kenapa terjadi demikian di USA.Antara sebabnya ialah mereka mengamalkan  sistem "interest rate" iaitu riba' yang sudah pasti menjahanamkan ekonomi negara.Apa yang Allah dan Rasul haramkan itu sememangnya memberi rahmat buat semua.

Perkongsian kali ini,penulis mengambil posting facebook Tuan Khairul Ezuwan,pakar ASB.Penulisannya jujur dan lebih difahami masyarakat awam.
Apakah bezanya 'Ah long' dengan pinjaman bank konvensional?
=============================
'Ah long' mengenakan interest rate yang tinggi dan tidak terkawal , kenaikan sesuka hati mereka. Tak bayar kena ancaman fizikal, interest berlipat ganda, tiada istilah rebet bayar awal sekalipon. Inilah satu keburukan Riba'. Berbanding pinjaman konvensional yang interest lebih rendah, terkawal oleh BNM, tiada melibatkan ancaman fizikal dan nyawa, paling-paling pon disenarai hitam, tidak disimbah cat merah. Kadang-kadang bank yang kena pedajal, orang pinjam dan tidak bayar. Pinjaman konvensional tidak la sekejam mana.
Tetapi, persamaan antara mereka adalah mempraktikkan sistem Riba' dalam perniagaan yang mana salah disisi Agama walaupon mengambil interest yang kecil dan dikawal.
Wujudnya perbankan Islamik adalah untuk memperbetulkan kesilapan dalam sistem perbankan yang disalahpraktiskan oleh perbankan konvensional yang menjurus kepada Riba', bukan menghalalkan cara dan dituduh sebagai back door riba'. Ibarat buah anggur yang Halal diperam jadi arak maka haramlah air itu, apa salahnya bila buah anggur itu dibuat jus anggur dan hapuskan kilang arak. Adakah perlu diharamkan sekali jus anggur itu?
Hakikat sebenarnya perbankan konvensional adalah back door kepada Riba' (Menghalalkan Riba'). Perbankan Islamik muncul untuk memperbetulkannya. Biarpon masih ada kelemahan di sana sini , kita harus menyokong shariah committee terutamanya untuk sentiasa mengkaji dan melakukan penambahbaikan dari masa ke semasa bukan menuduh dan menfitnah mereka bersubahat menghalalkan Riba' yang terselindung.
-KEY-

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cari info FX di Blog ini :