Final Part Premierfx Vs Trader

Salam Ramadhan ,




Tahniah buat kedua-dua belah pihak ,samada Pihak Yusu Honda mahupun,pihak Broker Premierfx Malaysia.

Semoga hubungan silaturrahim berpanjangan.




Kes Solved.

Rm57 k yang dituntut selesai.

Kronologi part 1 dan 2 ada di sejarahkan supaya menjadi tauladan buat semua trader Malaysia.




Pihak Yusu Honda juga men "delete" segala tulisan beliau di FB.
Pembaca juga tidak dapat mengakses ke link asal yang akan di delete selama2nya.

Tahniah juga buat team Premier Fx Malaysia yang membersihkan nama Broker.


Tahniah juga buat otai Nazri Nor yang berusaha juga mendapatkan hak beliau.Ya semangat berani kerana benar.
Keep it up.

Trader kena belajar something dengan beliau yang mempunyai pengalaman luas samada menjadi trader mahupun ilmu dalaman Broker.

Sepatutnya diselesaikan dari awal.

Benda teknikal,tetap silap broker,bukan silap trader.It's about Double "R" in business.

Responsible.

&

Respect.

Bani melayu kita jenis suka jika mengaku segala kesilapan.You earn massive respect later.


Semoga kisah ini menjadi iktibar buat semua pihak samada trader mahupun broker.

Lakukanlah tugas kita secara profesional.Trade dengan tenang.Kedua-duanya saling memerlukan antara satu dengan lain.

Namun,team premier fx,syabas buat team anda kerana mendapat marketing percuma dari blog piphijau yang artikel kisah ini di baca hampir 50 ribu orang buat satu posting.

Teruskankan buat benda baik.Deposit pantas dan withdraw pantas.Keep It Up.

Pihak piphijau juga mohon ampun dan maaf,salam sepuluh jari,kadangkala sengaja dan sentiasa direct to the point.
Jika ada yang terguris,pecah darah,darah tinggi,haid dan sebagainya,itulah lumrah manusia.Adakalanya tulisan kami menyinggung sekampung,namun ianya ubat buat seluruh penduduk Negeri Kampung tersebut.

Buat baik berpada-pada,buat khianat jangan sekali.

Trader Malaysia bersatu hati.

Yeayy minggu depan Raye.
Pose jangan x pose.




Part 2 Premierfx Vs Trader.

Salam semua, Seperti posting sebelum ini, PART 1 (Premier Fx Vs Trader) , kami tidak akan "back up" sesiapa dimana pembaca akan menilai mana yang benar, yang menipu dan mana yang scam.

 Kami sambung Part 2.





Sehari dua ni heboh nama Broker PremierFX dikatakan tidak membayar withdrawal client. Ditegaskan sekali lagi bahawa PremierFX tidak pernah melengahkan atau membatalkan withdrawal client jika mengikut mengikut syarat yang sepatutnya. Dalam isu Brexit baru-baru ini, leverage yang telah ditetapkan sepanjang tempoh 20/6/2016 hingga 27/6/2016 adalah 1:100. Dalam kes ini akaun trading yang didaftarkan atas nama Nurul Alis Edmund binti Abdullah di bawah IB Mohamed Nazri Mohamed Nor dimana leverage akaun tersebut pada ketika berlaku Referendum UK adalah 1:500 (Rujuk Rajah 1). Jadi ia jelas tidak mengikut syarat yang broker tetapkan yang menyebabkan segala transaksi bagi akaun tersebut dalam tempoh Brexit dibatalkan oleh PFX Europe. Boleh rujuk laporan rasmi yang juga dihantar kepada email client. ( Rujuk Rajah 2 & 3 )

Untuk makluman juga, kami sangat cakna kepada IB2 kami termasuklah Nazri Nor dan Nurul Alis lebih-lebih lagi Nurul Alis adalah IB Official di PremierFX dan sebelum ini segala bayaran kepada beliau dan Nurul Alis sama ada withdrawal trading account, affiliate, elaun dan bonus adalah berjalan lancar. Jumlah bayaran adalah seperti berikut:

Nazri Nor - Akaun Affiliate RM64,488.10

Nazri Nor - Bonus IB RM3,960

Nurul Alis - Akaun Affiliate RM80,368.36

Nurul Alis - Bonus IB RM10,052.38

Nurul Alis - Elaun IB RM1,200

Nurul Alis - Akaun Trading RM90,912.50

JUMLAH KESELURUHAN :
RM 250,981.34 ( Rujuk Rajah 4,5 & 6 )


Penjelasan ini membuktikan bahawa PremierFX tiada masalah dalam membuat pembayaran withdrawal client dan BUKAN Broker Cap Ayam seperti fitnah yang diviralkan.

PremierFX amat kesal dengan statement yang dikeluarkan oleh Yusu Honda di mana memalukan pihak kami sedangkan kes withdrawal client tersebut tiada kaitan sama sekali dengan beliau. Setelah siasatan, beliau didapati tidak pernah berdaftar pun dengan PremierFX tetapi beliau telah membuat tuntutan withdrawal ke atas akaun trading PremierFX beliau. Yusu Honda juga membuat kenyataan yang pembayaran atas simpati membuat dia rasa terhina. PremierFX meminta maaf jika ini berlaku tetapi pembayaran ini dibuat bukan kepada akaun bank Yusu Honda tetapi ke atas pemilik akaun sebenar Nurul Alis. PremierFX ada peraturan yang ketat dan jelas dalam melakukan withdrawal, penama akaun trading mesti sama dengan penama bank dan juga mesti membuat pengesahan IC terlebih dahulu. Didapati tiada IC Yusu Honda dalam database kami. Pihak PremierFX tidak berniat untuk menjatuhkan dan memburukkan nama Yusu Honda tetapi kami hanya ingin menjelaskan kebenaran. ( Rujuk Rajah 7 )

Pembayaran sebanyak 3000 USD telah di masukkan ke akaun Nurul Alis bukanlah berniat untuk menghina ataupun menutup mulut seperti yang diperkatakan tetapi PremierFX telah meluluskan withdrawal tersebut berdasarkan atas permintaan beliau sendiri ( Rujuk Rajah 8). Kami pohon kemaafan sekali lagi kerana pembayaran ini telah mengelirukan banyak pihak. Jika Nurul Alis tidak sudi menerima pembayaran tersebut, kami menasihati supaya beliau memulangkan semula pembayaran ini ke akaun bank PremierFX supaya kes pembayaran ini tidak dipanjangkan dan menjadi fitnah buat kami.

Kemaafan dipinta sekiranya kenyataan ini menyebabkan perasaan sesiapa tersinggung. Maaf juga kerana mengganggu ketenteraman trader2 dan IB. Polisi kami adalah membina hubungan bukan memusuhi sesiapa...

P/s: Di bulan Ramadhan yang mulia ini, marilah kita bersatu hati. Diharapkan semua trader tidak terus menyebarkan perkara di luar pengetahuan anda untuk mengelak sebarang fitnah. Kerjasama anda amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

PremierFX Broker Terbaik untuk anda...

Servis Deposit / Withdrawal TERPANTAS

Promosi Flat Rate 4.0

‪#‎PremierFX‬‪#‎AchieveSuccessTogether‬‪#‎BrokerNo1TerpantasDiAsia‬








 Di Petik dari Fb Premier FX Malaysia

Dan jika diikutkan Kronologi ,andaikata bermain bolasepak ,kedudukan

sudah
1 -1 . Seri.


Kronologinya begini:

Maka dengan yakinnya orang kuat Premierfx Nik Mohd Hakimin menawarkan orang ramai sebagai trader menjadi IB.




Disebabkan Pihak Premier Fx Malaysia submit gambar dan posting seperti di bawah Ini.











Maka Yusu Honda Membalasnya dengan ini.
Nah aku kasi bagi korang nampak letter head..Company EURO pakai Sdn. Bhd.



Ayatnya agak pedih :

Tengahari Yang Panas 27 Jun 2016.


"Aku tunggu orang berkenaan balik je..
**Dah kena maki sehari dua baru nak bijak cari maklumat sendiri..
Benda tak bayar tetap benda tak bayar...aku tak heran pun dengan bayaran tu..aku cuma heran skrg kenapa salah silap teknikal "berok ke" trader kena tanggung..?

⭕️ Aku daftar & trade atas nama orang lain tu tak boleh ke..?

⭕️ Silap orang kau nak kencing ni..

⭕️ Nak settle macam ni atau cara pro?..aku gasak sampai titisan last...

つづく"
-YUSU HONDA-



Selama aku berkecimpung dalam forex ni tak pernah aku nak sebut nama mana-mana pihak sama ada personal atau ramai-ramai dengan secara menyerang atau memburukkan...
Tapi kali ni aku sebut nama terus tanpa selindung atas sebab salah pihak lain diletak atas pihak yang lain...
Kau tunggu aku tuntut sampai sen yang last...!
I MEAN IT...
**Salah orang kau nak main...
‪#‎PremierFX_BrokerEUROPakaiSdnBhd‬










Dan Jawapan Dari Otai Nazri Nor ,admin akan berikan point-point penting bagi semua orang faham.

1. Haha ada Skill tu nak dapt cam tu.. Mana2 broker pun leh dpt camtu..

2. Akaun brexit tu leverage di set oleh system..

3. Kalau akaun wife sy terjadi krn kesilapan SYSTEM takkan akaun tu atau Org yg trade Nak dipersalahkan?

4. Belum sempat sy close semua entry t
iba2 akaun disable..

5. Dan entry semua close oleh SYSTEM atau Org yg pantau TRADING sy..macm yg zul cakap.. Server di jaga oleh seseorg..

6. Tak yah sy sebutkan nama di sini..bukan Org europe tapi Org Malaysia sbb statement yg dikeluarkan adalah sdn bhd..

7. Draw 3k tu sbb tu je maksima sehari leh draw di pfx..

8. Dan camna sy Nak draw selebihnya sbb akaun dah di reset usd17k lebih.. Kalau no limit mmg sy nak draw semua..

9. Syarat utk Dpt aff kat pfx kena reg LINK dan jadi IB.. Sy dah masuk tahun ke 9 dlm dunia Fx so Nak kena bijak LA..reg LA LINK n become a IB so baru leh dpt aff..

10. Most others company juz jadi ahli bila ada Org trade baru leh dpt aff tak perlu reg lg apa2 LINK.. Bila jadi IB reg LA wife kat bawah.. Then trade kat akaun wife.. Dan reg LA lg beberapa Org utk syarat aff.. Easy to make big money..

11. Trade kat akaun wife aff dapat byk tu .. Rezeki LA tu.. Tapi jadi IB pun bukan satu advantage.. Sbb akaun IB sendiri yg kena.. Takkan akaun wife sy je yg silap sistem?

12. Kalau silap sistem kenapa akaun tu jadi mangsa? Tak boleh ke silap sistem then bayar je terus settled.

13. Tak byk mana pun tu kalau dlm euro kecik je tu . Sbb sebelum zul pergi umrah dia yg ajak settle cara baik n diplomasi.. Asal nak bayar ansur2 atau Separuh, alih2 bayar 3k je.. U all fikir la..

14. Kalau sistem silap trader kenA tanggung ke? Wpun Sy Ib Sy tak boleh sokong 100% company atas silap system. Salah tetap salah.. Benar tetap benar.. Juzbayar je baki rm57 ribu lg settle.

15. Kalau tak kita sambung cara pro hingga Titisan terakhir.. Wassalam..


Mungkin ada sesuatu yang berlaku di balakang tabir Premierfx yang disembunyikan mahupun bagi pihak trader.

Atau ada part 3.Nantikan
Rehat dulu la.Puasa. :)

 Wallahualam.

Premierfx VS Trader


Salam semua,

Seperti biasa team penulis Piphijau akan bersikap Neutral dalam segala hal.

Namun jika ada kes-kes berimpak tinggi yang perlu trader Malaysia tahu, in sya Allah disinilah tempat mereka mendapatkan info "straight to the point" , tiada "back up" sesiapa dan "trusted"

Kita sudah besar panjang memilih yang mana di pihak yang benar dan yang mana di pihak yang batil.

Jadi Kronologi bermula dari Facebook Yusu Honda.Pada 25 Jun 2015.


Posting FB yang Pertama.

Trade punya trade pastu nak withdraw kena reject.
Brexit yang indah dah jadi Brengset..
**memangla kena reject, modal RM400 untung RM69k.. (Sarcastic)
**Baru modal USD100..ingat nak buat modal USD1000 hari tu..mau RM690k dapat kalau betul-betul depo USD1000..
**RM69k pun tak leh bayar...hampeh😑😑😑‪#‎BrexitvsBremain‬‪#‎DahJadiBrengset‬







Kes sebenarnya mengenai Profit yang telah di "Reset" atau profit telah di cancel.



Posting FB yang Kedua.
Premier FX
Sini gebang sana gebang sungguh kencang kau..deposit terpantas, withdrawal terpantas DI ASIA kononnya..sapa bagi rating kabor sikek..
1. Isu Brexit
⭕️Premier FX kabor laverage mesti bawah 1:100 dan mende ni broker sdiri buat secara auto kepada semua akaun MT4.2. Laverage
⭕️Lagu mane satu akaun buleh terlepah boh tok detect jadi leverage 1:500?..
⭕️email pong tak dop..mane-mane IB pong tak dop kabor akaun ni terlepah..saloh trader ke saloh broker lagu nim? Bakpe trader kene tanggong..? Berat nangnang boh..senang molep kije..
3. Withdraw
⭕️Deme reject withdraw pahtu deme nok bagi USD3000..deme layang kiter macang pengemis boh..!!
⭕️Kalu deme tok leh nok bayar withdraw, deme kabor la slow-slow bayar ansurans. Kiter buleh trimo. Kiter tahu risiko lagu mane sebab kiter pong buleh kiro tahu pasal brokerage nih..kalu nok bukok broker baru pong kiter buleh buak boh kalu ade modal..
⭕️Tapi alang-alang doh deme wak gini, alang-alang doh deme tok mampu nok bayar withdraw, baik deme tutup broker..malu boh orang kabor deme 'broker cak ayang'...deme dok canang broker 'terpantas' ASIA..
**Banyak lagi kalau nak cakap ni..tapi aku malas la..cukup la orang tahu setakat ni je..orang boleh nilai sendiri..pandai-pandai la back up balik sdiri..
**Sorry guys cakap Terengganu sikit-sikit sebab PFX ni HQ kat Ganu..
‪#‎BrexitDahJadiBrengset‬




Dua gambar diatas ialah maklumbalas pihak Premier FX Malaysia.Yang telah sudi membayar Rm12k sebagai tutup mulut.

Namun Yusu Honda inginkan profit Usd17,262

Jadi Rm69k - Rm 12k =

Rm57k lebih nilai yang dituntut Yusu Honda sebenarnya.



Untuk melihat Komen-komen dari trader anda boleh membaca sendiri di FB beliau selagi tidak di "delete".


YUSU HONDA (Kes Dengan Premier FX)



Namun wakil Pihak Premierfx , di wakili Eli Azlie membalas hujahan Yusu Honda di FB beliau.
Kepada Yusu Honda yg telah viralkan pasal isu akaunnya sebentar td... saya minta kekerjsama dari yusu honda untuk bagi no akaun trading ..bg memudahkan saya check ... dari pkl 4 pg lg waktu sahur saya masih tggu tapi tak bg2 lagi akaun trading ... dan lagi satu saya nak tahu tuan yusu honda register direct ib mana... siapa ib anda? sila bg kejersama utk memudahkan saya urus masalah ini...tq..bg detailsila bg nama penuh?no akaun trading?register ib mana?sudah kah tuan info ib anda masalah akaun anda?kita selesaikan masalah ini secara viral/ terbuka sama mcm tuan viralkan masalah akaun tuan...ini bg memudahkan lg trader2 lain melihat... saya tak kisah sapa yg salah...saya ingin menolong anda selesaikn masalah tuan yusu yg viral ni...ok tq
Namun sepatutnya BIG Boh Premier FX , Tuan Zul Premierfx Terengganu,selesaikan kes ini dengan aman.

Eli Azlie sebagai wakil Premierfx mencuba sedaya upaya sebagai usaha mempertahankan broker atas kes-kes terpencil ini.

Selepas Tuan Nazri Nor membangkitkan hal ini, maka terbongkarlah SS wassap di bawah.


Maka yang bertanggungjawab "RESET" akaun Yusu Honda dan trader-trader lain yang MC secara berjemaah terbongkar.
Dikatakan Pihak PFX Europe yang bertanggungjawab.
Untuk melihat komen-komen panas seterusnya , pembaca boleh direct ke 

FB Elie Azlie untuk membaca lebih lanjut.

Pihak piphijau mengharapkan kedua-dua belah pihak dapat selesaikan kes ini 
satu persatu.

Trader-trader di Malaysia semakin bijak memilih.

Mereka kenal "Market Maker" Broker.

"B Book " broker. 

Apa itu "B Book Broker" ?


1.Bukan STP.
2.Ada Bonus.
3.Leverage melebihi 1:500 hingga 1: sejuta.
4.Mengharapkan trader rugi,maka profit 100% kepada broker.
5.Biasa mengalami "requotes".
6.Spike berlaku di luar adat "candle".

7."Widen Spread" jarang berlaku disebabkan ada "KAWALAN TANGAN GHAIB" bukan "direct LP" dan candle boleh diubah pihak management "ATASAN".

8.Penggunaan software stop loss hunter biasa di pasang,boleh "disable" EA yang biasa profit, dan pelbagai lagi kes penganiaan trader dengan bermacam-macam syarat pelik.


Maka kes ini disimpulkan apabila penggunaan "MTM" metaquotes Manager yang menggunakan versi "B Book" 
(Duit CLient Dalam Acc Broker dan tidak Ke LP)akan menjadi masalah apabila:
Trader untung.Maka broker rugi.


Jika Trader MC , maka Broker bersorak riang.Itulah kisah sebenar "BAHANA" penggunaan "B Book", tak berkat seperti mana kes yang berlaku pada ACFX (Lesen Mereka "Suspended").


Disebabkan Akaun "Pool" Broker ACFX tidak cukup untuk membayar Profit Berjuta dari Trader nageri "CHINA".

Maka kes ini di bawa kepada "Pemberi licence Regulated" dan Broker ACFX "Suspended",selagi tuntutan withdrawal trader CHINA tidak diselesaikan.

Broker masih ada,namun urusan withdrawal dan deposit dari trader dibekukan.
Namun sudah hilang "Kredibilti".Customer boleh lari.



Jadi Pihak Premier FX perlu benar-benar ambil iktibar dari kes ini.In sya Allah,jika dipihak yang benar,kes boleh settle tepi.



Semoga kes ini tidak berulang di masa hadapan dan menjadi iktibar buat trader Malaysia.


 

Berjaya dengan Fx

Salam Ramadhan untuk semua sahabat trader. Semoga kita semua mendapat manfaat dan rahmatNYA pada sepuluh malam terakhir ini. Terima kasih kepada Cikgu Along dan team pip hijau di atas peluang ini.



(sumber google.com)

Forex (fx), semua tahu dunia fx memberi peluang kepada kita untuk meraih keuntungan dalam masa yang singkat. Mungkin kerana itu ia menjadikan ramai yang berminat untuk terus berada di dalam bidang ini. Penulis yakin tujuan dan objektifnya hanya satu, untuk "succes".







 (sumber google.com) 

Setiap antara kita mampu melakukan transaksi jual beli. Namun untuk memastikan setiap transaksi itu berjaya, ia memerlukan analisis dan pengalaman. Oleh itu setiap trader perlu sentiasa berusaha dan fokus untuk meningkatkan kaedah analisis, bersabar dan tidak terlalu tamak mengejar profit. 



(sumber google.com)


Ramai di antara trader akan hilang keyakinan apabila analisis yang dilakukan tidak berjaya. Seharusnya apa yang perlu dilakukan adalah perbaiki dengan menganalisa apa penyebabnya. Ini kerana di dalam dunia fx ini hanya ada dua faktor utama yang kita semua tahu iaitu faktor teknikal dan fundamental (perkara yang mempengaruhi ekonomi dunia). Selebihnya adalah faktor trader itu sendiri bagaimana kita mengawal emosi.

(sumber google.com)
Untuk semua sahabat trader, lost profit bukan beerti kita 'zero' dan profit tidak bermakna kita 'hero'. Ini kerana hakikat dunia forex yang kita pilih ini adalah penuh dengan risiko. Semoga kita terus istiqamah dalam menambah ilmu teknikal dan mengawal emosi diri kita.


Berikut sedikit motivasi untuk diri sendiri dan juga sahabat trader, semoga bermanfaat.

1. Modal paling utama di dalam fx ini adalah 'diri kita'. 


2. Pegang lima kunci untuk berjaya. (Solat).


3. Kawal perasaan tamak  & takut.


4. Bismillah, sentiasa berdoa. Jangan dah floating baru berdoa.


5. Bergembira dengan apa yang kita lakukan. Positif dan melihat semua perkara dari sudut yang baik.


6. Percaya, Allah tidak menganjak rezeki kita walau sesaat.


7. Amanah pada guru.






MT4 : Cara Mudah Combine Indicator dalam 1 Windows

Rujuk kotak merah (3 indicator diletakkan dlm 1 windows)
Macam mana nak combine semua indicator kita dalam 1 windows seperti contoh kat atas ye? Dolu2 saya nak sangat buat camni tapi tak reti. Merata bertanya dengan kawan2 tapi tak semua tahu..so last2 bertanya kat Pakcik Google. Pakcik ada bagitahu tapi dalam bahasa omputih la plak. Mujur ada setiausaha tolong translate kan. Kih3x. Jadinya, hari ni rasa macam nak kongsi camna nak buat tapi dengan bahasa kampung. Moga2 senang skit sahabat2 nak faham nanti.

1- Kita mulakan dengan buka MT4. Chart bogel dulu la ye.

Chart bogel
2- Seterusnya klik butang Navigator ataupun boleh gak guna "Ctrl + N". Janji windows Navigator tu keluar. Kih3x

Klik kotak merah tu (Navigator @ "Ctrl + N")
3- Gambar kat bawah tunjuk kedudukan windows Navigator tu.

Windows Navigator (dalam kotak merah)
4- Jadi kita mulakan dengan tarik indicator pilihan pertama kita ke arah chart kita tadi. Contoh yang kita gunakan ni RSI (Relative Strength Index). Akan keluar windows setting untuk kita ubah mengikut teknik masing2. Yang ni kita gunakan default setting je lah ye.

Tarik je indicator pilihan ke arah chart
5- Klik je "OK" dan hasilnya indicator pertama muncul kat bawah tu haa..

Indicator pertama RSI
6- Kita dah sampai kat kemuncak artikel ni. Langkah seterusnya adalah tujuan utama artikel ni ditulis iaitu nak tambah pelbagai indicator dalam 1 windows.

Acaner tu? Haa.. Ikut je step seterusnya. Macam step nak tambah indicator pertama tadi, cuma kali ini kita tarik indicator pilihan kedua ke arah kotak @ windows indicator pertama tadi (rujuk gambar kat bawah ni). Seperti tadi juga, kita ubah setting yang perlu untuk indicator kedua ni.

Tarik indicator kedua kita mengikut arah anak panah (kotak windows indicator pertama tadi)
7- Klik je "OK" dan hasilnya seperti tadi juga indicator kedua akan muncul kat bawah tu bersama dengan indicator pertama tadi.

Kedua-dua indicator akan berada di dalam kotak yang sama
8- Mesti ada yang bertanya, "Boleh tak kalau nak letakkan lebih dari 2 indicator kat dalam 1 windows?"

Haa..ni jawapan dia. Mestilah boleh. Takde masalah nak letak banyak mana pun indicator kat dalam tu. Nak letak semua pun boleh. Tapi jadi semak la nantikan. Jadi, kalau boleh letak la indicator yang dirasakan perlu sahaja.

Kat bawah ni contoh 3 indicator kat dalam 1 kotak@windows. Selagi rasa ok dan bermanfaat letak la banyak mana pun indicator yang diperlukan.

Dalam contoh ni kita letakkan 3 indicator sekaligus iaitu RSI, RVI dan STOCHASTIC OSCILLATOR)
Sekian, perkongsian saya kali ini. Kalau ada cadangan@persoalan mengenai basic MT4 untuk perkongsian lain di artikel seterusnya boleh la bagitahu saya ye. Saya cuba kongsikan setakat yang tahu.

#sharingiscaring
#nakedchart
#piphijaultdterengganu
#teknikGST
#wearemakinghistory

Klik link ini untuk mendaftarkan akaun trading dengan PiphijauLTD.com.



--

Hilman Nawi
Piphijaultd Terengganu
Email : terengganu@piphijaultd.com
Official website: http://piphijaultd.com/ 


**UPDATE
  1. Rakan2 sudah tengok performance EA GST MasterPiece by Piphijau? Kalau belum, boleh ke sini untuk tengok dan nilaikan performance EA tersebut.
  2. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan EA tersebut. Rakan2 boleh berhubung dengan manager2 untuk setiap negeri berdasarkan kepada list ni. Whatsapp je mereka, insya Allah mereka akan membantu rakan2.

Sejarah Forex Market



Sejarah Forex Market Dan Sekilas Tentang Apa Itu Forex Market

Sejarah Forex Markets


Assalamualaikum,dan salam sejahtera sahabat di sini saya ingin berkongsi sedikit pengalaman saya dalam membaca sejarah forex atau fx semoga dapat menambah sedikit ilmu kita insya Allah.
Sejarah Asal.
Pada tahun 1876 ,Standard Pertukaran Emas dilakukan. Pada permulaan perrukaran, semua mata



wang kertas perlu ditukar ganti dengan Emas Tulen.

Ideanya disini adalah menstabilkan semua mata wang di dunia dengan mengelompokkannya ke harga emas. Secara teori ini adalah idea yang bagus, tapi pada kenyataannya itu menciptakan pola yang akhirnya menyebabkan runtuhnya standard emas.
Standard emas turun sekitar awal Perang Dunia ke-2, kerana negara-negara besar Eropah tidak memiliki cukup Emas untuk mendukung semua mata wang yang mereka cetak dan mereka gunakan untuk membiayai projek-projek berskala besar.

Meskipun standard emas akhirnya turun, emas tidak kehilangan tempat sebagai komoditi kalis inflasi.
sejarah-forex-pertukaran mata uang
Dunia kemudian memutuskan untuk menetapkan nilai tukar yang pasti yang mengakibatkan Dollar AS menjadi mata wang cadangan utama dan menjadi satu-satunya mata wang yang didukung oleh emas.

Itu terjadi pada tahun 1944 dan dikenal sebagai “Bretton Woods System”. Pada tahun 1971 Amerika Seyarikat menetapkan bahawa mereka tidak lagi menggunakan emas sebagai nilai tukar Dollar untuk mata wang mereka yang berada di negara-negara lain.  Ini menandai berakhirnya sistem Bretton Woods.
Berakhirnya Sistem Bretton Woods inilah yang pada akhirnya di tahun 1976 membawa pada situasi dimana dunia secara global menerima fluktuatif nya nilai tukar mata wang masing-masing negara terhadap satu sama lain.

Dan inilah sebenarnya proses  lahirnya Perdagangan Mata wang.

Meskipun itu belum secara luas diperdagangkan sampai pertengahan-akhir tahun 1990an.
Dalam hubungannya dengan Retail Trader seperti kita, sebelum akhir 1990 an belum ada perdagangan khas untuk Forex. Sebelum era perdagangan retail Forex, orang biasa memerlukan dana beberapa juta dollar untuk memulakan trading di Forex, dan bahkan itupun masih dalam skala pemain kecil.

Tapi dengan adanya sistem leverage dan perluasan pasar, perdagangan mata wang menjadi tersedia melalui broker kepada retail trader seperti kita. 

Jadi sistem leverage ini adalah faktor yang membuat kita semua retail trader boleh mengambil bahagian di perdagangan Forex dengan modal yang relatif kecil.
Apa itu Forex Market ?
Forex Market memungkinkan anda untuk membeli dan menjual mata wang negara manapun terhadap yang lain. Mata wang yang paling popular di kalangan trader adalah Dollar AS ( USD ), EURO ( EUR ), Great British Pound ( GBP ) dan Yen Jepun ( JPY ).
Masing-masing mata wang itu sudah tersusun menjadi pasangan-pasangan atau pair, jadi kita tinggal mengambil posisi Buy atau Sell.
USD adalah mata wang yang paling sering diperdagangkan dan EURO adalah yang kedua. Dari situ pair EUR USD menjadi pair yang paling sering diperdagangkan di seluruh dunia.
Jika anda berfikir nilai EURO akan naik terhadap USD bererti anda entry Buy, jika anda berfikir nilai EURO akan turun terhadap USD berarti anda entry Sell. Ini adalah mekanisme asas dari perdagangan mata wang.
Jika anda mengambil posisi Buy EUR USD kemudian ternyata turun, berarti anda loss. Begitu juga sebaliknya atau vice versa.
Jadi disini sisi risiko itu perlu benar-benar difahami, anda jangan hanya tertarik dengan profitnya saja tapi harus anda pertimbangkan juga risikonya.

Bisnis Forex adalah High Risk, High Gain. Profitnya besar tapi risikonya juga besar.

  • Boleh berurusniaga dimana sahaja di seluruh dunia
Semua mekanisma terjadi secara online. Dari situ anda santai-santai trading dengan PC, Laptop, Tablet dan bahkan Mobile Phone selama anda mempunyai koneksi internet yang stabil.  Tidak ada Bank Khusus untuk perdagangan ini dan semua aktiviti perdagangan dilakukan secara elektronik jadi boleh diakses dari seluruh dunia.
  • Likuiditi tinggi
Market mempunyai likuiditi sangat tinggi yaitu sekitar $5.7 Trilion USD per hari. 

Dari situ menjamin bahawa semua investor boleh menjual dan membeli di hampir semua titik waktu dengan modal perdagangan yang lebih murah daripada saham antarabangsa,sekian inshaa allah sedikit perkongsian saya.buat sahabat2.

fb:md awal zackila
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cari info FX di Blog ini :