Berjaya dengan Fx

Salam Ramadhan untuk semua sahabat trader. Semoga kita semua mendapat manfaat dan rahmatNYA pada sepuluh malam terakhir ini. Terima kasih kepada Cikgu Along dan team pip hijau di atas peluang ini.



(sumber google.com)

Forex (fx), semua tahu dunia fx memberi peluang kepada kita untuk meraih keuntungan dalam masa yang singkat. Mungkin kerana itu ia menjadikan ramai yang berminat untuk terus berada di dalam bidang ini. Penulis yakin tujuan dan objektifnya hanya satu, untuk "succes".







 (sumber google.com) 

Setiap antara kita mampu melakukan transaksi jual beli. Namun untuk memastikan setiap transaksi itu berjaya, ia memerlukan analisis dan pengalaman. Oleh itu setiap trader perlu sentiasa berusaha dan fokus untuk meningkatkan kaedah analisis, bersabar dan tidak terlalu tamak mengejar profit. 



(sumber google.com)


Ramai di antara trader akan hilang keyakinan apabila analisis yang dilakukan tidak berjaya. Seharusnya apa yang perlu dilakukan adalah perbaiki dengan menganalisa apa penyebabnya. Ini kerana di dalam dunia fx ini hanya ada dua faktor utama yang kita semua tahu iaitu faktor teknikal dan fundamental (perkara yang mempengaruhi ekonomi dunia). Selebihnya adalah faktor trader itu sendiri bagaimana kita mengawal emosi.

(sumber google.com)
Untuk semua sahabat trader, lost profit bukan beerti kita 'zero' dan profit tidak bermakna kita 'hero'. Ini kerana hakikat dunia forex yang kita pilih ini adalah penuh dengan risiko. Semoga kita terus istiqamah dalam menambah ilmu teknikal dan mengawal emosi diri kita.


Berikut sedikit motivasi untuk diri sendiri dan juga sahabat trader, semoga bermanfaat.

1. Modal paling utama di dalam fx ini adalah 'diri kita'. 


2. Pegang lima kunci untuk berjaya. (Solat).


3. Kawal perasaan tamak  & takut.


4. Bismillah, sentiasa berdoa. Jangan dah floating baru berdoa.


5. Bergembira dengan apa yang kita lakukan. Positif dan melihat semua perkara dari sudut yang baik.


6. Percaya, Allah tidak menganjak rezeki kita walau sesaat.


7. Amanah pada guru.






1 comment:

  1. eToro is the #1 forex broker for rookie and established traders.

    ReplyDelete