Skip to main content

Kisah Penipuan Aeon dan Sen Heng


Salam Ramadhan buat semua,
Hari ini penulis ingin share betapa kayanya syarikat yang sudah banyak kali menipu mangsa-mangsa tanpa disedari pihak berkuasa dan modus operandi mereka sangat licik hingga mengaut keuntungan beratus juta RM.

Sehinggalah luahan sahabat FB menceritakan kisah "Untold" story penipuan Aeon Credit  dan "Seng Heng"  (Senheng) dimana kedua-duanya "sam SENG" .




AEON 2016 ANNUAL REPORT
(Baru sahaja di padam dari laman Google)
Admin sempat download buat tatapan dan bukti keuntungan "RIBA'" Syarikat AEON buat tatapan pembaca pembaca.



































Kisah hari ini, balik kampung jumpa parents. Abah mengeluh bila akaun BSN miliknya, hasil menjadi guru kafa bertahun-tahun tiba-tiba saja kosong. Padahal, dia tidak pernah mengeluarkan duit dari akaun tersebut. Kerana itulah simpanannya untuk pergi haji dan umrah. 

Bila ditanya pada BSN, rupa-rupanya dipotong oleh Aeon Credit secara auto debit. 

Kisahnya bermula bila abah membeli motosikal skuter untuk kegunaan mak pada tahun 2013. 
  • Harga motosikal: RM5,760
  • Deposit: RM1,150
  • Pembiayaan Aeon: RM4,610
  • Ansuran bulanan: RM167 selama 36 bulan (3 tahun). 
  • Jumlah keuntungan Aeon: RM1,402
  • Jumlah keseluruhan bayar pada Aeon: RM6,012

Abah dimaklumkan bahawa dia perlu membayar di wakil kutipan Aeon di Sen Heng, bandar Tanah Merah.


Abah diingatkan untuk membayar sebelum 2 haribulan setiap bulan. Jika tiada bayaran diterima sehingga 2 haribulan, Aeon Credit akan terus memotong secara debit dari akaunnya. 

Oleh kerana bayaran gaji guru kafa ialah di antara 15-22 haribulan, maka abah tidak pernah lewat membayar walaupun sehingga 30 haribulan. 

Kini menjelang April 2016, tiba-tiba abah menerima panggilan telefon dari Aeon yang mengatakan dia perlu membuat pembayaran tertentu kerana pihak Aeon tidak dapat membuat pemotongan dari akaunnya. Abah yang kebingungan hanya menuruti arahan  dan membuat pembayaran di Sen Heng. 

Sampai satu masa, abah menerima sms mengatakan motosikal akan ditarik kerana pihak Aeon tidak dapat membuat pemotongan dari akaunnya. Padahal abah tidak pernah gagal membuat pembayaran setiap bulan. Abah yang kebingungan pergi ke BSN dan barulah dia sedar bahawa semua simpanannya telah habis, kosong. Pihak bank memaklumkan bahawa simpanannya dipotong secara autodebit setiap bulan oleh Aeon. 

Maknanya, Aeon Credit telah mengambil pembayaran dari abah melalui Sen Heng dan pada masa yang sama mencuri dari akaunnya setiap bulan

Pembayaran di Sen Heng selama 3 tahun
RM167 x 12 bulan x 3 tahun = RM6,012

Jumlah yang dicuri dari akaun selama 3 tahun
RM168 x 12 bulan x 3 tahun = RM6,048

Jumlah bayaran kepada Aeon termasuk yang dicuri adalah RM12,060! 

Hari ini saya membawa abah dan mak ke Manal Motor dan Sen Heng Tanah Merah untuk mendapatkan penjelasan. 

Kedua-dua wakil Aeon ini mengakui bahawa memang pernah berlaku kes seperti ini dan seolah-olah ini adalah perkara biasa bagi mereka. 

"Jika orang kampung kurang pendidikan dan tidak sedar akan perkara ini, maka duitnya hangus begitu sahaja?" tanya saya kepada mereka

Dan jawapan mereka?

"YA!" 




Manal Motor ,Pt 4930, Jalan Jedok
Tanah Merah, Kelantan



Jadi berhati-hatilah dengan Aeon Credit ini. Kalau ada mak ayah di kampung atau adik beradik yang membuat pinjaman, rajin-rajinkanlah bertanya khabar. Mereka ini akan mengambil kesempatan mengaut keuntungan dari orang-orang kampung yang kurang faham dengan sistem jahat mereka ini. 

Kami menuntut wang kembali adalah satu hal tetapi bagaimana dengan orang-orang lain yang tidak menyedari mereka telah ditipu? 

Tolong share ramai-ramai agar tiada lagi yang menjadi mangsa penipuan Aeon Credit ini. -Ahmad Junaidi Abdul Aziz

Comments

  1. Saya pun kena sekali...saya setel hutang Aeon melalui pinjaman bank...so ada lebihan bayaran...saya tuntut di pejabat Aeon KK...dia mnta saya update akaun bank saya ...dia kata nak masukkan duit melalui akaun...adalah lbih krg RM400++....sampai skrg ..duit tak masuk2...dah 5 tahun...

    ReplyDelete
  2. Mohon pihak berkuasa/pihak berkenaan buat siasatan dengan kadar segera. Bahaya...ini kes penipuan..!! Individu yang terkena sila saman agar kejadian sebegini tidak berulang & terjadi kepada individu lain. Tindakan tegas sebagai pengajaran serta teladan.

    ReplyDelete
  3. hahhahha aku pun baru kenaaaaa padan muka aku hahahhah

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Top 100 Team & Individu Forex Malaysia

Salam semua trader,



Hari ini penulis ingin berkongsi senarai list nama pengelola,laman web atau personel yang aktif dalam memberi nilai ilmu forex khasnya sesama trader di Malaysia.Betapa meriahnya dan banyaknya ilmu yang dikurniakan Allah kepada kita trader,namun yang sedihnya kita sering salah menyalah terutamanya satu bangsa yang dikenali sebagai "Melayu".Namun ilmu ini tidak terbanding dengan ilmu Tuhan sekalian Alam.Biar kita profit dan withdraw sama-sama.

Trader Malaysia bagus-bagus sebenarnya di bandingkan dengan trader luar.Jika kita bersatu,anak-beranak Soros pun boleh datang Malaysia belajar.In sya Allah.

Artikel ini ditulis sebagai rujukan trader untuk menimba ilmu.Ranking bukan bermaksud yang atas mengatasi di bawah atau mengatasi setiap satu,ianya hanya senarai terpilih hasil pemerhatian telus pihak kami.

Senarai di bawah telah ditapis,dan menepati syarat utama iaitu:


Tidak ScamBukan individu mengelola Skim Cepat Kaya.
Penulis berharap,ianya telus dan pihak kami tidak…

Senarai 100 forex trader dan broker dalam Pemantauan Bank negara Malaysia

Salam,

Seperti biasa,tugas kami memberikan artikel yang straight to the point.
Tak pandai nak karang cerita macam thevocket.com.
Artikel ini membuatkan penulis hilang 100 rakan scam,namun demi menjaga maslahat orang awam,kaedah begini menjadi keutamaan.
Kita ni orang kampung , yang hidup lebih gemar berterus terang mempertahankan hak yang teraniaya dan menolak kebatilan.

Pihak Piphijau tidak menyentuh dosa pahala peribadi individu atau owner broker di bawah.
Sekadar nasihat sesama supaya berhati-hati dalam dunia penipuan "online".
Sedangkan Pengetua Maahad Tahfiz kena auta pelaburan Forex.Inikan pula kita.



*Dalam Pemantauan BNM tidak semestinya broker atau laman web tersenarai bersalah. Mana-mana individu yang terlibat dengan bidang forex ,100% risiko ditanggung sendiri.Melainkan aduan "Terbukti" kes-kes penipuan berimpak tinggi,turun naik mahkamah yang disenarai BNM disini .

Tugas team kami Piphijau membantu konsultansi & menasihati anda bidang pelaburan Teknikal Anali…