Part 2 Premierfx Vs Trader.

Salam semua, Seperti posting sebelum ini, PART 1 (Premier Fx Vs Trader) , kami tidak akan "back up" sesiapa dimana pembaca akan menilai mana yang benar, yang menipu dan mana yang scam.

 Kami sambung Part 2.





Sehari dua ni heboh nama Broker PremierFX dikatakan tidak membayar withdrawal client. Ditegaskan sekali lagi bahawa PremierFX tidak pernah melengahkan atau membatalkan withdrawal client jika mengikut mengikut syarat yang sepatutnya. Dalam isu Brexit baru-baru ini, leverage yang telah ditetapkan sepanjang tempoh 20/6/2016 hingga 27/6/2016 adalah 1:100. Dalam kes ini akaun trading yang didaftarkan atas nama Nurul Alis Edmund binti Abdullah di bawah IB Mohamed Nazri Mohamed Nor dimana leverage akaun tersebut pada ketika berlaku Referendum UK adalah 1:500 (Rujuk Rajah 1). Jadi ia jelas tidak mengikut syarat yang broker tetapkan yang menyebabkan segala transaksi bagi akaun tersebut dalam tempoh Brexit dibatalkan oleh PFX Europe. Boleh rujuk laporan rasmi yang juga dihantar kepada email client. ( Rujuk Rajah 2 & 3 )

Untuk makluman juga, kami sangat cakna kepada IB2 kami termasuklah Nazri Nor dan Nurul Alis lebih-lebih lagi Nurul Alis adalah IB Official di PremierFX dan sebelum ini segala bayaran kepada beliau dan Nurul Alis sama ada withdrawal trading account, affiliate, elaun dan bonus adalah berjalan lancar. Jumlah bayaran adalah seperti berikut:

Nazri Nor - Akaun Affiliate RM64,488.10

Nazri Nor - Bonus IB RM3,960

Nurul Alis - Akaun Affiliate RM80,368.36

Nurul Alis - Bonus IB RM10,052.38

Nurul Alis - Elaun IB RM1,200

Nurul Alis - Akaun Trading RM90,912.50

JUMLAH KESELURUHAN :
RM 250,981.34 ( Rujuk Rajah 4,5 & 6 )


Penjelasan ini membuktikan bahawa PremierFX tiada masalah dalam membuat pembayaran withdrawal client dan BUKAN Broker Cap Ayam seperti fitnah yang diviralkan.

PremierFX amat kesal dengan statement yang dikeluarkan oleh Yusu Honda di mana memalukan pihak kami sedangkan kes withdrawal client tersebut tiada kaitan sama sekali dengan beliau. Setelah siasatan, beliau didapati tidak pernah berdaftar pun dengan PremierFX tetapi beliau telah membuat tuntutan withdrawal ke atas akaun trading PremierFX beliau. Yusu Honda juga membuat kenyataan yang pembayaran atas simpati membuat dia rasa terhina. PremierFX meminta maaf jika ini berlaku tetapi pembayaran ini dibuat bukan kepada akaun bank Yusu Honda tetapi ke atas pemilik akaun sebenar Nurul Alis. PremierFX ada peraturan yang ketat dan jelas dalam melakukan withdrawal, penama akaun trading mesti sama dengan penama bank dan juga mesti membuat pengesahan IC terlebih dahulu. Didapati tiada IC Yusu Honda dalam database kami. Pihak PremierFX tidak berniat untuk menjatuhkan dan memburukkan nama Yusu Honda tetapi kami hanya ingin menjelaskan kebenaran. ( Rujuk Rajah 7 )

Pembayaran sebanyak 3000 USD telah di masukkan ke akaun Nurul Alis bukanlah berniat untuk menghina ataupun menutup mulut seperti yang diperkatakan tetapi PremierFX telah meluluskan withdrawal tersebut berdasarkan atas permintaan beliau sendiri ( Rujuk Rajah 8). Kami pohon kemaafan sekali lagi kerana pembayaran ini telah mengelirukan banyak pihak. Jika Nurul Alis tidak sudi menerima pembayaran tersebut, kami menasihati supaya beliau memulangkan semula pembayaran ini ke akaun bank PremierFX supaya kes pembayaran ini tidak dipanjangkan dan menjadi fitnah buat kami.

Kemaafan dipinta sekiranya kenyataan ini menyebabkan perasaan sesiapa tersinggung. Maaf juga kerana mengganggu ketenteraman trader2 dan IB. Polisi kami adalah membina hubungan bukan memusuhi sesiapa...

P/s: Di bulan Ramadhan yang mulia ini, marilah kita bersatu hati. Diharapkan semua trader tidak terus menyebarkan perkara di luar pengetahuan anda untuk mengelak sebarang fitnah. Kerjasama anda amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

PremierFX Broker Terbaik untuk anda...

Servis Deposit / Withdrawal TERPANTAS

Promosi Flat Rate 4.0

‪#‎PremierFX‬‪#‎AchieveSuccessTogether‬‪#‎BrokerNo1TerpantasDiAsia‬








 Di Petik dari Fb Premier FX Malaysia

Dan jika diikutkan Kronologi ,andaikata bermain bolasepak ,kedudukan

sudah
1 -1 . Seri.


Kronologinya begini:

Maka dengan yakinnya orang kuat Premierfx Nik Mohd Hakimin menawarkan orang ramai sebagai trader menjadi IB.




Disebabkan Pihak Premier Fx Malaysia submit gambar dan posting seperti di bawah Ini.











Maka Yusu Honda Membalasnya dengan ini.
Nah aku kasi bagi korang nampak letter head..Company EURO pakai Sdn. Bhd.



Ayatnya agak pedih :

Tengahari Yang Panas 27 Jun 2016.


"Aku tunggu orang berkenaan balik je..
**Dah kena maki sehari dua baru nak bijak cari maklumat sendiri..
Benda tak bayar tetap benda tak bayar...aku tak heran pun dengan bayaran tu..aku cuma heran skrg kenapa salah silap teknikal "berok ke" trader kena tanggung..?

⭕️ Aku daftar & trade atas nama orang lain tu tak boleh ke..?

⭕️ Silap orang kau nak kencing ni..

⭕️ Nak settle macam ni atau cara pro?..aku gasak sampai titisan last...

つづく"
-YUSU HONDA-



Selama aku berkecimpung dalam forex ni tak pernah aku nak sebut nama mana-mana pihak sama ada personal atau ramai-ramai dengan secara menyerang atau memburukkan...
Tapi kali ni aku sebut nama terus tanpa selindung atas sebab salah pihak lain diletak atas pihak yang lain...
Kau tunggu aku tuntut sampai sen yang last...!
I MEAN IT...
**Salah orang kau nak main...
‪#‎PremierFX_BrokerEUROPakaiSdnBhd‬










Dan Jawapan Dari Otai Nazri Nor ,admin akan berikan point-point penting bagi semua orang faham.

1. Haha ada Skill tu nak dapt cam tu.. Mana2 broker pun leh dpt camtu..

2. Akaun brexit tu leverage di set oleh system..

3. Kalau akaun wife sy terjadi krn kesilapan SYSTEM takkan akaun tu atau Org yg trade Nak dipersalahkan?

4. Belum sempat sy close semua entry t
iba2 akaun disable..

5. Dan entry semua close oleh SYSTEM atau Org yg pantau TRADING sy..macm yg zul cakap.. Server di jaga oleh seseorg..

6. Tak yah sy sebutkan nama di sini..bukan Org europe tapi Org Malaysia sbb statement yg dikeluarkan adalah sdn bhd..

7. Draw 3k tu sbb tu je maksima sehari leh draw di pfx..

8. Dan camna sy Nak draw selebihnya sbb akaun dah di reset usd17k lebih.. Kalau no limit mmg sy nak draw semua..

9. Syarat utk Dpt aff kat pfx kena reg LINK dan jadi IB.. Sy dah masuk tahun ke 9 dlm dunia Fx so Nak kena bijak LA..reg LA LINK n become a IB so baru leh dpt aff..

10. Most others company juz jadi ahli bila ada Org trade baru leh dpt aff tak perlu reg lg apa2 LINK.. Bila jadi IB reg LA wife kat bawah.. Then trade kat akaun wife.. Dan reg LA lg beberapa Org utk syarat aff.. Easy to make big money..

11. Trade kat akaun wife aff dapat byk tu .. Rezeki LA tu.. Tapi jadi IB pun bukan satu advantage.. Sbb akaun IB sendiri yg kena.. Takkan akaun wife sy je yg silap sistem?

12. Kalau silap sistem kenapa akaun tu jadi mangsa? Tak boleh ke silap sistem then bayar je terus settled.

13. Tak byk mana pun tu kalau dlm euro kecik je tu . Sbb sebelum zul pergi umrah dia yg ajak settle cara baik n diplomasi.. Asal nak bayar ansur2 atau Separuh, alih2 bayar 3k je.. U all fikir la..

14. Kalau sistem silap trader kenA tanggung ke? Wpun Sy Ib Sy tak boleh sokong 100% company atas silap system. Salah tetap salah.. Benar tetap benar.. Juzbayar je baki rm57 ribu lg settle.

15. Kalau tak kita sambung cara pro hingga Titisan terakhir.. Wassalam..


Mungkin ada sesuatu yang berlaku di balakang tabir Premierfx yang disembunyikan mahupun bagi pihak trader.

Atau ada part 3.Nantikan
Rehat dulu la.Puasa. :)

 Wallahualam.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cari info FX di Blog ini :