Forex Halal , Saham Haram Part 1

Salam Aidilfitri semua,

Raya Bani Melayu Sebulan. Alhamdulillah hari ini selepas 2hari "hibernate" blog piphijau yang penulis rasa macam dua tahun ,alih server dan hosting unlimited.Guna company Malaysia #exabytes.


Mula lah orang mengata ,takde duit bayar server la tuh.

Dengar sini Melayu,ini namanya Re Branding "template" baru,xde lah korang bosan,kita tukar selera sekali sekala.


Dan alhamdulillah segalanya selesai dan kami akan teruskan usaha perbaiki satu persatu.

Di mulakan dengan tajuk "Menyerang" yang agak panas di atas.

Forex Halal , Saham Haram !!! Lagi Haram Jadah!!!

Beginilah , saya "repost" kembali artikel yang saya tulis di Facebook.Semoga kisah di bawah ini menjadi tauladan buat kita semua.

[True UnTold Story]

Belajar dari Kisah P.Ramlee.
Bila kita senang,ada duit,orang puja,orang lambung kau.
Bila kita susah,tak ada duit orang hina dan khianat.Kau ingat ayat aku ini sampai bila-bila.Bisa dan Pahit,namun banyak penawarnya.

Orang Melayu,bila susah,orang sindir,orang kata kita bodoh.Masa sekolah x belajar betul2.
Jenis mak bapak kaya raya,hantar anak luar negeri.Kita,nak pegi KLIA meminjam nak isi kete buruk yang berbulan2 tertunggak bank.

Nak amik ati pak & mak sedara anak nak belajo luar negara.

Adik beradik,sedara mara sekali sekala boleh tolong time kite susah.Seminggu dua senyum lagi,tumpangkan rumah,minggu ketiga kau faham2 sendiri lah kena angkat kaki.

Ye la,lama2 diorang pun menyampah nengok muka kita masa diuji.Pemalas,muka serabut,berjambang, rezeki pun payah nak lekat.

Nak gunting rambut pun,duit dalam kocek tinggal 20sen.
Terpaksa berhutang lagi.
Yang ada dengan kita ialah "semangat".Sokongan kawan2 masa susah.
Kawan senang dah tak pandang muke kita.Mungkin kalau kau menyendeng,kena kahak aje muka kite.Takde keje la tu,nak pinjam duit.
Aku faham ada kalangan kalian dianiaya,terlilit hutang piutang.Trade pun beratus kali MC.Suweeyy.
Dengar sini wahai Melayu.Tambah lauk sikit,dengar sini betul2 "bodo".
Allah taala Maha Kaya.
Kau yang sombong sebenarnya,liat solat,kalau pun solat,macam ayam mematuk padi.
Lepas bagi salam,terkinja2 cari HP,buka pesbuk wassap.
Sekali sekala buka instagram,video, Qu Puteh.Konon2 amik motivasi. Phuuuiiii.
Muka kau tgh susah,bibik dr Vida pun x pandang muke hudoh ko tengah susah.
Doa pun tidak.Padan muka kau diuji susah.
Jadi,kita kena berubah,ibadah dengan tenang.

Dah susah baru kau nak jadi "tabligh".Alim,cari sejadah,buat baik,jalan tunduk.
Ye lah,duit xde.Kalau kau ade duit,kau dongak langit.
Ini semua munapik.


Namun,bukan sebab ibadat kau.Sampai lekuk dahi2 ,ingat ni bingaiii.

Aku maki sebab,aku tak nak kau ulang benda sama.Nanti kau dah tua nak mamposs,anak2 pijak kepala kau,Tak pun kena hantar rumah orang tua2.

Berak,mandi pun,nurse @ pengasuh rumah orang tua-tua genyeh pakai kaki.

Anak2 kau mana?
Sekali lagi aku tanya,mana anak-anak kau?

Aku harap ini x berlaku akan datang,jika ayat makian ini kau hadam betul2.
Jadi beringat sekarang.Amik perhatian anak2 kau sekarang.

Kau sibuk kerja kejor ke harta,makin gaji tauke cina DAP.Kerja berpuluh tahun,pergi gelap,balik gelap.Dapatlah 7,8 ribu gaji.Kuat kerja O.T 24 jam dapatlah lebihan seribu dua.

Itu pun kau banyak menipu,mengeteh,mengular,ye la..nak dapatkan punch card atau "thumb print" balik lewat..konon-kononya kau sorang kuat kerja,padahal makan hasil "menipu".Bawalah gaji ,balik rumah,bagi makan anak bini.Berkat sudah "hilang" bro.

Paling aku heran,yang gaji bawah Rm5k ,nak-nak yang keje "gomen",kerja mengalahkan Najib.Sibuk memanjang.Meeting,site visit sana sini.

Site visit mak abah kau kat kampung tu selalu.Jangan main2 rezeki silaturrahim.Ini betul2 ajaib.

Tapi,anak2 kau kurang kasih sayang.Ingat ni betul2 wahai melayu.
Berubahlah.Sejarah banyak mengajar kita.Tanpa Rahmat Tuhan,kau dah lama kebulor anak bini.

Benar,kau jahat,orang kampung hina,mahupun kau mufti,orang kampung puja,kau ada perut,ada mulut,kau tetap makan kenyang,sendawa.

Inilah Rahmat DariNya.
Benda dalam hati yang namanya "ikhlas".
Belum ada mesin canggih boleh ukur tahap ikhlas,melainkan Rahsianya diketahui yang Maha Mengetahui.

Bila senang akan datang,kau tenung muke seko2 yang menyendeng pada kita.
Mereka itu yang selalu menyindir kita.Mengaku saudara.Kawan baik.
Masa kita susah,kita dihina macam sampah.
Belajarlah dari susah sekejap ini.Bila dah senang,kau frame ayat2 aku ini,tampal dinding,buat pelaris hati yang buta.
“You have to do something
in order to inspire others”.
Apa kena mengena dengan tajuk
"Forex Halal,Saham Haram"
Melayu,dengar sini,ini baru part satu , kau jenis tak penyabo , kaki-kaki saham,lebai-lebai kolot dalam saham perati dan "stalker" je artikel dan blog ini ,buat modal nak hentam guna agama.Aku jenis kawan yang memaki depan2,aku tak suka menghina belakang2.Blog aku 24 jam orang baca.Kutuk,caci,hina.Namun ada juga yang mendapat manfaat.Jenis belakang2 ni,paling jilakee dalam kasta melayu.Jenis menipu guna kopiah.Ini kalau jumpa,kau pilih dua kaki @ maki dulu baru salam.



Kalau bawa kereta, gear pun baru goyang-goyang "neutral".Tunggu sambungannya,macam drama melayu petang-petang..tengoklah kalau aku rajin..hihi



1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cari info FX di Blog ini :