Forex Halal , Saham Haram Part 2

Salam semua,


Ini Part 2,

Tajuk di atas adalah kiasan di mana, jika anda trade Forex tanpa guru, agak-agak ,dah macam judi ,maka haram jadahlah jawabnya.

Begitu juga trading pasaran saham,ianya dibenarkan syarak dengan mentor dan ilmu trading yang betul.

Trader Forex dan Saham #Bersaudara.



Hari ini saya ingin berkongsi satu kisah sedih,untold story,kisah benar yang tidak diceritakan ,ketika mana saya dan insan di gambar , Dato' Nazri Khan,bersama-sama ratusan pelajar elit lain, menghabiskan pakej Platinum Dr Azizan Osman pada tahun 2014-2015.

Beliau adalah rakan dan mentor penulis.

Siapakah beliau ?


Dato Dr Nazri Khan adalah lulusan Ijazah Ekonomi Dan Kewangan dari Universiti Manchester dan merupakan seorang Penganalisis Ekuiti Berlesen yang berpengalaman selama 20 tahun sehingga ke peringkat antarabangsa. Beliau pernah mengendalikan lebih 500 buah program pelaburan di beberapa negara seperti Malaysia, Thailand, Singapura, Indonesia, Sudan dan Mesir.
Pada masa ini Dato Dr Nazri Khan memegang jawatan Naib Presiden Pertama dan Ketua Penyelidikan Strategi Runcit Affin Investment Bank dan merupakan Ahli Persatuan Penganalisis Teknikal (UK) sebelum menyertai Affin. Selain itu, beliau juga merupakan Ketua Penyelidikan MIMB Investment dalam bank dan pernah menjawat jawatan di Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Malaysia.
Disamping itu, Dato Dr Nazri Khan telah menjadi pilihan media utama dalam memberi komen-komen tentang Pasaran Saham seperti TV3, Astro Awani, Bloomberg, CNBC, The Star, The Edge, Bernama dan telah dinobatkan sebagai Top Opinion Leader di BursaMarket Place. Beliau juga merupakan Ketua Analisa untuk Affin Hwang Invesment Bank Berhad untuk memberi nasihat terutamanya dalam IPO dan Private Placement.
Dato Dr Nazri Khan merupakan pemegang PhD dari Universiti Multimedia Malaysia dan Pakar Analisa Teknikal yang diiktiraf dunia. Selain itu, beliau juga memberi ucapan pada sidang International Federation of Technical Analysis di Tokyo baru-baru ini.

Siapakah saya?


Mohd Zubir Amry Bin Ghazali.
Mentor Forex -
T.A.C (Technical Analysis Consultant)
Piphijau Jelajah Malaysia
Penulis Buku / Modul -Super Trader Dari Kampung "What They Don't Teach U , At Harvard Or Any Business School"
Lulusan Diploma Kejuruteraan Awam Politeknik (PSMZA).
Gagal dalam 13 bisnes yang berbeza.
Bangun buat kali ke 14. 
Bisnes ke-14 itu ialah ,Pip Hijau Membimbing dan membantu kawan-kawan profit dalam Forex Online Trading,dimana tiada siapa pedulikan mereka ketika rugi dan MC.Maka kami hulurkan tangan memberi nilai.
Peminat tegar majalah "Gila-gila" ,suka sambal tumis dan asam pedas.


Gambar di atas,  kami berselfie ,ketika Majlis Konvokesyen .
Sibuk je orang belakang tu..
hihi

Baiklah, saya sambung Part 2.
Yang tertinggal Kisah Part 1.Klik SINI
(Forex Halal, Saham Haram)

Kisah ini adalah benar,nama-nama yang terlibat saya tidak hebahkan,sebagai menjaga aib sesama Islam.

Kisah nya begini,
Saya pernah sekelas dengan trader-trader kental saham di RYRR (Retire Young ,Retire Rich),Dr Azizan Osman semasa menghabiskan pakej platinum bulan Jun 2014 lepas.

Pakej RYRR tersebut dianjurkan di Nouvelle Hotel, Seri Kembangan, Malaysia.

Kelas ini dihadiri 300++ pelajar yang benar-benar berjaya dalam bisnes mereka.Income bisnes ratusan ribu,jutaan,malah ada segelintir pelajar mempunyai income bulanan puluhan juta RM sebulan.

Kami dididik dengan baik oleh #DAO dan beberapa mentor terbaik #Malaysia seperti #AhyatIshak (Pakar Lubuk Hartanah) #Abang AbuMekanikWang (Pengurusan Kewangan) #AliMajis (Pakar Hartanah Lelong)

Tugas kami,apabila selesai kelas ialah bukan berbisnes,namun lebih kepada #Philanthropist , memberi nilai Ilmu kepada rakan-rakan yang memerlukan.

Ada satu kisah terpencil yang berlaku dalam kelas tersebut.Kisah ini agak manghantui kami semua,disebabkan aura muka yang terlibat kelihatan suram,kurang energetik,seperti sedia kala,macam ada yang tidak kena.Ketika #joget bara-bara,bere-bere pun umpama dipaksa dan terpaksa buat.


Namun,hampir kebanyakan dari mereka muka berkerut,kami belajar ,sambil mencatit segala ilmu yang diajar guru kami DAO.


Saya bertanya seorang kakak sambil berbisik.

"Tenung apa tu kak,ada berita baik."

Jawapan sinis akak tersebut,

"Floating saham."

Berapa?

"Negative Rm80k."



Ferrrghhh,Berapa modal?


"Rm50k,ni pun topup lagi Rm50k nak cover float."


Akak dah belajar?


"Dah,kelas Rm5k full package."

Siapa Pengajar ?

"Mentor xxxxxx #1 Malaysia " -
Entah menyepi kemana.Kurang buat kelas.


Kenapa entry?


"Coach info di wassap,saham ini bagus dibeli."


Berapa lama float?


"3 bulan dah..."


Tak lama lagi TP lah tu ,Akak x cut loss atau sl?


"X berani,sayang modal."


Kenapa x trade modal kecil padahal saham boleh modal Rm10.60?


"Dik.Kalau modal Rm1000 ke atas baru selesa entry belian,bawah amaun tersebut,lebih baik "hakaakk" meniaga goreng pisang.Ini bisnes sindiket dik,kita kena maju berjaya dari bangsa cina yang mengawal saham,ini mentor bagitau"


Orang lain modal berapa kak?


"Ada yang berjuta float,sampai gadai segala benda menahan float.Diorang ada dalam kelas kita ni..Buat muka selamba je,floating."


Sekarang zaman Najib memerintah kak,orang takut sentuh saham,market dikhuatiri crash?


"Coach kata bulan Disember 2014 saham akan kukuh."


Kenapa x trade forex kak,modal kecil sikit,boleh buy dan sell?


"Coach kata forex haram dan berjudi."

Aku terdiam..telan air liur..mengenangkan masa depan anak bangsa.Memerhati gelagat masing-masing di kelas asik membelek henset sambil berpeluh,padahal dr Azizan sedang mengajar di depan.


Jadi kisah ini,berlalu seperti angin sepoi-sepoi bahasa.Tiada siapa yang bercerita.Masing-masing sibuk perkenalkan bisnes konventional mereka.Acuh tak acuh,mengenangkan floating yang boleh membayar gaji pekerja mereka selama setahun.

Setahun Kemudian..

Ketika konvokesyen platinum bulan Jun 2015,berlangsung di 

Pullman Putrajaya Lakeside .

Selepas berhempas pulas lebih setahun menghadiri pakej Platinum.Inilah saat yang mengharukan.Konvo,silaturrahim,kami semua macam adik beradik.Support each others.

TTT (Train The Trainer )adalah pakej yang paling gila.5 hari, aku tidur kurang 3,4 jam.

Terima kasih #DAO #Jerry dan mentor-mentor lain yang membimbing kami.Allah taala jualah yang membalas jasa kalian.
Gambar Kenangan Program "Platinum" Dr. Azizan Osman.


Selepas bergambar,aku berjalan mencari Umi ku,yang teman konvo.

Tiba-tiba aku disapa akak dalam kisah di atas,

Long(Nama manja aku),Pekabo?

"Sihat Kak,Alhamdulillah"

Aku menambah rasa soalan "servis kuda"takraw.
Amacam float rm80k tempoh hari kak?


Dia diam...


"kita fikir benda lain lah long,usah dikenang benda yang dah lepas."

Kau buat apa sekarang long?


Mengajar forex😭


Akak :

"Hawaoouuuu,asal tak cakapppp"

Aku:

"Hihihihi..harooommmm kakkk"




Testimoni Pelajar Dato' Nazri Khan 


Testimoni Pelajar Mohd Zubir Amry  

Kita Sambung Part 3.Kemudian hari.In sya Allah.

Gambar di bawah sekadar hiasan "kepoyooan".
Gurauan itu pengubat duka :)





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cari info FX di Blog ini :