A Book atau B Book??



Salam sejahtera rakan2 trader sekalian.

Haa.. Menatang ape plak A Book dan B Book ni?? Facebook ke?? Buku kerja sekolah ke?? Buku akaun bank ke?? Hehehe..



Sebenarnya hari ni penulis nak bercerita pasal jenis2 broker untuk Forex ni.

Terdapat 2 jenis broker forex iaitu A Book dan B Book. Macam mana nak tau jenis broker ni? Baca dulu sampai habis ye.

Ringkasan ceritanya, A Book broker ni adalah broker yang mengharapkan kepada trader2 yang profit. Daripada profit trader2 ini la mereka mendapat komisen dan keuntungan untuk syarikat@broker. Duit yang trader deposit akan dimasukkan terus ke bank @ LP (Liquidity Provider). Broker tidak akan menyimpan duit deposit trader2.

Manakala B Book broker pula adalah sebaliknya. Mereka mengharapkan kepada trader yang sentiasa loss duit deposit mereka. Di situ broker mendapat keuntungan untuk syarikat. Duit yang dideposit akan dimasukkan ke dalam broker sahaja. Tidak dihantar ke LP. Ini kerana B Book broker berpegang dengan statistik bahawa 90% trader loss, hanya 10% sahaja akan profit. Mereka akan memastikan bahawa trader akan loss duit mereka yang telah dideposit.

Selain itu apa lagi perbezaan antara 2 jenis broker ni ye?


Ciri mudah nak kenal pasti adalah dengan melihat kepada jenis2 akaun trading yang ditawarkan. Kebiasaannya, A Book broker hanya menawarkan 2 jenis akaun trading sahaja iaitu akaun standard dan ECN. Manakala B Book broker ada menawarkan akaun trading micro atau cent. B Book juga menawarkan tahap leverage yang agak tinggi seperti 1:1000. A Book pula biasanya hanya menawarkan leverage setinggi 1:500 sahaja.

Apa lagi perbezaan yang dapat diperhatikan ye?

Haa.. Biasanya B Book broker ni ada menawarkan NO DEPOSIT BONUS dan bonus2 (rebet) lain.

Selain itu, minima deposit A Book biasanya agak tinggi sedikit iaitu $100 manakala B Book pula ada menawarkan serendah $10 sahaja.

Untuk urusan pengeluaran duit profit juga ada perbezaannya. Untuk A Book broker bagi pengeluaran yang bernilai besar seperti $10k ke atas, akan memerlukan masa sekurang2nya 24 jam kerana duit tersebut akan diuruskan oleh pihak LP @ bank. B Book pula ada yang mampu untuk menyelesaikan pengeluaran dalam masa yang cepat kerana duit tersebut memang sedia ada berada di dalam broker. Jadi tiada masalah untuk mereka membuat pengeluaran tersebut.

Carta B Book broker juga lebih cantik dibandingkan dengan A Book broker. Carta B Book akan diperhalusi oleh programmer agar mengikut kehendak broker. Carta A Book pula biasanya akan kurang cantik dan banyak GAP. Kenapa ini berlaku di A Book? Sbbnya, data untuk carta A Book adalah direct daripada LP tanpa sebarang adjustment atau manipulasi candlestick.

Jadi, broker jenis manakah yang menjadi pilihan anda? Adakah broker yang menyokong agar trader sentiasa profit ataupun broker yang sentiasa mencari peluang untuk menjahanamkan akaun anda? Hehe.


Realiti memang perit untuk ditelan. Buat la pilihan yang terbaik untuk duit anda. Nak mencari modal untuk trade bukan senang, maka jangan la salah memilih broker untuk mulakan trading anda. Pilihan terletak di tangan rakan2 sekalian :)

Klik link ini untuk mendaftarkan akaun trading dengan PiphijauLTD.com.

p/s - Meh PM saya untuk mengetahui maklumat lebih lanjut lagi. Emailkan ke terengganu@piphijaultd.com segera.

#piphijaultd.com #piphijaultdterengganu #kemahkeming #sharingiscaring #teknikGST #nakedchart #traderkampung #nubisbolehbuat #jomwithdrawsokmo

--

Hilman Nawi
Piphijaultd Terengganu
Email : terengganu@piphijaultd.com
Official website: http://piphijaultd.com/ 




**UPDATE
  1. Rakan2 sudah tengok performance EA GST MasterPiece by Piphijau? Kalau belum, boleh ke sini untuk tengok dan nilaikan performance EA tersebut.
  2. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan EA tersebut. Rakan2 boleh berhubung dengan manager2 untuk setiap negeri berdasarkan kepada list ni. Whatsapp je mereka, insya Allah mereka akan membantu rakan2.

4 comments:

  1. Xm ada menawarkan ac micro.
    Jadi adakah piphijau menggunakan "broker yang sentiasa mencari peluang menjahanamkan akaun anda" bak kata admin?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memetik kembali petikan artikel di atas "Realiti memang perit untuk ditelan". Penulis bukan menolak mana2 broker, cuma berkongsi fakta mengenai broker. Xramai yg tahu sebenarnya ade 2 jenis broker ni. Ramai yg hanya tahu depo n wd. Bile ditanye jenis broker,masing2 melopong xtau nak jawab. Penulis hanya nak memberikan kesedaran kepada rakan2 trader mengenai jenis2 broker ini. Tiada niat selain itu. Peace no war tn.azhar

      Delete
    2. Memetik kembali petikan artikel di atas "Realiti memang perit untuk ditelan". Penulis bukan menolak mana2 broker, cuma berkongsi fakta mengenai broker. Xramai yg tahu sebenarnya ade 2 jenis broker ni. Ramai yg hanya tahu depo n wd. Bile ditanye jenis broker,masing2 melopong xtau nak jawab. Penulis hanya nak memberikan kesedaran kepada rakan2 trader mengenai jenis2 broker ini. Tiada niat selain itu. Peace no war tn.azhar

      Delete
  2. "Carta B Book broker juga lebih cantik dibandingkan dengan A Book broker. Carta B Book akan diperhalusi oleh programmer agar mengikut kehendak broker. Carta A Book pula biasanya akan kurang cantik dan banyak GAP. Kenapa ini berlaku di A Book? Sbbnya, data untuk carta A Book adalah direct daripada LP tanpa sebarang adjustment atau manipulasi candlestick."

    Blh dikatakan mt4 bebas dri broker B Book? Or mt4 juga blh dimanipulasi?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cari info FX di Blog ini :