Pages

Forex Halal , Saham Haram Part 3

Salam semua,

Untuk  episod sebelum ini,

Part 1 (Klik)

dan

Part 2 (Klik)

Jadi diulang sekali lagi,Tajuk di atas bukan untuk menghina sesiapa,ianya lebih kepada kiasan.
#Forex dan #Saham #Bersaudara


Hari ini penulis ingin berkongsi kisah benar,perbualan antara saya(penulis) dan soalan orang awam (Trader) , dimana kami berdiskusi "whats app" secara bahasa santai dan mudah faham bagi kesemua golongan.
Semoga pembaca dapat sedikit manfaat.


(Kisah Benar bukan direka)


"Assalam Along.
Sy ada soalan yg agak sensitif.
Along dah download dan dah baca ke fatwa forex haram full version yg MFK keluarkan tu?"

Saya: W'salam..baca


Cuma ada 2 bhg yg jadi persoalan.
1.Macam mana leverage boleh jadi pinjaman bersyarat?

"Broker forex mensyaratkan trader melakukan transaksi dgn platformnya."

Kalau kita buka akaun di broker X,takkan lah kita nak trade forex di broker Y.bukankah begitu?

2.Aqad Jual Beli & Aqad Leverage digabungkan dengan hanya *SATU* *KLIK* butang.

Pada pandangan saya,trader telah beraqad leverage terlebih dahulu iaitu semasa mengisi borang pembukaan akaun.Jadi persetujuan utk menggunakan fasiliti leverage telah dilakukan terlebih dahulu.
Dan persetujuan ini _terpakai_ ke atas setiap transaksi tanpa perlu dilakukan berulang kali.
Pada saya,tak wujud penggabungan aqad jual beli dan leverage dgn hanya satu klik butang.

Maaf kalau trlampau panjang sgt.

Sekian.😉😉


Saya: Along x mau komen bab hukum,x pandai.
Sebab itu kalau nak meniaga tayar,jumpa tauke tayar.Tanya untung rugi.

Tanya mufti,dia akan jawab halal,harus,haram.


Ni lah antara dilema yg sy hadapi masa mula2 kenal forex dulu
Sy nak tanya boleh?
Soalan ni agak kontroversi sebenarnya

Leverage ni pinjaman bersyarat ke Along
Ataupun duit broker *dipadukan* dengan duit trader kemudian dimasukkan ke dalam forex market
Sy bukan nak kata forex ni *haram* tapi cuba nak kaji balik dari peringkat akar umbi
Utk elak rasa ragu2


Saya: 
Leverage ini samada "profit@ risiko" untuk broker dan trader.
Siapa nak bagi kita pinjam.(Nak pinjam bank pun susah zaman2 GST ni,apa lagi jiran dan sedara mara)
Leverage yang disalah anggap.

Macam ni lah.(Saya bagi contoh orang kampung faham)

Kiasan leverage

Rumah 70x20.
kalau kat kampung sewa sebulan rm200. (1:100)jimat kos.

Rumah 70x20.
kalau kat kl,apartment, Rm2000 (1:1000)kos tinggi,tapi kawasan elit.

Bkn apa Along.... sy baru kena hentam kaw2 dgn geng anti forex..kawan2 sy yg tak suka forex..rasa macam kena hentak pulak

Saya:
Faham.
Macam ni.Dua orang ada kereta "perari" dan kenari.
Nak pegi mesjid.
10km di depan.
Dua2 sampai parking.
Cuma minyak, maintenance berbeza.
Masing2 punya duit.
Kereta kita.
Kita bayar bulan2 atau cash.

👍đŸģ👍đŸģ👍đŸģ👏đŸģ👏đŸģ
Bab akad jual beli akad leverage disatukan tu macam mana pulak Along?
Tu sy sangkut


Saya:
(Kiasan pergi masjid)

Jalan kaki(1:1)
Naik besikal(1:10)
Kenari(1:100)
Perari(1:1000)
Ia dipanggil kemudahan.
leverage.
Yang bawa laju,akan eksiden. (Jalan kaki pun orang boleh langgar lari)
Sebelum kita trade,masa isi borang(online, offline),kita dah akad (accept) penggunaan leverage.

Ini pilihan.

Risiko/reward masing2

Anggap 1 : km/j

1: 100km/j ini kelajuan kapcai

1:200 km/k ini kelajuan kancil turbo

Jadi

1:888km/j ini kelajuan boeing 737

Jika MC,anda di awang2 ngan😭🙊


Ehh..betul jgk..
Ni bkn salah satu mesej yg sy sent kat Along pagi tadi ke?
😅😅😅
LoL
Apa2 pun thanks lah Along.sbb sudi jawab soalan saya
saya:
 đŸ“
Ni sy bagitau kat Along.
Video Ust Ahmad Dusuki tu,dah tak boleh guna sbg hujah lagi dah
Geng Anti Forex pun dah semakin pintar
Diorang cuba bandingkan ust ahmad dusuki dgn majlis fatwa kebangsaan

Saya :

Sebelum ustaz dasuki keluar statement,selepas penafian,ubah semula kepada harus,halal mahupun haram.

Kita bukan ahli fatwa.

Kita ahli dalam ilmu bidang fx online.


Dlm bahasa lbh mudah,
"Siapalah ust ahmad dusuki tu kalau nak dibandingkan dgn majlis fatwa "


Saya:

Pertama :
Belajar dr Sultan Muhammad Alfateh .
(Ikhtiar juga,Menggunankan “Cannon” ciptaan Nasrani untuk menawan konstatinopel,namun belum bejaya sehinggalah beliau menarik kapal naik atas bukit bukau)

Belajar dari beberapa hamba Allah yg soleh,
"Andai engkau lalu di tepi disco,kemudian terdetik dalam hati bahawa semua penghuni disco ahli neraka,maka itu tanda amalan kamu tidak ikhlas.Masuklah disco,dah tegurlah mereka dengan hikmah,bukan menghukum"

Kedua :
Andai dipanjangkan umur,
"Engkau akan melihat satu hari nanti apabila Kerajaan membenarkan "forex" ,maka berbondong-bondonglah cerdik pandai,ulamak "gaji" memurnikan bidang ini.Syaitan bisu ,yg hanya menyokong bila berkepentingan."

Ketiga :
Bidang fx di "cela"kan oleh skim cepat kaya,penipuan,kepentingan ahli politik,penunggang agama.
Ilmu ini milik Tuhan yang Maha Kaya.

Keempat:
Bidang Teknikal analisis ini luas.Satu beradik dengan saham,stock,indices,komoditi,ETF,Futures,Bonds.Yang kesemuanya di "haruskan" syarak.Anak Emas.
Namun Forex di anak tirikan,dengan pelbagai kiasan "haram" .Tidak dibenarkan kerajaan.Umpama adik beradik yg disisihkan.


Kelima :
Belajar dari kiasan di bawah.

Forex & Tayar

Sebab itu kalau kita nak meniaga tayar,jumpa tauke tayar direct.Belajar ambil,dari supplier mana.Tanya untung rugi.
Tanya doktor,dia jawab kebarangkalian jangkitan kuman akibat tangan hitam kotor "ada".

Tanya tauke tudung,dia jawab,tayar perlu di"fareeda"kan.Baru trendy.

Tanya org gila,dia x jawab apa2,dia tanya porex tu kuih ke.
Tanya mufti,dia akan jawab halal,harus,haram.
Tanya pakar saham,forex itu x sama macam "stocks",kena cari yg patuh syariah.Forex judi.
Tanya pakar saham luar negara,mat saleh
"forex,fund,In dex,stocks,bond,futures are the same brotherhood,learn it now"

Tanya org kampungg yang terkena skim cepat kaya ,
"aku tak halal satu sen duit yang aku hilang,mc ,rugi.Jumpa di mahsyar"
Tanya polis,encik dinasihatkan tidak main porex.Kita akan bertindak kepada yang buat penipuan porex.
Tanya Goverment, Carilah agensi yang diberi lesen sah,seperti "genting",magnum,toto ber GST.Duit anda dijamin hangus serta merta.
Kedai tayar yang lari dari cukai dan GST akan dikenakan tindakan.Tauke tayar yang trade forex tanpa kebenaran bank negara akan didakwa.




Memang benar apa yg Along katakan itu,
Forex dianaktirikan.
Mereka mengharamkan forex dgn alasan  *leverage itu pinjaman bersyarat & Margin Trading HARAM* .
Sedangkan broker-broker saham di Malaysia dgn *terang-terangan* menawarkan _Margin Trading dan Leverage Pinjaman Bersyarat_.
Sbg contohnya,
Ahmad,seorang trader saham membuka *akaun margin* dgn Cimb Investment Bank
dgn kadar pinjaman 1:3.
Kemudian beliau mendeposit wang sebanyak RM 10,000.Dengan secara *automatik* wang tersebut berganda menjadi RM30,000.
Ahmad hanya *dibenarkan* menggunakan wang RM30,000  tersebut utk membeli saham melalui CIMB Investment Bank.
Persoalannya,kenapa majlis fatwa tak menghukumkan
aktiviti sedemikian sbg *pinjaman bersyarat* ?
Fikir-fikirkanlah sendiri😏😏😏


Saya:
 Alhamdulillah.Semoga maju bangsa kita dengan ilmu..aaminnn

Semoga bermafaat.

Semua Gambar di atas adalah hiasan , dan bukan orang sebenar,hingga hari ini tiada siapa yang kenal #OfficialNumber1 ,betul.. rakyat tak berapa kenal.

Mohd Zubir Amry Bin Ghazali

Team Penulis Piphijau 2008-2017