Pages

Aku berjudi 3 hari 3 Malam di The Venetian Hotel And Casino Macau

Salam 1 Bani Malaysia,

Tajuk di atas memang betul,

Aku bukan nak bangga atau bukan nak sembunyi,
ini kisah realiti yang perlu pandangan mata hati,
perlu kisah benar yang pahit seperti hempedu,
namun hikmahnya bernilai madu.

Aku bersama rakan ke Macau , The Venetian Hotel And Casino Macau , pada September 2014.
Tujuan utama ialah,

Bermain Judi.

Nak naik Kasino Genting,muka makan "Belacan" dan umat Islam tak dibenarkan langsung seinci pun melangkah, melainkan engkorang ada kabel menteri atau kerabat di raja.

Jadi keputusan ke sana melibatkan beberapa perkara yang melibatkan urusan kerja "MLM" rakan aku yang ada "Grand Gala Dinner" ,dimana aku menumpang ikut,saja nak amik angin tempat orang.



Jadi sambil diorang ada expo 3 hari ,aku pulak dah takde kije, nak hilangkan jemu, masuk lah kasino.
Tunjuk passport,boleh masuk.Dengan kawalan sekuriti yang amat ketat.
Kalau ada jambang,kirim salam pak Abu..awak kena duduk luar.

Mungkin muka aku ada macam cina kolot campur omputih..kikikiki.

Jangan risau,walaupun aku berjudi , time solat , aku naik bilik hotel,aku bawa kain pelekat sejadah.
Aku tunaikan hak tanggungjawab aku pada yang Maha Bijaksana.



Time kebulor,aku makan "halal food" kedai tauke "Pakistan" jual nasi arab baryani.

Dalam tempoh 3 hari tersebut ,aku  tak tidur mana,duduk meniarap atau semua meja-meja judi berguru setiap "Kategori" judi.
Aku akan pastikan aku dapat "PHD" pada setiap jenis judi.

Jenis-jenis judi yang aku ada title Dr "pelsu"


  • Table game. [Baling dadu antara feveret aku,dikira Besar (4,5,6) atau Kecik (1,2,3)]
  • Baccarat. 
  • Mini-Baccarat. 
  • Blackjack. 
  • Craps. 
  • Pai gow. 
  • Pai gow poker. 
  • Roulette.
  • Bankset.
  • Big Six wheel.
  • Bingo.
  • Longkang. [Feveret No.2 aku,dimana letak chip atas table,kalau x jatuh ke bawah,ko menang double chip ikut jumlah taruhan]
  • Dice games.
  • Faro.
  • Keno.


Woiii..ko belajar dari mana tu..

Aku jawab;

Ko penah main "Zynga Poker" dan adik beradik judi Zynga..lebih kurang sama je..cuma dikasino kena tukar "CHIP" atau"Token".

Aku tukar HKD 1500 (Di Macau,mereka menerima duit Hong Kong)
HKD 1500 = USD200 atau Rm800 duit bani Melayu.

Aku tak kira  banyak CHIP..adelah dalam dua genggam chip.
Jaket Aku kiri kanan penuh chip ,token judi.


Ini gambar aku di hari pertama nak masuk kasino,dah macam anak tauke cina balak.



The Venetian Macao, Cotai strip24 hours3400 slot machines and 800 gaming tables (550,000 square feet of casino space)





Ini gambo hari kedua,kawan aku amik gambar sembunyi-sembunyi.
jika amik kat dalam,pecah kamera dipijak sekuriti.
Di bawah belakang tu lah aku "full margin"..hehehe



Ini gambar hari ketiga selepas bejudi,wajah penuh "nur cahaya" hehehehe.
Masa tu pula dari HKD1500 dah jadi 3 kali ganda.
I phone 6 pula baru lancar..ferghhhh..
aku x beli...x main ipong..orang hulu je guna ipong..kikikiki..jangan marah.

Eh...kau makan ke duit untung judi..harooommm..

Aku jawab:

Aku x buat makan.Aku pun tak tau,tak sampai sehari hangus semua duit tersebut.
Engkorang jangan ikut perangai aku.
Aku bayo segala gst macau,tiket tren,tiket disneyland hong kong,segala tok nenek benda yang bukan makan.Kat sana,langkah aje,kena duit.


    

Kisah aku di atas hanya sebagai pengajaran.
Engkorang pulak jangan lah buat "itenary travel", tak fasal2 masuk "the vocket" ,aku yang boleh pekdah,dapat dose kering.

Kenapa Aku berjudi ?

1. Aku dapat bezakan atara trading dan judi.macam langit dengan bumi.
2. Mufti,Ustaz dan lebai2 takkan masuk sini mengkaji ilmu "muamalat",buat tesis ilmu "fiqh" , patuh syariah dalam kasino,jadi fitnah besar nanti.Jadi,cikgu along jadi wakil buat maslahat masyarakat.
3.Ini kaedah imu hikmah dan fardu kifayah.Ilmu yang perlu di baca dari mata hati.
4. Aku x ketagih langsung,dan balik Malaysia nombor ekor pun aku x beli,apatah lagi nak naik genting kasino.
5.Satu yang aku dapat disana,celakalah mereka yang ketagih dan meneruskan perjudian.huru hara anak bini.99% yang berjudi kasino.hangus kesemua modal.
6. Eh ..Ko untung long,rezeki sudah tertuliskan..dengar sini "BODO"..itu semua nasib sahaja.
7.Dan benar kalam Allah dan rasul yang mengharamkan judi.Hujah aku kukuh dihadapan Allah di mahsyar nanti.
8.Aku harap ,akulah melayu Islam terahir yang berjudi disana dan seluruh dunia.Jika ada lagi melayu Islam yang berjudi,walaupun dia adalah RAJA teragung dimuka bumi.Maka dia tetap berkawan dengan IBLIS laknatullah.
9. Jika ada Pemimpin yang meluluskan "LESEN" kasino,judi,lumba kuda,ketahuilah mereka di pihak yang "Batil" walaupun yang "back up" mereka mempunyai serban putih sebesar tayar "traktor" maka,jauhilah mereka selagi mana mereka me"luluskan" perkara yang mengsengsarakan rakyat tidak kira kaum dan agama.

Bukankah Forex dan Judi itu sama?

Aku jawab:

Air Jus Anggur "Yusuf Taiyoob" dan Air kilang Hijau di Shah Alam "Calsberg".Mana lagi ramai minum.Kilang mana yang paling besar.

Eh itu dah lama...

Orang Shah Alam ,malu sampai ke hari ini,tapi buat2 tak nampak kan ?

Pedas....

#SilaMeninggal.





Mohd Zubir Amry Bin Ghazali

Team Penulis Piphijau 2008-2017