Penggerak Pasaran Hujung dan Awal Tahun - Fund Managers, Hedge Funds and Sovereign Wealth Funds


Salam Sejahtera, artikel ini saya tulis dalam bentuk dwibahasa, Semoga faham apa yang hendak saya sampaikan.


Kita biasa dengar tentang bank yang aktif dalam pasaran matawang.  Hari ini kita akan bincangkan pelanggan bank yang jarang di bincangkan oleh retail trader.


Jumlah asset diuruskan oleh Pension funds, Insurance dan Mutual fund (unit trust) bernilai $108.5 trillion pada hujung 2014. Data dari thecityuk.com. Dana ini diuruskan dengan cara yang amat berhati- hati, tidak boleh kena margin call, sebab dana ini diperlukan dikemudian hari oleh pelaburnya.

Biasanya 60% dana ini dilabur kan dalam “fixed income” atau Bon dan selebihnya dilaburkan dalam komoditi, saham atau tunai. Bon yang mereka beli pula bukanlah sebarang jenis Bon, biasanya Bon dikeluarkan oleh kerajaan, kerana kerajaan jarang jatuh bankrap berbanding dengan sektor korporat.


Carta diatas adalah pulangan bon (atau yield) kerajaan Amerika yang akan matang dalam tempoh 10 tahun, dan dibawahnya adalah Bon 10 tahun Germany.

Selepas pemilihan Donald Trump sebagai Presiden Amerika yang baru, beliau dijangka melakukan perubahan dasar fiskal yang besar. Beliau berjanji berbelanja antara $500 billion ke $1 trillion dalam pembangunan infrastruktur di Amerika.

Inflasi dijangka meningkat dan Federal Reserve sebagai Central bank Amerika, mungkin terpaksa menaikkan interest rate dengan kadar yang lebih pantas dari yang dijangka sebelum pilihan raya Amerika.

Ada dua cara melihat Bon, satu pada harga dan satu lagi pada Yield yang diberi. Apabila Yield naik, itu bermakna harga telah  jatuh. Yield pula bergerak seiring dengan kadar interest rate. Mungkin lain kali saya terangkan mengapa ianya begini.

Perhatikan pada carta, Yield Bon 10 tahun Amerika meningkat naik secara mendadak selepas Pilihan Raya Amerika. Bandingkan pula Yield Bon 10 tahun Germany yang bergerak secara sideways.

Bayangkan kita sebagai Pengurus Dana Pension Funds, Mutual Funds dan Insurance Funds yang disebut diatas. Kita akan memilih untuk membeli Bon Amerika berbanding Bon Germany kerana Bon Amerika memberikan kita pulangan yang lebih baik. (Harga bon jatuh tapi sebagai pelabur Bon, kita akan memegang Bon ini sehingga matang dan mendapat kembali modal kita bersama pulangan yang lebih baik.)

Inilah sebab mengapa Dollar kuat berbanding Euro dan matawang lain selepas pemilihan Trump.

Dunia menggunakan dollar dalam kebanyakan urusan perdagangan komoditi. Apabila Dollar menjadi kuat, berbanding matawang lain, nilai komoditi akan jatuh.  

Sebagai contoh Rupee India dan Yuan China, permintaan kepada Gold dari India dan China akan berkurangan apabila Dollar menjadi kuat berbanding kedua-dua matawang  tersebut.  

Pada hujung tahun, biasanya pengurus dana akan menutup buku dan mengambil keuntungan. Sesiapa yang membeli dollar dan menjual Gold, akan menutup buku mereka dengan menjual dollar dan membeli Gold. Saya fikir inilah yang terjadi pada minggu lepas.

Terdapat sedikit geopolitical risk pada minggu terakhir 2016, apabila pentadbiran Obama cuba mencari pasal dengan Israel dan Russia. Beliau ada 8 tahun untuk berbuat sesuatu tetapi hanya mampu melakukannya pada saat terakhir pentadbirannya.

Bila tahun baru bermula, pengurus dana akan melabur berdasarkan polisi yang dibuat oleh Donald Trump. Secara amnya, Saya jangkakan Dollar akan menguat dan Gold akan melemah pada suku pertama tahun depan.


George Soros termasuk dalam kumpulan Hedge Funds. Beliau adalah pemain kecil sahaja dalam industri ini.

Selamat Melabur. Risiko, anda yang tanggung. 
Sebarang pertanyaan – ahmadsherhanabusamah@gmail.com


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cari info FX di Blog ini :