Tahun Baru, Bank Holiday Dan Apa Kesan Terhadap Liquidity pada Pasaran Forex Yang Semua Trader WAJIB Tahu.



Tahun Baru kita dah tahu,Bank holiday pun kita tahu.

Liquidity...? mungkin tuan yang mulia sudah mengetahuinya, tapi bagi yang belum mengetahui, liquidity adalah kecairan sesuatu harga untuk bergerak dalam pasaran forex. Makin besar kecairan, makin besar pergerakan pada pasaran. Liquidity– lah yang membantu turun naik harga dalam pasaran, liquidity jugalah yang mengerakkan candlestick yang kita tatap pada setiap masa itu.

Ok sekarang, apa kaitan antara ketiganya. Tahun baru, bank holiday dan liquidity...?

Hampir semua negara di dunia menjadikan tahun baru pada 1 Januari sebagai cuti umum. Bila disebut cuti umum, maka semua bank-bank di negara terlibat, akan tutup operasinya. Bila bank-bank tidak beroperasi, itulah kesannya pada liquidity.
Sumber utama kepada kecairan atau istilahnya, pembekal liquidity (liquidity provider) itu adalah bank-bank utama dunia seperti HSBC, JPMorgan Chase & Co, Barclays PLC, Bank of America. Jadi liquidity diperoleh daripada bank dan apabila bank cuti, liquidity akan berkurang/ tiada.

Apa kesan apabila bank holiday dan kesan tiada liquidity…?
Secara mudahnya, apabila bank holiday, maka spread tinggi. 
Contoh..?tengok bila market close pada hari Sabtu dan Ahad, kan tinggi spreadnya. 
Tengok bila market close pada Krismas lepas, tinggi spreadnya, kan kita semua takut nak masuk position.hahaha.
dan spread tinggi tidak bagus untuk scalping.
Ini ditambah pula spread tinggi pada liquidity yang rendah.
Pada keadaan liquidity yang rendah biasanya market akan membentuk sideway. Kenapa terbentuknya sideway..?kerana buyer dan seller sama kuat,sama ramai dan yang enter position pada ketika itu hanyalah trader-trader bilisan.
Kenapa trader bilisan saja yang masuk position..? sebab trader-trader besar seperti bank kan cuti. Kan dah cakap tadi….
J hahaah…

Trader kecil-kecilan akan masuk dengan order kecil. Trader besar seperti bank akan masuk dengan order yang besar dan banyak, dan order itulah yang mengerakkan harga pada pasaran forex.

Tahun baru, bank dari negara mana yang cuti..?anda boleh lihat sendiri di forex factory yang anda dah download tu. Letih la nak bagitahu semua. J

Setelah anda tahu bank negara mana yang cuti, anda perlu tahu kesan kekuatan matawang negara berkenaan sama ada akan menguat ataupun melemah, sama ada harganya akan naik ataupun akan turun apabila pasaran negara tersebut mula membuka kaunter. Jawapan kepada persoalan ini akan saya jelaskan pada penulisan akan datang.

Sekian, moga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cari info FX di Blog ini :