FATWA Forex Bahagian 1 - Salah Faham Istilah pada keterangan yang diberikan kepada Ulama.

Saya tidak pertikaikan fatwa yang diberi. Fatwa dibuat berdasarkan keterangan-keterangan yang diberi kepada para Ulama kita. Saya telah bertahun-tahun membaca keterangan-keterangan ini dan saya dapati terdapat banyak salah faham terutamanya kepada beberapa istilah utama yang digunakan, Speculator, Leverage, Margin dan Jual atau Beli.

Keterangan ini ditulis oleh mereka yang bertaraf doktor dan mempunyai PHD dan apabila mereka pun tidak faham istilah yang digunakan, apatah lagi orang ramai. Dalam tulisan saya ini saya akan cuba berikan contoh-contoh yang mudah untuk difahami oleh kebanyakan rakyat Malaysia.

Saya hanya berkongsi pengalaman dan pengetahuan saya dalam bidang pasaran kewangan ini. Pasaran Kewangan bukanlah sesuatu yang mudah untuk difahami.

Spekulasi.
Semasa kegawatan ekonomi Asia 1990an, George Soros dan Speculator dipersalahkan. Mereka ini digambarkan sebagai penyangak matawang. Kegawatan Eknomi dunia pada 2008 bermula dari Amerika akibat kegiatan spekulasi berlebihan dalam industri Perumahan Amerika.

Jadi sudah terbenam dalam pemikiran ramai - spekulator ini hampir kepada perjudian dan perlu diharamkan. Sebenarnya, dalam istilah akademik - spekulator hanyalah orang yang melabur dalam jangka masa pendek, mengambil risiko untuk membuat keuntungan. dan mereka diperlukan untuk membuat pasaran lebih berdaya saing. Di Bursa Malaysia terdapat ramai orang yang macam ini setiap hari. Kebanyakan mereka menggunakan kaedah Teknikal Analysis, mereka tidak peduli pun apa business saham syarikat yang mereka beli, janji mereka dapat keuntungan dari urusan trading mereka.

Selepas 20 tahun, adakah anda rasa George Soros, seorang spekulator, bersalah semasa Krisis Kewangan Asia 1997 atau salah urus ekonomi dirantau ini yang menjadi punca krisis? Rujuklah jawapannya kepada pakar ekonomi, bukan ahli politik dan media massa.

Sebelum krisis kewangan Amerika 2008, Profesor Ben Bernanke tahu terdapat kegiatan spekulasi berlebihan dalam industri perumahan Amerika sebelum harga rumah jatuh mendadak, Apakah tindakan beliau sebagai Pengerusi Central Bank Amerika untuk membendung kegiatan itu? Tidak ada. Beliau mengambil keputusan untuk membiarkan pasaran membuat pembetulan sendiri. Tindakannya nampak macam tidak bijak tetapi ada teori mengatakan pembetulan yang dibuat oleh pasaran dengan sedikit campur tangan kerajaan adalah lebih cepat dan lebih berkesan berbanding campurtangan kerajaan sepenuhnya.

Turun-naik sesuatu ekonomi memang sesuatu perkara yang biasa. Ramai yang mengambil kredit apabila pasaran menaik tetapi spekulator pasti dipersalahkan apabila berlaku pembetulan.

Memang sentiasa ada kumpulan atau individu yang cuba membuat keuntungan dengan memanipulasikan pasaran. Spekulator bijak pandai seperti George Soros inilah yang sentiasa ada memastikan pasaran berdaya saing dan kegiatan manipulasi ini tidak dapat diteruskan.


Jual Beli dalam pasaran Wang.


Orang yang menjual dalam pasaran forex, sering dikatakan menjual sesuatu yang mereka tidak punyai. Sila lihat gambar diatas. Bila kita sebut Ringgit, code yang digunakan di peringkat antarabangsa ialah USDMYR. Bila kita rasa Ringgit akan kuat, kita boleh jual ringgit berbanding dollar Amerika. Kita orang Malaysia - jadi  kita ada Ringgit untuk dijual. Katalah Orang di Afrika - mereka boleh jual Ringgit dan beli balik kemudian. Mereka ini dikatakan tidak punya Ringgit untuk dijual.

Sebenarnya, dalam industri forex, ada dua cara melihat matawang. Kita boleh guna code MYRUSD, dalam rajah - gambar dibawah. Jadi sebenarnya bila kita jual USDMYR, kita telah membeli MYRUSD. Hujah mengatakan kita menjual sesuatu yang kita tidak punyai tidak boleh diguna pakai.

Sebab itu istilah yang tepat dalam forex adalah pertukaran. Tapi jual dan beli digunakan dan ianya hanyalah istilah - bukan seperti kita jual beli ayam di pasar. Apa agaknya fatwa yang sesuai bila kita mula gunakan istilah tukar?

Leverage dan Margin
Leverage
Kedua-dua perkataan ini memang selalu dikaitkan dengan pinjaman. Sebenarnya, didalam industri forex, ianya tidak ada kena mengena langsung dengan pinjaman.
Jika anda ada pelaburan di ASB, anda dapat average 8% keuntungan dalam setahun, anda boleh gunakan leverage untuk meningkatkan keuntungan anda. Pengurus dana ASB membeli saham-saham blue chip dan portfolio pelaburan mereka adalah mirip kepada indeks KLCI.

Anda boleh menggunakan index futures - KLCI futures memberikan anda leverage 20 kali lebih dari biasa. Anda tidak pinjam wang pun. Cuma KLCI futures bukan contoh yang baik kerana ada saham perbankan didalam komponen indeks KLCI. Tapi pihak kerajaan boleh juga memperkenalkan indeks yang patuh syariah dan masa itu anda boleh gunakan leverage seperti yang sebut diatas.

KLCI futures adalah satu contoh produk yang memberikan kita leverage – dengan modal hanya RM10,000 kita boleh menguasai portfolio yang bernilai RM200,000 tanpa meminjam dari sesiapa. Apabila portfolio ini naik sebanyak 10%, kita telah untung sebanyak RM20,000, keuntungan sebanyak 200% dari modal asal kita. Orang yang tidak biasa dengan produk kewangan akan berkata “wow” tetapi ini memang hakikat sebenar dalam industri ini.

Bahayanya berniaga indeks KLCI futures ialah kita boleh rugi lebih dari modal yang kita sediakan. Ini tidak akan berlaku dalam industri forex kerana kita sudah sediakan margin. Saya terangkan lebih lanjut dibawah.

Saya faham indeks KLCI Futures tidak patuh syariah, tapi disini saya hendak berikan contoh ” leverage bukanlah pinjaman” yang mudah difahami rakyat Malaysia.

Leverage adalah satu produk yang ditawarkan oleh semua broker forex. Bila kita buka akaun trading, perkara pertama kita pilih adalah leverage – samada 1:10 atau 1:100 atau 1:500. Selepas memilih leverage, broker akan kira berapa margin yang patut kita ada. Margin ini sebenarnya adalah duit yang kita perlu sediakan sebelum memulakan perniagaan kita.

Margin
Dalam industri forex, margin sebenarnya adalah a Good faith of deposit. Ia sebenarnya adalah duit yang kita sudah sediakan sekiranya urusan perniagaan kita menemui kegagalan.

Jadi kerugian maksimum yang boleh terjadi ialah duit margin atau duit yang sudah kita sediakan tersebut. Kita tidak boleh rugi lebih dari itu. Dalam mana mana perniagaan pun tidak ada yang untung selalu. Kelebihan industri forex ialah kita sudah bersedia dengan jumlah yang kita mampu rugi. Sekiranya ada yang meminjam wang untuk menyediakan duit margin ini, kemudian menghadapai masalah apabila business forex mereka mengalami kerugian, ini bukan sebab untuk mengharamkan forex. Ini salah individu terbabit.

Rumusan
Kebanyakan salah faham ini terdapat dalam kertas kerja yang diterbitkan oleh, Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa dalam Kewangan Islam (ISRA); Research paper no 24/2011. Mereka adalah sebahagian daripada International Centre for Education in Islamic Finance (INCEIF) sebuah Universiti Kewangan Islam Global yang ditubuhkann oleh Bank Negara Malaysia. Mereka ini badan tertinggi bahagian penyelidikan kewangan Islam Negara.

Kita hargai usaha yang dibuat oleh ISRA dan kita ingin menyambung dan menambah baik perbincangan ini. Saya harap tulisan saya ini sampai kepada mereka. Dalam bahagian kedua saya akan tuliskan ilustrasi tentang spekulator, leverage dan margin ini supaya lebih mudah kita faham istilah ini. 

Sedikit Perbincangan tentang Fatwa Perlis                

Dengan sedikit kefahaman tentang istilah yang digunakan saya ingin menambah perbincangan kepada perkara 1 hingga 4 dalam gambar.

1. Kedua belah pihak?  Bila beli - berlaku satu kontrak antara pembeli dan penjualnya tidak diketahui siapa. Berlaku salah faham apabila yg membuat fatwa telah diberitahu bahawa yang menjualnya adalah broker, maka salah satu pihak akan rugi. Ini tidak benar sama sekali, yg membeli ada sebab mereka tersendiri dan yang menjual ada sbb mereka yg lain.
Kedua dua pembeli dan penjual mungkin mengaut keuntungan bergantung kepada bila mereka menutup kontrak ini. Broker hanyalah org tengah yg menguruskan urusan kontrak tersebut. Bila pembeli menjual apa yg dibeli sebelum ini, urusan ini berlaku dgn org yg berbeza, tidak diketahui siapa kerana dia datang daripada pasaran. Telah berlaku satu lagi kontrak. Sekali lagi broker hanyalah orang tengah yg menguruskan urusan ini.

2. Leverage bukan pinjaman tunai. Ramai berfikir, dengan leverage 1:500, dengan duit 1000 kita menguasai pasaran sehingga 500000, 1000 duit kita, 499000 dipinjamkan oleh broker. Ini tidak benar sama sekali, tiada bank yg gila nak berikan pinjaman yg macam ini.

3. Tranksaksi yg dilakukan pada akhirnya adalah menurut amalan bank bank besar dunia. Sebenarnya ada undang undang yang menyelianya. Broker perlukan lesen. Yang menjadi masalah - ada juga broker atau individu yang menjalankan kegiatan haram, menjanjikan keuntungan yang tinggi kepada orang ramai.. Kita tidak sepatutnya menghukum semua oleh kerana segelintir mereka yang jahat ini.

4. Hal ini berkaitan dengan perkara yang pertama. Tidak ada salah satu pihak, yang ada kita berniaga dengan pasaran. Perkataan spekulasi itu sudah disalah ertikan. Bila Ringgit jatuh, adalah mudah untuk menyalahkan spekulator, atau orang yg membuat spekulasi. Kehebatan ekonomi Amerika berbanding ekonomi Malaysia, dan saya tidak kata ekonomi Malaysia tidak elok, fahamkan betul-betul, kehebatan ekonomi Amerika berbanding ekonomi Malaysia sekarang, memungkinkan nilai Ringgit jatuh keparas 5, jika kita yakin ini, kita boleh membuat spekulasi dengan membeli dollar dan menjual Ringgit. Saya fikir tidak salah jika kita berkemampuan untuk cuba mendapat keuntungan dari peristiwa ini.


 Selamat Melabur. Risiko anda yang tanggung dan semoga mesejnya sampai.
Ahmad Sherhan Abu Samah. Penganalisa Makro.


6 comments:

  1. Assalamualaikum, saya adalah bekas trader yang berhenti trade setelah mengenal pasti beberapa perkara yang tidak jelas dalam forex ini. Ada video dibincangkan oleh seorang pakar ekonomi Islam (seorang berbangsa arab) yang mana juga seorang ustaz. Beliau mengguna pakai fatwa antarabangsa (bukan kebangsaan) disepakati oleh 12 alim ulama'. (Boleh rujuk semula video itu kalau sy punya fakta ini salah). Pertama sekali tidak jelas (beliau sebutkan) adalah dimana pasaran trading atau dagangan berunsur spekulasi berlebihan dimana report pada 2010 kalau tak silap menunjukkan bahawa hampir lebih dr 4-5 Trilion transaksi berlaku setiap hari dalam dagangan forex yg mana diperhalusi lagi kajian didapati hanya 200-250 Billion digunakan untuk dagangan sebenarnya (jual beli produk antarabangsa, aktiviti pelancongan dan sbgnya). Skrg persoalan dri mana dtg nya 4-5 Trillion itu sdgkan jumlah wang yg ada secara total diseluruh dunia hanya lbh kurang 60 Trillion (gabungkan keseluruhan aset dunia). Jd duit dlm pasaran OTC ini duit virtual yg tak pasti dri mana dtgnya. Okay itu mungkin bukanlah alasan kukuh untuk berhenti dr bidang ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. jelas saudara tidak faham maksud leverage dan margin. Kosongkan minda, lupakan apa yang anda tahu, baca pelan pelan tulisan saya. Bahagiamn kedua saya akan buat illustrasi supaya kita boleh lebih faham maksud spekulasi, leverage dan margin ini. Tidak ada sesiapa yang memberi pinjaman dan tiada siapa pun yang meminjam.

      Leverage bukan pinjaman. Tapi menjawab persoalan anda, Kalau anda pergi broker B, broker B juga menawarkan leverage yang ditawarkan oleh Broker A. Jadi apa masalahnya? Diyoutube - mereka yang bergelar Doktor inipun salah faham tentang definasi 4 perkara poko yang saya bincangkan dalam tulisan diatas. Wallahualam, Contoh pinjaman kereta itu tidak ada kena mengena dengan forex.

      Fatwa antarabangsa ini pada dasarnya akhirnya berkisar pada isu yang sama, dan dalil yang sama. Apa maksud spekulasi? sudah diterangkan didalm tulisan diatas. Sebab orang membuat spekulasi memang sesuatu yang sukar untuk difahami.

      Pasaran kewangan sedang menunggu pengumuman daar fiska amerika dan potongan cukai yang aggresif. Perkara ini bagus untuk pasaran saham amerika dan dunia. Ini sebab yang bagus untuk jual Gold. Tetapi di eropah, pemilihan Presiden di France - Le Pen, orang yang munkin menang kerusi Presiden, berjanji akan menarik keluar France dari European Union. Ini pula sebab yang bagus untuk beli Gold. Selepas membuat kajian seperti ini, kita boleh membuat spekulasi. Spekulasi bukan sesuatu yang memudaratkan. Orang business mereka mengambil risiko. mereka boleh bankrap. Ini bukan sebab untuk mengharamkan business . lainlah mereka buat business 4 nombor ekor. Membuat spekulasi samalah macam orang business, ambil risiko. Bahagian 2 akan ada illustrasi agar lebih jelas maksud spekulasi, leverage dan margin ini. Kalau anada seorang stokis produk kecantikan, jual 100,000 botol sebulan. katalah kos RM3, and jual rm5. Anda order dari kilang, orang kilan ini kenal anda. Anda bayar RM300,000 kah setiap kali anda order 100,00 stock anda? Oleh kerana kilang kenal anda, mereka mungkin cuma minta rm100,000 dahulu, bakinya anda selesaikan selepas habis jual produk. Jadi modal digunakan hanyalah RM100,000, nilai pasaran anda RM500,000. anda telah gunakan leverage 100,000:300,000 atau 1:3. Anda tidak pinjam pun dari sesiapa. Semoga faham. Wallahualam. Perkara ini memang sukar difahami, orang yang membuat fatwa, mereka tidak menggunakan produk ini dalam kehidupan harian mereka, dan kita boleh faham yang mereka tidak faham tentang perkara ini.

      Delete
  2. Seterusnya kita akn ke point penting. Asal perdangan spekulasi ini ditumpukan kepada mereka yang bergelar jutawan shj, sperti soros, bank, institusi kewangan, hedge fund dll. Ini kerana syarat untuk buka lot micro adalah ada perlu ada sekurangnya kurangnya 100k dlm pegangan tanpa leverage (1:1). So berapa bnyak boleh buat dgn acc 100k ini dgn pergerakan 100pips? Sgt sedikit kan. Kalau loss utk trade pertama ada secara langsung terkeluar dri require amount of margin (margin call) utk tambah margin kpd paras minumum jika tidak anda tahu apa akan jd. Ye stopped out. So leverage diperkenalkan. Atau margin trading. Masalah yg maybe mereka (bkn islam) rasa utk umat islam trade dlm market hanya dgn tidak kenakan sbrg charge kepada kita peminjam sekiranya kita tinggalkan position kita overnight. Kenapa peminjam? Tgk balik point pertama tadi syarat minimum utk buka lot micro. Jadi pinjaman itu dlm bentuk leverage (1:100, 1:1000 dll). So kita perlu byr bunga atau interest utk kita hold positon tersebut dsbbkan kita adalah peminjam. Proses ni sama macam bank yg mana dia pinjam duit kita (duit yg korang simpan dlm acc utk akitiviti trading diorang) diorang akan byr dividen. Reverse proses shj. So utk elakkan riba' mereka perkenalkan swapfree. (Anda mesti tahu apa itu swapfree tak perlu sy ulas lg). Skrg masalah leverage. Perkara ini tidak apply pada trading shj malah pada semua jenis loan. Asal loan atau pinjaman adalah act of charity atau sng ckp bantuan. So pemegang pnjaman bebas utk gunakan wang tersebut dan jumlah yg perlu dibayar adalah sama sperti mana yg dipinjam (jika lebih maka riba'). Dan ada syaratnya. Bayaran lebihan itu (bunga) ditulis ats perjanjian yg mana wajib utk byr pokok dan bunganya sekali maka itu riba'. Manakala lain pula ceritanya jika ianya tidak ada dlm perjanjian lisan, bertulis atau sbgainya yg mana si peminjam itu td dgn sengaja memberi wang yg lebih dek kerana dia ingin mengucapkan terima kasih kpd org yg memberi pnjaman krn telah membantunya sbelum ini. Jd berbalik semula kpd trading. Biasa dgn spread atau commission? Okay ada pasti dah tahu. Okay mcm ni. Mcm tlh dijelaskan diatas peminjam bebas menggunakan duit yg dipinjamkan mengikut kehendak beliau tetapi apa yg berlaku dlm trading di dlm environtment yg ada spread dan commision? Okay syarat nya adalah kamu tidak akan dpt leverage itu secara nyata dan tidak akan ada pun jumlah wang tersebut dlm acc kamu. Jd kamu tidak ada hak pegangan mutlak ats pnjaman tersebut. Islam tidak benarkan penganiayaan berlaku dlm urusan seperti ini yg mana leverage td kita dpt lihat digunakan hnya pd platform tertentu dan peminjam td (broker) mewajibkan spread atau commsion dibayar melalui mereka sbgai pemberi pnjam (leverage). Boleh kamu daftar leverage di broker A dan kamu login acc kamu di acc broker B dan gunakan leverage tadi? Ye jawpan nya tak boleh. Kalau kita ambil situasi mudah Si A ingin menjual kereta kepada Si B tetapi Si B tidak mempunyai wang yg cukup. Si B ini sgt memerlukan kereta kerana ianya perlu digunakan utk pergi bekerja dn sbgainya. Jd Si A menawarkan pinjaman kepada Si B dgn syarat Si B itu tadi wajib membeli kereta dengan Si A. Jadi perjanjian pinjaman dan jual beli kereta terikat dalam satu perjanjian yg sama yang mana haram di dalam Islam. Masih kurang jelas? Boleh rujuk video di youtube (margin trading in islam atau forex trading in islam). Moga hasil kita dr rezeki yg halal kerana Islam sgt melarang perbuatan riba' yg mana kita boleh lihat berleluasa dlm ekonomi kita (forex ni sbahagian kecil drinya shja). Mungkin kalau kita cuba ikhtiar cara lain InsyaAllah rezeki Allah itu luas dan tiada batas. Wuallahualam

    ReplyDelete
  3. Salam..boleh bagi link untuk download Research paper no 24/2011? Terima kasih

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cari info FX di Blog ini :