Pengurusan Risiko dan Pulangan Dalam Pelaburan Bah. 1

Peringatan Khas - Semua Jenis Pelaburan Yang Selamat – Ada Risiko yang Terlindung.
Kita melabur untuk mendapatkan pulangan yang baik. Perkara pertama perlu dilakukan adalah memastikan kita tidak hilang modal kita. Oleh itu kita perlu berhati-hati dalam memilih aset yang hendak kita laburkan.

Jika kita berjaya mengawal risiko, sebahagian dari tugasan kita sudah selesai. Selepas itu kita perlu memikirkan pula bagaimana untuk menjana pulangan kepada pelaburan kita. Ini adalah dua perkara yang berbeza dan susah untuk diamalkan.

Lebih banyak ilmu yang kita ada lebih baik tapi dalam pelaburan ianya tidak semestinya begitu.

Ilmu Analisa Makro.
Jika anda faham analisa Makro – Sejak Pemilihan Presiden Amerika pada November lepas, tema fundamental adalah membeli aset atau saham yang mendapat faedah dari nilai dollar yang kukuh berbanding Ringgit. Terkini, Donald Trump berkata ia mengambil masa dan mungkin diumumkan antara awal atau pertengahan bulan March.

Bila tidak ada berita dari Amerika, pasaran akan fokus kepada perkara lain dan terkini Perancis pula mahu keluar dari Kesatuan Eropah.

Pemilihan Presiden Perancis
Perkembangan terbaru di Eropah boleh menyebabkan pasaran menjadi tidak menentu. Calon Presiden Marine Le Penn berjanji akan mengeluarkan Perancis dari Kesatuan Eropah. Ketidakpastian ini adalah berita buruk kepada pasaran saham, negative untuk matawang Euro dan berita baik untuk Gold. Pemilihan Presiden Perancis akan berlangsung pada 23 April.

52 Week High Momentum Strategy
Jika anda tiada masa untuk mengikuti perkembangan politik dunia, anda boleh gunakan strategi mudah ini. Pilih saham yang membuat new High yang masih segar.

Kajian menunjukkan, saham yang membuat new 52 week High, memberi keuntungan secara purata sebanyak 8% dalam tempoh sebulan.


Anda masih perlu membuat homework dengan mengkaji kesemua saham ini. Saya beri tiga contoh saham, Ekovest, CS Steel Holdings dan VIVOCOM.



Saya tidak menulis tentang Ekovest dan Vivo tetapi CS Steel ada diceritakan disini.

Bila dah beli, Bila Hendak Jual?
Ekovest masih lagi didalam trend menaik. CS Steel sepatutnya sudah dijual pada harga antara RM2 ke RM2.20. VIVOCOM pula selepas membuat new 52 week High, dia jatuh menjunam.
Selepas menggunakan strategi yang betul untuk membeli saham, kita mungkin terbeli saham seperti VIVOCOM dan masih ada masalah bila hendak jual.

Melabur dalam Saham IPO.
Melabur dalam saham IPO adalah antara strategi yang selamat dan menjanjikan pulangan yang baik bergantung kepada nasib anda. Berdasarkan statistik dari Bursa Malaysia, 15 saham IPO terbaru, hanya KIP Real Estate yang rugi pada hari pertama penyenaraiannya

.
Pulangan dan Risiko Pelaburan IPO
Perhatikan pulangan saham IPO yang tidak menentu. Saham IPO pun masih ada risiko, anda beli dan pasaran saham jatuh seperti yang terjadi  pada EA Technique pada hujung 2014. Harga IPO 65 sen, saham ini ditutup pada 46.5 sen pada hari pertama penyenaraiannya.


Semua Jenis Pelaburan yang Nampak  Selamat, Ada Risiko yang tersembunyi
Pada dekad 2000, ramai yang membuat duit dalam semua jenis pelaburan emas. Masalah mula datang selepas 2011 apabila harga Gold mula menurun. Hari ini harga Gold bolehlah dikatakan kukuh dan mungkin disebabkan Brexit atau terbaru Frexit.

Analisa makro saya, ekonomi dunia dan pasaran saham akan berkembang baik untuk tempoh 5 tahun lagi dan trend menurun jangka panjang Gold ini mungkin berterusan. Hanya tuhan yang mengetahui.

Pelaburan Pinjaman ASB
Ramai juga meminjam dari Bank dan melaburkan didalam ASB. Teorinya mudah,  Dividen yang diperolehi pada tahun pertama digunakan sebagai modal untuk membayar pinjaman ASB untuk tahun berikutnya. Duit sendiri hanya digunakan untuk bayar pembiayaan ASB pada tahun pertama sahaja. Mereka yang melabur sebegini perlu mengkaji apa yang terjadi semasa kegawatan ekonomi Asia 1997.


Ramai yang terpaksa menutup akaun pinjaman ASB mereka tahun 1997 dahulu akibat pulangan ASB yang jatuh teruk tidak dapat digunakan untuk membayar hutang bank, malah kadar faedah bank pula naik mendadak. Pelabur yang tidak melalui suasana pelaburan 1990an tidak tahu risiko ini. Terbaru, sudah ada rungutan dividen ASB terlalu rendah dan tidak dapat menampung pinjaman yang terpaksa dibayar.

Rumusan
Pelaburan bukanlah sesuatu yang mudah. Hari ini ramai yang membuat duit dari pasaran saham kerana rezeki mereka melabur saham ketika pasaran dan ekonomi dunia beransur pulih dari kegawatan. 

Pengetahuan perlu untuk mengurangkan risiko. Pun begitu susah untuk kita mengagak, pulangan yang bakal kita dapat. Kami ada cara untuk mengatasi perkara ini.

Memperkenalkan EA GST Alter PipHijau

Dalam gambar adalah tiga akaun trading yang mempunyai kadar risiko yang berbeza. Akaun yang pertama dari kiri, kita trade EURUSD manakala akaun yang ditengah dan akaun yang ketiga dari kiri, kita trade GOLD.

Akaun yang ketiga adalah akaun yang mengambil risiko yang paling tinggi. Kita mungkin dapat pulangan sekitar 40 ke 50% sebulan. Akaun kedua adalah dua kali ganda lebih selamat dari akaun pertama. Pulangan mungkin sekitar 20% sebulan.  Akaun yang pertama adalah akaun yang paling rendah risikonya, pulangan mungkin bawah 10% sebulan.

Expert Advisor, EA GST Alter PipHijau atau program komputer digunakan dalam membuat trade. Kita tidak perlu membuat analisa Makro atau Mikro dalam membuat urusan pelaburan kita.


Menjana Pendapatan yang Konsisten
Yang lebih menarik, kita boleh agak pulangan yang bakal kita terima. Persoalan utama ialah berapa Cash Flow yang anda perlukan berbanding modal yang anda ada. Jumpa kami untuk berbincang lebih lanjut tentang perkara ini.

Jika anda sudah selesa dan mempunyai modal yang besar, tidak suka mengambil risiko yang tinggi, dan hanya mahukan pulangan yang lebih baik diberi oleh unit saham amanah yang ada diluar sana, kita boleh gunakan setting risiko yang sesuai untuk anda.

Jika anda mahukan pulangan yang tinggi dan sanggup mengambil risiko yang lebih tinggi, kita boleh usahakan untuk anda.

Jika anda berminat, anda boleh register disini

Masa untuk menganalisa pasaran sudah kita jimatkan tetapi kita masih perlu mengawal risiko yang kita ambil. Bahagian kedua saya akan ceritakan pengalaman lampau dalam sejarah mengapa perlunya menguruskan risiko ini. Pemenang Hadiah Nobel Ekonomi pun pernah terperangkap akibat gagal mengawal risiko. Tahun ini, peristiwa Black Monday 1987 dijangka berulang.

Rakan-rakan di PipHijau, jika tulisan ini berguna untuk marketing anda, sila gunakan. Tiada Masalah.

Selamat Melabur. Risiko anda yang tanggung dan semoga mesejnya sampai.
Ahmad Sherhan Abu Samah. Penganalisa Makro.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cari info FX di Blog ini :