Trading Forex Dan Analisa Fundamental – Budget Amerika 2018 dan Potongan Cukai Trump

Trading Forex Dan Analisa Fundamental – Budget Amerika 2018 dan Potongan Cukai Trump

Dua tulisan saya yang lepas saya telah memperkenalkan “Big Player” dalam pasaran kewangan antarabangsa. Siapakah sebenarnya di belakang order-order bank-bank terbesar dunia. Untuk memahami mengapa pasaran  bergerak, kita perlu memahami bagaimana Big Player ini berfungsi.

Biasanya Big Player ini menguruskan pelaburan orang lain. Adalah penting untuk mereka memilih pelaburan yang selamat dan tidak boleh kena margin call. Ramai berpendapat, keuntungan yang diberi oleh unit trust samada diuruskan oleh swasta atau kerajaan dan agensi kerajaan seperti tabung haji adalah rendah.

Kita perlu faham, oleh kerana mereka memilih jalan selamat, mereka tidak menggunakan leverage ataupun kita boleh katakan mereka menggunakan leverage 1:1. Keuntungan yang mereka beri itu perlu di darab dengan 500, sekiranya kita trade forex menggunakan leverage 500:1.  Ini barulah perbandingan yang adil.


Dalam tulisan yang lepas juga saya telah cadangkan pembaca membaca news dari www.cnbc.com. Headlines mereka selalunya straight to the point. 


Untuk News Bahasa Malaysia, kita boleh baca dari www.investing.com dan tukarkan bendera diatas ke bendera Malaysia.


Dalam masa terdekat ini Presiden Trump seharusnya membentangkan belanjawan Amerika 2018. Tahun fiskal 2018 bermula pada 1 Oktober dan berakhir pada 30 September tahun depan. Semalam Trump berjanji sekali lagi akan berlaku potongan cukai besar-besaran.

Ada 3 jenis asset yang forex trader perlu beri perhatian, Bond, Gold dan Saham.
Potongan cukai akan menggalakkan pelaburan dan usahawan boleh untung lebih. Sebab itu pasaran saham meningkat manakala nilai Bond dan Gold merudum.

Bond dan Gold juga dikenali sebagai safe haven asset. Maksudnya, jika ada perkara yang bakal menggugat ekonomi US dan dunia, Big Player akan bertindak untuk melindungi pelabur mereka dengan membeli Bond dan Gold.

Bila ekonomi berada dalam keadaan baik, mereka akan jual safe haven asset ini dan melabur dalam asset yang lebih berisiko tinggi seperti saham.

Chart yang saya gunakan itu ialah chart Bond 10 tahun Amerika. Ada dua cara melihat chart ini, kita boleh gunakan price, contohnya dalam gambar US 10Y T-note, nilainya ialah 124.76, jatuh dalam 0.12%.

Kita juga boleh melihat bond dalam bentuk Yield, seperti dalam chart. Yield yang meningkat ini memberi gambaran bahawa interest rates di US akan naik, yang mana ini adalah positive untuk dollar dan negative untuk Gold.


Potongan Cukai Trump dan “Supply dan Demand” Pasaran Bond

Trump berjanji akan memotong cukai besar-besaran. Dalam masa yang sama, Trump juga berjanji projek infrastruktur besar-besaran. Projek ini memerlukan wang. Wang kerajaan akan berkurang sekiranya Trump memotong cukai. Mereka perlu sumber wang yang baru.

Cara lain ialah dengan meminjam atau dengan mengeluarkan bond yang baru. Ini bermakna Supply akan bertambah dan harga Bond akan jatuh. Dalam erti kata lain, Yield akan meningkat. Kita balik kepada kesimpulan tadi, dollar akan meningkat dan Gold akan jatuh.


Analisa News dari Eropah
Kebanyakan news berkisar tentang apa yang berlaku di Amerika. Minggu ini perkembangan di Eropah, telah mengakibatkan Euro jatuh, Nilai Swiss Franc menaik, nilai Gold dan nilai bond juga meningkat. Penting kita faham perkembangan ini kerana ini munking akan membuatkan nilai Gold meningkat semasa pilihanraya President di France pada 23 April nanti. Saya huraikan ditulisan akan datang.


Selamat Melabur. Risiko anda yang tanggung dan semoga mesejnya sampai.
Ahmad Sherhan Abu Samah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cari info FX di Blog ini :