Trading Forex dan Analisa Fundamental – Dulu Brexit, dan sekarang France pula nak exit EU.

Dalam tiga tulisan saya yang lepas, saya telah memperkenalkan kepada pembaca tentang pengurus dana utama dunia dan bagaimana mereka menguruskan dana mereka. Sebelum saya bincangkan topik diatas, elok saya perkenalkan diri saya.

Saya berpengalaman lebih 20 tahun di dalam bidang pelaburan saham dan menulis strategi Makro untuk pengurus-pengurus dana terbesar dalam industri pelaburan saham Negara. Tulisan saya sebelum ini bukanlah untuk tatapan umum dan sebab itu anda tidak pernah dengar tentang saya.   

Topik yang saya tulis adalah pelbagai dan merangkumi semua jenis pelaburan utama yang ada seperti foreign exchange, komoditi seperti minyak mentah dan crude palm oil futures, bon dan terutamanya saham. Saya tulis topik yang memberi kesan kepada pelaburan client saya.


Diari Analisa Fundamental

Bila trade mengikut arah Fundamental, kita perlu membuat diari tentang peristiwa yang berlaku dan kesannya kepada asset yang berisiko seperti pasaran saham dan asset yang dianggap selamat atau safe haven seperti pasaran Bon dan Gold.

Sebelum ini saya telah menulis tentang Potongan Cukai Trump dan kesannya kepada dollar dan Gold. Hari ini saya nak bincangkan tentangs news sebelum itu yang tidak berapa mendapat perhatian tapi memberi kesan hebat kepada pasaran pada minggu lepas.

Kebanyakan agensi news memberi tumpuan kepada news yang memberi kesan kepada Amerika. News berkenaan benua lain kurang mendapat tempat. Ini kerana mereka fokus kepada pembaca dari kawasan mereka.  Terpulang kepada kita untuk membaca sebanyak news yang boleh dan membuat analisa yang betul.

Berikan perhatian kepada trend yang berlaku antara 6 februari hingga 9 februari, yang telah saya tandakan dalam chart dibawah,




Minggu lepas bermula dengan kejatuhan mendadak Euro berbanding dollar Amerika dan kejatuhan Euro berbanding matawang Switzerland. Matawang Swiss, CHF adalah matawang yang dianggap selamat, atau safe haven, kerana keadaan politik dan ekonominya yang stabil. Bila berlaku pergolakan di Eropah, demand kepada matawang Swiss akan meningkat.




Peristiwa di Eropah ini memberi kesan kepada matawang Dollar berbanding matawang Swiss (USDCHF). Malah demand kepada Gold juga turut meningkat.



Pada 5 February, Marine Le Pen melancarkan kempen untuk bertanding jawatan Presiden France. Seperti Trump, beliau adalah seorang yang anti-Islam, anti immigrant dan anti globalisation. Beliau berkempen akan membawa keluar France dari Kesatuan Eropah, EU.

Pilihanraya Presiden France akan diadakan pada 23 April nanti. Sekiranya tiada calon yang menang majority pada 23 April, pertandingan antara dua calon teratas akan diadakan pada 7 May.

Nasihat untuk para traders, perhatikan tarikh ini. Sekiranya Marine Le Pen menang, Euro akan jatuh dan Gold akan naik. Begitulah sebaliknya sekiranya Marine le Pen kalah.


Tarikh Pilihanraya Penting lain di Eropah.

Pilihanraya Belanda 15 March.  Geert Wilders dijangka menjadi Perdana Menteri Belanda yang baru. Beliau juga seorang yang anti-EU.

Pilihanraya Germany, September. Parti yang anti-EU akan bertanding melawan parti pemerintah yang diketuai oleh Angela Merkel.  Sekiranya parti yang anti-EU menang, kemungkinan Kesatuan Eropah berkubur adalah tinggi. Jika ini berlaku, Euro akan jatuh dan Gold akan naik.


Selamat Melabur. Risiko anda yang tanggung dan semoga mesejnya sampai.
Ahmad Sherhan Abu Samah. Penganalisa Makro.




1 comment:

  1. terima kasih tuan.banyak info yang saya baru tahu.betapa besar nya dunia pelaburan untuk newcomer seperti saya.dengan adanya penulisan seperti tuan,sy dapat menimba lebih banyak ilmu.terima kasih.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cari info FX di Blog ini :