Trading Forex dan Analisa Fundamental – Cara Mudah Memahami Polisi Central Bank.

Ringkasan Testimoni Janet Yellen
Janet Yellen, Pengerusi Central Bank Amerika, Federal Reserve, baru saja selesai membentangkan laporan “monetary policy” kepada Kongress Amerika. Ini adalah badan tertinggi penggubal undang-undang di Amerika.

Laporan monetary ini dibuat dua kali setahun. Janet Yellen akan mengadap Kongress sekali lagi pada bulan Julai nanti.

Janet Yellen jelas bersifat “Hawkish”. Perkataan ini diambil dari burung hawk, yang apabila menyerang mangsa, dia akan menyambar mangsa dan terbang naik ke atas.

Dovish pula diambil dari perkataan Dove, apabila Merpati diserang, dia akan terbang menjunam sambil mengelak pemangsa.

Jadi kita faham US Federal Reserve bersifat hawkish, bermakna interest rate akan naik dan dollar sepatutnya mengukuh. Apa yang berlaku adalah sebaliknya, terdapat aktiviti pengambilan untung dan Dollar menjadi lemah.

Ms Yellen telah berucap dua malam berturut-turut. Sebenarnya perkara-perkara penting sudah pun diberitahu pada malam pertama.

Yellen juga berkata pihak Central Bank tidak boleh membuat sebarang spekulasi tentang dasar Fiskal Presiden Donald Trump.

Kita boleh andaikan, Federal Reserve juga tertunggu-tunggu apakah bentuk perbelanjaan dan pengurangan cukai yang bakal diumumkan oleh Donald Trump pada masa terdekat ini.

Jadi, pasaran pun mengambil sikap, tunggu dan lihat. Boleh jadi juga, pasaran terhidu peristiwa lain yang kita tidak terbaca mengenainya.


Central Bank – Penjaga Ekonomi

Kegawatan ekonomi Amerika dan Dunia pada 2008 bermula dari spekulasi berlebihan dalam pemilikan rumah di Amerika. Seseorang yang tidak ada pendapatan tetap boleh membeli sehingga 5 biji rumah dengan mencagarkan rumah yang mereka beli. Akhirnya harga rumah jatuh mendadak, bank tidak dapat mengutip kembali pinjaman yang mereka beri dan berlakulah krisis.

Federal Reserve bertindak memperkenalkan “Quantitative Easing” pada November 2008. Kisah ini diringkaskan didalam gambar.




Balance Sheet Federal Reserve meningkat dari bawah $1 trillion pada 2009 menjadi hampir $3 trillion pada 2013.



Balance Sheet Central Bank dan nilai matawang.
Cara mudah untuk memahami kaitan antara polisi Central Bank dan nilai matawangnya adalah dengan melihat apa yang berlaku kepada balance sheet Central Bank. Di negara-negara maju, biasanya, apabila balance sheet membesar – nilai wang akan jatuh dan sebaliknya. Kita boleh lihat balance sheet sesuatu Negara di www.tradingeconomics.com.





Dunia sedia maklum apa yang Federal Reserve bakal lakukan. Untuk Long-term player - ia nya mudah, long dollar atau short gold dan tunggu. Untuk short-term trader, ada banyak perkara yang perlu difikirkan. Brexit dan perkembangan pilihan raya di Eropah mungkin menjadi penyebab untuk trader membeli Gold.

Sesuatu sedang berlaku di China. Ia selalu disebut tetapi seolah-olah jarang di beri perhatian. Ini mungkin satu lagi sebab untuk kita berhati-hati dan membeli Gold. saya ceritakan di lain kali.


Selamat Melabur. Risiko anda yang tanggung dan semoga mesejnya sampai.
Ahmad Sherhan Abu Samah. Penganalisa Makro.



1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cari info FX di Blog ini :