Forex dan Analisa Fundamental – Cara Mudah Trading on News. NFP dan Obamacare Repeal Act part 2

Satu perkara yang kita perlu terima bila kita trade on news ialah,sentiasa ada news yang kita tidak terbaca mengenainya. Bila kita dah baca, kita perlu faham apakah maksud news tersebut dan apakah kesannya kepada pasaran dan sentiasa ada perkara yang diluar pemahaman kita.

Memahami news ini perlukan pemahaman dan pengetahuan bagaimana politk dunia dan dunia pelaburan berfungsi. Inilah yang saya cuba bincangkan dalam semua tulisan saya.

News berkenaan dengan Dollar sentiasa terkini tetapi news berkenaan dengan Yen ,kadang-kadang keluar dalam bahasa Jepun.

Di Europe kita ada ITALEXIT pada bulan Disember yang lalu, terkini ada FREXIT dan perjanjian baru antara European Union dan Britain mengenai BREXIT sedang bermula. Terbaru, Gibraltar menjadi rebutan antara Spain dan Britain. Silalah Google jika mahu tahu lebih.Memang susah nak ikut semua news.


Sentiasa ada News yang menggerakkan dan merubah Trend Pasaran





Satu perkara yang pasti ialah, sentiasa ada news yang menggerakkan pasaran. Disini saya tandakan news tentang Dollar pada chart hourly yen dan Gold.

Pada 15 march, semua orang pasti FED akan menaikkan interest rate. Yang kebanyakan orang tersilap ialah Dollar tidak menjadi kuat selepas itu. Perkara ini saya bincangkan dalam tulisan saya disini:


Bukan Berita Merah pun boleh mengubah trend pasaran
Dua news terbaru yang merubah trend pasaran, pada 31 March dan semalam, tidak ditandakan merah dalam forex factory.

Kesimpulan
1. Berita penting diumumkan. Kalau anda faham, planlah trade anda tapi jika tidak faham news, beri dia masa 45 minit ke satu jam dan lihat arah pasaran. Trade ikut arah pasaran dan gunakanlah pengetahuan Analisa TeknikaL anda untuk merancang trade anda. Biar lambat, asal profit.

2. Bila trend berubah, carilah apakah ada news yang merubahnya. Fahamkan news tersebut dan bersedia jika ada news lain yang akan mengubah trend.

3. Bila tidak ada news tentang Dollar, news berkenaan Yen atau Euro atau Yuan/AUD/NZD dan lain-lain akan mendominasi pasaran. Oleh kerana news berkenaan currency yang bukan Dollar ini tidak mendapat liputan meluas media, traders perlu berhati-hati.


NFP dan Obamacare Repeal Act part 2

News NFP sentiasa ditunggu-tunggu setiap awal bulan. Pemerhatian saya bila ada dua news besar bertembung, kita perlu faham news mana yang lebih penting kerana Pasaran akan ikut arah news tersebut.

Pada 24 March, vote untuk Obamacare Repeal Act ini telah dibatalkan. Terbaru, ada ura-ura tetapi belum pasti, Pentadbiran Rumah Putih masih berbincang dengan ahli Kongress Amerika dan mahu mereka mengundi sebelum hujung minggu ini. Jadi news ini mungkin bertembung dengan news NFP.

Saya telah bincangkan apakah kesannya jika Obamacare Repeal Act ini diluluskan. Anda boleh bacanya disini: Traders mungkin tak boleh tidur lagi Hari Jumaat malam Sabtu nanti.



Buat Analisa Atau Gunakan EA GST Alter


Tiga akaun ini sebenarnya dipunyai oleh seorang client. Akaun ini menggunakan EA GST Alter dan saya berikan sedikit sentuhan pengurusan risiko berdasarkan pengalaman yang saya ada. Ia sesuai untuk syarikat atau individu yang mahukan pulangan yang lebih sedikit dari yang diberi oleh unit trust yang ada diluar sana.Kita boleh berbincang jika mahu.
  
Berminat? Sila register disini
https://secure.piphijaultd.com/site/registration?partner=NYUnSvhvCK

Rakan-rakan di PipHijau, jika tulisan ini berguna untuk marketing anda, sila gunakan. Tiada Masalah.

Selamat Melabur. Risiko anda yang tanggung dan semoga mesejnya sampai.
Ahmad Sherhan Abu Samah. Penganalisa Makro.




Post a Comment

0 Comments

Cari info FX di Blog ini :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...