Forex dan Fundamental: Kesan Pengeboman Amerika di Syria


Data NFP lemah tapi dollar tetap mengukuh.

Selama 22 tahun, saya belajar fundamental dengan mengkaji peristiwa dan berita-berita yang keluar. Disiplin inilah yang saya sedang terapkan kepada para pembaca saya.

Mari kita cerita tentang NFP,sebelum kita bercerita tentang Syria.
Pada 4 April saya telah menulis tentang cara mudah trading on news dan kesimpulannya ialah

“1. Berita penting diumumkan. Kalau anda faham, planlah trade anda tapi jika tidak faham news, beri dia masa 45 minit ke satu jam dan lihat arah pasaran. Trade ikut arah pasaran dan gunakanlah pengetahuan Analisa TeknikaL anda untuk merancang trade anda. Biar lambat, asal profit”

Anda boleh bacanya disini.

Bila news NFP keluar, kita dapat data yang lemah. Dollar pun jatuh tapi sekelip mata berubah arah dan dollar menjadi kuat sepanjang malam. Ada berita mengatakan terdapat ribut di Timur laut Amerika yang mengakibatkan pengambilan pekerja tergendala semasa sample untuk data NFP dibuat. Hanya Tuhan yang mengetahui sebab sebenarnya.

Berita lain yang saya tunggu, nampaknya Amerika masih belum bersedia untuk mengundi Obamacare Replacement Bill.

Trade on news ini umpama melihat permainan Ping-Pong. News yang bagus untuk dollar silih berganti dengan news yang tidak bagus. Melihatkan Kalendar forex minggu ini, peluang terbaik untuk Dollar beralih arah ialah apabila Janet Yellen berucap pada pukul 4.30 AM, pagi nanti.


Kesan Pengeboman Syria keatas Pasaran. Lihat Gold, Bond dan Dow Jones

Pagi Jumaat kita telah dikejutkan dengan berita serangan Tomahawk Amerika keatas pengkalan udara di Syria. Ini adalah berita besar dan ia memerlukan lebih dari satu jam untuk mengetahui kesannya kepada pasaran.

Seperti biasa bila terdapat news yang besar dan negative seperti ini, safe haven asset atau aset yang selamat menjadi pilihan pelabur. Gold naik mendadak.


Tetapi akhirnya tidak ada “follow through”, maknanya peningkatan Gold terbantut apabila harga Gold jatuh pada sebelah malam selepas NFP.

Bond akan menjadi pilihan pelabur institusi bila berlaku peristiwa negative yang tidak disangka-sangka. Kita lihat berlaku penjualan Bond pada malam Sabtu yang lalu.

Pasaran saham yang sedang dalam trend menurun seakan tidak memberikan sebarang reaksi. Kita boleh buat kesimpulan Bull Market pada saham akan berterusan


Post kali ini tidak bergambar kerana ada masalah, gambar yang diupload tidak keluar. Saya post kan juga kerana mesejnya penting.


Selamat Melabur. Risiko anda yang tanggung dan semoga mesejnya sampai.
Ahmad Sherhan Abu Samah. Penganalisa Makro.







Post a Comment

1 Comments

Cari info FX di Blog ini :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...