Skip to main content

Pegang 5 Kunci ini, Dunia Forex Milik Anda






👉Fokus
Kita selalu dengar nak berjaya perlu fokus. Tapi kita hanya dengar sahaja tanpa action daripada kita sendiri. Fokus pada trading, fokus pada satu teknik. Dalam bidang forex, ramai yang saya lihat mereka tidak fokus. Terlalu ghairah untuk kaya, nak cepat pandai tapi tidak fokus. Belajar terlalu banyak teknik tapi hakikatnya satu teknik pun dia tidak dikuasai. 


Kata Bruce lee “ saya tidak takut pada orang yang belajar 10 000 teknik tendangan, tapi saya takut pada yang selajar 1 tendangan dengan 10 000 kali latihan”



Percayalah, sekali anda belajar teknik baru, sekali lagi anda jadi newbie untuk teknik itu. 


👉Emosi 

Emosi antara perkara paling penting dalam trading. Ramai trader boleh tahan floating 20 usd tapi bila profit 2 usd terus take profit. Banyak perkara yang merosakkan emosi seorang trader antaranya apabila analisa yang dilakukan oleh trader tersebut tidak sama dengan analisa trader-trader lain. 


Faktor lain lemahnya emosi seorang trader ialah kerana kurangnya penguasaan terhadap sesuatu teknik, dengan kata lain, tidak tahu apa SOP teknik yang dipelajari. 



👉Pip 

Antara psikologi trader berjaya ialah keuntungan mereka tidak lagi dikira dengan banyaknya USD, tapi diukur pada bilangan pip yang berjaya dikutip.


👉Rajin Membaca


Ciri orang berjaya yang utama ialah rajin membaca. Nak berjaya dalam trading, ada jalannya. Anda lalui jalan itu dan anda akan terjumpa satu bilik, untuk masuk kebilik itu anda perlukan satu kunci, kuncinya ialah ilmu. Membaca ialah jalan utama untuk mendapatkan ilmu. Anda membaca artikel ini, insyaALLAH, sifat orang berjaya ada pada anda.


👉Sabar


Gagal itu proses, rugi itu proses, mc juga satu proses. Proses untuk berjaya. Proses ini bukan sehari atau sebulan, boleh jadi bertahun. Belajar daripada kegagalan dan kerugian, tulis sebab kerugian dan jangan ulangi lagi kesilapan itu .Pejam mata, sabar, Jalan terus.



Sabar yang penting dalam trading ialah apabila anda nak masuk position. Jangan terburu-buru masuk position hanya kerana anda melihat pergerakan pasaran sedang bergerak laju. 

Comments

Popular posts from this blog

Top 100 Team & Individu Forex Malaysia

Salam semua trader,



Hari ini penulis ingin berkongsi senarai list nama pengelola,laman web atau personel yang aktif dalam memberi nilai ilmu forex khasnya sesama trader di Malaysia.Betapa meriahnya dan banyaknya ilmu yang dikurniakan Allah kepada kita trader,namun yang sedihnya kita sering salah menyalah terutamanya satu bangsa yang dikenali sebagai "Melayu".Namun ilmu ini tidak terbanding dengan ilmu Tuhan sekalian Alam.Biar kita profit dan withdraw sama-sama.

Trader Malaysia bagus-bagus sebenarnya di bandingkan dengan trader luar.Jika kita bersatu,anak-beranak Soros pun boleh datang Malaysia belajar.In sya Allah.

Artikel ini ditulis sebagai rujukan trader untuk menimba ilmu.Ranking bukan bermaksud yang atas mengatasi di bawah atau mengatasi setiap satu,ianya hanya senarai terpilih hasil pemerhatian telus pihak kami.

Senarai di bawah telah ditapis,dan menepati syarat utama iaitu:


Tidak ScamBukan individu mengelola Skim Cepat Kaya.
Penulis berharap,ianya telus dan pihak kami tidak…

Kisah Penipuan Aeon dan Sen Heng

Salam Ramadhan buat semua, Hari ini penulis ingin share betapa kayanya syarikat yang sudah banyak kali menipu mangsa-mangsa tanpa disedari pihak berkuasa dan modus operandi mereka sangat licik hingga mengaut keuntungan beratus juta RM.
Sehinggalah luahan sahabat FB menceritakan kisah "Untold" story penipuan Aeon Credit  dan "Seng Heng"  (Senheng) dimana kedua-duanya "sam SENG" .



AEON 2016 ANNUAL REPORT
(Baru sahaja di padam dari laman Google)
Admin sempat download buat tatapan dan bukti keuntungan "RIBA'" Syarikat AEON buat tatapan pembaca pembaca.



































Kisah hari ini, balik kampung jumpa parents. Abah mengeluh bila akaun BSN miliknya, hasil menjadi guru kafa bertahun-tahun tiba-tiba saja kosong. Padahal, dia tidak pernah mengeluarkan duit dari akaun tersebut. Kerana itulah simpanannya untuk pergi haji dan umrah. 
Bila ditanya pada BSN, rupa-rupanya dipotong oleh Aeon Credit secara auto debit. 
Kisahnya bermula bila abah membeli motosi

Senarai 100 forex trader dan broker dalam Pemantauan Bank negara Malaysia

Salam,

Seperti biasa,tugas kami memberikan artikel yang straight to the point.
Tak pandai nak karang cerita macam thevocket.com.
Artikel ini membuatkan penulis hilang 100 rakan scam,namun demi menjaga maslahat orang awam,kaedah begini menjadi keutamaan.
Kita ni orang kampung , yang hidup lebih gemar berterus terang mempertahankan hak yang teraniaya dan menolak kebatilan.

Pihak Piphijau tidak menyentuh dosa pahala peribadi individu atau owner broker di bawah.
Sekadar nasihat sesama supaya berhati-hati dalam dunia penipuan "online".
Sedangkan Pengetua Maahad Tahfiz kena auta pelaburan Forex.Inikan pula kita.



*Dalam Pemantauan BNM tidak semestinya broker atau laman web tersenarai bersalah. Mana-mana individu yang terlibat dengan bidang forex ,100% risiko ditanggung sendiri.Melainkan aduan "Terbukti" kes-kes penipuan berimpak tinggi,turun naik mahkamah yang disenarai BNM disini .

Tugas team kami Piphijau membantu konsultansi & menasihati anda bidang pelaburan Teknikal Anali…