Pages

Dollar dan Gold: Update Healthcare 3 – gagal Lagi dan Kesannya pada Trade Agreement dan Tax Reform August nanti


“Kekuatan Dollar dan kelemahan Gold ini mungkin berterusan atau bertukar arah malam nanti bergantung kepada undian nanti. Kalau anda ada position, lebih baik anda jangan tidur.”

Malangnya, saya sendiri pun tertidur. Anda boleh bacanya disini



Sebelum Subuh tadi usul untuk memansuhkan Obamacare tanpa menggantikannya dengan yang baru tidak diluluskan. Undian ini pernah dibuat dan lulus pada 2015 tetapi telah ditolak oleh Presiden Obama.

Kali ini ada 6 senator dari Republican yang mengundi Ya pada 2015 tapi mengundi  Tidak pada kali ini. Laporan media sebelum ini memang tepat sekali.

Sekarang kita berdepan dengan versi “sedikit pembetulan kepada Obamacare”. Proses ini boleh berlarutan hingga ke hujung minggu.

Ahli ekonomi belum sempat membuat anggaran berapakah wang yang boleh dijimatkan oleh Kerajaan.

Dan sekarang Dollar kembali lemah dan harga Gold melonjak. Trend ini dijangka berlarutan sehingga kita faham versi healthcare yang sedang dibincangkan oleh  penggubal undang-undang di Amerika.


Trade Agreement
Trump sedang mencari jalan menjimatkan wang untuk  Perbelanjaan Infrastrukturnya nanti.

Selepas Healthcare, tumpuan akan diberikan kepada Trade Agreement seperti NAFTA – satu perjanjian antara Amerika dan jirannya Canada dan Mexico. USDCAD dijangka memihak kepada dollar bila mereka bercakap tentang perjanjian ini nanti.

Amerika akan mencari jalan mengurangkan trade deficitnya melalui perjanjian ini nanti.

Satu lagi yang sedang dinanti pasaran - “Tax reform”. Ada dua perkara penting disini, menggalakkan syarikat membawa pulang Dollar yang disimpan di luar Amerika. Bila ini berlaku, Dollar akan mengukuh.


Pesanan untuk Trader Indeks
Satu lagi ialah tentang “import levy”. Barangan Amerika yang diexport akan dikecualikan cukai manakala barangan import akan dikenakan levy. Trump mahu Amerika menjadi Negara Pengilang kembali

Ini pasti memberi kesan kepada Trade atau perdagangan antarabangsa.

Pasaran saham masih memberi tumpuan kepada laporan earnings dan terbaru result yang baik dari Boeing telah melonjakkan pasaran.  

Akan sampai masa pasaran saham juga akan memerhatikan Dasar Amerika dan perdagangan antarabangsa.


FOMC
Apa yang diumumkan oleh FED semalam sudah pun dijangka oleh pasaran.  Strategi penurunan saiz balance sheet juga telah diberitahu semasa testimony Yellen baru-baru ini.

Beliau membayangkan akan menurunkan saiz balance sheet FED sebanyak $1.8 trillion dan mungkin mengambil masa selama 5 tahun. Ini satu langkah yang perlahan. (dovish). Dollar menjadi lemah dan Gold menjadi kuat selepas testimony Yellen ini.

Yang peliknya untuk Penganalisa Fundamental, walaupun semalam news yang sama berulang kembali, pasaran masih memberikan reaksi. Sebab itulah sesetengah orang duduk tepi semasa news dan hanya trade selepas news.


Coaching Inter-Market dan Analisa News
Trading memang tidak mudah, samada secara Teknikal atau Fundamental. Tapi yang pasti, News lah yang menggerakkan pasaran.

Mahu buat analisa seperti diatas? Sesiapa yang berminat boleh PM atau email saya.


Buat Analisa atau Gunakan Robot untuk Trade.
Berminat? Sila register
http://bit.ly/2ogtk8O

Untuk anda yang tidak sukakan volatility yang tinggi, hubungi saya.

Selamat Melabur. Risiko anda yang tanggung dan semoga mesejnya sampai.
Ahmad Sherhan Abu Samah. Penganalisa Makro.
0107874341

ahmadsherhanabusamah@gmail.com

Ahmad Sherhan Abu Samah

Team Penulis Piphijau 2008-2017