Pages

Dollar dan Gold – 1274 pecah seperti dijangka. Kemana selepas ini?

Trading range untuk Daytrade Gold ketika ini


Ini trading range Gold pada pagi ini. Saya akan cuba beli pada paras support dan jual pada paras resistance dan kita faham trend menaik Gold ini masih belum menunjukkan tanda-tanda ia sudah lemah. Kemungkinan ia akan cuba mengetuk paras tertinggi yang terdekat pada 1281.


Analisa Jangka Panjang - Teknikal


Kita tahu, ada banyak selling order pada paras 1280 hingga1297 sebab ada banyak bearish candle disini.

Kita juga ada pattern Quasimodo, tidak berapa cantik tapi ada, Kita perlu berhati-hati pada paras 1297.

Pada 14 Jun, kita ada pattern fail to return yang membuat paras tertinggi pada 1281. Dari segi analisa teknikalnya, kita sudah boleh berfikir untuk menjual pada paras antara 1283 ke 1297.

Semua analisa ini saya belajar dari Cikgu Mansor Sapari. Beliau sekarang bersama Harvest-Markets. Saya sekarang daytrade menggunakan teknik Supply and Demand yang beliau ajar.

Cuma saya gandingkan dengan analisa fundamental yang sudah sebati dengan saya selama 20 tahun. Maksudnya, susah untuk saya menjadi seorang trader yang bergantung kepada analisa teknikal sahaja.

Sudah tentu,untuk pasaran berubah arah, kita perlukan News.

Analisa Fundamental

Perang Nuklear Korea Utara – Gold Menaik
Ada dua news fundamental yang bertentangan arah sekarang ini. Untuk short-term, kita ada kebimbangan tentang perang Nuklear Korea Utara, inilah sumber kekuatan trend menaik Gold. Belum Nampak tanda-tanda trend ini akan melemah.

Untuk trend short-term, malam ini dan malam esok kita ada data berkenaan inflasi dan apa-apapun boleh berlaku.


Central Bank – Reduce Balance Sheet – Gold Merudum

Untuk long-term, Central Bank, FED dan ECB dijangka akan menurnkan saiz balance sheet mereka.

FOMC meeting akan berlangsung pada 19 dan 20 September. Mereka telah memberikan tanda yang mereka akan menurnkan saiz balance sheet Central Bank.


Federal Reserve telah meningkatkan saiz balance sheetnya pada 2008 ketika krisis ekonomi melanda Amerika. Kesannya, dollar menjadi susut nilai dan pelabur memilih untuk memegang Gold.

Sekarang perkara sebaliknya dijangka berlaku. Masih ada lebih sebulan sementara menunggu FOMC ini.

Untuk makluman, correlation atau kaitan Gold dan Central Bank ini hilang pada 2012 keatas, ini mungkin disebabkan oleh betapa rendahnya inflasi.




Money-Management
Saya boleh berlaga lutut untuk sesiapa yang mahu belajar lebih mendalam teknik ini.
Untuk money-management – trading akaun leverage 500:1, masuk lot 0.01 untuk setiap $100 USD. Boleh faham kan? Jika kita salah, gold bergerak 10 point, kita baru rugi 10 dollar sahaja, kita masih boleh bertenang untuk plan trade yang seterusnya.


Coaching Inter-Market, Analisa News dan Day Trading
Trading memang tidak mudah, samada secara Teknikal atau Fundamental. Tapi yang pasti, News lah yang menggerakkan pasaran.

Mahu buat analisa seperti diatas? Sesiapa yang berminat boleh PM atau email saya.


Buat Analisa atau Gunakan Robot untuk Trade.
Berminat? Sila register

Untuk anda yang tidak sukakan volatility yang tinggi, hubungi saya. Saya tahu money management yang sesuai untuk anda.


Selamat Melabur. Risiko anda yang tanggung dan semoga mesejnya sampai.
Ahmad Sherhan Abu Samah. Penganalisa Makro.
0107874341
ahmadsherhanabusamah@gmail.com








Ahmad Sherhan Abu Samah

Team Penulis Piphijau 2008-2017