Pages

Dollar dan Gold – Ancaman Perang Nuklear Korea Utara ubah Trend Gold

Perlu ada news untuk merubah arah pasaran. Kita dapat data yang kuat pada Jumaat lepas dan dollar menjadi kuat serta Gold jatuh merudum. Kemudian pasaran Gold bergerak secara sideways dan mula menaik sehingga ke paras 1265 sebelum jatuh secara mendadak sehingga keparas 1251.



Kemudian kita bangun tidur, Gold kembali berada pada paras 1260. Rupanya ada news kemungkinan perang Nuklear Korea Utara. Samada kita percaya news ini tidaklah penting, ianya mungkin mainan politik Donald Trump sahaja tetapi pasaran mengambil serius perkara ini.

Kita perlu tandakan news ini dalam chart kita, sebab perlu ada news untuk merubah arah pasaran. Maksudnya, trend Gold sekarang adalah menaik.


Daytrading Gold dan perang Nuklear

Semasa artikel ini ditulis, resistance berada pada paras 1265.2. Resistance in telah pecah. Walaupun kita daytrade, seeloknya kita ambil trade ikut arah news. Kita buy on dip and cuba jual pada paras resistance. 

Dimana hendak dibeli bergantung kepada pergerakan Candle, atau apa yang dilukis oleh pasaran.


Saya rasa news perang Nuklear Korea Utara ini mampu memecahkan paras resistance 1274. Sebelum itu, ada bearish candle yang besar merah itu, resistance pada paras 1268.5.

Semasa artikel ini ditulis, saya akan cuba trade range 1264 ke 1268.5.


Inter-Market Analisis



Kita dapat lihat kesan ancaman perang Nuklear ini pada Dow Jones (stock) dan kepada Yen. Untuk Yen, saya akan menunggu pada paras 109.2.


Money-Management
Saya boleh berlaga lutut untuk sesiapa yang mahu belajar lebih mendalam teknik ini.
Untuk money-management – trading akaun leverage 500:1, masuk lot 0.01 untuk setiap $100 USD. Boleh faham kan? Jika kita salah, gold bergerak 10 point, kita baru rugi 10 dollar sahaja, kita masih boleh bertenang untuk plan trade yang seterusnya.


Coaching Inter-Market, Analisa News dan Day Trading
Trading memang tidak mudah, samada secara Teknikal atau Fundamental. Tapi yang pasti, News lah yang menggerakkan pasaran.

Mahu buat analisa seperti diatas? Sesiapa yang berminat boleh PM atau email saya.


Buat Analisa atau Gunakan Robot untuk Trade.
Berminat? Sila register


Untuk anda yang tidak sukakan volatility yang tinggi, hubungi saya. Saya tahu money management yang sesuai untuk anda.

Selamat Melabur. Risiko anda yang tanggung dan semoga mesejnya sampai.
Ahmad Sherhan Abu Samah. Penganalisa Makro.
0107874341
ahmadsherhanabusamah@gmail.com












Ahmad Sherhan Abu Samah

Team Penulis Piphijau 2008-2017