Pages

Dollar dan Gold – Lambat Lagi News Data Inflasi di hujung minggu dan Kurangkan Risiko dengan Daytrading

Salam Bahagia. Data Non Farm payroll yang sangat kuat menyebabkan Dollar menjadi kuat dan Gold jatuh merudum.

Kita semua tahu, perlu ada news untuk tukar arah trend. Data ekonomi berkenaan dengan inflasi hanya akan keluar pada hari Khamis, PPI, Producer Price Index dan CPI, Consumer Price Index pada hari  Jumaat.

Data Pekerjaan yang kuat menyokong pendapat yang Central Bank akan menaikkan interest rate. Next meeting pada 19 dan 20 September, lambat lagi.

News berkenaan politik boleh merubah arah Dollar dan Gold bila-bila masa sahaja.

Sementara menunggu news – ini adalah masa yang sesuai untuk kita buat short-term trading.


GOLD M15

Perhatikan, Gold bergerak antara 1255 ke 1260. Ketika ini Gold sedang test 1261, yang jika lepas, saya jangka Gold akan bergerak antara 1260 hingga 1264.

Untuk Daytrade – strategi nya ialah jual ketika menghampiri resistance dan beli balik ketika menghampiri support atau pun agak-agak sudah untung, boleh lah tutup position.

Saat ini, kita boleh jual, letakkan Stop Loss pada paras 1261, ataupun saya lebih suka letak Buy Stop, yang penting kita dah lock potential losses kita.

Ubah strategi bila Gold membuat trading range yang baru, umpamanya jika Gold membuat kenaikkan keparas 1264 atau lebih.

GOLD M15 - Bigger Picture


Disebelah bawah kita boleh lihat ada trading range antara 1248/1250 hingga 1254. Jadi disebelah bawah saya letakkan Sell Stop pada paras 1254. Strategi ini memang berkesan bila tiada news – maknanya price tidak akan bergerak dengan laju secara tiba-tiba. Jadi kita masih kena perhatikan news berkaitan politik dan Donald Trump.

Sebenarnya ada perkara lebih mendalam lagi berkenaan DayTrading ini tetapi tidak dapat diceritakan disini. Saya gunakan M1, M5 dan M15 secara berterusan dalam membuat keputusan.

Dengan daytrading – kita tidak akan ada open position yang membolehkan kita terdedah kepada news yang mungkin berlawanan arah dengan trade kita.


Money-Management
Saya boleh berlaga lutut untuk sesiapa yang mahu belajar lebih mendalam teknik ini.
Untuk money-management – trading akaun leverage 500:1, masuk lot 0.01 untuk setiap $100 USD. Boleh faham kan? Untuk $1000USD, kali sepuluh lah, iaitu 0.10. Jika kita salah, gold bergerak 10 point, kita baru rugi 10 dollar sahaja, kita masih boleh bertenang untuk plan trade yang seterusnya.


Coaching Inter-Market, Analisa News dan Day Trading
Trading memang tidak mudah, samada secara Teknikal atau Fundamental. Tapi yang pasti, News lah yang menggerakkan pasaran.

Mahu buat analisa seperti diatas? Sesiapa yang berminat boleh PM atau email saya.


Buat Analisa atau Gunakan Robot untuk Trade.
Berminat? Sila register


Untuk anda yang tidak sukakan volatility yang tinggi, hubungi saya. Saya tahu money management yang sesuai untuk anda.

Selamat Melabur. Risiko anda yang tanggung dan semoga mesejnya sampai.
Ahmad Sherhan Abu Samah. Penganalisa Makro.
0107874341
ahmadsherhanabusamah@gmail.com



Ahmad Sherhan Abu Samah

Team Penulis Piphijau 2008-2017