Pages

Dollar dan Gold – Masalah di Rumah Putih adalah Trump sendiri.

Ada dua sebab mengapa investor membeli Gold, untuk melindungi nilai semasa inflasi yang tinggi dan untuk melindungi nilai semasa krisis.


Jumaat lepas menyaksikan Gold naik mendadak, dan harga kemudiannya turun selepas berita Chief Strategist White House Steve Bannon dipecat.



Ekonomi dan inflasi membayangkan harga Gold akan turun. Kita kupas isu ini ditulisan akan datang. Sekartang kita sedang menghadapi krisis “leadership” di Rumah Putih.



White House sedang mengalami “Staff turnover”  yang sangat tinggi.

Pada 13 February, Michael Flynn, National Security Adviser telah meletak jawatan kerana menipu Vice Presiden Amerika, Pence tentang perbualannya dengan Duta Russia sebelum trump memegang jawatan Presiden.

Kemudian “Communication Director” Dubke dan Scaramucci berhenti dari jawatan ini.

Steve Bannon yang baru dipecat ini dikatakan bertelingkah dengan National Economic Adviser, Gary Cohn. Juga dikatakan, Gary Cohn hampir melepaskan jawatannya.

Semua hura hara ini akhirnya berpunca dari satu orang, Donald Trump sendiri. Beliau dilihat gagal dalam menangani isu “White Supremacist” di Virgina dan boleh didakwa oleh Kongress Amerika kerana gagal menjalankan tugas sebagai Presiden.

Sekarangpun siasatan terhadap hubungan Russia dengan Trump sedang dijalankan dan beliau boleh dipanggil bila-bila masa untuk memberi keterangan.

Saya tidak pasti, bilakah kemelut politik Amerika ini akan berakhir.

Worst Case Scenario – Trump digugurkan
Dow Jones Support Level Daily Chart





Dow Jones Support Level jika Trump didakwa gagal sebagai Presiden




Pasaran sedang menunjukkan undi tidak percaya kepada Trump. Saya rasa pasaran akan menyambut baik sekiranya Trump digugurkan. Tetapi pasaran akan menjadi “volatile” sementara itu terjadi.


Kemanakah Arah Gold jika Trump didakwa?



Saya sharekan kembali chart ini ditulisan yang lepas. Pasaran sudah pun menguji paras 1300 dan saya rasa pasaran akan menguji lagi paras ini,

Tetapi buat masa ini, newsnya adalah White House Chief Strategist dipecat dan Gold menyambut baik news ini. Ikutlah arah news ini.

Ingat, untuk pasaran berubah arah, kita perlukan News.


Money-Management
Saya boleh berlaga lutut untuk sesiapa yang mahu belajar lebih mendalam teknik ini.
Untuk money-management – trading akaun leverage 500:1, masuk lot 0.01 untuk setiap $100 USD. Boleh faham kan? Jika kita salah, gold bergerak 10 point, kita baru rugi 10 dollar sahaja, kita masih boleh bertenang untuk plan trade yang seterusnya.


Coaching Inter-Market, Analisa News dan Day Trading
Trading memang tidak mudah, samada secara Teknikal atau Fundamental. Tapi yang pasti, News lah yang menggerakkan pasaran.

Mahu buat analisa seperti diatas? Sesiapa yang berminat, fees saya RM500.


Buat Analisa atau Gunakan Robot untuk Trade.
Berminat? Sila register

Untuk anda yang tidak sukakan volatility yang tinggi, hubungi saya. Saya tahu money management yang sesuai untuk anda.


Selamat Melabur. Risiko anda yang tanggung dan semoga mesejnya sampai.
Ahmad Sherhan Abu Samah. Penganalisa Makro.
0107874341
ahmadsherhanabusamah@gmail.com









Ahmad Sherhan Abu Samah

Team Penulis Piphijau 2008-2017