Pages

Dollar dan Gold – Politik masih menghantui dollar dan sumber kekuatan Gold. Fundamental boleh membantu trade teknikal analisis anda.

Satu waktu dulu rasa macam susah EURUSD hendak capai 1.13, tetapi sekarang EURUSD sedang menghampiri 1.20. ECB tidak sukakan Euro yang terlalu kuat, tetapi sekarang ialah kisah Dollar yang lemah, kesan perkembangan politik Amerika terkini.


Ini adalah chart Dollar dan Gold. Perhatikan sekitar November 2016, Selepas Trump menang, beliau berjanji akan menurunkan cukai dan meningkatkan perbelanjaan kerajaan guna untuk meningkat ekonomi Amerika.

Di Amerika, Presiden tidak mempunyai kuasa mutlak. Ada dua badan perundangan tertinggi yang sentiasa memantau keadaan di Amerika, Senate dan House of Representatives.

Terdapat seratus kerusi Senate, pilihanraya diadakan setiap  dua tahun sekali dimana hanya 1 pertiga kerusi ahlinya akan dipertandingkan. Bermakna mereka berkhidmat selama enam tahun. Di Senate, Republican (parti Presiden) mempunyai 52 kerusi, Democrat 46 dan bebas 2 kerusi.

Manakala 435 kerusi House of Representative akan dipertandingkan setiap dua tahun. Republican mempunyai 240 kerusi, Democrat 194 dan bebas 1 kerusi.

Undang-undang Amerika digubal supaya tidak ada seorang pun yang mempunyai kuasa mutlak kepada segalanya.

Bila menggubal undang-undang, politik Amerika seboleh-bolehnya mahukan keputusan yang bipartisan – maksudnya dipersetujui oleh kedua-dua pihak, dan sebab itulah undang-undang baru health care telah gagal walaupun Republican menguasai kerusi Senate.

Mereka rasa cara ini dapat memberikan yang terbaik untuk rakyat Amerika dan saya fikir inilah sebab sebenar kekuatan ekonomi Amerika dan memberi "value" atau nilai kepada dollar sebagai matawang utama dunia.


Politik Amerika

Sejak March yang lalu, siasatan berkenaan campur tangan Russia dalam pemilihan Presiden Amerika telah mendapat perhatian. Dikatakan Trump boleh didakwa dan digantikan oleh Vice Presidennya.

Terbaru tadi, Suruhan Jaya Khas ditubuhkan untuk menyiasat urus niaga Trump dengan Russia, kemungkinan “money-laundering” disebalik urusniaga tersebut.

Kegagalan”Trumpcare” dan sekatan ekonomi terbaru yang diluluskan oleh Kongress Amerika menunjukkan ahli politik Amerika tidak semestinya bersetuju dengan apa yang Trump hendak lakukan.

Sebab itulah Dollar menjadi lemah dan Gold menjadi kuat, tidak seperti semasa Trump menang tahun lepas.


Gajah sama Gajah Berperang – trade agreement dengan China

Malam nanti Trump dijangka mengumumkan perubahan dasar perdagangan dengan China. Jika dasar ini terlalu memihak kepada Amerika dan merugikan China, sudah pasti ada tindak balas dari China. Kita pelanduk ini akan merana sama.


Payroll
Thomson Reuters melaporkan, ekonomi dijangka menambah sebanyak 183000 pekerjaan dan unemployment rate berkurang sebanyak 4.3% dari 4.4%

Perhatian lebih kepada kenaikkan gaji, yang dijangka sebanyak 0.3%. Data-data ekonomi sebelum ini menunjukkan kenaikan gaji tidak akan setinggi mana.

Apapun trade yang kita pilih, tema utama Politik ini perlu diberi perhatian.


Central Bank dan Indeks

Bulan September nanti, Federal Reserve dan ECB dijangka akan menurunkan saiz balance sheet masing-masing.


Lihat chart dan fikirlah sendiri kesannya kepada indeks nanti.

Kesimpulannya

Kita masih belum tahu apakah kesudahan nasib Trump nanti. Bula September nanti, undng-undang berkenaan Tax dan perbelanjaan infrastruktur akan dibincangkan. itu mungkin boleh merubah arah Dollar dan Gold.Buat masa ini kita perlu tunggu.


Update healthcare 4
Senate sepatutnya sudah bercuti rehat tetapi sidang Senate dilanjutkan sehinga 11 August. Munkin akan ada kejutan tentang healthcare nanti.


Coaching Inter-Market dan Analisa News
Trading memang tidak mudah, samada secara Teknikal atau Fundamental. Tapi yang pasti, News lah yang menggerakkan pasaran.

Mahu buat analisa seperti diatas? Sesiapa yang berminat boleh PM atau email saya.


Buat Analisa atau Gunakan Robot untuk Trade.
Berminat? Sila register

Untuk anda yang tidak sukakan volatility yang tinggi, hubungi saya. Saya tahu money management yang sesuai untuk anda.

Selamat Melabur. Risiko anda yang tanggung dan semoga mesejnya sampai.
Ahmad Sherhan Abu Samah. Penganalisa Makro.
0107874341
ahmadsherhanabusamah@gmail.com





Ahmad Sherhan Abu Samah

Team Penulis Piphijau 2008-2017