Dollar dan Gold – Russia dan China kacau Trend Menaik Gold. Fahami Polisi Luar Amerika

News yang tidak ada didalam forex factory memang selalu memberi masalah kepada perancangan trade kita. Hari Jumaat yang lepas, pukul 8.30 malam kita dapat inflasi yang lemah, maka Gold pun melonjak.

Saya pun membuat trade saya selepas news. Saya long Gold. Pukul 9.15, trade saya dah terkena Stop Loss.  Gold jatuh keparas 1281, paras resistance yang saya sebutkan dalm tulisan saya yang lepas.

Selepas ini kalau Gold jatuh merudum lagi, dia boleh pergi keparas 1278 pula. Spike atas bawah inilah yang menyusahkan kita sebagai traders.


Sentiasa ada news yang merubah pasaran, samada kita terbaca mengenainya ataupun tidak. Kalau kita faham, mengapa trend berubah, kita akan trade dengan lebih yakin. Lebih baik kita cari news apa yang merubah pasaran ini.



Sekitar pukul 9 malam, ada news berkenaan Russia dan China sentiasa cuba untuk menyelesaikan krisis North Korea. Sekiranya, berlaku perdamaian antara North Korea dan Amerika, maka harga Gold akan jatuh menjunam.

Pemahaman saya berkenaan politk Amerika, saya tidak nampak perkara ini akan berlaku dalam masa terdekat, tapi kita kena sentiasa berhati-hati.


Memahami Polisi Luar Amerika (Foreign Policy)
Ada dua perkara utama politik Amerika yang penting kepada rakyatnya, sekurang-kurangnya di mata ahli politik Amerika, isu pekerjaan dan isu foreign policy.

Bila Negara terancam dari sudut ketenteraan, ia dapat meraih sokongan kepada Pemimpin. Ia juga memberi sebab yang baik untuk menaikkan budget ketenteraan.

Saya memang sentiasa mengikuti politik luar Amerika. Sekiranya Clinton menang, boleh dijangka polisi luar Amerika akan tertumpu kepada Russia.

Cuba para pembaca renungkan sebentar – setelah bertahun-tahun berperang dengan AlQaeda, tiba-tiba Amerika ada musuh baru, ISIS. Dan sekarang, berita-berita mengenai ISIS ini tidak berapa menjadi headlines.

Amerika, dibawah Trump, sudah ada musuh baru, North Korea.

Isu North Korea ini tidak boleh berakhir dengan begitu cepat. Trump masih ada tiga tahun lagi sebagai Presiden.

Samada akan berlaku perang, ianya bukan keputusan Presiden seorang. Senate dan House of Representative, dua badan tertinggi undang-undang Amerika akan sentiasa memantau apa yang Presiden buat.

Sekarang ini pun Presiden sedang disiasat tentang kegiatan businessnya di Russia yang mungkin melanggar akta money laundering.

Saya berpendapat, isu North Korea hanyalah mainan politik Presiden Amerika. Tapia pa yang saya fikir tidaklah penting. Pasaran memberi reaksi ayng perkara ini akan menjadi lebih serius. Harga gold naik sejak Trump bercerita tentang North Korea. Ikutlah trend ini.


Daytrading Gold – Perhatikan paras 1292



Jumaat malam Sabtu berakhir dengan Gold kembali menguji paras 1292, Kita Nampak support pada paras 1285, 1283 dan paras 1281. Saya fikir, kemungkinan untuk Gold melepasi paras 1292 itu agak tinggi juga.

Ada banyak level Horizontal Support dan Resistance yang menarik perhatian saya , tak dapat dilukis disini. Kita boleh berjumpa dan berbincang. 

Ingat, untuk pasaran berubah arah, kita perlukan News. Pasaran masih lagi risaukan ancaman perang Nuklear Korea Utara.


Money-Management
Saya boleh berlaga lutut untuk sesiapa yang mahu belajar lebih mendalam teknik ini.
Untuk money-management – trading akaun leverage 500:1, masuk lot 0.01 untuk setiap $100 USD. Boleh faham kan? Jika kita salah, gold bergerak 10 point, kita baru rugi 10 dollar sahaja, kita masih boleh bertenang untuk plan trade yang seterusnya.


Coaching Inter-Market, Analisa News dan Day Trading
Trading memang tidak mudah, samada secara Teknikal atau Fundamental. Tapi yang pasti, News lah yang menggerakkan pasaran.

Mahu buat analisa seperti diatas? Sesiapa yang berminat boleh PM atau email saya.


Buat Analisa atau Gunakan Robot untuk Trade.
Berminat? Sila register

Untuk anda yang tidak sukakan volatility yang tinggi, hubungi saya. Saya tahu money management yang sesuai untuk anda.


Selamat Melabur. Risiko anda yang tanggung dan semoga mesejnya sampai.
Ahmad Sherhan Abu Samah. Penganalisa Makro.
0107874341
ahmadsherhanabusamah@gmail.com






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cari info FX di Blog ini :