Bank of England tewaskan North Korea. Tumpuan Pasaran kepada Central Bank




Kita dapat Risk On Rally dari awal hingga ke penghujung minggu. Pada 7 September, ECB meramalkan ekonomi Eropah akan berkembang baik.

Minggu lepas, 14 September, Bank of England telah memberi amaran bahawa interest ratenya akan naik dengan lebih cepat dari yang dijangka untuk mengawal inflasi.


Ekonomi yang baik dan interest rate yang lebih tinggi akan memberi kesan kepada pasaran Bon. Nilai Bon akan jatuh bila interest rate naik. (Kita gunakan Yield dalam photo. Harga yang jatuh, Yield akan meningkat – dan memberi gambaran interest rate akan meningkat)


Saya jangkakan trend ini akan berterusan sehinggalah kepada FOMC meeting pada 21 September nanti. Apakah FED akan memberi komen yang “hawkish” seperti ECB dan BOE.

Perlu diingat,Amerika baru ditimpa dua Hurricane yang ganas, Harvey dan Irma. Harvey sahaja mengakibatkan kerosakan kepada 1.18 juta property bernilai $179 billion. Ramai dijangkan akan tidak membayar loan rumah mereka pada bulan-bulan akan datang.

Saya berpendapat FOMC akan mengambil sikap tunggu dan lihat, bermakna Dollar akan weak dan Gold akan Jatuh

Apapun pengumuman FED, sama-sama kita tunggu. Ianya satu pilihan yang sukar.






ECB dan “Flight to safety”

ECB
Lain yang kita tunggu, lain yang kita dapat. Semalam ECB seperti yang dijangka, tidak mengumumkan rancangan mengecilkan saiz balance sheetnya. Pelan itu mungkin diumumkan pada bulan Oktober nanti.

Bila ECB memperkenalkan “stimulus”, saiz balance sheetnya membesar dan Euro menjadi lemah, ditunjukkan oleh gambar dibawah.



Euro sepatutnya menjadi lemah berikutan penangguhan ini, seperti yang terjadi pada malam Sabtu minggu lepas bila Bloomberg melaporkan tentang penangguhan ini.

Tetapi Pasaran menumpukan perhatian kepada laporan ECB yang ekonomi Eropah dijangka akan berkembang dengan lebih baik lagi. Atas sebab ini, Euro menjadi kuat dan Gold pun mengikut Euro.

Sebab itu dari segi trading, adalah lebih “low risk” untuk tunggu news itu keluar dahulu dan lihat bagaimana reaksi pasaran terhadap news tersebut.
  
Flight to safety



Baru-baru ini saya menulis tentang support 10 year Treasury Yield yang dijangka kuat di paras 2.10. Saya ternyata salah.

Paras itu telah pecah, dan sedang menuju ke paras Psikologi 2%. Jika paras ini tidak bertahan, kemungkinan akan berlaku jualan besar-besaran pada pasaran saham.
  
Perkembangan Terkini Amerika
Ada beberapa isu besar di Amerika sekarang ini.

Debt Ceiling
Perkara yang terdekat ialah berkenaan dengan debt ceiling. Di Amerika, Presiden tidak mempunyai kuasa untuk berbelanja besar sesuka hati, Semuanya dipantau oleh dua badan perundangan tertinggi di Amerika iaitu Senate dan House of Representative. (sila google)

Kadar pinjaman Kerajaan sudah sampai ke limit yang maksimum dan kelulusan dari Senate dan House diperlukan. Dasar ini dijangka diluluskan sebelum minggu ini berakhir.

Pengganti Janet dan FED

Semalam  Federal Reserve Vice Chairman Stanley Fischer telah meletak jawatan. Kontraknya sepatutnya tamat pada June 2018.

Presiden Trump perlu mencari pengganti beliau dan orang baru untuk menggantikan Janet Yellen.

Selagi Trump tidak mengumumkan siapakah Chairman Federal Reserve yang baru, pasaran menjadi tidak menentu.

Russiagate
Terdapat Grand Jury atau suruhan jaya khas yang menyiasat kiatan Russia dengan Pilihanraya Presiden 2016.

Peguam Trump mengjangkakan kes ini akan selesai sebelum hujung tahun. Bila-bila masa Presiden Trump boleh dipanggil.

Sementara itu, malam nanti, Donald Trump Jr memberi keterangan kepada jawatan kuasa Senate yang menjalankan siasatan mereka sendiri.

Dengan perkara-perkara berbangkit yang disebutkan diatas, adalah mudah untuk kita faham mengapa Gold boleh pergi keparas 1380 atau 1400

Ingat, untuk pasaran berubah arah, kita perlukan News

Coaching Inter-Market, Analisa News dan Day Trading
Trading memang tidak mudah, samada secara Teknikal atau Fundamental. Tapi yang pasti, News lah yang menggerakkan pasaran.

Mahu buat analisa seperti diatas? Sesiapa yang berminat, fees saya RM500.

Saya juga boleh menjadi speaker anda kepada sesiapa yang memerlukan. Kita boleh berbincang.

Buat Analisa untuk Trade.
Berminat? Sila register
http://bit.ly/2ogtk8O

Untuk anda yang tidak sukakan volatility yang tinggi, hubungi saya. Saya tahu money management yang sesuai untuk anda.
  
Selamat Melabur. Risiko anda yang tanggung dan semoga mesejnya sampai.
Ahmad Sherhan Abu Samah. Penganalisa Makro.






Peristiwa Penting September – ECB dan FOMC. Perhatikan German vs US Yield.

Pada bulan Julai, Bank for international Settlement, (BIS) Bank Pusat kepada semua Bank Pusat sedunia telah mencadangkan supaya Central Banker Utama dunia mula mengecilkan Balance sheet masing-masing. Kesannya kepada pasaran kewangan dunia telah saya bincangkan dalam tulisan yang lepas.

Akan tetapi banyak telah berubah. Terbaru, politik yang kucar-kacir di Amerika mengakibatkan dasar ekonomi Amerika yang” pro growth” mungkin tertangguh. Maknanya, cadangan BIS mungkin tidak dapat dilaksanakan dalam masa terdekat.

Kita akan tahu bila ECB dan FOMC mengumumkan hala tuju dasar monetary masing-masing pada 7 dan 20 September nanti.
  


EU, ECB dan German Bond Yield



Beberapa minggu kebelakangan ini, ECB disebut bakal mengumumkan dasar mengecilkan balance sheetnya. Kesannya ialah serupa seperti “tightening” atau seperti menaikkan interest rate, EU akan menjadi kuat dan nilai German Bond akan jatuh. Bila price jatuh, Yieldnya akan menaik.

Pada 7 September nanti – sekiranya ECB mengambil sikap berdiam diri atau menangguhkan pengumuman dasar mengecilkan balance sheet nya, besar kemungkinan German Bond yield akan jatuh ke paras 0.15% dan EURUSD akan jatuh ke paras 1.17 atau lebih rendah lagi.

Dollar, FOMC and US Bond Yield



Selepas ECB, market akan fokus kepada meeting FOMC pada 20 september nanti. Tidak ada trend short-term atau long-term yang jelas pada chart US 10 year bond ini tapi kita masih ada 2 kemungkinan besar.

Akhir-akhir ini kadar inflasi yang rendah selalu disebut-sebut sebagai penghalang kepada FED untuk bersikap hawkish. Sekiranya FED meneruskan rancangan untuk mengecilkan balance sheetnya, maka kita akan dapat strong dollar, dan US 10 year Yield akan menaik kearah 2.6%.

Jika tidak, weak dollar akan berterusan, US yield dijangka menuju keparas 1.8%.


Kesimpulan

Saya berpendapat, melihatkan kepada chartl German Yield, ianya sedang menuju keparas 0.15%, bermakna EURUSD akan jatuh.

Trend US 10 year Yield pula, nampak kuat yang ia akan meningkat keparas 2.60%. Jika ini berlaku, Dollar akan mengukuh.

Apapun, pendapat saya tidaklah penting. Bagaimana market bergerak selepas pengumuman ECB dan FED, ikutlah trend itu.


Kemanakah GOLD?



News yang berubah-ubah arah trend pasaran inilah yang memerangkap traders. Saya sendiri terkena pada malam Jumaat lalu.

Sekarang pasaran masih memberi tumpuan kepada krisis di semenanjung Korea.

Perang perlukan wang dan Amerika sedang berusaha untuk berjimat cermat. Di Syria, Amerika tidak boleh “going all out” disana kerana sokongan Moscow kepada Syria. Di belakang North Korea, ada Moscow dan Beijing. Malah Seoul sendiri tidak mahu perang. Akhirnya pasaran akan ikut trend ini.

Dalam masa terdekat, tumpuan pasaran sudah tentulah kepada ECB. Terbaru, ECB dijangka menangguhkan pengumuman dasar tentang saiz balance sheetnya dan memberi :verbal intervention” tentang Euro yang terlalu kuat sepanjang tahun.

Kesannya nanti, ialah seperti apa yang terjadi pada hari Jumaat malam Sabtu lepas, EURUSD dan Gold menjunam.

Ingat, untuk pasaran berubah arah, kita perlukan News.


Coaching Inter-Market, Analisa News dan Day Trading
Trading memang tidak mudah, samada secara Teknikal atau Fundamental. Tapi yang pasti, News lah yang menggerakkan pasaran.

Mahu buat analisa seperti diatas? Sesiapa yang berminat, fees saya RM500.

Saya juga boleh menjadi speaker anda kepada sesiapa yang memerlukan. Kita boleh berbincang.


Berminat untuk trade? Sila register



Selamat Melabur. Risiko anda yang tanggung dan semoga mesejnya sampai.
Ahmad Sherhan Abu Samah. Penganalisa Makro.
0107874341
ahmadsherhanabusamah@gmail.com








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cari info FX di Blog ini :