Pages

Trading Plan untuk Undian tax Cut Bill Senate


Semalam Korea Utara membuat ujian bom nuclear tetapi seolah tiada kesan kepada pasaran.  Perhatian pasaran hampir pasti kearah undian tax cut Bill yang boleh berlaku bila-bila masa sebelum minggu ini berakhir. News ini tiada dalam forex factory.

Penggubal undang-undang senate mengundi 52-48 untuk membahaskan Tax Cut Bill. Tax Cut bill ini apabila lulus nanti dijangka memeberi kesan positif kepada ekonomi dan kadar inflasi akan meningkat.

Kesan nya kepada pasaran bond market – yield telah menaik (gambaran bahawa interest rates akan naik) dan akibatnya dollar menjadi kuat dan gold menurun.

Selepas perbahasan, undian akan dilakukan. Keputusannya bila-bila masa sehingga sebelum minggu ini berakhir.
  
Trading Plan untuk tax Cut Bill
Republican mempunyai 52-48 undi majority didalam Senate yang mempunyai 100 ahli. 99.99% sudah hampir pasti tax cut ini akan lulus.
Jadi – juallah gold dan belilah dollar. TAYOR



Jika undi nya lulus, US Yield boleh melepasi paras 2.42% dan Gold mungkin jatuh sehingga paras 1262 atau 1250.

Jika undiannya gagal, maka belilah Gold banyak-banyak.
  
Apa Selepas Undian tax Cut Bill Senate?
Proses ini tidak akan berakhir disini. Selepas lulus, mereka perlu lalui satu lagi proses. Ada dua badan perundangan tertinggi di Amerika, Senate dan House. Kedua-dua badan ini perlu berbincang untuk mencari Tax Cut bill terbaik sebelum dihantar kepada Presiden Trump untuk ditandatangani. Maknanya, pasaran masih boleh bergerak secara sideways atau range trading selepas undian Senate.
  
News Analysis
Saya jarang menulis di PipHijau sekarang kerana kurang sambutan dan kekangan kerja. Sesiapa yang ada soalan tentang news atau fundamental trade, boleh lah join telegram group saya disini:

Siapa yang belum ada akaun boleh register disini

Salam Maulidur Rasul


Ahmad Sherhan Abu Samah

Team Penulis Piphijau 2008-2017